You are on page 1of 10

THE HISTORY AND PHILOSOPHY

OF MATHEMATICS
(KMP 6073)
FALSAFAH MATEMATIK DALAM
PEMBENTUKAN KBSR DAN KSSR

OLEH :
FATIMAH ANITH MUNIRAH BINTI MOHD BADRI
(M20142001316)

NAMA PENSYARAH :
PROF. MADYA DR. HJ. NOOR SHAH BIN HJ. SAAD
ISI KANDUNGAN

Falsafah Matematik Dalam


Pembentukan KBSR Dan KSSR

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan

2.0 Intuisisme

56

2.1 Apa itu Intuisisme?


2.2 Intuisisme dalam pembentukan KBSR
2.3 Intuisisme dalam pembentukan KSSR

3.0 Logikisme

67

3.1 Apa itu Logikisme?


3.2 Logikisme dalam pembentukan KBSR
3.3 Logikisme dalam pembentukan KSSR

4.0 Formalisme

4.1 Apa itu Formalisme?


4.2 Formalisme dalam pembentukan KBSR
4.3 Formalisme dalam pembentukan KSSR

5.0 Kesimpulan

6.0 Rujukan

10

Falsafah Matematik Dalam


Pembentukan KBSR Dan KSSR

1.0

PENDAHULUAN
Akta Pelajaran 1961 telah membentuk sebuah sistem yang dikenali sebagai

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). KLSR merupakan asas atau panduan pengajaran
di dalam bilik darjah. Jawatankuasa Penyemak Mata Pelajaran telah ditubuhkan dan dikenali
sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi mengkaji semula polisi
pendidikan kebangsaan dalam Laporan Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran Pelajaran 1957.
Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan antaranya :
i)

Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di setiap sekolah.

ii)

Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu

iii)

Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah


menengah

iv)

Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin
bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris

Pada 1971, sistem pelajaran mengalami pengubahsuaian untuk memenuhi


perkembangan ekonomi bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB adalah satu
falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan
perkembangan ekonomi. Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi
sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.
Pada 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan baru
untuk memantapkan sistem pendidikan. Seterusnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
digubal pada 1988 bagi menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi
membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Bermula 1991 hingga sekarang, pelbagai akta telah diperkenalkan sebagai langkah
mempertingkatkan kualiti Sistem Pendidikan Kebangsaan sejajar dengan perkembangan
dunia teknologi maklumat.
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) adalah susulan daripada
perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran (1979) untuk mengatasi kelemahan yang terdapat dalam KLSR. Pada
1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah

Falsafah Matematik Dalam


Pembentukan KBSR Dan KSSR
Rendah. Walaupun namanya telah berubah, namun kandungan kurikulum tersebut masih
sama.
Matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah adalah untuk memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat,
akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara.
KBSR disemak semula pada 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). KSSR
dijalankan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1 2011.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras,
Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3)
tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta
kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4
hingga 6) tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT,
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Kurikulum ini diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah
khususnya dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Melalui kurikulum ini, murid diberi
peluang melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk sikap
bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh
menyerlahkan potensi mereka.

Kurikulum

ini menekankan kreativiti,

inovasi

dan

keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Sebagai usaha membentuk pelajar


seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baharu akan menjadikan sukan
sebagai subjek mata pelajaran.
Perkembangan dalam pendidikan Malaysia menuntut perubahan yang seiring
dengan arus globalisasi. Perubahan ini menyebabkan kurikulum matematik juga turut
berubah. Namun, dari manakah datangnya asas pembentukan kurikulum matematik itu
sendiri?

2.0
4

INTUISISME

Falsafah Matematik Dalam


Pembentukan KBSR Dan KSSR

2.1

Apa itu Intuisisme?


Intuisisme bermaksud keupayaan seseorang untuk memahami suatu masalah tanpa

penaakulan formal, sama ada yang bersifat induksi ataupun deduksi. Pengetahuan yang
diperoleh melalui intuisi, sering dikaitkan dengan pengetahuan yang datang serta merta,
jelas dan diyakini kesahihannya.
Intuisisme Brouwer menyatakan bahawa matematik berasal dan berkembang di
dalam fikiran manusia. Ketepatan dalil-dalil matematik tidak terletak pada simbol-simbol di
atas kertas, tetapi terletak dalam akal fikiran manusia. Hukum-hukum matematik tidak
ditemui melalui pemerhatian terhadap alam, tetapi ditemui dalam fikiran manusia.
2.2

