You are on page 1of 22

ADAT RESAM PERKAHWINAN ORANG MELAYU

1.0 Pengenalan Adat Resam


Adat resam merupakan satu perkara atau isu penting apabila kita ingin mengambarkan
mengenai sesuatu kaum. Berbicara sahaja mengenai adat resam, secara tidak langsung
akan meningkatkan pengetahuan kita dalam pelbagai aspek yang mana ia meliputi rutin
harian, hidup bermasyarakat, sosio budaya dan ekonomi, tingkah laku dan adab, perhiasan
dan pakaian, peralatan, perubatan tradisional, permainan, senjata, seni reka, silat, tarian dan
segenap aspek yang terkandung dalam erti kata resam itu sendiri.
1.1 Takrifan Adat dan Resam
Adat yang terdapat di dalam hidup semua masyarakat bermula dari dalam
kandungan perut ibu, kelahiran dan perkahwinan. Hafizah (2013), adat boleh didefinisi
sebagai suatu aturan dan cara hidup di mana ianya mencerminkan segala perbuatan
yang adakalanya ianya dijadikan sebagai rutin harian atau pun dilakukan pada musim
yang sama berpandukan bulan atau tahun. Hal ini merupakan perkara yang selalu
difahami oleh masyarakat mengenai adat. Perkataan yang sinonim dengan adat ialah
budaya. Walaupun ianya berbeza dari segi bunyi, namun dari aspek pendefinisiannya
ianya merupakan konsep yang saling bergantung dan sama. Menurut Kamus Pelajar
Edisi Kedua (2008), adat boleh ditakrifkan sebagai tata cara manakala resam adalah
kelaziman atau pun kebiasaan. Sekiranya digabungkan menjadi adat resam ianya akan
membawa maksud kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu kaum atau
masyarakat yang menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.
1.2 Ciri-ciri Adat Resam
Seperti yang telah ditakrifkan, adat ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan
dan sebagainya (Hafizah, 2013). Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat dan ianya
timbul daripada suatu pemikiran mengenai cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya
dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaannya ianya sudah menjadi suatu budaya.
Sebagai contoh di sini kita melihat adat bersanding, adat berinai, adat bercukur dan
sebagainya. Manakala, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat
sesebuah masyarakat. Budaya bersifat fleksibel iaitu boleh berubah. Oleh sebab itulah
wujudnya pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden dan ini menunjukkan
terdapat perbezaan antara budaya lama dengan budaya hari ini. Maka jelaslah bahawa
budaya boleh berubah-ubah mengikut peredaran masa. Adat pula merupakan sesuatu
yang mutlak iaitu tidak boleh berubah-ubah. Justeru, bolehlah dikatakan bahawa adat
merupakan budaya yang asal.

Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza.
Martabat adat itu sendiri berbeza dari segi kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada
hari ini. Misalnya, bagi masyarakat Minangkabau, adat dianggap sebagai sebuah tradisi
lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat dalam konteks
Minangkabau bukan sekadar cara bersanding, cara menyantap hidangan makanan, cara
pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat ialah suatu peraturan hidup yang perlu
dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari ini. Justeru tidak hairanlah jika
wujud istilah-istilah seperti undang-undang adat, mahkamah adat, ketua adat dan
sebagainya di dalam masyarakat mereka. Begitu juga dengan kaum-kaum yang lain di
Malaysia, aspek adat masih lagi dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa dan
terus dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan
perlaksanaanya suatu ketika dahulu.
1.3 Rumusan
Memang tidak dapat dinafikan akan kepentingan adat resam di dalam sesebuah
masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun. Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas
terlihat dalam peribahasa Melayu yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat. Di
sini dapat kita huraikan betapa pentingnya sesuatu adat itu sehinggakan orang-orang
terdahulu dapat membuat kesimpulan dengan menghasilkan peribahasa tersebut.
Justeru, tanpa adat maka hilanglah satu identiti sesuatu masyarakat itu.
2.0 Latar Belakang Perkahwinan Orang Melayu
Dalam membicarakan tugasan ini, penulis telah memfokuskan kepada adat perkahwinan
orang Melayu. Seperti yang diketahui umum, semua bangsa dan kaum mengamalkan adat
perkahwinan. Institusi perkahwinan dan keluarga telah mengalami perubahan ekoran
daripada evolusi sosio budaya. Sebelum abad ke-19, perkahwinan dan keluarga dianggap
sebagai institusi yang mulia dan dipandang tinggi. Pada awal abad ke-19, pandangan
terhadap perkahwinan dan keluarga telah berubah kepada anggapan bahawa ia adalah
institusi sivil. Pandangan ini berubah lagi di abad ke-20 di mana perkahwinan dan keluarga
dilihat sebagai cara memperolehi kepuasan peribadi. Perubahan ini jelas mencerminkan
perubahan dari segi tumpuan dan matlamat, fungsi asasnya seperti dari aspek psikologi,
kemasyarakatan dan ekonomi adalah masih kekal. (Saxton, 1996).
Asas perkahwinan dan keluarga yang kukuh haruslah disemai dan dikekalkan sebagai
garis panduan ke arah perkembangan individu yang sihat dan sejahtera. Pengalaman
perkahwinan dan keluarga yang pelbagai dan membina, boleh menajdi sumber motivasi
kepada individu dan keluarga yang sihat. Sebaliknya, pengalaman yang negatif akan

merumitkan lagi usaha untuk membina dan mengekalkan sesebuah perkahwinan dan
seterusnya sebuah keluarga yang kukuh.
2.1 Takrifan Perkahwinan
Perkahwinan dianggap sebagai langkah permulaan kepada pembetukan keluarga.
Secara tradisinya, setiap pasangan individu yang ingin memulakan dan membina sebuah
keluarga perlu melalui peringkat perkahwinan. Rozumah (2002), menggambarkan
perkahwinan sebagai satu ikatan antara individu lelaki dan perempuan yang sah dan
diperakui dari segi undang-undang, budaya, agama dan adat resam. Takrif perkahwinan
adalah fleksibel dan ia boleh berubah dan berbeza mengikut peredaran masa dan
perspektif yang pelbagai. Kamus Dewan (1997) mendefinisi perkahwinan sebagai
perikatan yang sah antara lelaki dan perempuan sebagai pasangan suami dan isteri.
Dari perspektif agama Islam, perkahwinan merujuk kepada akad perjanjian untuk
menyatukan lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan kelamin, bertujuan
untuk mencapai kebahagiaan yang berkekalan mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh syarak. Islam juga menekankan faktor penerusan zuriat yang halal
sebagai tujuan uatama perkahwinan (Wahbah, 1983). Menurut undang-undang Inggeris
perkahwinan merupakan penyatuan secara sukarela dan bebas untuk seumur hidup
antara seorang lelaki

dan seorang perempuan,

untuk penerusan zuriat dan

mengecualikan orang lain (monogami).


