You are on page 1of 9

SEK.MEN.

ARAB ( JAIM) DARUL FALAH,


KUALA SUNGAI BARU, MELAKA.
MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI 1/ 2015
Tarikh
Tempat
Masa
Kehadiran

: 30/12/ 2014
: Bilik Gerakan
: 8.30 pagi
: Hadir

1. Pn.Hjh.Norizah bt. Hj.Baharom


2. En.Mohd Hisham b Mohamad
3. En Zakaria bin Ismail
4. Pn Safura bt Dato Othman
5. En. Abdullah bin Matmin
6. Pn.Azizah bt. Zainal
7. En. Jalil b. Ismail
8. En Nordin bin Abu Hasan
9. Pn.Norainin bt. Abd Latif
10. En Shamzuri bin Che Mad
11. Pn Nazipah bt Ablah
12. Pn Solmi bt Johan
13. Pn Siti Nur Hanim bt Hashim
14. Pn Hazlina bt Mohd Sehat
15. Pn Hazilah bt Abd Hamid
16. Pn Nik Nur Nabila bt Mustafa
17. Pn Noor Azilah bt Mohamad
18. En Mohd Hasikin bin Ismail
19. En Mahadir bin Othman
20. Pn Nisah bt Aman
21. Pn Huda bt Abd Kadir
22. Pn Siti Syahirah bt Nordin
23. Cik Ili liyana bt Abd Hajis
24. Pn Siti Aziah bt Halilan
25. Pn Noor Sahara bt Muhamad
26. Pn Nadirah bt Karim
27. Pn Nur Liyana bt kamarudin
28. En Mohd Azli bin Othman
29. Pn Siti Fatimah bt Mat Arip
30. Pn Siti Shahira bt Nordin
31. Pn Soraya bt shamsudin
32. Pn Rasida bt Napiah
33. En Mohd Yusof bin Ali

Pengetua
GPK 1
GPK HEM
GPK KOKU
GKMP Bahasa
GKMP Kemanusiaan
GKMPTeknik & Vokasional
GKMP PAIBA
GKMP Sains & Matematik
KP PJPK
Penyelaras PBS/PT3
KP Bahasa Inggeris
KP PSV
KP Geografi/PSS
KP Matematik
Setiausaha peperiksan dalaman
KP Bahasa Melayu
KP Quran sunnah
KP Sejarah
KP BA
Kp PAI/Syariah Islamiah
setiausaha MBMMBI
KP KHB
Penyelaras SPM
Guru Bimbingan Kaunseling
KP PSK

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah al Fatihah.Beliau
mengalu-alukan kehadiran guru-guru dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum kali
pertama tahun 2015.
1.2
Pengerusi juga memaklumkan visi baru Pendidikan Berkualiti ,Insan
Terdidik, Negara Sejahtera dan misi baru ialah Melestarikan Sistem Pendidikan
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara
1

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU

En Nordin bin Abu Hasan mencadangkan supaya minit mesyuarat kurikulum kali ke3 tahun 2013 disahkan dan cadangan ini disokong oleh En Mohd Hasikin bin Ismail.
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1
Pengerusi membuat teguran kepada guru dan ketua-ketua panitia kerana
belum membangunkan site Vle frog peribadi atau panitia masing-masing.
3.2
En Abdullah mencadangkan supaya diadakan bengkel intensif kerana
walaupun sudah menghadiri 2 kali LADP Vle Frog oleh pn Fatimah dan pengerusi
guru-guru masih belum mahir menggunakannya.
3.3
Pn Safurah mencadangkan supaya guru-guru meminta bantuan jurutektik ICT
sekolah Cik Nurul Afiqah untuk kerja-kerja memuat naik bahan
3.4
Memandangkan tarikh persekolah telah ditunda pada 12/1/2015 semua ahli
mesyuarat bersetuju bengkel pembinaan site Vle Frog diadakan pada 4/1 dan 5/1
mengikut bidang masing-masing.
Tindakan : makluman
4.0

AGIHAN AHLI JAWATANKUASA KURIKULUM 2015

4.1
GPK 1 mengucapkan terima kasih atas komitmen guru sepanjang tahun
2014. Beliau juga mengucapkan tahniah atas perlantikan AJK Kurikulum 2015 dan
berharap semoga guru-guru yang dilantik akan menjalankan tugas dengan penuh
didikasi untuk kecemerlangan pelajar sekolah ini.
4.2
Surat pelantikan akan diberikan pada guru-guru pada minggu hadapan untuk
tujuan dokumen portfolio peribadi.
4.3
Beliau juga mengharapkan guru-guru dapat memikirkan proses pendidikan
berkesan serta idea yang kreatif dan inovatif untuk menangani masalah pelajar.
5.0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014

