You are on page 1of 10

2.

DAYA DAN GERAKAN


2.1 Mengkaji Gerakan
1. Kuantiti skalar ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja. Misalanya
panjang, laju, jisim, isipadu, tenaga dan kuasa.
2. Kuantiti vektor ialah kuantiti fizik yang mempunyai kedua-dua magnitude dan
arah. Misalnya,sesaran, halaju, pecutan, daya dan momentum.
3. Jarak yang dilalui oleh sesuatu jasad ialah panjang lintasan yang diambil.
4. Sesaran ialah jarak yang dilalui dalam arah yang tertentu.
5. Laju ialah kadar perubahan jarak yang dilalui.
6. Halaju ialah kadar perubahan jarak yang dilalui dalam arah yang tertentu.
7.Pecutan ialah kadar perubahan halaju.

2.2 Persamaan Pergerakan Linear


1. Persamaan gerakan linear menghubungkan sesaran, halaju, pecutan dan masa.
2. Simbol-simbol yang biasa digunakan ialah:
s= jarak yang dilalui
t = masa yang diambil
u = halaju awal
v = halaju akhir
a = pecutan
3. Objek yang bergerak dengan halaju seragam:
a. Jarak yang dilalui, s = vt
b. Halaju awal = halaju akhir
c. Pecutan untuk gerakan ialah sifar.
4. Untuk objek bergerak dengan pecutan seragam, tiga persamaan digunakan untuk
mengaitkan u, v, a dan t.
a. v = u + at
b. s = ut +

1
2

at2

c. v2 = u2 + 2as
Contoh 1
Seketul batu dilepaskan dan jatuh.
(a) Jika pecutan gravity g = 10 m s-2, berapakah halaju batu itu selpas 5 saat?
(b) Berapakah jarak batu itu jatuh dalam 5 saat?
Jawapan
Pecutan a = g =10 m s-2,

t=5s

(a) Dengan menggunakan v = u + at


= 0 + 10 x 5
= 50 m s-1
(b) Dengan menggunakan s = ut +

1
2

at2

= 0 + x 10 x (5)2
= 125 m
Latihan
1. Satu jasad mula bergerak dengan halaju 26 m s-1 dan terus memecut dengan
pecutan 8 m s-2 selama 25 saat.
Berapakah jarak ia bergerak, dalam meter?
2. Sebuah kereta sedang bergerak dengan halaju 10 m s-1. Jika halaju kereta itu
bertambah menjadi 30 dalam masa 10 s, berapakah pecuatan yang dialami oleh
kereta itu?
3. Seorang pelajar menunggang basikal bermula daripada keadaan pegun dan
mencapai laju 12 m s-1 dalam masa 6 saat. Berapakah jarak yang dilalui oleh
pelajar itu?
4. Seketul bata jatuh bebas dari ketinggian 10 m.
Hitung masa yang diambil untuk bata itu sampai ke tanah.
[g = 10 m s-2]
A 0.5 s
B 0.7 s
C 1.0 s
D 1.4 s

2.3 Graf Gerakan Linear


(a) Graf halaju seragam

halaju

jarak

Pecutan

masa

masa

masa

2. Jarak yang dilalui = luas di bawah graf halaju melawan masa

(b) Graf pecutan seragam

Pecutan

jarak

halaju

masa

masa

2. Jarak yang dilalui = luas di bawah graf halaju melawan masa


3. Kecerunan pada satu titik pada lengkungan jarak-masa mewakili laju pada ketika
itu.
4. Kecerunan pada satu titik pada lengkungan halaju-masa mewakili pecutan pada
ketika itu.

masa

Latihan
1. Graf halaju-masa bagi seorang penunggang basikal adalah seperti ditunjukkan
dalam rajah di bawah.
Berapakah jarak yang dilalui oleh beliau?

A 240 B

B 360 m

C 480 m

D 720 m

2. Rajah 2 menunjukkan graf halaju-masa bagi gerakan suatu objek.

Berapakah jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh objek itu dalam masa 8 s?