2.2 Adat Resam Perkahwinan Orang Melayu
Perkahwinan adalah satu peristiwa yang penting di mana bukan sahaja kepada
kedua-dua pengantin malah juga kepada keluarga mereka. Peraturan dan adat-adat
yang berkaitan dengan perkahwinan adalah rumit dan memakan belanja yang tinggi.
Adat-adat tersebut termasuklah merisik, meminang, bertunang, menghantar belanja dan
akad nikah. Dari segi persediaan pula, terdapat ada-adat berkaitan dengan berandam,
berasah gigi dan berinai. Upacara kemuncak di dalam adat resam perkahwinan ialah
bersanding.
2.2.1 Adat Merisik
Secara ringkasnya, merisik ditakrifkan sebagai bertanya khabar. Adat merisik
dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui adakah si gadis berkenaan sudah
berpunya atau pun tidak, dan juga untuk memperolehi latar belakangnya seperti rupa
parasnya (sekiranya pasangan tersebut belum dikenali), taraf kedudukan ibu bapa,
budi bahasa, kemahiran atau kebolehan dan sebagainya. Mengikut adat resam

Melayu, kaum lelaki meminang kaum wanita atau pun sering disebut dalam bahasa
kiasan iaitu timba mencari telaga, justeru merisik juga bermula daripada pihak lelaki.
Boleh dikatakan jarang berlaku telaga mencari timba meskipun ianya tidak salah
menurut pandangan Islam. Pada masa dahulu, perkahwinan dilakukan atas pilihan
ibu bapa. Apabila ibu bapa berfikir bahawa anak lelaki mereka sudah sampai masa
untuk berkahwin,, mereka mula merisik untuk memilih anak-anak gadis yang sesuai
bagi dijadikan pasangan untuk anak mereka. Kerja merisik biasanya dilakukan oleh
seorang wanita berumur dalam kalangan anggota keluarga lelaki. Perisik itu juga
dikenali sebagai penyuluh ataupeninjau. Ujian keserasian diteruskan selepas adat
merisik dijalankan. Sekiranya terdapat keserasian, hari peminangan akan ditetapkan
dengan persetujuan antara kedua-dua belah pihak.
2.2.2 Adat Meminang
Meminang pula merupakan ritual untuk membuat ikatan rasmi antara seorang
gadis dengan bakal suaminya. Adat meminang juga dikenali sebagai menghantar
tanda. Apabila peminangan dipersetujui, ada yang menghantar tanda sebagai
pengesahan peminangan. Antara tanda yahg dihantar ialah sebentuk cincin bersama
dengan hadiah-hadiah lain seperti kain dan pemanis-pemanis seperti kuih-muih.
Dengan adanya tanda ini si gadis itu telah dianggap sebagai bertunang. Semasa
menghantar tanda, kedua-dua belah pihak keluarga akan berbincang bagi
menetapkan tarikh untuk menghantar belanja dan akad nikah.
Mengikut adat resam lama, menghantar belanja itu biasanya dijalankan terlebih
dahulu dan berasingan dengan majlis akad nikah tetapi pada masa kini, menghantar
belanja itu selalu dijalankan bersama-sama dnegan majlis akad nikah yang mana
adalah lebih ringkas dan lebih kecil belanjanya. Pada tarikh yang telah dijanjikan oleh
kedua-dua belah pihak, upacara menghantar belanja dijalankan. Rombongan pihak
lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan. Wang hantaran digubah di dalam
berbagai-bagai bentuk ataupun dibungkus dengan menggunakan kain baldu atau
kain yang bersulam indah. Iringan-iringan lain termasuklah sirih junjung, bunga
rampai dan hadiah-hadiah seperti pakaian, alat solek, buah-buahan, pemanis mulut
seperti kuih muih dan coklat.
2.2.3 Adat Menjemput
Upacara seterusnya ialah menjemput di mana waris bakal pengantin iaitu
ayah atau ibu mahupun orang yang wajib ataupun orang yang diwakilkan akan
berjalan dari rumah ke rumah di kampung untuk memberitahu tentang hari

perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sirih dan terus menjemput serta
meminta sanak-saudara serta sahabat handai datang ke rumah bagi mengelolakan
majlis tersebut. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.
2.2.4 Adat Akad Nikah
Bagi upacara akad nikah pula, ianya dilakukan di rumah pengantin perempuan.
Imam yang mewakili wali perempuan menjadi juru nikah. Di majlis itu, barang-barang
hantaran diletakkan di hadapan pengantin lelaki. Semasa upacara akad nikah,
barang-barang yang dibawa ini diserahkan kepada wakil pengantin perempuan di
hadapan hadirin yang menyaksikan upacara tersebut. Semasa akad nikah
berlangsung, pengantin lelaki duduk bersila di atas tikar berhadapan dengan Imam
yang bakal mengendalikan pernikahan tersebut. Imam akan membacakan khutbah
nikah, lalu meminta pengantin membaca lafaz nikah dan mendaftarkan perkahwinan
tersebut. Setelah itu, pengantin lelaki dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan
untuk menyerahkan mas kahwin kepadanya diikuti upacara membatalkan air
sembahyang dengan cara bersalam atau menyentuh dahi pengantin. Sebelum
pengantin lelaki pulang, bekas-bekas hantaran dibalas oleh pihak pengantin
perempuan dengan hadiah-hadiah yang berpatutan.
Pada masa dahulu, lebih kurang tiga hari sebelum proses perkahwinan dimulakan
maka adalah diadatkan bagi anak dara yang hendak dikahwinkan itu diandam oleh
tukang andam. Ada yang diperelokkan bentuk bulu kening, ada yang dicukur anak
rambutnya dan ada pula yang diasah giginya supaya menjadi sama dan kelihatan
cantik. Pengantin perempuan juga dimandikan dengan air daun dan bunga-bungaan
serta

dibedakkan.

