You are on page 1of 18

Menu shera, ayien n ety

Nama Resepi : Samosa daging


Bahan A
Bahan bahan Kuantiti
Kulit popia dipotong segi empat 10 keping
Minyak 700ml
Bahan B
Bahan bahan Kuantiti
Daging kisar 250gm
Kentang didadu kecil 250gm
Bawang besar didadu kecil 100gm
Bawang putih dicincang 10gm
Serbuk kari daging dijadikan pes 20gm
Daun kari 5gm
Cili giling 25gm
Gula 10gm
Garam 5gm
Minyak menumis 10ml
Daun bawang - diracik 10gm
Bahan C
Bahan bahan Kuantiti
Sos cili 10gm

Sos tomato 5gm


Cili giling 5gm
Gula 15gm
Garam 5gm
Cuka 10ml
Bawang putih dicincang 5gm
Cili merah 5gm
Cili hijau 5gm
Air 250ml
Penyediaan Samosa :
1. Kuali dipanaskan sehingga minyak betul-betul panas. Kemudian, masukkan bawang besar,
bawang putih, cili boh dan tumiskan sehingga garing.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuhkan dengan sedikit air dan tumiskan serbuk kari
sehingga garing.
3. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Kemudian, masukkan
garam dan gula secukup rasa.
4. Biarkan ia masak sehingga kuah inti kering dan daging serta kentang empuk.
5. Setelah masak, masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama-sama dengan daun bawang
yang telah diracik.
6. Biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam popia.
7. Inti yang telah disejukkan, masukkan ke dalam kulit popia dan dilipat kemas.
8. Kuali dipanaskan dan tuangkan minyak penuh. Biarkan panas dengan api yang sederhana.
9. Samosa yang telah dilipatkan tadi, dimasukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng
sehingga kuning keemasan.

10. Kemudian, angkat dan toskan.


11. Sedia untuk dihidang.

Penyediaan sos :
1. Didihkan air didalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
2. Kemudian, masukkan cili giling, bawang putih, sos cili, sos tomato, cili hijau, dan cili merah.
Kacau sehingga rata.
3. Masukkan cuka, gula, dan garam. Masak sehingga betul-betul pekat.
4. Siap untuk dihidang.

Nama Resepi : Mee Goreng Mamak


Bahan bahan Kuantiti
Mee kuning - dibasuh dan ditoskan 300g
Isi ayam - dipotong dadu 250g
Kentang rebus - dipotong kecil 100g
Tauhu goreng - dipotong dadu 1 ketul
Sawi 60g
Tauge 100g
Cili merah dihiris 25g
Cili hijau dihiris 25g
Telur Gred B 2 biji
Tomato 100g
Bawang besar dicincang 100g
Bawang putih dicincang 15g
Sos cili 15g
Sos tomato 30g
Kicap pekat 15g

Minyak 125ml
Garam 15g
Hiasan
Bahan bahan Kuantiti
Daun saderi dicincang 5g
Daun bawang - dicincang 5g
Bawang goreng 10g
Limau kasturi 2 biji
Hirisan timun 20g
Prosedur Memasak :
1. Minyak dipanaskan sehingga minyak betul-betul panas. Kemudian, tumiskan bawang besar
dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan isi ayam,
kacau sehingga isi ayam separuh masak.
2. Kemudian, masukkan kentang, tauhu dan gaul sehingga rata.
3. Pecahkan telur dan kacau sedikit dengan sudip.
4. Masukkan mee dan sayur-sayuran serta cili hiris, kacau sehingga rata.
5. Masukkan garam dan masak sehingga layu.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Nama Resepi : Kuih Lapis


Bahan bahan Kuantiti
Tepung gandum 385gm
Tepung ubi 110gm
Santan kotak ditambah dengan air 1195gm
Garam 10gm
Gula pasir 230gm
Pewarna merah (sirup) 40gm
Daun pandan (hiasan) 1 helai

Prosedur memasak :
1. Tepung gandum dan tepung ubi diayak bersama.
2. Gula dan santan dikacau sehingga gula larut sepenuhnya.
3. Buat lubang di tengah tepung dan masukkan santan. Kacau hingga rata selama 10 minit.
4. Rehatkan adunan tepung selama 15-20 minit.

5. Adunan epung dibahagikan kepada dua ; satu bahagian dibiarkan putih dan satu bahagian lagi
diwarnakan merah.
6. Panaskan air kukusan sehingga biar mendidih. Letakkan talam di dalam periuk kukus.
7. Masukkan sesenduk adunan putih, tutup kukus dan biarkan selama 3 minit ( atau separa
masak).
8. Ulangi langkah 7 dengan menggunakan adunan merah.
9. Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
10. Kukus selama 20 minit lagi. Setelah sejuk boleh dipotong.

