You are on page 1of 2

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG




Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi
keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah
fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami
.
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)
sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang, gemilang ,
sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan
pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami ,
jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan
yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan
masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan
juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan
dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

You might also like