Tujuan

pengantin

perempuan

diandam

adalah

untuk

menambahkan kecantikan anak dara tersebut walaupun ianya sudah jarang sekali
dilakukan pada zaman kini. Apabila telah siap dimandikan, jari tangan dan kaki
pengantin perempuan diinaikan.
2.2.5 Adat Berinai
Sungguhpun adat aturan berinai di pelamin ini tidak bnayak diamalkan oleh
masyarakat Melayu pada zaman kini, akan tetapi masih ada yang tetap
mengamalkannya kerana mereka mempunyai banyak masa terluang dan mereka
seronok melakukannya. Bagi keluarga pengantin yang berkemampuan, mereka akan
menjalankan adat berinai sebanyak tiga kali iaitu Berinai Curi pada kali pertama,
pada kali kedua dinamakan sebagai Berinai Kecil dan pada kali terakhir dikenali
sebagai Berinai Besar. Upacara ini dilakukan di rumah pengantin perempuan pada

waktu malam. Biasanya, di kebanyakan negeri Melayu mengamalkan adat berinai di


pelamin pada malam hari kecuali di beberapa buah negeri iaitu negeri Johor dan dua
buah negeri lain yang menjalankan adat berinai di pelamin pada siang hari. Sebelum
berlangsungnya upacara bersanding, kedua-dua pengantin akan memakai pakaian
pengantin. Pengantin lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan dengan
iringan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di atas
pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara tersebut. Setelah
selesai, pengantin perempuan pula akan mengambil tempat untuk menjalani upacara
yang sama. Ahli keluarga akan menginai pengantin dengan menampal inai pada jari
pengantin dan menepung tawar pengantin tersebut.
2.2.6 Adat Bersanding
Dalam membicarakan tugasan ini, penulis telah memfokuskan adat persandingan
bagi perkahwinan orang Melayu. Adat bersanding merupakan upacara kemuncak
bagi sesuatu perkahwinan yang mana majlis ini diadakan di rumah pengantin
perempuan. Di upacara tersebut, kedua-dua pengantin disandingkan di atas pelamin
yang begitu indah. Pelamin biasanya diserikan dengan bunga-bungaan, kain-kain
yang cantik serta lampu-lampu yang berwarna-warni. Sebelum diterangkan dengan
lebih lanjut mengenai adat persandingan di atas pelamin bagi kedua-dua mempelai,
eloklah diterangkan terlebih dahulu sedikit informasi mengenai rupa dan cara pelamin
dibuat.
Bentuk pelamin adalah seakan-akan singgahsana yang meliputi bangku atau
kaus ataupun dua buah kerusi iaitu tempat duduk kedua mempelai itu bersanding.
Pelamin tersebut diperbuat daripada kayu dan kertas tebal dan dihiasi dengan kertas
bunga serta kain-kain sutera yang berwarna-warni. Pada zaman dahulu, pelamin
diserikan dengan pelita-pelita minyak kelapa, dan pada zaman kini pelamin dihiasi
dengan lampu-lampu eletrik yang berwarna-warni pula. Saiz, harga dan kualiti
pelamin

adalah

bergantung

kepada

kemampuan

sesebuah

keluarga

untuk

menampung belanja. Tukang pembuat pelamin juga mempangaruhi kualiti pelamin.


Jika kita lihat sekarang, terlalu ramai pemilik butik pengantin yang menyediakan
tempahan baju pengantin serta pelbagai jenis pelamin. Justeru, tidak akan timbul
masalah lagi bagi pengantin untuk memilih pelamin mengikut cita rasa tersendiri,
namun begitu pilihan yang dibuat haruslah mengikut kemampuan mereka. Selari
dengan hadis nabi yang tidak menggalakkan kita mengamalkan pembaziran semasa
majlis perkahwinan.

Seseungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya.


(Riwayat Ahmad)
Saiz ketinggian pelamin kebiasaannya dua atau tiga tingkat dan setiap tingkat
hanya lebih kurang satu kaki sahaja ukurannya. Penterakna atau kaus tempat duduk
kedua-dua mempelai bersanding disampul dengan kain sutera ataupun kain baldu
yang berwarna warni dan disulam dengan indah. Di hadapan penterakna pula
diletakkan satu pahar yang yang dikenali sebagai astakona oleh orang Melayu di
mana ianya berisi nasi kunyit yang dihiasi dengan bunga telur bercelup merah dan di
kemuncak gubahan nasi itu dipacakkan sejambak karangan bunga yang diperbuat
daripada perada dan manik jemeki yang berwarna-warni.
Bila sudah sampai tempoh mempelai ingin disandingkan, perkara pertama yang
perlu dilakukan ialah memakaikan pengantin perempuan. Apabila pemakaian
pengantin perempuan itu dimulakan sahaja, biasanya akan dihantarkan pula khabar
kepada pengantin lelaki. Setelah pengantin perempuan lengkap berpakaian, pada
masa dahulu kebiasaannya pengantin perempuan akan dipimpin oleh emak
pengantin bersama dengan seorang kanak-kanak perempuan sebagai pengapitnya
dengan pakaian yang serba indah untuk mengiringi pengantin berjalan perlahanlahan ke atas pelamin. Pengantin perempuan akan duduk pada sebelah kiri dan
pengapitnya akan berada di sisi pengantin perempuan dengan memegang satu kipas
sambil mengipas pengantin itu secara perlahan-lahan. Mengikut adat, pengantin
perempuan seharusnya berada dalam keadaan duduk di sepanjang masa dia di
pelamin dengan memejamkan kedua-dua matanya dan menundukkan sedikit
kepalanya sebagai menunjukkan tanda sopan dan malu kerana sifat-sifat tersebut
adalah fitrah bagi seorang perempuan. Pengantin lelaki akan mula berarak setelah
dia juga sudah siap berpakaian lengkap dengan mengenakan pakaian Melayu asli
iaitu bertengkolok, berbengkung dan kerkeris. Pada zaman dahulu, sekiranya
pengantin yang berpangkat tinggi dan berkemampuan, mereka akan diarak dengan
usungan, manakala bagi yang tidak berkemampuan pula mereka akan diarak dengan
berjalan kaki sahaja.
Terdapat beberapa peraturan yang perlu diambil kira sebelum perarakan bermula.
Di hadapan sekali di antara pasukan perarakan terdapat pasukan rebana, kompang
atau marhaban dan di belakangnya terdapat seorang yang berjalan sambil membawa
tepak sirih yang lengkap isinya bertudungkan penudung yang diperbuat daripada
perak ataupun tembaga putih yang digubah seperti rupa kepala merak jantan. Di
sebelah kiri dan kanan tepak sirih terdapat seorang yang membawa kaki dian di