5.1

Analisa peperiksaan

5.2

Ting

Bil pel

Bil lulus

% lulus

GPS

79

22

28

3.3

69

32

46

3.01

50

34

68

5.94

Pelajar terbaik
2

ting

7A

6A

5A

4A

3A

2A

1A

0A

JUM

18

52

79

10

20

35

69

10

27

54

2
4

Tindakan: makluman
6.0

ANALISA KEPUTUSAN PT3 2014

6.1

Jumlah calon ialah 84 orang


MATA
PELAJARAN

BAHASA
MELAYU
UJIAN
BERTULIS
BAHASA
MELAYU
LISAN
BAHASA
INGGERIS
UJIAN
BERTULIS

16

34

20

10

16

34

33

12

24

29

BAHASA
INGGERIS
LISAN

13

26

27

SEJARAH

53

18

GEOGRAFI

36

19

12

BAHASA ARAB

17

23

15

14

PEND ISLAM

25

38

MATEMATIK

13

61

SAINS

16

27

39

KHB

37

27

12

7.0

DASAR KURIKULUM

7.1

Sistem fail
3

TIDAK
MENCAPAI
TAHAPMINIMUM

-Fail jawatan kuasa kurikulum disimpan di bilik gerakan.


-Semua fail panitia diletakkan dalam bilik gerakan di bawah seliaan GKMP.
-Semua panitia diminta menyediakan 3 fail induk dan 2 fail lain untuk analisa
peperiksaan dan sukatan pelajaran/ rancangan tahunan setiap tingkatan
Tindakan: Ketua Panitia
7.2

Mesyuarat
- Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum sebanyak 4 kali setahun mengikut
standard piawaian jabatan.
- Agenda mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
-Mesyuarat panitia minimum 3 kali setahun dan minit mesti disimpan dalam
fail panitia dan salinan minit hendaklah diserahkan kepada guru kanan
masing-masing.
-Mesyuarat pengurusan 2 minggu sekali.
-Mesyuarat-mesyuarat lain bergantung pada keperluan semasa.
-Surat panggilan mesyuarat/memo hendaklah diedarkan pada guru 2 hari
sebelum tarikh mesyuarat.
- Minit mesyuarat perlu diedarkan 3 hari selepas mesyuarat.
- Kehadiran mesyuarat adalah wajib. Guru yang tidak dapat hadir perlu
memaklumkan pada pengetua. Kegagalan berbuat demikian,guru
dikehendaki membuat surat tunjuk sebab.

7.3

Peperiksaan
Sebelum peperiksaan
- Jadual peperiksaan mesti dikeluarkan dua minggu sebelum peperiksaan
bermula.
- Guru-guru pengubal soalan mesti menyediakan kertas soalan yang
seragam mempunyai kulit hadapan dan disemak oleh ketua panitia dan
disahkan oleh GKMP
-Guru-guru pengubal soalan mesti menyediakan set soalan yang mencukupi
dengan kertas jawapan,(benang jika perlu) dan melengkapkan label
peperiksaan serta menyerahkan bahan tersebut sehari sebelum peperiksaan
bermula kepada setiausaha peperiksaan.
- Guru-guru dilarang sama sekali membocorkan soalan yang akan
dikeluarkan kepada pelajar.
4

- Guru-guru mesti menyediakan JSU /dan soalan mesti standard peperiksaan


awam.
- Meja mesti disusun mengikut cara peperiksaan sebenar (muka meja di
hadapan).
Guru Sewaktu Mengawas Peperiksaan
Guru pengawas yang diberi waktu kawalan kelas (iaitu,masa senggang
-belum memulakan peperiksaan)wajib masuk kekelas mengikut jadual waktu
masing-masing untuk mengelakkan murid daripada melepak di sekitar
sekolah.
Pada setiap hari peperiksaan, guru pengawas waktu pertama dikehendaki
memastikan kelas adalah bersih dan kemas sebelum memulakan
peperiksaan.
Guru pengawas yang memulakan peperiksaan dikehendaki masuk kekelas
selewat-lewatnya 5 minit sebelum peperiksaan bermula.
Guru pengawas yang memulakan peperiksaan dikehendaki menulis
maklumat peperiksaan (mata pelajaran, kod m/p,masa, tempoh masa)pada
papan tulis.
Guru tidak dibenarkan duduk sepanjang waktu pengawasan.
Guru tidak dibenarkan memeriksa kertas soalan peperiksaan atau kerja
latihan murid atau membaca apa juga bentuk bahan cetakan sewaktu
mengawasi peperiksaan.
Guru pengawas waktu akhir dikehendaki mengutip kertas jawapan murid satu
persatu apabila peperiksaan ditamatkan.
Guru pengawas waktu akhir dikehendaki memastikan bilangan kertas
jawapan murid yang kutip adalah sama dengan bilangan murid yang hadir
pada hari tersebut untuk mengelakkan keciciran kertas jawapan murid.
Guru pengawas waktu akhir wajib menyerahkannya sendiri(hand-tohand)bersama dengan kertas jawapan murid kepada guru pemeriksa pada
hari yang sama.
Jika guru pemeriksa tersebut tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan
,guru pengawas waktu akhir dikehendaki menyerahkan sendiri(hand-to-hand)
kertas jawapan murid kepada setiausaha peperiksaan.
Guru Disiplin atau Guru Bertugas dikehendaki membuat rondaan ke tandas
murid sebelum peperiksaan bermula dan semasa peperiksaan dijalankan
supaya murid tidak menyimpan bahan rujukan di tandas.
Murid Sewaktu Menduduki Peperiksaan

