You are on page 1of 8

Pengenalan

Malaysia negara yang mempunyai pelbagai etnik atau masyarakat majmuk.Wujud hasil
sejarah beratus-ratus tahun dahulu. Berdepan dengan persoalan hubungan etnik dan
cabarannya.Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlaku
ketegangan. Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabarannya,persoalan
sejarah melampau ataupun latarbelakang sejarah yang membawa kepada pembawaan
masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami. Hubungan etnik yang mantap
sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian
dari segi agama, bahasa, dan etnik. Persoalan hubungan etnik perpaduan dan
intergrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya
pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan
integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara
dari digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari kepelbagaian etnik.
Namun krisis yang berlaku pada tahun 1969(peristiwa 13 mei) mencerminkan rakyat
malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersama
walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat negara
ini dalam mewujudkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.
Punca-Punca Berlakunya Rusuhan Etnik.
Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British telah
menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang mengamalkan
konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan diamalkan oleh
penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut
ekonomi dan juga pola penempatan kaum. contohnya orang-orang Cina tinggal di
bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong
sebagai pelombong dan kaum cina memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi
masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja
sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala kaum India kebanyakannya pula sebagai
buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orangorang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan

ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang
berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.
British mengamalkan dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk menyekat
ketiga-tiga kaum ini daripada bersatu padu, British menyedari bahawa sekiranya tiga
kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi
mereka akan terjejas.
Masyarakat

melayu

terdiri

dari

petani

dan

nelayan

di

kampung,

masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan
tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh getah dan
tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompokkelompok

etnik

yang

berdasarkan

kegiatan ekonomi

yang

tinggal

dalam

kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di


pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapiapikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
Keadaan seperti ini menyebabkan hubungan atau komunikasi antara kaum di
Tanah Melayu menjadi terbatas suatu ketika dahulu. Bagi penjajah British keadaan
seperti ini juga sudah memadai bagi mengukuhkan kedudukan serta mengekalkan
kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara
telah mencapai kemerdekaan.
Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar
akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa
menghiraukan

ketidakseimbangan

sosio-ekonomi

dalam

masyarakat

Malaysia.

Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa
kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan
perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan.
Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun
1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang
berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya
peristiwa 13 Mei.
Latar belakang pendidikan yang berbeza

Semasa dasar penjajahan British, Tanah Melayu tidak mempunyai sistem


pendidikan yang jelas, penjajah British tidak mengambil peduli tentang dasar
pendidikan yang lahir di Tanah Melayu, mereka hanya mengambil berat dan
memajukan sekolah aliran Inggeris dengan pelbagai kemudahan prasarana yang serba
sempurna. Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca
yang membawa kepada sifat perkauman diantara ketiga-tiga etnik ini semakin
menebal. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu
sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu,
Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri
dan berbeza antara kaum. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis,
membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala
kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal
mereka, sukatan pelajaran serta buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga
telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi
keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat
dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar dan
sebilangan orang melayu yang terdiri daripada pembesar atau kerabat diraja.
Ketiadaan sistem pendidikan yang seragam ini menyukarkan semangat
perpaduan sukar dicapai. Pelajar langsung tidak berpeluang untuk bergaul dengan
pelajar atau etnik lain ini menyulitkan pembentukan persefahaman antara etnik.
Disebabkan sukatan pelajaran kaum cina dan india berasal dari negara asal maka
pemikiran anak-anak muda mereka berpaksikan kepada cara atau gaya hidup tempat
asal leluhur meraka. Melalui pendidikan ini juga pengaruh daripada kehidupan dan
adat resam serta merasakan kaum mereka lebih cemerlang wujud, sistem pendidikan
yang tidak seragam juga boleh mewujudkan perasaan prasangka dan streotaip antara
kaum. Keadaan ini menyebabkan sesetengah masyarakat dalam kaum yang berbeza
ini memandang rendah terhadap kaum lain.
Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan
Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka
merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan GuruGuru

Melayu

Semenanjung

(KPGMS)

pula

tidak

berpuas

hati

dengan

perlaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak

menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu


sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan
Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa
hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada
keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan
Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13
Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun
hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina
yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai
alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan
sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya
pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk
memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini
tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di
Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi
mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan
Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti
pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk
membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan
kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah .

Sebenarnya apa yang cuba

dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam
pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh
membahayakan itu.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor


kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957,
sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan
dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula
tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada
status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa
rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan
pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara
kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan
dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah
dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin
Ismail.
Perbezaan agama dan budaya
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama
Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di
samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai
kebudayaan

yang

tersendiri.

Masalah

perpaduan

ini

bukannya

bermula

disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain
hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung
emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei
1969.
Masalah Ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara
kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara
tidak

sihat.

Ketidakseimbangan

ini

menyebabkan

setiap

kaum

saling

mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan


kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan
orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
Persatuan-persatuan etnik

Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak


persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masingmasing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud
(2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami
oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah,
dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah
dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang
boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya
memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi
kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.
Kesan peristiwa 13 Mei 1969 dalam aspek ekonomi
Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah
dikenal pasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang membawa kepada peristiwa
13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi
antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan perasaan resah serta
irihati yang berterusan di kalangan masyarakat dan inilah keadaan yang sebenar
berlaku sebelum peristiwa 13 Mei. Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak teragakagak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagi membendung
dan mengatasi masalah itu. Atas alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah
melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB telah dilancarkan bersama-sama
Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat utama dalam pelancaran DEB,
iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan kedua penyusunan
semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskan pengenalan kaum
berdasarkan fungsi ekonomi.
Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan
hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi
harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta
peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan
.Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang
untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang
hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman

modal dalam syarikat Bhd. 1971-1990. Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera


23.7% 40%Asing 62.1% 30% Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi
Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara
kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan
pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat
dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB
telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990.
Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus
penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971 1990 Bumiputera 1.5% 30% Bukan
Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Membasmi KemiskinanSesungguhnya
usaha

untuk

membasmi

kemiskinan

bukanlah

suatu

perkara

yang

mudah.

Perlaksanaan DEB sendiri agak perlahan . Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya
melibatkan tindakan yang tidak mengancam kepentingan golongan yang berharta.
Umpamanya tindakan kerajaan menyediakan kemudahan pemasaran dan kredit
kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan terhadap kepentingan para kapitalis
bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah rancangan penerokaan tanah bagi
mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan bagi penganggur, serta
produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi petani . Namun begitu tindakan
seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi. Contohnya kerajaan mungkin
berjaya mengawal harga padi dalam pasaran tempatan melalui langkah-langkah
tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak terdaya untuk berbuat demikian bagi
getah yang dijual di pasaran antarabangsa. Bagaimanapun langkah kerajaan dalam
menangani masalah kemiskinan kaum bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil .
Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pesat. Sekalipun
barangan ekspot seperti getah didapati sukar bagi kerajaan untuk mengawal kestabilan
harganya kerana dipengaruhi oleh pasang surut pasaran antarabangsa di mana ia
turut mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan pekerja ladang contohnya naik
daripada 40.0 peratus pada tahun 1970 kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh
kepada 35.1 peratus (1980), kemudian meningkat semula kepada 54.6 peratus (1983).
Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi telah turun daripada 88.1
peratus pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975), dan turun lagi kepada 52.7
peratus (1980), tetapi ianya meningkat semula kepada 54.0 peratus (1983). Kadar
penurunan yang nyata daripada tahun 1970 adalah kesan daripada subsidi yang
dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya peningkatan kos pengeluaran termasuk kenaikan

harga input-input pertanian seperti baja dan racun menyebabkan peratusnya


meningkat semula.

You might also like