Intuisisme dalam pembentukan KBSR


Merujuk kepada objektif kelima dalam KBSR; kurikulum matematik sekolah rendah

membolehkan murid untuk berkebolehan mengunakan kemahiran dan pengetahuan


matematik untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dengan berkesan
dan penuh tanggungjawab.
Dalam falsafah intuisisme, konsep matematik akan dijanakan dalam dua cara iaitu
mengingat semula daripada pengetahuan sedia ada dan meneliti masalah sebelumnya yang
seakan sama.
Penyelesaian masalah adalah satu teknik penting dalam matematik dan perlu
diterapkan dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan satu
kemahiran berfikir, yang membenarkan idea-idea terhasil secara sistematik dan logik.
Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid membuat keputusan, aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian amat digalakkan supaya kemahiran ini menjadi kukuh di dalam jiwa murid.
Murid boleh menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Ini
penting

kerana

pengalaman,

sikap,

kepercayaan

dan

kesediaan

belajar

murid

mempengaruhi strategi menyelesaikan masalah. Oleh itu, pengalaman dan latar belakang
murid boleh dijadikan tanda aras kepelbagaian persoalan yang dikemukakan.

2.3
5

Intuisisme dalam pembentukan KSSR

Falsafah Matematik Dalam


Pembentukan KBSR Dan KSSR

Kurikulum matematik KSSR menitikberatkan 6 kemahiran dalam matematik yang


harus dikembangkan dan dipupuk dalam kalangan murid. Kemahiran tersebut adalah :
a) Kemahiran Matematik
b) Kemahiran Menganalisis
c) Kemahiran Menyelesaikan Masalah
d) Kemahiran Membuat Penyelidikan
e) Kemahiran Berkomunikasi
f)

Kemahiran Menggunakan Teknologi


Menurut falsafah intuisisme, menyelesaikan masalah matematik yang sebenarnya

melibatkan pemikiran separa sedar. Intuisi berlaku apabila seseorang itu dapat
menyelesaikan suatu masalah matematik tanpa tahu dan faham bagaimana mereka
menyelesaikan masalah tersebut tetapi tidak akan dapat menerangkan atau menjelaskan
kepada orang lain bagaimana masalah ini dapat diselesaikan.
Salah satu ciri dalam Kemahiran Menyelesaikan Masalah adalah keupayaan murid
untuk bersifat terbuka dan menggunakan pendekatan berbeza untuk menyelesaikan
masalah

yang

sama

dan

menyelesaikan

masalah

dengan

yakin

walaupun

penyelesaian tidak ketara.

3.0

LOGIKISME

3.1

Apa itu Logikisme?


Logikisme ialah teori falsafah mengenai status sesuatu kebenaran dalam matematik

iaitu sama ada bersifat logik atau analisis. Ia menyatakan teori iaitu matematik sebagai
pengembangan kepada logik yang mana sebilangan atau semua unsur matematik juga
boleh diturunkan kepada logik.

Falsafah Matematik Dalam


Pembentukan KBSR Dan KSSR
3.2

Logikisme dalam Pembentukan KBSR


Pemikiran dan penaakulan secara logik adalah asas bagi memahami dan

menyelesaikan masalah Matematik. Perkembangan dalam penaakulan Matematik berkait


rapat kepada perkembangan intelektual dan komunikasi murid-murid. Murid digalakkan
untuk meramal dan meneka dalam proses mencari penyelesaian.
Objektif kelapan dalam kurikulum matematik KBSR menyatakan murid harus
berkebolehan membina pengetahuan secara sistematik, heuristik, dengan tepat dan
berhati-hati. Pengetahuan ini bukan sahaja melibatkan teori dan konsep asas malah
merangkumi pengetahun bersifat logik.
Salah satu tajuk yang melibatkan pengetahuan bersifat logik dalam bidang Nombor
dan Operasi ialah penganggaran dan penghampiran. Penganggaran memerlukan
pemahaman yang mendalam tentang nombor dan penguasaan fakta asas.
3.3

Logikisme dalam Pembentukan KSSR


Salah satu proses dalam kurikulum matematik KSSR ialah menaakul. Penaakulan

merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan
menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. Penaakulan berupaya
mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti
pemikiran kritis yang juga merupakan asas kepada pemahaman matematik secara
mendalam dan bermakna. Bagi mencapai objektif ini, murid harus dilatih dan dibimbing
untuk

membuat

konjektur,

membuktikan

konjektur,

memberi

penerangan

logikal,

menganalisa, membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua


aktiviti matematik.
Contohnya, dalam melakukan operasi tambah, kita sedia maklum bahawa 4 + 2 = 6
adalah benar. 2 + 4 = 6 juga adalah benar. Maka, dapat kita simpulkan bahawa 4 + 2 = 2 + 4
adalah benar. Konsep inilah yang digunakan dalam objektif pembelajaran matematik KBSR
dan KSSR. Murid - murid perlu tahu bahawa 4 + 2 dan 2 + 4 menghasilkan jumlah yang
sama iaitu 6.