Laci meja murid yang telah dikosongkan mesti disusun mengadap ke


bahagian depan kelas mana kala beg murid mesti diletakkan dibahagian
belakang kelas.
Murid tidak dibenarkan membaca buku semasa peperiksaan sedang
dijalankan walaupun telah selesai menjawab kertas peperiksaan.
Murid tidak dibenarkan pergi ke tandas semasa peperiksaan untuk
mengelakkan kes meniru.
Murid dikehendaki pergi ke tandas sebelum peperiksaan bermula . Murid
yang terpaksa pergi ke tandas semasa peperiksaan akan diiringi oleh
guru/pentadbir bertugas.
Murid wajib berada di tempat dudukmasingmasing sehingga selesai urusan mengutip dan mengira kertas jawapan
murid oleh guru pengawas waktu akhir.
Penyelewengan Waktu Peperiksaan
Apabila murid disyaki meniru,tindakan berikut akan diambil:
Guru pengawas menangkap murid meniru sewaktu peperiksaan.
Guru pengawas buat laporan ringkas berkaitan kes meniru tersebut dan
menyerahkan laporan bersama bukti penyelewengan kepada PKHEM.
Guru disiplin menyiasat kes penyelewengan
Jika murid disahkan melakukan penyelewengan,
Guru mata pelajaran menanda kertas jawapan murid seperti biasa tetapi
memberi markah kosong kepada murid berkenaan.
Perkataan MENIRU akan dipaparkan pada slip peperiksaan
Murid Tidak Hadir Waktu Peperiksaan
Murid tidak hadir peperiksaan kerana mewakili sekolah
Markah murid untuk mata pelajaran berkenaan dicatat W dalam slip
keputusan peperiksaan. Kertas soalan akan diberi kepada murid sebagai
latihan dan akan ditanda oleh guru mata pelajaran tetapi markah murid tidak
akan diambil kira dalam pengiraan markah purata dan diberi markah 0 jika
tidak ingin menduduki kertas soalan tersebut.
Markah murid hanya boleh diambil kira dalam peperiksaan sekiranya
peperiksaan untuk mata pelajaran berkenaan dapat diatur pada waktu yang
sama tetapi hari berlainan yang ditentukan berjadual oleh SU pep.
Murid tidak hadir peperiksaan kerana sakit atau masalahperibadi
Markah murid untuk mata pelajaran berkenaan dicatat TH dalam slip
keputusan peperiksaan. Kertas soalan akan diberi kepada murid sebagai
latihan dan akan ditanda oleh guru mata pelajaran tetapi murid akan diberi
6

markah kosong untuk mata pelajaran berkenaan dalam pengiraan markah


purata.
Markah murid hanya boleh diambil kira dalam peperiksaan sekirany a
Peperiksaan untuk mata pelajaran berkenaan dapat diatur pada waktu yang
sama tetapi hari berlainan yang ditentukan berjadual oleh SU pep.
Tindakan: semua guru
8.0

AGIHAN PELAJAR TINGKATAN 4 TAHUN 2015

8.1

. KRITERIA KEMASUKAN MURID TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS


Murid yang mendapat:
(bagi mata pelajaran Sains dan Matematik)
sekurang-kurangnya Gred B
gabungan Gred A/C, B/C atau C/C, mendapat sekurangnya-kurangnya Band
4 dalam Pentaksiran Sekolah, serta berminat untuk belajar dalam aliran sains
(Pentaksiran Psikometrik)