mana diannya sudah sedia terpasang dan di belakang tepak sirih dan dian itulah
mempelai akan berjalan bersama-sama dengan seorang pengapitnya yang terdiri
daripada seorang kanak-kanak lelaki yang dipakaikan persis dengan mempelai
tersebut. Di belakang pengantin lelaki berjalanlah orang ramai yang terdiri daripada
kaum keluarga dan sahabat handai yang turut serta mengiringi mempelai lelaki untuk
bertandang ke rumah pengantin perempuan.
Pada zaman dahulu, rombongan pengantin lelaki diarak dengan suluhan api
minyak tanah dan berjalan bersama-sama sambil diiringi bunyi suara orang berzikir
dan marhaban disertai dengan pukulan rebana dan kompang yang bertalu-talu.
Rombongan pengantin lelaki akan disambut oleh pihak pengantin perempuan dengan
sebaran ataupun taburan beras kunyit dan mereka akan ditempatkan di tempat yang
telah disediakan oleh pihak pengantin perempuan. Lazimnya, terdapat beberapa
orang lelaki yang tidak kira usia dan kebanyakannya terdiri daripada orang muda
yang menunggu di halaman rumah pengantin perempuan bertujuan untuk
menyambut rombongan daripada pihak pengantin lelaki. Di antara mereka juga
terdapat seorang yang membawa tepak sirih yang sama kecuali tudungnya yang
berbeza dari segi rupa kepala merak betina dan di sebelah kiri dan kanan orang yang
membawa sirih pula terdapat orang yang membawa dian yang sudah sedia
terpasang. Di antara mereka juga terdapat kumpulan rebana, kompang dan
marhabannya. Ketika kedua-dua belah pihak sudah berhadapan, mereka saling
menyanyikan lagu masing-masing dan melahirkan suasana yang gembira dan
seronok.
Apabila kedua-dua kumpulan itu bersemuka dengan jarak lebih kurang sepuluh
atau dua puluh ela, maka berhentilah perarakan pengantin lelaki dan tampil pula
pembawa tepak sirih dari pihak mempelai lelaki untuk mencabar pembawa tepak sirih
pihak mempelai perempuan. Setelah cabaran diterima oleh pembawa tepak sirih
pihak pengantin perempuan, dengan serta merta mereka mulai memecah silat. Untuk
pengetahuan umum, pada zaman dahulu sudah sememangnya orang-orang yang
membawa tepak sirih merupakan orang yang pandai dan mahir menari pencak silat
yang mana ianya merupakan tarian yang paling digemari pada ketika itu. Sesudah
beberapa minit tarian pencak silat dimainkan, maka kedua penari silat itu pun saling
menghampiri lalu mengetemukan muncung merak iaitu gambaran tudung kedua
tepak sirih dan disambut dengan sorakan oleh para hadiri yang hadir. Pengantin lelaki
diiringkan ke hadapan pintu rumah lalu muncullah seorang lelaki yang akan
membaca selawat sebanyak tiga kali dengan alunan suara yang lantang dan indah
sebagai pemberi perlindungan kepada pengantin itu semasa masuk ke dalam rumah.

Biasanya, tangga di luar rumah sehingga kepada tapak pelamin dialas dengan
permaidani panjang ataupun kain panjang sebagai alas untuk memepelai berjalan.
Semasa upacara bersanding, ibu pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit
daripada pahar astakona untuk diberikan ke tangan pengantin perempuan dan sambil
memegang nasi menggunakan dua jari maka diisyaratkan oleh ibu pengantin untuk
menyuapkan kepada mempelai lelaki dan sebaliknya. Setelah itu, majlis diteruskan
pula dengan adat merenjis ataupun dikenali sebagai menepung tawar pengantin.
Adat ini merupakan simbolik kepada penyucian diri pengantin. Antara bahan yang
digunakan dalam upacara ini adalah air mawar, bunga rampai dan beras kunyit.
Setelah selesai menjalankan adat merenjis dan menepung tawar, ibu pengantin akan
turun daripada pelamin dan sanak saudara serta sahabat handai yang masih belum
melihat persandingan dipersilakan untuk naik ke atas pelamin. Setelah sahabat
handai dan sanak saudara turun dari pelamin, mereka akan diagihkan telur yang
sedia tercucuk pada nasi kunyit di astakona mengikut bilangan yang mencukupi
sebagai tanda penghargaan.
Selepas selesai adat merenjis dan menepung tawar pengantin, pasangan
mempelai berjalan turun dari pelamin secara perlahan-lahan sambil berpegangan
tangan dan mereka dibawa ke dalam kamar beradu pengantin yang mana sudah
sedia dihiasi dengan tema mengikut citarasa dan kemampuan keluarga pengantin.
Akibat peredaran masa, ada juga serba sedikit adat yang tidak diamalkan oleh
pasangan mempelai pada zaman kini berbanding pasangan mempelai pada zaman
dahulu. Jika dahulu, semasa di dalam kamar beradu, pasangan pengantin akan
bersanding pula di atas tikar sila yang disulam dengan benang emas. Setelah keduadua pasangan mempelai bersedia, ibu pengantin perempuan menyuruh mereka
bersalaman sebagai tanda permulaan perkenalan. Kemudian, ibu pengantin
meninggalkan pasangan pengantin itu berduaan di dalam bilik serta menutup pintu
bilik bagi memberi peluang kepada suami untuk bertegur sapa di antara mereka.
Lebih kurang sejam pengantin ditinggalkan di dalam kamar beradu, ibu pengantin
masuk untuk membawa pengantin perempuan keluar daripada bilik itu manakala
pengantin lelaki ditinggalkan di dalam bilik pengantin. Setelah itu, pengantin
perempuan tidak lagi dibawa masuk ke dalam kamar pengantin melainkan di
beberapa buah negeri yang mengamalkan adat bersanding diselesaikan sebelum
waktu Maghrib. Pada waktu malam pengantin perempuan akan melayani suaminya
makan atau pun mereka akan makan bersama. Namun begitu, setelai selesai makan
bersama, pengantin perempuan tidak akan dibiarkan bersama suaminya terlalu lama
di dalam bilik. Begitulah rutin mereka pada setiap hari. Selama dua hari dua malam,