A 16

B 24

C 32

D 64

2.4 INERSIA dan Jisim


1. Hukum Gerakan Newton Pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan
terus mengekalkan keadaan asalnya iaitu dalam keadaan pegun atau dalam
keadaan gerakan dengan halaju yang seragam jika tiada daya luar yang bertindak
ke atasnya.
2. Sifat semula jadi pada sesuatu jasad untuk menentang perubahan keadaan
gerakan asalnya dikenali sebagai inersia.
2. Jisim adalah kuantiti jirim yang terdapat dalam objek.
3. Jisim sesuatu jasad merupakan ukuran inersia jasad itu.
4. Jisim yang besar susah dihentikan daripada keadaan bergerak dan juga untuk
digerakkan daripada keadaan rehat.
5. Semakin besar jisim sesuatu jasad, semakin besar inesianya.
6. Berat ialah daya yang bertindak terhadap sesuatu objek disebabkan daya tarikan
graviti.
7. Contoh aplikasi Hukum Gerakan Newton Pertama dalam kehidupan seharian:
(a) Apabila bas yang bergerak berhenti dengan tiba-tiba, penumpang akan
terhumban ke hadapan.
(b) Kepala penukul boleh diketatkan dengan menghentam bahagian bawah
pemegangnya.

Latihan
1. Inersia sesuatu jasad bergantung kepada
A jisim
B halaju
C Daya geseran
D kekuatan graviti
2. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang inersia?
A. Semakin besar jisim jasad semakin besar inersia
B. Sesuatu jasad yang pegun tidak mempunyai inersia
C. Suatu jasad yang jatuh bebas tidak mempunyai inersia
D. Inersia suatu jasad di bulan adalah lebih kecil daripada di bumi
2.5 Daya dan Gerakan
1. Daya ialah suatu tindakan yang boleh mengubah
a. arah gerakan sesuatu jasad
b. bentuk/saiz sesuatu jasad
c. keadaan gerakan sesuatu jasad
2. Contoh daya: daya geseran, daya gravity, daya julangan, daya elektrik.
3. Dalam makmal, daya disukat dengan neraca spring.
4. Unit SI bagi daya ialah Newton (N).
5. Hukum Gerakan Newton Kedua menyatakan bahawa pecutan sesuatu objek
adalah berkadar langsung dengan daya bersih ke atas sesuatu objek, dalam
arah daya bersih, dan berkadar songsang dengan jisim objek.
6. Hukum Gerakan Newton Kedua boleh diwakili dengan persamaan
F = ma
Di mana F adalah daya paduan yang bertindak ke atas jasad berjisim m,
menyebabkan jasad bergerak dengan pecutan a.
7. Jika daya paduan bertindak ke atas suatu jasad adalah sifar, maka jasad berada
dalam keadaan keseimbangan mekanik.
8. Jika daya yang bertidan ke atas jasad dalam keadaan keseimbangan, jasad akan
a. berada dalam keadaan pegun

b. bergerak dengan halaju seragam

9. Hukum Gerakan Newton Ketiga: Apabila suatu objek mengenakan daya ke


atas objek kedua, objek yang kedua mengenakan daya yang sama tetapi dalam
arah bertentangan terhadap objek pertama.
10. Hukum ini memberi maksud bahawa daya sentiasa bertindak dalam satu
pasangan yang bertentangan tetapi mempunyai magnitud yang sama.
11.
(a)
(b)
(c)

Contoh aplikasi Hukum Gerakan Newton ketiga termasuk:


tindakan dan tindak balas membolehkan ikan berenang di dalam air,
tindakan dan tindakbalas menyebabkan pelancarkan roket ke angkasa lepas,
sentakan rifel ke belakang menyebabkan peluru begerak ke hadapan

Latihan
1. Satu daya tetap bertindak ke atas satu jasad yang terletak di atas satu
permukaan licin. Ini akan mengakibatkan jasad itu bergerak dengan
A laju seragam
B pecutan semakin berkurang
C pecutan seragam
D pecutan yang semakin bertambah

2. Kesan mengenakan satu daya tetap secara berterusan ke atas sesuatu jasad
mungkin mengubahkan yang berikut kecuali
A
B
C
D

halaju
pecutan
arah
momentum

3. Mengapakah bahgaian hadapan dan bahagian belakang kereta direka bentuk


supaya mudah remuk?
A Untuk menambahkan masa hentaman
B Untuk mengurangkan momentum
C Untuk menambahkan geseran

D Untuk mengurangkan impuls


4. Sebuah kereta berjisim 1000 kg sedang bergerak dengan pecutan 2 m s-2. Daya
geseran sebanyak 900 N bertindak ke atas kereta itu.
Berapakah daya yang dikenakan oleh enjin kereta itu?
A 900 N
B 1100 N
C 2000 N
D 2900 N
5. Sebuah kereta berjisim 800 kg yang sedang bergerakk dengan halaju tetap 10 m
s-1, diberhentikan dalam jarak 25 m setelah brek ditekan dengan sekata. Berapakah
daya membrek yang dikenakan untuk memeberhentikan kereta itu?

