You are on page 1of 1

2.

Bincangkan Kepentingan Industri dan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di
Malaysia (berdasarkan Statistik/bajet dalam KDNK Negara).

Malaysia adalah negara yang sedang membangun, mengamalkan pasaran berorientasikan


negara dan terbuka. Di dalam tahun 2007, Malaysia adalah negara yang mempunyai
ekonomi ke-30 terbesar di dunia mengikut pariti kuasa membeli dengan keluaran dalam
negara kasar bagi tahun 2009 dianggarkan berjumlah $381.1 bilion.
Sektor industri merupakan penyumbang kedua terbesar di dalam Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) sebanyak 42.3% selepas sektor perkhidmatan sebanyak 47.6%.
Selain itu, sektor industri juga menyediakan sebanyak 36% pekerjaan kepada rakyat
Malaysia dalam tempoh yang sama.
Memang tidak dinafikan lagi sektor industri menyumbang kepada KDNK serta
pendapatan negara, khususnya pendapatan eksport yang boleh membaiki defisit imbangan
dagangan. Sumbangan sektor ini kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan
pendapatan eksport negara sentiasa melebihi 40% bagi setiap tahun.
Sektor perindustrian telah menyebabkan negara kita mampu mengurangkan
import barangan tertentu. Contohnya, import pada bulan Oktober 2009 menurun sebanyak
2.3% berbanding September 2008 terutamanya barangan elektrik dan elektronik (E&E)
sebanyak 8.5% dan produk besi dan keluli sebanyak 28%. Pengurangan import ini
berupaya dilakukan kerana sektor perindustrian negara telah berjaya menghasilkan
produk yang sama, terutamanya barangan elektrik dan elektronik pada harga yang lebih
murah.
Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara
setanding dengan sektor pertanian. Sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK telah
meningkat daripada 13.14% pada tahun 1970 kepada 20.5% dalam tempoh yang sama.
Selain itu, negara Malaysia pada era 70-an terpaksa mengimport kereta dari Jepun atau
negara barat tetapi kini keadaannya amat berbeza sekali kerana negara kita sekarang
sudah mampu menghasilkan kereta buatan sendiri, iaitu PROTON dan PERODUA.
Malah, keluaran indusri perkilangan seperti kereta nasional, alat penghawa dingin, dan
lain-lain barangan elektrik dan elektronik banyak dieksport ke luar negara.Situasi ini turut
memberikan kesan terhadap kadar imbangan perdagangan luar negara kerana kurang
wang mengalir ke luar negara untuk membayar barangan yang diimport. Lantas, wang
tersebut mampu digunakan untuk pembangunan sektor-sektor lain. Sumber kewangan
negara yang berlebihan itu dapat digunakan untuk meninggikan taraf hidup rakyat.

You might also like