pengantin perempuan akan dipakaikan pakaian yang cantik-cantik sebanyak empat


kali sehari iaitu pada waktu masuk ke bilik pengantin untuk makan pagi, keduanya
pada waktu makan tengahari, ketiga pada waktu minum petang dan kali keempat
ialah pada waktu makan malam. Setiap kali pengantin masuk ke dalam kamar
beradu, mereka digalakkan meluangkan masa lebih lama bertujuan untuk memberi
peluang mereka bergurau senda.
Sesudah sampai hari ketiga, pasangan pengantin akan mulai tidur bersama.
Mengikut adat, sebelum waktu tidur, ibu pengantin akan membawa pengantin
perempuan keluar daripada kamar beradu untuk dihiaskan dengan pakaian serba
putih serta menghamparkan cadar dengan mengenakan sarung yang berwarna putih.
Sekali lagi diadakan permainan dengan bunyi-bunyian serta tarian-tarian ringan bagi
meraikan malam penyatuan hayat pasangan pengantin tersebut. Pada keesokan
harinya, berlangsung pula adat mandi-manda atau berlimau.
2.2.7 Adat Mandi Manda atau Berlimau
Setelah sempurna kedua-dua pengantin suami isteri itu menunaikan satu
daripada hikmah berkahwin, maka pasangan itu akan disandingkan sekali lagi
dengan pakaian indah tetapi bukanlah dengan mengenakan pakaian pengantin.
Persandingan itu dilakukan di hadapan ibu bapa dan sanak-saudara terdekat sahaja.
Setelah sebentar bersanding, maka pasangan pengantin turun dan duduk di atas
bangku di tengah rumah kemudian di sinilah berlangsungnya adat mandi-manda dan
bersintuk limau sebagai menandakan penyatuan antara suami isteri itu telah
sempurna dan selamat.
Sesudah kedua-dua pasangan pengantin itu dimandikan, ibu pengantin akan
membawa pengantin ke bilik beradu pengantin di mana pengantin lelaki akan
memimpin isterinya. Manakala di luar pula terdapat sanak saudara yang bersiramsiraman sesama mereka dan berkejaran dengan suka ria. Air yang digunakan
sengaja diperbuat menggunakan pelbagai warna. Adapun kain basahan yang dipakai
oleh pasangan pengantin hendaklah diberikan kepada ibu pengantin sebagai hadiah.
Menurut adat Melayu, pengantin juga dilarang untuk memerah kain basahan itu
kerana kain basahan yang dijadikan hadiah kepada ibu itu adalah bertujuan untuk
membuang geruh atau menolak bala daripada kedua pasangan pengantin tersebut.
Sungguhpun adat ini berasal daripada adat orang Melayu pada zaman dahulu, tetapi
boleh dikatakan adat ini semakin pupus dalam kalangan masyarakat kita orang
Melayu.

2.2.8 Adat Sambut Menyambut atau Bertandang


Setelah selesai kedua-dua pasangan pengantin menjalani adat mandi-manda,
maka pada petang itu, kedua-dua mempelai itu akan disambut ke rumah pengantin
lelaki. Dalam kalangan sesetengah orang pada zaman dahulu, adat menyambut ini
juga dilakukan secara besar-besaran di mana pasangan pengantin itu akan diarak
dan mereka juga disandingkan. Selain itu, ahli keluarga yang menyambut pengantin
perempuan akan mengadakan jamuan kenduri-kendara secara secara besar-besaran
dengan menjemput ahli keluarga, sanak saudara dan juga sahabat handai terdekat.
Setelah beberapa hari kedua-dua pasangan itu tinggal bersama di rumah suami,
maka disambut balik pula ke rumah isteri. Maka dengan itu, tamatlah adat
perkahwinan bagi kedua-dua pasangan pengantin itu. Budi bicara antara kedua-dua
pasangan pengantin amat diperlukan bagi menentukan mereka ingin tinggal
sementara di rumah ibu bapa isteri, ibu bapa suami mahupun mereka hendak
berumah sendiri.
2.2.9 Adat Jamuan Kenduri-kendara Kahwin (Walimatulurus)
Mengadakan walimatulurus atau pun lebih dikenali sebagai kenduri kahwin amat
digalakkan di sisi agama. Penganjuran majlis kenduri kahwin sebenarnya dilihat
sebagai tujuan untuk meraikan kehadiran pasangan suami isteri ke alam rumah
tangga, selain untuk menghebahkan kedua-dua mempelai yang telah mengikat talian
perkahwinan kepada masyarakat umum. Bukan sekadar itu sahaja, majlis
walimatulurus juga diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama sanak
saudara dan sahabat handai yang tinggal berjauhan. Sebenarnya, majlis kenduri
kahwin juga merupakan satu ibadat, bahkan ia bertepatan dengan satu hadis
diriwayatkan oleh Anas yang bermaksud:
Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi Muhammad menjadi seorang pengantin
dengan Zainab al-Jahsy, baginda telah mengundang masyarakat lalu mereka
dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.
Jika dahulu, orang kampung akan membawa beras, gula dan masing-masing
menyalurkan sedekah bagi menumbang seekor lembu. Namun begitu, sudah
berbeza pada zaman kini kerana kebiasaannya pihak keluarga pengantin akan
menempah makanan dari pihak kontrak. Tempoh dan atur cara bagi sesebuah majlis
walimatulurus adalah berbeza bagi setiap negeri yang ada di Malaysia. Bagi negeri
Johor Darul Takzim, tempoh melaksanakan majlis kenduri adalah dari waktu akad
nikah sehingga selesai adat bersanding sebelum waktu Maghrib. Namun begitu ada

juga di sesetengah negeri termasuk negeri sebelah utara Semenanjung Malaysia


seperti di Pulau Pinang yang melaksanakan majlis kenduri secara berpanjangan. Di
Pulau Pinang, orang-orang yang dijemput untuk hadir ke majlis wlaimatulurus
bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang bagi pihak lelaki dan bagi pihak perempuan
pula pada jam 2 petang hingga 8 malam. Ada juga yang mengadakan jamuan kenduri
ini selama 2 hari di mana 1 hari bagi kaum perempuan dan 1 hari lagi diadakan bagi
kaum lelaki. Namun begitu, jamuan bagi kaum perempuan biasanya diadakan pada
malam persandingan berlangsung.
2.2.10 Rumusan
Kesimpulannya, adat resam merupakan satu lambang kebanggaan dan satu
simbol identiti yang masih perlu dipertahankan untuk diturunkan kepada generasigenerasi yang akan datang. Sesungguhnya, kunikan, keistimewaan dan kemeriah
perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia sejak
zaman berzaman masih kekal menjadi warisan budaya dan tradisi sehingga ke kini.
Justeru, janganlah kita sesekali membiarkan budaya kita hilang ditelan dek zaman,
bak kata pepatah biar mati anak, jangan mati adat.