Menghias dan menghidang :


1. Kuih lapis dilapik dengan menggunakan daun pandan.
2. Dihidangkan pada appetizer plate.

Nama Resepi : Pulut Panggang


Pulut :
Bahan bahan Kuantiti
Beras pulut 300g
Santan cair 250ml
Garam 3g
Daun pisang 1 helai
Serunding Ikan :
Bahan bahan Kuantiti

Ikan kembung 350g


Santan pekat 125ml
Garam 10g
Gula 5g
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 20g
Lengkuas 6g
Serai 65g
Kunyit hidup 10g
Cili merah 10g
Ketumbar biji 10g
Jintan manis 5g
Minyak masak 40g
Prosedur Memasak :
Pulut :
1. Rendam beras pulut beberapa jam. Toskan pulut dan letakkan di dalam Loyang. Kemudian
ratakan dan kukus selama setengah jam.
2. Bancuh garam dengan santan cair, tuangkan ke dalam pulut tadi dan gaul rata.
3. Kukus 10-15 minit atau sehingga pulut masak.
4. Gaul sekali lagi, angkat dan sejukkan.

Serunding Ikan :

1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, kunyit hidup, cili merah, ketumbar
dan jintan manis.
2. Ikan kembung direbus sehingga masak dan isi ikan diasingkan dari tulang. Kemudian isi ikan
ditumbuk sehingga halus.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum. Kemudian masukkan ikan
yang telah ditumbuk tadi.
4. Masukkan pati santan tadi dan tambahkan garam dan gula secukupnya. Masak dengan api
perlahan sehingga kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
Pulut Panggang :
1. Siapkan daun pisang, lap bersih dan layurkan. Potong lebih kurang 5 x 8 inci. Sudukan lebih
kurang 2 sudu besar pulut. Ratakan dan lepekan sedikit. Letakkan serunding ikan sepanjang
pulut tadi.
2. Bentukkan menggunakan daun pisang hingga pulut menutupi serunding. Kemaskan dan semat
dengan lidi tajam kiri dan kanan atau menggunakan stapler. Buat hingga siap dan panggang
sehingga sedikit garing. Pulut panggang dipotong dua dan dihidangkan.
Nasi dagang
65g beras pulut
185 g beras siam
5g halia
5g halba
20g bawang merah
100ml santan pekat
100ml air
250 ml santan cair

Prosedur memasak:
1. Bahan disediakan mengikut sukatan
2. Beras pulut dan beras siam di basuh dan dibersihkan. Dicampurkan dan
direndam semalaman

3. Beras ditus terlebih dahulu dan di kukus selama 15 minit. Keluarkan beras
dari kukusan, masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air dan balik-balikkan
sehingga sebati
4. Masukkan semula ke dalam Loyang dan kukus selama 10minit. Keluarkan
beras dari kukusan, masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair dan
balik-balikkan sehingga sebati
5. Akhir sekali, keluarkan beras dari kukusan. Masukkan ke dalam mangkuk.
Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit dan balik-balikkan sehingga
sebati. Pastikan tidak terlalu lembik. Campurkan hirisan bawang, halia dan
halba. Gaul semula. Kukus hingga 10 minit lagi.
6. Hidangkan bersam gulai ikan tonggol dan acar.

ACAR
150g timun
70g lobak merah
75 g bawang besar
20g lada besar merah dan hijau
20ml cuka
10g garam
10g gula

Prosuder memasak
1. Bahan- bahan disediakan
2. Timun, lobak merah dan lada dibersihkan

3. Timun dan lobak merah dipotong panjang. Bawang dan cili di mayang
4. Gaulkan dengan cuka dan di perasakan dengan gula dan garam

GULAI IKAN TONGKOL


800g ikan tongkol
250ml santan pekat
5g asam keeping
15g rempah kari ikan
40g bawang merah
10g halia
15g bawang putih
10g kerisik
5g ketumbar biji
3g jintan manis
20g cili kering
15 cili padi
10g garam

Prosedur memasak
1. Bahan-bahan disediakan
2. Ikan dipotong setebal 2cm dan dibersihkan
3. Ikan tongkol direbus dengan sedikit air, garam dan asam keping sehingga
masak
4. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan dan masak dengan api
yang pelahan sehingga mendidih. Sentiasa kacau agar tidak berketul
5. Masukkan bahan-bahan yang di kisar dan biarkan mendidih semula
6. Masukkan ikan dan cili padi, perasakan dengan garam dan masak sehingga
kuah agak pekat.
Bahan-bahan yang dikisar
Bawang merah

Halia
Bawang putih
Ketumbar biji
Kerisik
Jintan manis
Cili kering
Cili padi

Nasi putih
200gm beras
1 cawan air

Prosedur memasak
1.
2.
3.
4.