2.6 Daya Geseran


1. Geseran ialah daya yang menentang gerakan menggelongsor di antara dua
permukaan yang bersentuhan.
2. Geseran pepejal berpunca daripada kekasaran permukaan.
3. Geseran statik ialah geseran yang bertindak sebelum sesuatu jasad mula
bergerak.
4. Geseran statik bertambah apabila daya yang dikenakan ke atas jasad itu
bertambah.
5. Sejurus sebelum jasad itu mula bergerak, geseran statik yang wujud di antara
dua permukaan itu adalah maksimum dan dinamakan geseran menghad.
6. Nilai geseran menghad bergantung kepada tindak balas normal. Semakin besar
tindak balas normal, semakin besar geseran menghad itu.
7. Sebaik sahaja geseran menghad diatasi oleh tindakan daya, jasad itu mula
bergerak.
8. Daya geseran yang bertindak pada ketika itu ialah geseran dinamik.
9. Geseran dinamik tidak bergantung kepada laju relatif bagi permukaan yang
bersentuhan itu.
10. Geseran tidak bergantung kepada luas permukaan yang bersentuhan.
11. Geseran dapat dikurangkan dengan

a. menukarkan geseran menggelongsor kepada geseran mengguling dengan


menggunakan penggolek atau alas bebola.
b. menggunakan minyak pelincir di antara permukaan pepejal yang bersentuhan
c. mengadakan satu lapisan udara di antara permukaan yang bersentuhan.
Latihan
1. Yang manakah di antara pernyataan berikut adalah tidak benar mengenai daya
geseran?
A Daya geseran bergantung kepada jisim jasad
B Daya geseran bergantung kepada jenis permukaan yang bersentuhan
C Daya geseran boleh dikurangkan dengan minyak pelincir
D Daya geseran bergantung kepada luas permukaan yang bersentuhan
2. Geseran akan terhasil apabila sesuatu jasad bergerak dalam medium berikut
kecuali
A pepjal
B cecair
C gas
D vakum
3. Daya geseran di antara dua permukaan yang bersentuhan tidak boleh
dikurangkan dengan
A menggilapkan permukaan-permukaan itu
B mengadakan satu lapisan udara di antara permukaan-permukaan itu
C meletakkan guli-guli di antara permukaan-permukaan itu
D mengurangkan luas permukaan yang bersentuhan

Miskonsepsi dalam Daya dan Gerakan


Kanak-kanak menggunakan idea sendiri tentang daya:

kanak-kanak mengenal pasti daya dengan benda yang hidup

Objek yang bergerak dengan seragam memerlukan daya seragam untuk


mengekalkan gerakannya dalam arah yang sama (keliru dengan momentum).

Sesuatu objek yang tidak bergerak tidak ada daya bertindak ke atasnya

Sesuatu jasad yang bergerak mengalami satu daya yang bertindak dalam
arah gerakan (keliru dengan momentum).

Kanak-kanak memikirkan daya dari segi gerakan, dan tidak pegun. Kanak-kanak
percaya bahawa jika objek dalam keadaan pegun, tiada daya bertindak ke atasnya.
(Jika seorang menolak sebuah kereta dengan memasang brek tangan, kereta tidak
bergerak. Tidak ada daya yang diperhatikan oleh kanak-kanak. Namun, secara
saintifikterdapat beberapa daya yang sedang bertindak.
Kanak-kanak mendapati gambar rajah anak panah untuk mewakili daya adalah
sukar difahami. Kebanyakan daya anak panah mula dari pusat gravity dan bukan
dari bahagian atas atau bahagian bawah objek. Hasilnya, murid merasa keliru
dengan gerakan dan momentum.

You might also like