3.0 Pengaruh Adat Perkahwinan Melayu Dalam Kehidupan Seharian Masyarakat


Sejak dahulu kala, masyarakat Melayu sudahpun mengamalkan adat-adat yang dapat
melambangkan identiti masyarakat kita. Melalui adat jugalah, kita dapat membezakan
sesuatu kelompok masyarakat dengan masyarakat lain. Sejak begitu lama, sebahagian
daripada amalan budaya orang Melayu sekarang adalah hasil himpunan dan adunan
pelbagai amalan luar yang terserap dalam kehidupan orang Melayu. Amalan ini
kemudiannya menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian dan diperturunkan daripada
generasi ke generasi. Antara contoh pengaruh luar yang terserap dalam amalan budaya kita
ialah di dalam adat istiadat perkahwinan Melayu. Jika difikirkan, ada juga sesetengah adat
yang kita amalkan merupakan adat yang tidak logik dan tidak tahu mengapa adat tersebut
diadakan.
Amran Kasimin (1993), mengatakan bahawa perkahwinan dalam Islam adalah mudah
namun orang Melayu yang rata-rata beragama Islam telah mencampuradukkan pelbagai
upacara dan istiadat hasil pengaruh Hindu-Buddha dan animisme yang mempengaruhi cara
mereka berfikir sejak dahulu. Masyarakat lebih banyak menggunakan tenaga dan usaha
mengumpul wang bagi menjayakan pelbagai adat istiadat yang kurang penting tetapi lupa
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan demi menghadapi alam rumah tangga. Beliau
juga berpendapat, andainya seseorang itu memahami asal usul adat istiadat dan upacara
yang dilakukan, juga latar belakang sejarah dan budaya yang mengikat kehidupan,
seseorang itu mungkin berupaya melepaskan diri daripada belenggu pelbagai adat istiadat
yang karut dan sia-sia dengan lebih mudah.
Penulis telah memfokuskan adat persandingan dalam membicarakan adat resam
masyarakat Melayu. Apabila sesuatu pasangan berkahwin, adat persandingan merupakan
perkara yang dilihat sebagai suatu yang wajib dilakukan. Kebiasaannya, jika upacara
persandingan tidak dilakukan, maka pelbagai spekulasi yang kurang menyenangkan akan
timbul dalam kalangan masyarakat setempat terhadap pasangan yang berkahwin tersebut.
Oleh yang demikian, tidak keterlaluanlah jika dikatakan bahawa persandingan dianggap
sebagai syarat perkahwinan bagi pasangan pengantin dari kaca mata kebanyakan
masyarakat Melayu.
Alwi Sheikh Al-Hadi (1965), mentakrifkan persandingan dalam masyarakat Melayu
sebagai suatu perlakuan yang menempatkan pasangan suami isteri yang telah
diijabkabulkan di atas pelamin dengan mengenakan pakaian yang kemas dan cantik, berhias
wajah dengan dikipas oleh dua orang pengipas yang turut dikenali sebagai pengapit. Adat
persandingan dilakukan adalah bertujuan untuk meneruskan tradisi nenek moyang secara

turun-menurun di samping untuk memperlihatkan pasangan pengantin kepada masyarakat


setempat dan juga untuk dijadikan nostalgia manis dalam kehidupan pasangan pengantin
tersebut.
Terdapat

dua

teori

yang

mengemukakan

tentang

asal-usul

kewujudan

adat

persandingan. H.M.Sidin (1964), mengatakan bahawa penggunaan istilah Raja Sehari bagi
pasangan pengantin adalah diadaptasikan daripada adat-istiadat dalam kalangan raja-raja
Melayu. Melalui pandangan tokoh inilah maka timbulnya teori yang mengatakan bahawa
persandingan merupakan adat resam Melayu yang tulen atau pun dikenali sebagai adat
sebenar adat. Teori kedua terhasil daripada hujahan De Jong (1965), melalui buku beliau
yang berjudul Religions in the Malay Archipelago mengatakan bahawa persandingan
merupakan adat yang berasal dan di bawa dari India. Justeru, secara tidak langsung
upacara ini mempunyai perkaitan yang agak selari dengan pengaruh Hindu. Jika
dibandingkan teori pertama dan teori kedua, penulis mendapati bahawa teori kedua adalah
lebih relevan dan rasional. Hal ini kerana, menurut sumber sejarah, kebanyakan masyarakat
di Tanah Melayu menganut dua kepercayaan iaitu samada animisme ataupun Hindu-Buddha
pada kurun ke-15. Hal ini lebih jelas terbukti apabila terdapat banyak persamaan sekiranya
dibandingkan antara adat persandingan masyarakat Melayu pada zaman kini dengan
masyarakat India yang beragama Hindu.
Bagi menyempurnakan adat bersanding, terdapat beberapa upacara yang perlu
dilakukan semasa adat persandingan berlangsung. Antara upacara tersebut adalah upacara
menabur beras kunyit, membaca jampi mantera, berandam, berhias untuk dipamerkan,
mengadakan majlis walimatulurus secara besar-besaran, menjadikan wang atau hadiah
sebagai suatu kemestian dan juga hantaran serta mas kahwin yang mempunyai nilai yang
tinggi harganya.
Di sini penulis ingin menceritakan serba sedikit mengenai majlis perkahwinan
masyarakat India yang mana telah diserap ke dalam perkahwinan orang Melayu.
Perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Penanda memulakan upacara
perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan
berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa kepada hadirin.
Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya. Beras ini
digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung (KPKK,
2013). Tujuan utama upacara menabur beras kunyit adalah untuk menghalau roh jahat dan
juga menguatkan semangat pasangan pengantin. Penulis mendapati bahawa perkara sama
turut berlaku dalam masyarakat Melayu di mana upacara menabur beras kunyit masih
diamalkan pada zaman kini. Kebanyakan masyarakat Melayu masih mempercayai bahawa

pasangan pengantin perlu melalui proses upacara menabur beras kunyit bagi mengelakkan
diri mereka daripada sebarang gangguan anasir jahat dan seterusnya memastikan majlis
perkahwinan mereka berjalan lancar tanpa sebarang gangguan masalah.
Seterusnya, penulis akan menghuraikan pula tentang upacara membaca jampi dan
mantera dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang dipengaruhi oleh agama Hindu.
Menurut masyarakat Melayu pada zaman dahulu, upacara membaca jampi dan mantera
dilakukan supaya dapat memelihara majlis perkahwinan daripada sebarang bentuk
gangguan yang jahat daripada makhluk halus seperti jin, jembalang, hantu sama ada yang
dihantar oleh manusia mahupun gangguan daripada makhluk halus itu sendiri. Lazimnya,
upacara membaca mantera dan jampi ini dilakukan pada bulan Safar (Ismail Awang, 1983).
Masyarakat pada zaman dahulu kala mempercayai bahawa banyak berlaku bala dan
malapetaka pada bulan tersebut. Justeru, maka timbullah pelaksanaan upacara membaca
jampi dan mantera.
Pengaruh luar di dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang dapat dikesan oleh
penulis ialah melalui upacara memotong kek. Upacara memotong kek merupakan adat yang
menyerupai amalan orang Barat. Sedangakan upacara memotong kek tidak pernah
sedikitpun dianjurkan dalam sunnah Rasululllah. Rasulullah S.A.W bersabda:


Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum (dalam urusan khas agama), maka dia
termasuk golongan mereka.
(Hadis Riwayat Abu Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Menurut perspektif Islam, amalan berandam juga merupakan amalan yang diserap
daripada agama lain. Upacara ini melibatkan Mak Andam iaitu seorang yang pakar dalam
soal persandingan masyaakat Melayu. Asmad (1990), mengatakan bahawa Mak Andam
berperanan untuk menghias sama ada dari sudut fizikal mahupun rohani pasangan
pengantin. Ada juga sesetengah Mak Andam yang boleh merawat pasangan pengantin yang
mengalami sesuatu perkara yang buruk seperti pengsan ataupun terkena buatan orang
semasa majlis perkahwinan. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa peranan Mak Andam
sangat penting dalam upacara berandam. Upacara ini memerlukan pasangan pengantin
melalui beberapa proses kecantikan. Misalnya seperti menepung tawar dengan tujuan
memelihara pasangan pengantin daripada gangguan mahkluk halus, bercukur yang
melibatan percukuran bulu pada bahagian anak rambut, muka, leher dan tangan dengan

tujuan untuk menaikkan seri muka, melangir iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh
dengan air ke bahagian badan yang dicukur, bermandi bunga dan limau dengan harapan
untuk membuang sial dan berinai yang mempunyai tiga kategori iaitu berinai curi, berinai
kecil dan berinai besar. Dari kaca mata Islam, segala proses yang ada dalam upacara
berandam boleh dipersoalkan kerana sudah terang lagi bersuluh ianya tiada perkaitan
langsung dalam syariat Islam.
Justeru, dapat dirumuskan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh luar dalam adat
perkahwinan yang diamalkan oleh orang Melayu. Penulis telah menghuraikan beberapa adat
yang mengandungi unsur-unsur pengaruh luar terutamanya pengaruh daripada Hindu dan
Barat. Segala upacara yang telah diserap oleh pengaruh luar lazimnya membawa kesan
negatif kepada kita sebagai umat Islam. Namun begitu, bukanlah bermaksud Islam melarang
upacara perkahwinan dilangsungkan malahan Islam tidak pernah melarang sama sekali para
penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap
bangsa. Namun, kita perlu fahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras
dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam
masyarakat Melayu. Tiada sebarang sebab upacara perkahwinan dilarang dalam Islam,
namun pelaksanaannya sahaja yang perlu berdasarkan lunas-lunas yang ditetapkan Islam.

4.0 Kesan Adat Perkahwinan Melayu Dalam Kehidupan Seharian Masyarakat


Sepertimana yang telah dihuraikan oleh penulis mengenai pengaruh luar dalam adat
perkahwinan Melayu di atas, jelas terbukti bahawa adat Melayu telah dicampuradukkan
dengan budaya-budaya yang diamalkan oleh kaum lain. Jika dinilai pada maksud sebenar
bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat) iaitu
bersanding membawa erti duduk bersebelahan antara pasangan suami dan isteri yang baru
dikahwinkan di atas pentas khas yang dihias indah maka hukumnya adalah harus. Sekadar
pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tidak wujud masalah padanya.
Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti
disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias lebih-lebihan serta tidak menutup aurat dan
adat menepung tawar, maka ianya sudah dipengaruhi oleh adat-adat daripada kaum lain.
Adat bertepung tawar dan menabur beras kunyit merupakan adat turun-temurun yang
diwarisi oleh generasi ke generasi. Seperti yang telah dihuraikan oleh penulis di atas, tujuan
upacara menabur beras kunyit dan menepung tawar adalah untuk menambahkan semangat
berdasarkan kekuningan padi pada kedua-dua pasangan pengantin. Semasa upacara ini
berlangsung, terdapat juga jampi dan mantera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan
untuk menghalau gangguan anasir dan roh-roh jahat. Ustaz Abd. Latif (1997), menjelaskan
bahawa haram hukumnya sekiranya mengamalkan adat menabur beras kunyit dan
membaca jampi dengan tujuan menghalau anasir-anasir jahat. Sabda Baginda S.A.W yang
bermaksud :
Sesiapa yang mendatangi dukun atau bomoh, malah membenarkan apa yang
disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, sesungguhnya (orang-orang yang
mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan
kepada Baginda S.A.W.
(Hadis Riwayat Saidina Abu Hurairah)
Perkara-perkara sebegini wajib ditegah berlaku dalam kalangan masyarakat muslim.
Hal ini adalah kerana, perbuatan yang bertujuan untuk menghalau gangguan anasir
mahupun roh jahat boleh membawa kita kepada perbuatan syirik, khurafat dan mungkar.
Sebagai orang muslim, ada cara bagi memberkati sesuatu majlis. Alternatifnya, kita boleh
melaksanakan majlis membaca doa selamat pagi bagi mendoakan kesejahteraan kepada
kedua-dua pengantin agar dipelihara dan dilindungi oleh Allah S.W. daripada sebarang
malapetaka. Perkara sebegini adalah amat dituntut dalam Islam, bukannya amalan seperti
membaca jampi dan menabur beras kunyit supaya menghalau roh-roh jahat daripada
mendekati pasangan pengantin.

Seterusnya, adat bersanding dikatakan bertujuan untuk mempertontonkan pengantin


kepada hadirin. Sudah terang lagi bersuluh bahawa adat memperlihatkan pengantin kepada
orang ramai merupakan adat yang terserap daripada budaya Hindu. Peniruan cara hidup
orang kafir sememangnya akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T.
Sesiapa yang menyerupai satu puak, maka dia di kalangan mereka
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Sewaktu upacara ini berlangsung, pasangan pengantin akan duduk di atas pelamin
dengan riak wajah yang telah dihias cantik oleh Mak Andam untuk dipertontonkan kepada
khalayak ramai. Apa yang lebih merisaukan apabila pasangan pengantin terutamanya wanita
menjalankan upacara tersebut dalam keadaan mendedahkan aurat. Aurat yang lazimnya
didedahkan oleh wanita ialah aurat di bahagian rambut selain memakai kostum
persandingan yang memperlihatkan susuk tubuhnya. Isu aurat dalam Islam merupakan
suatu isu yang sangat sensitif dan diambil serius. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas
melalui kalam Allah yang berbunyi:
Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka merendahkan
pemandangannya

dan

menjaga

kehormatannya

dan

jangalah

mereka

memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya dan


hendaklah

mereka

memperlihatkan

tutupkan

perhiasannya

tudungnya
kecuali

kelehernya.

