You are on page 1of 2

DISEDIAKAN OLEH: NURUL HASHIMAH BINTI HASHIM

G 5.6
Program Bina Insan Guru Semester 5 yang berlangsung pada 31 Mac 2015 yang
lalu di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) bertempat di Wilayah Persekutuan
Putrajaya telah memberi banyak manfaat kepada saya terutamanya dalam membina
diri ke arah yang positif. Saya dapat menilai diri sendiri akan kelebihan dan kekurangan
yang dimiliki melalui aktiviti yang telah dijalankan. Saya bersama-sama rakan opsyen
muzik berada di SK Putrajaya Presint 9 (1) dalam waktu persekolahan untuk
menjalankan bengkel rekoder untuk murid tahun enam.
Kami bertolak dari IPGKIK sekitar jam 7.30 pagi. Perjalanan dari IPIK ke sekolah
tersebut mengambil masa kira-kira satu jam. Setelah kami sampai di sana, kami
diberikan sedikit taklimat ringkas daripada Guru Besar SK Putrajaya Presint 9 (1), Puan
Nafishah binti Hassan. Beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah sekolah
dan pencapaian yang dicapai khususnya dalam bidang muzik. SK Putrajaya Presint 9
(1) dahulunya dikenali sebagai SK Putrajaya (2) adalah merupakan antara sekolah
yang terawal di Putrajaya dan salah sebuah Sekolah Bestari (Smart School) di
Malaysia; dan telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster pada tahun 2009. Sekolah ini aktif
dalam kesenian khususnya seni tarian, gendang silat dan gamelan. Sekolah ini
mempunyai satu kumpulan tari yang dikenali sebagai EkaTari yang terdiri daripada
murid-murid tahap 2. Murid-murid yang terpilih ini telah melibatkan diri dalam pelbagai
pertandingan

dan

persembahan

yang

terkemuka,

bahkan

pernah

membuat

persembahan di luar Negara.


Selesai taklimat, kami diberi peluang untuk melihat persekitaran sekolah.
Selepas selesai melihat persekitaran sekolah kami akhirnya memulakan bengkel
rekoder yang dijalankan secara besar-besaran untuk murid tahun 6 di tapak
perhimpunan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan
mendapat seramai enam anak murid. Kumpulan saya adalah seramai tiga orang dan
terdiri daripada saya, Amanina dan Tania. Aktiviti bengkel rekoder mengambil masa
selama sejam. Walaubagaimanapun, masa sejam adalah terlalu singkat untuk

memperbaiki kemahiran memainkan rekoder dengan sempurna. Hal ini kerana ada
sesetengah murid langsung tidak mempunyai asas dalam memainkan alat rekoder.
Berdasarkan pengalaman sejam mengajar murid-murid tersebut, saya sedar bahawa
bukan senang untuk mengajar anak-anak murid tentang sesuatu perkara yang baharu.
Seorang guru perlu mempunyai kesabaran yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi
untuk mengajar anak murid. Maka, melalui bengkel rekoder ini, saya dapat pengalaman
yang baharu yang dapat membantu saya untuk menempuh tempoh praktikum yang
akan berlangsung pada 8 April kelak. Kesimpulannya, program Bina Insan Guru pada
kali

ini

telah

membentuk

diri

saya

dalam

membina

kesedaran

diri

mempertingkatkan keupayaan diri untuk menjadi seorang guru yang berwibawa.

dan

You might also like