You are on page 1of 7

Sem 2

2014/15

PENILAIAN KURSUS
(PPGPJJ)
KRB 3053
KAEDAH PEGAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH

AZLI BIN ARIFFIN (PENYELARAS KURSUS)


FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN
MANUSIA
Jabatan Pengajian Pendidikan

PENGENALAN
Kursus KRB 3053 mendedahkan pelajar dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah serta interpretasi sukatan pelajaran tersebut. Pelbagai teori,
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu akan didedahkan kepada
pelajar. Selain daripada itu penyediaan Rancangan Pengajaran Harian dan pendedahan
pengajaran mikro diberikan.Pelajar juga diberi pendedahan untuk menggunakan alat
bantu mengajar dan teknik penilaian diajarkan.

2.0

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


1.
2.
3.
4.

3.0

Menjelaskan teori, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar Bahasa Melayu.


(C3, A2)
Menganalisis pendekatan, kaedah dan teknik yang menarik serta kreatif dalam
pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. (C5, A4, P5)
Mengaplikasi alat bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. (C6, A3, LL1,CS6)
Pendedahan kepada mikro-teaching dan penyediaan RPH. (TS5, P4)

PENILAIAN KURSUS
3.1.

Pemberatan
Kategori
Kerja kursus
Peperiksaan Akhir
JUMLAH

3.2.

Agihan Pemberatan Kerja Kursus


Bentuk Kerja
Kursus
Individu
JUMLAH

4.0

Pemberatan
60%
40%
100%

Jenis
Tugasan
Esei Ilmiah
E-Forum

Agihan Markah
(Peratus)
30%
30%
60%

BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang
sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Tugasan

Arahan

4.1. ESEI
ILMIAH

Tugasan 1 : Jawab soalan di bawah.

Tarikh
Akhir
Minggu
10

Minggu
10

30

30

Terdapat pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik yang boleh


digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Bina
dua Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang menggunakan
kaedah, pendekatan dan teknik yang berbeza dan buat analisis
perbandingan berdasarkan kepada kedua-dua amalan pengajaran
tersebut. Tugasan yang dihasilkan haruslah mencakupi perkaraperkara berikut:
i. Fokus kepada pengajaran Bahasa Melayu.
ii. Menjelaskan maksud kaedah, pendekatan dan teknik
dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu.
iii. Melampirkan DUA rancangan pengajaran yang lengkap
sebagai perbandingan mengikut format yang ditetapkan.

iv. Kaedah, pendekatan dan teknik yang mengandungi


elemen 5 P.
v. Membincangkan kekuatan dan kelemahan hasil amalan
kedua-dua rancangan pengajaran tersebut.

ii.
ARAHAN:
Tugasan anda mesti mengandungi:
Pengenalan
Pecahan isi ikut kreativiti
Kesimpulan / penutup
Rujukan
Sertakan bukti/bahan bagi menyokong esei anda.
Gunakan cover tugasan yang diberi(Rujuk lampiran 1)
Tugasan MESTI dihantar melalui tapak yang dibina di
Portal MyGuru di ruangan Assingment mengikut
tarikh yang ditetapkan. Penghantaran melewati tarikh
yang ditetapkan tidak akan dilayan.
5.2 EFORUM

1.

Tutor E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat


naik (upload) 5 soalan untuk dibincangkan bersama dalam
kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal
MyGuru (Group Forum).

2.

Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut


dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 200
patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah
dalam bentuk hujah yang ilmiah.

3.

Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar


juga perlu membuat komentar terhadap sekurangkurangnya dua (3) jawapan yang dikemukakan oleh rakan
sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang
dikemukakan.

4.

Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang


ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi
komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan
menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.

5.

Tajuk E-Forum ditentukan oleh tutor E-Learning


mengikut kumpulan masing-masing.
JUMLAH

5.

60

PANDUAN MENULIS ESEI ILMIAH.