8.2

Pengerusi meminta GKMP Sains matematik memberi peluang kepada pelajar


yang berminat untuk mengambil aliran sains

8.3

Pn Norainin bersetuju dengan cadangan pengerusi dan akan mengadakan


ujian saringan pada minggu ke 3 persekolahan dengan mengadakan ujian
pendek semua subjek sains tulen dan matematik.
Tindakan: makluman

9.0

PERANCANGAN KURIKULUM

bil

Nama program

sasaran

Motivasi pemantapan minda

Tingkatan 3,4 dan 5

Tuisyen malam/sabtu

Ting 3 dan 5

Kelas-plus

Ting 3,4,5

Cuti terancang

Ting 3,4 dan 5

Mukhayam arabi

Ting 1-5

Hari Mahhabah

Ting 1-5

Anugerah PIBG

Pt3/SMA/SPM

Insentif PIBG

Ting 1-5

Hari kualiti

Semua warga
SMADF

10

Perkampungan akademik

Ting 5

11

Restu ilmu

Ting 3,4,5

12

Bengkel teknik belajar

Ting 3,4,5

13

Gempur SPM(ICC)

Ting 5

14

Menuju puncak PT3

Ting 3

15

Solat hajad dan bacaan


yassin

Ting 3,4,5

16

Minggu akademik

Ting 1-5

17

Bulan kemerdekaan

Ting 1-5

18

Perkhemahan bahasa

Ting 1-5

19

Program nilam

Ting 1-5

20

Program MBMMBI

Ting 1-5

21

Program kabolarasi

Ting 3
Tindakan: makluman

10. TRANFORMASI DI SEKOLAH


10.1 Perubahan waktu persekolahan 7.30 pagi -4.10 petang.Rehat pertama pada
jam 10.10 -10.40 pagi. Rehat ke dua pada 1.00 -1.40 petang.
10.2 Semua guru perlu menyediakan fail portfolio masing-masing untuk
menyimpan semua bentuk dokumen peribadi untuk tujuan penilaian prestasi kerja
tahun 2016
10.3 Perubahan nama kelas tingkatan 1 sudah dilaksanakan iaitu Buhari,Muslim
dan Tarmizi dan pertambahan satu kelas lagi untuk tingkatan 4 .
10.4 Qnet telah diwajibkan semula. 5% untuk peningkatan cemerlang
berdasarkan keputusan SPM 3 tahun 2012,2013 dan 2014. GPS sekolah mesti
meningkat 0.3%

11.0

PUSAT SUMBER

11.1 Penyelaras Pusat sumber menyerahkan borang rekod penggunaan


BBB/BBM kepada ahli mesyuarat dan menerangkan penggunaan borang
tersebut.Beliau mengharapkan guru-guru mata pelajaran dapat menyerahkan
kembali borang tersebut pada setiap hujung bulan kepada Pegawai Tadbir Operasi .
Tindakan: Guru Mata Pelajaran
11.2 Pengerusi membuat teguran mengenai penggunaan pusat sumber oleh guruguru mata pelajaran untuk tujuan PdP. Pusat Sumber harus memberi keutamaan
pada guru BM dan BI untuk tujuan nilam dan merekod bahan bacaan dalam buku
8

nilam pelajar. Oleh itu guru-guru ganti boleh membawa pelajar ke pusat sumber
untuk nilam.
Tindakan: Makluman
12.0

HAL-HAL LAIN

12.1 En Zakaria bin Ismail mencadangkan supaya guru bimbingan dan kaunseling
diminta membuat laporan setiap kali mesyuarat kurikulum tentang perkembangan
pelajar-pelajar bermasalah dalam peperiksaan.
12.2 Pengerusi bersetuju dengan cadangan tersebut dan GBK perlu hadir dalam
mesyuarat pengurusan jika ada masalah akademik yang serius untuk perbincangan
dan tindakan susulan terhadap pelajar-pelajar tersebut.
12.3 Pihak PPD bersetuju supaya ujian amali untuk pelajar-pelajar SPM sains
tulen 2015 di adakan di SMADF. Guru-guru sains tulen diminta memastikan bahanbahan untuk ujian amali mencukupi sebelum tarikh peperiksaan
12.4 Memandangkan Bahasa Melayu,Sejarah ,Bahasa Inggeris merupakan mata
pelajaran wajib luluspada peringkat SPM .Semua pihak perlu merancang program
untuk meningkatkan prestasi.
12.5 Kelas KKQ merupakan arahan BPI dan guru perlu dapatkan modul dari
sekolah berdekatan.
Mesyuarat ditangguhkan jam 5.30 petang

Disediakan oleh,

Di sahkan oleh,

(AZIZAH BT ZAINAL )
Setiausaha Kurikulum
SMA Darul Falah

You might also like