You are on page 1of 16

, Kemahiran Asas Bola Baling

PENGENALAN
Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah
diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark
dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan
yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu.
Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang
pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan
dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola
sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai
handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah
dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.
PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING
Peringkat Kebangsaan (Malaysia)
Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada
sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia
bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan
kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang
dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan.
Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus
bola baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guruguru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.
Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984
dan menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi
perkembangan sukan ini ke seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik
telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat
kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu
permainan anjuran MSSM untuk peringkat kebangsaan.
Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan
Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang
mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New
Zealand dan Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar
Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti kursus kejurulatihan
antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman.

Peringkat Sekolah dan Maktab


Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk
melatih guru-guru dari semua negeri di Malaysia dalam aspek pengadilan dan
kejurulatihan. Kursus pertama telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut, Perak pada
tahun 1985 bagi melatih guru-guru yang berminat menjadi jurulatih dan pengadil
permainan. Pada tahun 1986, satu lagi kursus untuk melatih guru-guru yang ingin
menjdi pengadil permainan telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor di
Kuala Lumpur.
Di peringkat maktab perguruan pula, permainan bola baling telah mula aktif dan
dipertandingkan dalam Pestarama Maktab pada tahun 1985. Pada tahun 1986, seramai
45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu kursus pengadilan dan
kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan mempopularkan permainan ini di
kalangan penuntut maktab.

PERALATAN PERMAINAN
PENGENALAN
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan
yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau
gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang
sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN
PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan
boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen
atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk
segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol.
Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu
garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang
berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putusputus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol.

Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan
gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol
ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan
panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam
gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.
BOLA
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna
yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah
seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)
Bola saiz 3.
Berat antara 425 g sehingga 475 g.
Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga
16 tahun)
Bola saiz 2.
Berat antara 325 g hingga 375 g.
Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12
tahun)
Bola saiz 1.
Berat antara 290 g hingga 330 g.
Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.
Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan
disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan
tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat
antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling
Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.
TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri
daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter.
Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya
3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan
dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan
palang ialah 8 cm.

PEMAIN DAN PAKAIAN


Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju
lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua
pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang
perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya
dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada
pemain-pemain adalah tidak dibenarkan.
Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10
orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan
memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk
penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain
gelanggang.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING


Berlari
Melompat
Hantaran bola
Menyambut bola
Mengelecek bola dengan tangan
Mengadang
Menjaring
Menjaga gol

Di dalam kerja kursus ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas
dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut. 3
kemahiran asas tersebut ialah :
1. Hantaran bola
2. Menangkap bola
3. Menjaring

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA


Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang
sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola
jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada

d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi
HANTARAN BAHU
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan
Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan
cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan
bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau
memusingkan badannya.
HANTARAN LANTUN
Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah
bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini
biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.
HANTARAN ARAS DADA
Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang.
Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil
tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

HANTARAN LOMPAT
Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang.
Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang
membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola
tidak terlepas kepada pihak lawan.
HANTARAN SISI
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan
pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah
penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak
melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang
mempunyai tapak tangan yang besar.
PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA
Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari
sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:
a) Suai-masa (timing) bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan adakah bola ditujukan kepada sasarannya?
c) Arah ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?

d) Kekuatan sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh
pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?

PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN

a)
b)

1.
2.
3.
4.

Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas
ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan
kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk
menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam
permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas
kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut:
Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.
Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau
menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.
Konsep konsep Penting dalam Sistem Tuas
Daya usaha di mana otot menghasilkan daya.
Beban/rintangan sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu
sendiri.
Paksi/fulkrum sendi
Lengan daya dan lengan beban.

a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.
b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.
Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran
menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak tangan
pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku
sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu,
jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan
bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku
dengan cepat.

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA


Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan
bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan
kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap
tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis
hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul
bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi
permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:
Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.
Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu
jari berfungsi sebagai penahan bola.
Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang
selamat.
Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan
kaki belakang.
Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam
kedudukan seimbang.
Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan
jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola
yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada
jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut
membengkok dan tangan terbalik.
Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi,
hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.

CARA MENANGKAP BOLA


1. Dengan kedua-dua belah tangan bola aras muka
Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya
hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan
dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola
hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan bola rendah
Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua
belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala
ke bawah semasa menangkap bola.
3. Menangkap bola dengan sebelah tangan
Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi
tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima
hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang

kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang
bola.
4. Menangkap bola tinggi
Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor
yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa
yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik
sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya
dengan lebih kemas.

1.
2.
3.
4.
5.

KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA


Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.
Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu
jauh di belakang.
Tidak menggunakan pergelangan tangan.
Genggaman yang tidak kemas.
Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

MEMEGANG BOLA
Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih
daripada 3 saat sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan
gol. Dalam masa yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu
memegang bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan
digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada pegangannya.
Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan
mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan
pemain melakukan gerakan yang seterusnya.
Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan
dan berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar
tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada
pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan.