Cuci beras hingga bersih


Kemudian masukkan beras dan air ke dalam periuk
Masak nasi menggunakan api sederhana tanppa menutup periuk
Selepas 8 hingga 10 minit setelah air beras kering, barulah periuk boleh di
tutup
5. Pelahankan api dan tunggu hingga nasi benar-benar masak
KERABU MANGGA DAN PERUT
300g buah mangga muda
200gm perut lembu

35 gm bawang merah
70gm tomato
40gm cili padi
20gm serai
3 gm daun limau purut
5g daun ketumbar
15gm sos sotong
50 gm udang kering
125ml santan
5gm garam
10 gm gula
8gm jus limau
20gm cili merah

Prosedur memasak
1. Potong mangga, perut lembu, bawang merah, tomato, cili padi, serai dan cili
merah. Campurkan kesemuanya
2. Sangai udang kering dan tumbuk atau kisar hingga lumat
3. Campurkan ke dalam mangkuk tadi.
4. Masukkan sos sotong, daun ketumbar, santan, jus limau dan perasakan
dengan gula dan garam
5. Gaul hingga sebati
GREEN CHICKEN CURRY
Pes kari
15gm serai
20 gm cili padi
20gm bawang merah
10 gm bawang putih
5g lengkuas

5g halia
5gm daun ketumbar
5g daun selasih
5g serbuk jintan putih
5g serbuk lada sulah
5g serbuk ketumbar
10g sos ikan (nampla)
5g belacan
1 sdt jus limau nipis
10g gula perang
30ml santan

Kari hijau thai


500g ayam
80g tomato
30g serai
4 helai daun limau purut
20gm cili padi merah Thai
800ml santan cair
300ml pati santan
5g daun selasih
5g js limau
6g sos ikan
sd gula
Prosedur penyediaan

Pes kari hijau


Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar . kisar hingga halus dan lumat

Kari hijau thai


1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum,
masukkan serai dan juga ayam. Gaul rata sehingga ayam kecut.
2. Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biarkan masak
sehingga ayam empuk. Masukkan cili padi thai. Bila mendidik , tuangkan
pati santan.
3. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap
dengan api yang sederhana. Kacau selalu
4. Akhir sekali, masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api. Hidangkan.

CHINESE FRIED RICE


200g nasi
2 ulas bawang putih
2 biji telur

-yang telah di masak dan disejukkan


- dicincang halus
- dipukul dan digoreng hancur

50gm sayur campur beku


1 kpg isi ayam
100gm isi udang

dipotong dadu
dibuang kulit dan di potong dadu

10gm serbuk pati ayam


1 cmb minyak bijan
2 cmb kicap cair
10 g daun bawang
3 biji cili merah
Minyak untuk menumis

dimayang halus

Garam dan lada sulah secukup rasa

Prosedur memasak
1. Panaskan minyak dan masukkan isi ayam dan udang. Tumis sehingga ianya
agak kekuningan dan tumiskan pula bawang putih sehingga naik bau
2. Kemudian masukkan nasi, kicap cair, minyak bijan, serbuk pati ayam. Garam
dan lada sulah secukup rasa. Kacau rata dan sebati.
3. Setelah itu, masukkan sayur campuran beku, cili merah dan daun bawang.
Kacau rata
4. Akhir sekali, masukkan telur hancur. Kacau hingga rata dan hidangkan
DEEP FRIED WANTAN
Kisar halus 250g isi ayam
-

750g isi udang


2 biji sekuang cina

Mayang halus 10gm daun bawang


3 cmb tepung jagung
1 cmt minyak bijan
2biji putih telur
Garam dan lada sulah secukup rasa
*campurkan kesemua bahan diatas , gaul rata dan jadi seperti doh
25 keping kulit wantan

Bahan untuk sos cili


5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
125 ml sos tomato
125 ml sos cili
1 cmb cuka
1 cmb gula pasir

2 cmb air

Campur kesemua bahan dan kacau rata

Prosedur memasak
1. Ambil sesudu kecil doh dan letakkan di hujung kulit wantan. Bungkus dengan
kemas dengan menggunakan putih telur sebagai pelekat
2. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan gorengkan wantan
sehingga kelihatan kekuningan
3. Toskan minyak dan hidangkan bersama-sama sos cili tadi

BEEF GREEN PEPPER


500g daging batang pinan dihirs nipis
1 biji lada banggala di potong julienne

1 ulas bawang putih

di cincang halus

5 cm halia
2 cmb sos tiram
2 cmb kicap cair
125ml air
2 cmb tepung jagung

dibancuh bersama

2 cmb air
Minyak untuk menumis
1 cmt gula
Garam dan lada sulah secukup rasa
Prosedur memasak
1. Perapkan daging bersama dengan gula, garam dan lada sulah selama lebih
kurang sejam
2. Panaskan minyak dan gorengkan daging sebentar dengan api yang besar.
Angkat dan asingkan

3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di cincang halus kekuningan.


Kemudian masukkan sos tiram dan kicap cair . kacau rata
4. Selepas itu, masukkan daging dan lada benggala beserta daging. Kacau rata.
Panaskan secukupnya dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk
memekatkannya

KAILAN WITH OYSTER SAUCE


250 g kalian

- di celur

25ml sos tiram


60 ml stok ayam
2 ulas bawang putih

- dicincang halus

5 gm kepingan badam

- di sangai

Minyak untuk menumis


Garam dan lada sulah

- secukup rasa

Bancuhan tepung jagung


Prosedur memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian
masukkan stok ayam, sos tiram, garam dan lada sulah secukup rasa
2. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rta sehingga bahan
memekat
3. Atur dan susun kalian yang telah di celur di dalam pinggan yang sesuai dan
tuangkan sos di atasnya
4. Kemudian taburkan kepingan badam di atas sayuran sebagai bahan hiasan

You might also like