You are on page 1of 2

REFLEKSI MINGGU PERTAMA

Refleksi Hari Pertama : 22 Mac 2011


Perjalanan hari pertama dimulakan dengan menjejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan
Sungai Kantan tepat jam 7.10 pagi. Berjumpa dengan guru-guru dan Guru Penolong Kanan I,
Cik Hjh Hamidah Bt. Ahmad. Lantaran itu menerangkan kepada beliau berkaitan tujuan kami
berlapan datang berpraktikum ke sekolah Kebangsaan Sungai Kantan.
Seterusnya, setelah tamat perhimpunan, kami diserahkan kepada Guru Penyelaras
Prasekolah, Puan Azlina Bt Abdul Rahman. Terdapat 2 prasekolah di sekolah tersebut iaitu
Prasekolah Smart yang diterajui oleh Pn. Noriah Bt. Yusof dan Prasekolah Genius dipelopori
oleh Pn. Azlina Bt. Abdul Rahman.
Selepas itu, kami berbincang berkaitan pengurusan dan pentadbiran prasekolah. Perkara
lain yang turut dibncangkan ialah berkaitan murid-murid , jadual waktu prasekolah, tema selama
4 minggu (sebulan), pengurusan prasekolah serta peranan dan tanggungjawab pembantu
pengurusan murid.
Langkah pertama ialah membahagikan kami berempat kepada 2 pasangan iaitu saya
Norfarahin Bt Abu Amar dan Nurul Hidayah Mohd Hafiz dipertanggungjawabkan kepada Pn
Noriah Mohd Yusof manakala 2 lagi rakan saya iaitu Izatul Husna Bt. Omar dan Norsarini Mohd
Noor diserahkan kepada Puan Azlian Bt. Abdul Rahman.
Pada hari pertama, kami memulakan tugasan dengan membuat pemerhatian terhadap
strategi dan kedah pengajaran dan pembelajaran ang digunakan di dalam kelas tersebut. Murid
prasekolah tersebut berkongsi bangunan iaitu prasekolah Smart dan Prasekolah Genius.
Sepanjang hari berlangsung dengan agak lancar walaupun terdapat sedikit kekangan iaitu
daripada aspek sikap guru dan pihak pengurusan namun, semua itu hanyalah tanggapan awal
semata-mata yang tidak seharusnya dijadikan kayu pengukur dalam menilai seseorang itu.
Pada hari pertama ini, murid prasekolah pulang pada pukul 12.00 tengah hari manakala
untuk guru-guru ialah pada jam 2.10 petang. Pertemuan awal ini menunjukkan beberapa
tanggapan negatif terhadap kami mungkin disebabkan oleh salah faham yang kebanyakannya
tidak disengajakan.

You might also like