You are on page 1of 5

QGJ3053

SUKAN INDIVIDU
(PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH)

[Garis Panduan Tugasan dan


Rubrik Permarkahan]

PERINCIAN TUGASAN
KURSUS SUKAN INDIVIDU (QGJ3053)
SEM 2 SESI 2014/2015

TUGASAN BERTULIS (50 %): TARIKH HANTAR: 8 Mei 2015 (Minggu 11)
Tugasan bertulis dibahagikan kepada dua tugasan individu wajib iaitu:

Tugasan Individu 1: Peranan Alat Pelindung (25%)


1. Berikan empat (4) peranan dan fungsi alat pelindung dalam
mencegah kecederaan sukan. Pilih dan huraikan secara terperinci
tiga (3) jenis alat pelindung yang kerap diguna pakai oleh atlet dalam
sukan pilihan (eg. tenis) anda semasa berlatih dan bertanding
bertujuan untuk mencegah kecederaan sukan.
Garis Panduan:
a. Sila sediakan 1 kertas kerja berkaitan peranan dan fungsi alat pelindung
besertakan 3 jenis alat pelindung untuk sukan pilihan anda (tidak lebih 20
mukasurat).
b. Format penulisan harus mempunyai maklumat berikut:
i. Pengenalan alat pelindung dalam mencegah kecederaan sukan
ii. 4 peranan dan fungsi alat pelindung secara umum
iii. 3 jenis alat pelindung yang spesifik untuk atlet sukan pilihan
besertakan gambar dan huraikan fungsi dan tujuan memakai setiap
jenis alat pelindung secara khusus serta kepentingannya dalam
mencegah kecederaan sukan.
iv. Terangkan bagaimana alat pelindung memainkan peranan dengan
meneliti pembuatannya.
v. Prosedur memakai dan gambar memakai
vi. Peraturan memakai semasa pertandingan
vii. Penutup
c. Anda boleh menambah maklumat tambahan yang difikirkan relevan
sebagai sokongan.
d. Penulisan besertakan gambar rajah dan diagram, atau foto dapat
membantu dalam keberkesanan penyampaian maklumat utama tugasan
anda.
e. Kreativiti dan keaslian penulisan yang unik adalah elemen utama dalam
permarkahan.

Tugasan Individu 2: Ansur Maju Acara Lontar Peluru (25%)

Perihalkan setiap ansur maju kemahiran bagi acara lontar peluru.


Bincangkan fasa-fasa ansur maju kemahiran dalam acara lontar
peluru. Terangkan empat (4) kepentingan penguasaan setiap ansur
maju dalam acara lontar peluru.
a. Sila sediakan 1 kertas kerja memerihalkan setiap ansur maju kemahiran
acara lontar peluru dengan membincangkan fasa-fasa serta huraian 4
kepentingan penguasaan ansur maju (tidak lebih 20 mukasurat).
b. Format penulisan harus mempunyai maklumat berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Pengenalan acara lontar peluru


Kesemua ansur maju kemahiran
Fasa-fasa setiap ansur maju
Terangkan 4 kepentingan penguasaan ansur maju
Penutup

c. Anda boleh menambah maklumat tambahan yang difikirkan relevan


sebagai sokongan.
d. Penulisan besertakan gambar rajah dan diagram, atau foto dapat
membantu dalam keberkesanan penyampaian maklumat utama tugasan
anda.
e. Kreativiti dan keaslian penulisan yang unik adalah elemen utama dalam
permarkahan.

Maklumat penghantaran tugasan adalah seperti berikut:


1. Kedua-dua tugasan di atas membawa sebanyak 50 MARKAH.
2. Kedua-dua tugasan hendaklah ditulis dalam 1 FAIL sahaja dan dimuatnaik
dalam tapak penghantaran tugasan.
3. Tugasan ini hendaklah dihantar kepada PENSYARAH E-LEARNING
KUMPULAN MASING-MASING SAHAJA! Jangan hantar tugasan ini
kepada tenaga pengajar tutorial kerana mereka mungkin bukan pensyarah
e-learning anda, atau sesiapa sahaja yang bukan menjadi pensyarah elearning kumpulan anda.
4. Mekanisme penghantaran tugasan ini adalah melalui TAPAK YANG
DISEDIAKAN DALAM TUGASAN MYGURU3 SAHAJA! Jangan hantar
tugasan melalui emel atau pos. Pensyarah E-Learning anda TIDAK AKAN
MELAYAN tugasan yang dihantar melalui pos atau emel kecuali atas keskes tertentu yang dipersetujui oleh pensyarah e-learning.
5. SILA HANTAR TUGASAN INI SEBELUM TARIKH TUTUP IAITU PADA
8 Mei 2015 (MINGGU KE 11)! Tarikh tutup tapak penghantaran tugasan
adalah muktamad dan tidak akan dibuka lagi selepas itu.
6. Tugasan yang dihantar selepas tarikh 8 Mei 2015 tidak akan ditanda.
Ini bermakna anda akan kehilangan 50%. Masalah peribadi yang
mengakibatkan kelewatan penghantaran tugasan tidak akan diambilkira
oleh pensyarah. Pastikan anda mendisiplinkan diri dengan mematuhi
peraturan yang ditetapkan oleh pensyarah.
7. Oleh yang demikian, pastikan anda mengikuti langkah-langkah sepatutnya
dalam proses muatnaik tugasan bagi memastikan pensyarah e-learning
berjaya membuka tapak penghantaran tugasan anda.
8. Merujuk kepada pengalaman semester lepas, pensyarah e-learning tidak
ada masalah dalam membuka tapak tugasan pelajar kecualilah jika pelajar
sendiri tidak melakukan proses muatnaik dengan betul menyebabkan
tugasan diterima tapi tidak boleh dibuka.

PERHATIAN:
TUGASAN LEWAT DARIPADA TARIKH AKHIR PENGHANTARAN
(8 MEI 2015) TIDAK AKAN DITANDA!
SILA DISIPLINKAN DIRI DAN PATUHILAH PERATURAN KURSUS.
TERIMA KASIH.

Rubrik Pemarkahan Tugasan QGJ3053


Semester 2, Sesi 2014/2015
Nama:_________________________Kumpulan:_______No.Matrik:__________

BIL

RUBRIK PEMARKAHAN

WAJARAN

MARKAH

TUGASAN 1: PERANAN ALAT PELINDUNG


1

Pengenalan alat pelindung

4 peranan dan fungsi alat pelindung

3 jenis alat pelindung yang spesifik

-fungsi dan tujuan

-kepentingan

Bagaimana

alat

pelindung

CATATAN

(25%)

memainkan peranan
-pembuatannya

Prosedur

memakai

3
besertakan

semasa

gambar

Peraturan

memakai

pertandingan

Penutup

2
Jumlah

25

TUGASAN 2: ANSUR MAJU ACARA LONTAR PELURU (25%)


1

Pengenalan acara lontar peluru

Kesemua ansur maju kemahiran

Fasa-fasa setiap ansur maju

4 kepentingan ansur maju

Penutup

2
Jumlah

25

JUMLAH MARKAH
KESELURUHAN

50 %

Dr. Lee Ai Choo Penyelaras Kursus Feb. 2015

You might also like