You are on page 1of 5

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT
SK PETRI JAYA , 81900, KOTA TINGGI, JOHOR.

MINIT MESYUARAT PBS KSSR


BIL 1 /2015

Tarikh

: 26 JAN 2014

Masa

: 1.45 TGH

Tempat

: Bilik Mesyuarat, SK Petri Jaya

Pengerusi

: En Juraimi b Mohd Said

Kehadiran(Bilangan) : 18 orang
1

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Guru Besar memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah.
1.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah dilantik sebagai
Jawatankuasa PBS dan pentaksir pada tahun 2015. Beliau berharap sekolah dapat
membudayakan PBS di sekolah.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Tiada

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada

PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


4.1 DASAR PELAKSANAAN PBS

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.1.1 Guru Besar memaklumkan PBS telah diperkenalkan selari dengan


transformasi Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).Komponen
PBS terdiri daripada Pentaksiran sekolah, Pentaksiran Pusat , Pentaksiran
Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
4.2 AGIHAN TUGAS JK DAN CARTA ORGANISASI
4.2.1 Guru Besar mengedarkan surat lantikan pentaksir dan JK Induk PBS kepada
semua guru dan berharap semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik.
Beliau juga mengharapkan semua pentaksir dapat menjalankan pentaksiran
dengan telus dan adil.
4.3 PERLAKSANAA PBS / KSSR
4.3.1 Guru besar mengingatkan semua guru matapalajaran agar memastikan murid
ditaksir menrujuk PPPM bagi Tahp 1 dan DSKP bagi Tahap 2.
4.3.2 SU menyatakan bahawa jawatankuasa PBS/KSSR akan mengadakan
penyelarasan Fail Guru bagi Tahun 2015 bagi memastikan semua pentaksir
mempunyai dokumen yang diperlukan untuk pentaksiran yang akan
dijalankan.
Tindakan : Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran
4.4 PENYELARAS MATAPELAJARAN
4.4.2 SU membentangkan dokumen yang perlu disediakan oleh penyelaras mata
pelajaran iaitu Rancangan Pentaksiran, Rekod Pencapaian Murid, Borang
Analisis Pencapaian dan Sasaran Murid . Bagi subjek KSSR , guru boleh
mendapatkan dokumen-dokumen ini melalui templete Pelaporan Standard
Prestasi yang telah disediakan bagi semua matapelajaran.
Tindakan : Penyelaras mata
pelajaran
4.5 PENJAMINAN KUALITI
4.5.1 Pementoran
GPK 1 memaklumakan mulai tahun 2015 setiap perbincangan yang dijalankan
perlu direkodkan dalam borang pementoran yang telah disediakn .
4.5.2 Pemantauan
GPK 1 memaklumkan bahawa guru KSSR akan dipantau dua kali setahun
dan selain menggunakan borang PK04, borang pemantauan penjaminan kualiti
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

juga digunakan.
SU memaklumkan borang tersebut telah diperbanyakkan dan diletakkan di
dalam fail pemantauan KSSR di bilik GPK 1
4.5.3 Penyelarasan
Guru Besar meminta agar penyelarasan skor bagi pentaksiran dibincangkan
dalam mesyuarat panitia bagi memudahkan urusan pentaksiran pada tahun ini.
4.5.4 Pengesanan
Guru besar mengingatkan supaya memastikan instrumen pentaksiran yang
digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dengan mengenal pasti
kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan istrumen pentaksiran.
Tindakan : JK Penjaminan Kualiti dan semua guru mata pelajaran

4.6 PENGURUSAN PENTAKSIRAN


4.6.1 Pentaksiran Sekolah
Guru besar memaklumkan bahawa setiap pentaksiran yang dijalankan perlu
direkodkan dalam BRM dan mencatat impak diruangan yang disediakan.
SU memaklumkan pentaksiran yang dijalankan perlu dicatatkan diruangan
aktiviti dalam BRM dengan merujuk PPPM atau DSKP . Hasil pentaksiran perlu
dicatat diruangan impak dan evidens yang terbaik boleh disimpan di dalam fail
guru jika berbentuk lembaran dan jika menggunakan buku tulis atau BLA
catatkan di ruangan impak.
Pn Norliza bertanyakan tentang pentaksiran lisan bolehkan dijalankan
sepenuhnya semasa satu sesi pdp.
SU memaklumkan pentaksiran boleh dijalankan sepenuhnya dan perlu
mencatakan aktiviti yang dijalankan sepanjang pentaksiran dijalankan.
GPK 1 memaklumkan Pentaksiran sekolah akan dijalankan merujuk takwim
sekolah yang telah disediakan.
Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran
4.7 TEMPLETE PELAPORAN OFFLINE
4.7.1 SU PBS memaklumkan pelaporan bagi Tahap 2 menggunakan templete
mengikut subjek masing-masing dan diharap semua guru dapat memuat turun
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

sendiri perlu mencetak untuk diberi kepada guru kelas dan bagi templete
pelaporan Tahap 1 merupakan gabungan dan cetakan pelaporan akan dilakukan
oleh guru kelas.
4.7.2 SU juga memaklumkan templete offline bagi tahun 4 dan 5 dan Gabungan
Tahap 1 telah dimasukkan ke Komputer Sekolah.
Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran
4.8 PELAKSANAAN PAJSK DAN UJIAN PSIKOMETRIK (PPsi)
4.9.1 GPK Koko memaklumkan PAJSK adalah panduan untuk menilai aktiviti fizikal
dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid
4.9.2

dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum.


Beliau menerangkan tentang komponen yang terdapat dalam PAJSK

iaitu

SEGAK dan BMI yang akan ditadbir oleh Panitia Pendidikan Jasmani,
Kokurikulum dan Ekstrakurikulum.
Tindakan : Guru Kelas dan Guru Pendidikan Jasmani
4.9.3 Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn Siti Yuhana menerangkan tentang
Pentaksiran Psikometrik (PPsi), iaitu satu kaedah yang digunakan secara
sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi
yang merangkumi aptitud dan personaliti murid. Pentaksiran ini akan dijalankan
pada murid tahun 3 dan 6 KSSR.
Tindakan : Guru Bimbingan dan Kaunseling
4.9 PENULISAN RPH
4.9.1 Guru besar memaklumkan bahawa penulisan RPH mesti selaras mengikut
panitia masing-masing. Beliau turut mengingatkan guru agar menulis bentuk
pentaksiran yang dijalankan

diruangan aktiviti

dan memastikan impak

dicatatkan.
Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran

HAL-HAL LAIN
5.1 SU memaklumkan pihak Pentaksiran Sekolah akan mengadakan pemantauan
pentaksiran pada bulan Mac dan berharap guru menyediakan dokumen yang
diperlukan.
5.2 Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana telah
melaksanakan penataran PBS DSKP Tahun 5 , Taklimat PBS kepada ibu bapa
Tahun 1 dan Program Baiah Tahap 2 (Tahun 4 dan 5).

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan berharap agar semua guru dapat
menjalankan tugas masing-masing.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dengan bacaan Tasbih Kafarah dan
Surah al-Asr.
Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................

................................

( SITI HAZIZAH BT SIDEK)


Setiausaha
PBS KSSR
SK Petri Jaya
Tarikh : 19 Feb 2015

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like