Penulisan mestilah mematuhi format berikut:
i. Format APA
ii. Font: Times New Roman
iii. Saiz: 12
iv. Spacing: 1.5
v. Margins:

Atas 1 (inci) ATAU 2.5 cm

Bawah 1" (inci) ATAU 2.5 cm

Kanan 1 (inci) ATAU 2.5 cm

Kiri 1.5 (inci) ATAU 3.0 cm


vi. Bibliografi/ Sumber rujukan mestilah ada sekurang-kurangnya:

5 buah buku ilmiah

4 artikel dari jurnal (bercetak/ atas talian)

4 Sumber internet yang berwibawa.

Dinyatakan di dalam esei dan bahagian bibliografi


vii. Panjang: 18 - 20 halaman.

6.
A

A-

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS


Artikel Ilmiah (30%)
Penulisan ilmiah yang cemerlang,
menepati format, isi mencukupi, isi di
olah dan dikembangkan dengan baik,
ada contoh yang baik dan konkrit. Ada
idea asli yang bernas, kreatif dan kritis.
Idea tersusun dengan kemas. Tiada
kesalahan bahasa.
Penulisan ilmiah yang baik, menepati
format, isi mencukupi, isi
dikembangkan dengan baik, ada contoh
yang konkrit. Ada idea asli yang
bernas. Idea tersusun dengan kemas.
Tiada kesalahan bahasa.

E-Forum (30%)
Tahap perbahasan secara ilmiah yang
cemerlang, penyampaian yang cemerlang
& kemas, menarik & kreatif, idea yang
bernas, ada elemen interaksi yang baik.

Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik,


penyampaian yang baik, menarik & kreatif,
idea yang bernas, ada elemen interaksi
yang baik.

B+ Penulisan ilmiah yang sederhana,


menepati format, isi mencukupi, isi di
huraikan dan ada contoh. Idea disusun
dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.
B
Penulisan ilmiah yang sederhana,
menepati format, isi mencukupi, isi di
huraikan dan ada contoh. Idea disusun
dengan baik. Kesalahan bahasa minima
(tidak lebih dari 3 perkara).
B- Penulisan secara ilmiah, kesalahan
format yang minima (tidak lebih 2
perkara), isi mencukupi, isi di huraikan
dan ada contoh. Ada Idea sendiri.
Kesalahan bahasa minima (tidak lebih
dari 3 perkara).
C+ Penulisan secara ilmiah, kesalahan
format yang minima (tidak lebih 3
perkara), isi mencukupi, isi di huraikan
dan ada contoh. Ada Idea yang diambil
dari sumber lain. Kesalahan bahasa
minima (tidak lebih dari 5 perkara).
C Penulisan secara ilmiah, kesalahan
format tidak melebihi 4 perkara. isi
mencukupi, isi di huraikan dan ada
contoh. Ada Idea yang diambil dari
sumber lain. Kesalahan bahasa tidak
melebihi 7 perkara.
D Penulisan lemah, kesalahan format
melebihi 5 perkara. isi tidak
mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada
contoh. Ada Idea yang diambil dari
sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi
8 perkara.
E
Tidak diserah pada waktu yang
ditetapkan. Tidak lengkap.

6.

Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana,


penyampaian yang baik, menarik & kreatif,
idea yang bernas, ada elemen interaksi.
Tahap perbahasan sederhana, penyampaian
yang baik, menarik dan idea yang bernas.

Ada perbahasan secara ilmiah,


penyampaian yang baik & menarik dan
ada idea yang kemas

Ada penjelasan, penyampaian yang


sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

Tahap perbincangan yang rendah,


penyampaian sederhana dan sekadar ada,
ada idea tetapi kurang kemas.

Tidak ada penjelasan, penyampaian yang


tidak berkesan, idea yang tidak jelas.

Gagal melengkapkan tugasan & Tidak


menjawab soalan.

PERHATIAN & PERINGATAN!!!!!!!


Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan
Tutor E-Learning anda.
Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB.
Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan
akhir.
Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.
Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan
penghantaran tugasan secara on-line.
Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa.

Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line.


Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran.
Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab
anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda.
Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.
Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi
kumpulan masing-masing.

PEMARKAHAN

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


KRB 3053: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________


NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________
TARIKH SERAH: ________________

You might also like