Falsafah Matematik Dalam


Pembentukan KBSR Dan KSSR

4.0

FORMALISME

4.1

Apa itu Formalisme?


Fahaman formalisme melihat matematik sebagai suatu disiplin formal yang simbolik

yang diwakili oleh simbol-simbol tanpa berpandukan kepada pelbagai pengertian. Fahaman
formalism melihat alam nyata ini hanya terdiri daripada objek-objek yang terhingga sahaja
yang boleh disusun dalam bentuk unsur nombor-nombor terhingga.
4.2

Formalisme dalam Pembentukan KBSR


Objektif keenam kurikulum matematik KBSR menyatakan murid harus berkebolehan

menggunakan bahasa matematik dengan betul. Penggunaan bahasa matematik ini


termasuklah dapat memahami dan menggunakan simbol-simbol matematik dengan tepat
dan bersistematik. Tafsiran yang betul dan tepat penting dalam membuat perkaitan antara
satu bidang matematik dengan bidang yang lain.
Sebagai contoh, murid berupaya membuat perkaitan antara pecahan perseratus
dengan peratus, %. Walaupun pecahan dan peratus telah dipecahkan kepada dua tajuk
yang berbeza, namun perkaitan antara kedua-duanya tidak dapat dipisahkan.
4.3

Formalisme dalam Pembentukan KSSR


Salah satu kemahiran matematik yang dititikberatkan dalam kurikulum matematik

KSSR adalah mengekstrak makna dari suatu penulisan matematik. Ini termasuklah
kebolehan mentafsir simbol-simbol matematik yang digunakan dalam menyelesaikan
sesuatu permasalahan matematik.
Contohnya, membuat perwakilan dalam penggunaan formula. Simbol-simbol seperti
p bagi mewakili panjang dan l mewakili lebar atau t mewakili tinggi digunakan dalam
mencari luas segi segi empat atau segitiga.

l
p
8

Luas segi empat, A = panjang x lebar


A =pxl

Falsafah Matematik Dalam


Pembentukan KBSR Dan KSSR

5.0

KESIMPULAN
Dalam suasana masyarakat majmuk yang berlatarbelakangkan pelbagai agama,

budaya dan fahaman tentunya perkara yang berkaitan dengan peraduan nasional perlu
diberi perhatian serius.
Golongan masyarakat awam memahami matematik sebagai ilmu pengiraan,
sedangkan pengiraan hanya melibatkan cabang aritmetik sahaja yang merupakan
komponen kecil matematik. Walaupun ketiga-tiga mazhab mempunyai perbezaan pendapat
dalam mengemukakan apakah matematik itu, namun kita tidaklah dengan mudah boleh
menyalahkan pendapat-pendapat tersebut. Kajian secara menyeluruh perlu dibuat untuk
menganalisis keunggulan dan kekuranganya sebelum diaplikasikan dalam kurikulum di
Malaysia. Ini memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan fikiran untuk memahaminya
secara benar.
Kurikulum Matematik KBSR dan Kurikulum Matematik KSSR merupakan dua modul
yang berbeza. Akan tetapi matlamat serta konsepnya tetap sama dan tidak pernah berubah
iaitu untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dan berjaya dari segi semua aspek
sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek mahupun sahsiah berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Kementerian Pendidikan sememangnya peka terhadap kualiti PdP dalam bilik darjah.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan tahap dan mutu PdP matematik.
Namun, kejayaan di sebalik sesuatu kurikulum adalah bergantung kepada usaha dan
kerjasama semua pihak. Peranan ahli matematik adalah untuk sentiasa membuat kajian dan
memperkenalkan inovasi pendidikan yang berkualiti dalam pelbagai bidang bagi
menghasilkan PdP yang lebih berkesan dan memberi impak yang berpanjangan kepada
generasi akan datang.

Falsafah Matematik Dalam


Pembentukan KBSR Dan KSSR

7.0

RUJUKAN

Abdul Latif Samian (1992). Sejarah Matematik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdul Fatah Hasan (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah
Rendah, Matematik Tahun 1 : Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah, Matematik: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Mohd Daud Hamzah (1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Mok Soon Sang (1997). Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran. Selangor : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Seow Siew Hua (1995). Pengajaran Matematik KBSR. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Pengenalan kepada KSSR:


http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1

10

You might also like