You are on page 1of 3

5.1.

5 Refleksi

Berdasarkan analisis data pemerhatian, analisis data temu bual dan analisis
data nota lapangan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa strategi penyelesaian
masalah dengan menggunakan gambar rajah Tu Ikan dapat meningkatkan
penguasaan dan kefahaman 4 orang pelajar saya dalam menyelesaikan masalah
melibatkan kemahiran mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti. Ia juga secara
tidak langsung dapat memperbaiki amalan pengajaran saya.

Hasil dapatan daripada pemerhatian menunjukkan berlakunya perubahan


tingkah laku dalam kalangan keempat-empat pelajar. Ini dapat dibuktikan daripada
analisis borang pemerhatian semasa intervensi, pelajar-pelajar ini tidak lagi bersikap
mendiamkan diri dan menunjukkan reaksi bosan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sedang berlaku. Mereka sebaliknya mula memberi perhatian dan
maklum balas semasa intervensi dijalankan. Perubahan ini telah menunjukkan
bahawa mereka memahami strategi penggunaan gambar rajah yang diperkenalkan
dan kemahiran mereka menjawab soalan penyelesaian masalah juga semakin
meningkat.

Hasil dapatan berdasarkan sesi temu bual juga telah mengubah tingkah laku
dan tanggapan

keempat-empat pelajar tentang matematik dan kemahiran

penyelesaian masalah terutamanya melibatkan tajuk Pecahan. Penggunaan strategi


gambar rajah Tu Ikan untuk menyelesaikan masalah mencari nilai pecahan daripada
suatu kuantiti telah dapat menarik minat mereka untuk mempelajari matematik.
Keempat-empat pelajar berpendapat bahawa penggunaan gambar rajah Tu Ikan

memudahkan mereka memahami cara menyelesaikan masalah melibatkan mencari


nilai pecahan daripada suatu kuantiti. Mereka juga berasa gembira kerana dapat
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang diberi dengan lebih tepat. Selain
itu, strategi penyelesaian masalah menggunakan gambar rajah Tu Ikan telah
memberi kesedaran kepada saya akan kepentingan menggunakan pelbagai strategi,
kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kerana aras kefahaman
pelajar adalah berbeza. Secara keseluruhannya, dapatan daripada sesi temu bual
yang telah dijalankan menunjukkan bahawa 4 orang pelajar ini dapat menerima
strategi penyelesaian masalah melibatkan kemahiran mencari nilai pecahan
daripada suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tu Ikan.

Selepas kajian ini dijalankan, saya telah mendapati bahawa 4 orang pelajar
saya ini memang mengaplikasikan gambar rajah Tu Ikan semasa menyelesaikan
masalah mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti. Mereka telah menggunakan
gambar rajah ini semasa menjawab soalan Ujian Pra Pengesanan UPSR bagi mata
pelajaran Matematik pada 7 April 2015 yang lalu. Semasa saya menyemak kertas
jawapan ujian tersebut, saya berasa sangat gembira kerana mereka telah berjaya
menjawab soalan penyelesaian masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada
suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tu Ikan dengan betul. Rajah 8
menunjukkan jawapan bagi soalan ujian yang dijawab oleh pelajar saya.

Rajah 8 : Jawapan Pelajar dalam Ujian Pra Pengesanan UPSR

Sebagai kesimpulan, saya dapat merumuskan bahawa penyelidikan tindakan


ini berjaya mencapai objektif. Saya rasa bersyukur kerana penggunaan gambar
rajah Tu Ikan telah dapat memperbaiki amalan pengajaran saya. Ia juga telah
berjaya meningkatkan tahap penguasaan pelajar saya dalam menyelesaikan
masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti. Saya berharap
agar penyelidikan tindakan yang telah saya laksanakan dapat membantu guru lain
yang akan mengajar kemahiran ini pada masa akan datang.

You might also like