PRINSIP SAINS DALAM MENANGKAP BOLA

Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum
pertama Newton iaitu Humum Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak
akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar. Jika bergerak, ia
akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika
diganggu oleh daya luar.
Konsep konsep Penting dalam Inersia
1. Otot otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot otot kecil.
2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang
sedang bergerak.
3. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat
(menyerap momentum)
Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola
dan tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut.
Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak mudah
terlepas apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat mengelakkan
berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.
KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu
pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya
dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah
gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka,
bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol.
Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh
semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada
pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol.
Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan
melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada
barisan belakang yang akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama
yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan
mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran
dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah
berputus asa.
PRINSIP PRINSIP UTAMA
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol
dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.

3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak


dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.
JENIS JARINGAN

1.
2.
3.
4.
5.

Jaringan dari Atas Kepala


Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta
mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemainpemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan
kedudukan bergerak atau berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
Pemain bergerak satu langkah ke depan.
Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang
kepala pada aras bahu.
Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke
atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan


Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia
boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi.
Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau
pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.
Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan
sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke
depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.
3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.
Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala,
tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak
tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan,
terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan
yang berbahaya.

1.
2.

3.
4.
1.
2.
3.
4.

Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh
daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya,
jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain
memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat
jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala.
Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:
Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan
sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara
memusingkan bahu dan lengannya.
Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di
celah-celah kaki penjaga gol.
Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka
sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.
Jaringan pada Aras Paha
Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan
yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha,
dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat
pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol
atau pemain pertahanan.
Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan
lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini
membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol
pihak lawan.
Jaringan Sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan
lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.
Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan.
Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri
dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan
sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di

bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara
mengejut.
Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain
baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada
aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma.
Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan
badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.

1.
2.
3.
4.

1.

2.
3.
4.

Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:


Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke
kawasan gol.
Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa
berada di udara sebelum mendarat.
Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan tangan.
Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undangundang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan.
Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah
fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal
dilakukan.
Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung
untuk menjaring.
Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke
depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut
pemain lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang
memperoleh bola untuk membuat jaringan.

3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika
terjadi serangan pantas.
Jaringan Voli
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING


Dalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua prinsip sains yang
terlibat. Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas manakala prinsip sains yang
kedua ialah daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk
menjaring manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan melompat ketika
hendak membuat jaringan bola.
Ketika membuat jaringan, tuas dan daya memainkan peranan penting kerana
salah satu fungsi tuas dan daya adalah untuk menambah kelajuan sesuatu beban atau
halangan atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.
Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat:
1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasan
gol. Semasa hal ini terjadi, sistem tuas kelas ketiga diaplikasikan di mana bola sebagai
beban, siku sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan dikenakan ke atas
bola. Lengan memberikan daya yang kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan
tepat ke sasaran.
2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk
memberikan lajak kerana pada ketika ini, daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan
memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah
sasaran dengan tepat.

Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran
pergerakan yang telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada
jumlah masa daya diaplikasikan. Ikut lajak memastikan daya menggerakkan tubuh
badan digunakan dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak memastikan pelepasan
objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Jika ikut
lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi kepada objek adalah kurang.

a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
a)
b)
c)
d)
e)

LATIHAN ANSUR MAJU


Jaringan Lompat
Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak,
angkat tangan kanan)
Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan
(bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.
Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.
Latihan berpasangan berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan.
Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3
orang).
Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).
Jaringan jaringan Lain
Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.
Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.
Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)
Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)
Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.

10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING


1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain dan
5 orang sebagai pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila bila
masa dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih
untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.

4. Seorang pemain dibenarkan:


Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun
dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya.
Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran.
Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan
permainan yang ditetapkan.
5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain
padang.
7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan ke
dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak
lawan hendaklah sekurang kurangnya 3 meter dari pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu
menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.
10. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.

REFLEKSI
Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di Malaysia ini.
Mengikut sejarahnya, Bola Baling (handball berasal daripada Eropah. Bola Baling boleh
dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan.
Peralatan yang diperlukan dalam Bola baling adalah tidak banyak. Peralatan yang
diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan
14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk
mengawal permainan.
Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari, melompat, hantaran
bola, menangkap bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan
menjaga gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke
dalamnya.
Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan
ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai
fulkrum. Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah
Hukum Newton Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk
mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip
sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya.
Sistem tuas diaplikasikan ketika bola dihayunkan oleh tangan manakala daya
diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk memberikan daya yang
kuat.

Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran


tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku kepada
pemain.

1.
2.
3.
4.
5.

1.
2.

BIBLIOGRAFI
BUKU RUJUKAN
Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Poh Liong Yong (2003). Fizik Tingkatan 4. Cheras. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
Reita E. Clanton (1997). Team Handball Step To Success. United States of America.
Human Kinetics, Inc.
Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling
Jaya. Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua.
Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
LAMAN WEB
http://www.wikipedia.com
http://www.tutor.edu.com

You might also like