You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

MEMOHON SUMBANGAN PIBG BAGI


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2015

1.0 PENGENALAN
Kejohanan Sukan Tahunan 2015 merupakan salah satu program yang telah
termaktub didalam takwim Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh dan menjadi
acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Kejohanan ini bertujuan bagi mengenalpasti
potensi dan bakat pelajar didalam sukan disamping mempromosikan gaya hidup
sihat kepada pelajar. Bagi memastikan perjalanan program ini dapat dilaksanakan
dengan lancar, pihak sekolah ingin meminta jasa baik pihak PIBG agar dapat
memberikan sedikit sumbangan kepada pihak sekolah.

2.0 NAMA PROGRAM


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2015

3.0 MATLAMAT
Mengenalpasti potensi diri pelajar dalam acara balapan disamping mempromosikan
tentang gaya hidup sihat kepada pelajar.

4.0 OBJEKTIF

Melahirkan pelajar yang sihat tubuh badan dan cerdas minda.


Mendedahkan kepada pelajar kepentingan memiliki kecergasan fizikal yang
baik.
Memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dalam sukan.
Menyemai sikap semangat kesukanan didalam diri pelajar.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM


5.1 JANGKA MASA PROGRAM
- 7.30 am 1.00 pm
5.2 KUMPULAN SASARAN
- Semua pelajar
5.3 TEMPAT
- SMK Temerloh
5.4 TARIKH

- 8 Mac 2015

5.5 ANJURAN
- Unit Kokurikulum SMK Temerloh

6.0 TENTATIF PROGRAM


- Rujuk Lampiran

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM


- Rujuk Lampiran

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


- Rujuk Lampiran

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan semoga cadangan kertas kerja ini mendapat maklum balas
yang baik daripada semua pihak bagi memastikan matlamat program ini akan
tercapai.

DISEDIAKAN OLEH,

DISEMAK OLEH,

ABDUL RAHMAN BIN IBRAHIM,


SETIAUSAHA SUKAN,
SMK TEMERLOH

MOHD JAMRI BIN MD LELA


PENGETUA
SMK TEMERLOH

You might also like