kepada

suaminya,

Janganlah

mereka

saudaranya,

anak

saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimah,


hamba sahayanya, orang-orang yang mengikutnya diantara lelaki, yang tiada
berhajat (syahwat) kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum (ingin) melihat
aurat perempuan...
(Surah An-Nur: 31)
Berdasarkan firman Allah ini, dapatlah difahami bahawa wanita perlu menjaga dan
memelihara auratnya daripada sebarang fitnah kerana fitnah yang timbul dari diri seorang
wanita membawa kepada implikasi yang kurang menyenangkan dalam suasana kehidupan
bermasyarakat. Selain itu, tabarruj juga merupakan amalan masyarakat Jahiliyyah pada
masa dahulu. Ustaz Abd. Latiff (1997) mentakrifkan tabarruj sebagai berhias untuk
dipamerkan. Hal inilah yang menyebabkan Islam melarang para penganutnya daripada
mengikutinya kerana amalan ini bercanggah dengan ajaran Islam.Dalilnya dapat dilihat
dalam surah Al-Ahzab.

Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berdandan (berhias) seperti
dandan perempuan jahiliyah yang dahulu.
(Surah Al-Ahzab :33)
Selain itu, tabarruj dilarang di dalam ajaran Islam kerana perbuatan lebih menyerupai
perbuatan sesuatu kaum yang jelas bertentangan dengan syariat yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW.
Selanjutnya, upacara perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu
melibatkan perbelanjaan yang banyak dan besar. Situasi ini sememangnya mendorong
kepada

gejala

pembaziran

dalam

masyarakat. Persepsi

masyarakat

Melayu

yang

mengganggap bahawa upacara walimatulurus perlu dianjurkan secara besar-besaran kerana


upacara ini hanya dilangsungkan sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, perkara ini pada kaca
mata mereka tidak salah walaupun ia melibatkan isu pembaziran. Gejala ini dari perspektif
Islam sememangnya tidak dianjurkan. Hal ini kerana, selain mewujudkan gejala pembaziran,
gejala ini juga mampu memberikan pelbagai implikasi yang negatif dalam kehidupan
masyarakat. Sebagai contohnya, akan timbul sifat riak dan takbur yang berlebihan dalam diri
masyarakat. Sebagai orang muslim, kita tidak seharusnya mengjadikan pepatah biar papa
asal bergaya sebagai pendirian hidup kita. Kita seharusnya mengamalkan nilai
kesederhanaan sebagai prinsip hidup kita kerana Islam merupakan agama yang mudah dan
senang. Sebagaimana Allah S.W.T telah berfirman:
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan
(Surah al Araaf, 7: 31)
Malahan, Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimatulurus
berdasarkan kemampuan sesebuah keluarga pengantin itu. Walau bagaimanapun, Islam
begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan
ayat Al-Quran:
"Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin
dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(pemboros) dengan melampau
(Surah Al-Isra:26)

Seterusnya, penulis dapat mengesan beberapa impak positif melalui adat


persandingan di dalam perkahwinan orang Melayu. Antaranya ialah, adat persandingan
dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara keluarga, sahabat handai dan juga
masyarakat sekampung. Perkara ini dapat dilihat melalui majlis walimatulurus di mana

semua penduduk kampung yang dijemput oleh keluarga pengantin akan menghadiri majlis
tersebut. Justeru, apabila seseorang itu menerima jemputan untuk menghadiri majlis
perkahwinan, hukumnya adalah wajib untuk menghadiri ke majlis yang diundang tersebut.
Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka
hendaklah dia menghadirinya."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Bagi sesetengah kampung, sebelum majlis walimatulurus berlangsung, penduduk
kampung akan datang ke rumah keluarga pengantin untuk membantu keluarga pengantin
menyiapkan apa yang sepatutnya. Perkara ini jelas membuktikan bahawa majlis
walimatulurus dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara masyarakat sekampung.
Majlis walimatulurus ataupun lebih dikenali sebagai majlis kenduri-kendara adalah bertujuan
untuk memperkenalkan pasangan pengantin kepada masyarakat. Para tetamu akan
dihidangkan dengan pelbagai juadah sebagai tanda berterima kasih kerana sudi menghadiri
ke majlis perkahwinan tersebut. Sebelum tetamu meninggalkan majlis, mereka akan
diberikan hadiah kecil untuk dibawa pulang ke rumah sebagai tanda kenangan.
Justeru, terbukti bahawa dengan menghadiri jemputan perkahwinan, kita bukan
sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara masyarakat bahkan dapat
menambah

serta

memupuk

mengukuhan perpaduan.

kemesraan,

kerjasama,

sikap

bantu

membantu

dan

5.0 Rumusan
Jelaslah bahawa adat resam merupakan suatu isu yang penting sekiranya kita ingin
menggambarkan mengenai latar belakang sesuatu kaum. Fokus utama penulis adalah
mengenai adat resam perkahwinan orang Melayu. Secara tradisinya, setiap pasangan yang
ingin membina sebuah keluarga perlu melalui peringkat perkahwinan yang mana ia meliputi
beberapa adat yang lazimnya dilakukan oleh orang Melayu. Antaranya adat-adat tersebut
termasuklah adat merisik, meminang, bertunang, menghantar belanja dan akad nikah.
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui bahawa adakah si gadis yang berkenaan
sudah berpunya atau pun tidak serta ingin memperolehi latar belakang keluarga gadis
tersebut. Adat meminang pula merupakan suatu upacara untuk membuat ikatan rasmi antara
seorang gadis dengan bakal suaminya. Adat meminang dilakukan apabila kedua-dua
keluarga bersetuju untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pasangan suami isteri.
Seterusnya, dijalankan pula adat menjemput di mana waris bakal pengantin iaitu ayah atau
ibu mahupun orang yang diwakilkan akan berjalan dari rumah ke rumah di kampung untuk
memberitahu tentang hari perkahwinan itu. Setelah sampai kepada tarikh yang telah
dijanjikan, dilangsungkan pula majlis akad nikah di mana pengantin lelaki perlu membaca
lafaz nikah dan mendaftarkan perkahwinan tersebut. Setelah itu, pasangan pengantin
tersebut akan melalui adat berinai.
Kemudian, adat seterusnya yang akan dilalui oleh pasangan pengantin tersebut ialah
adat bersanding. Adat bersanding merupakan fokus utama penulis di mana adat ini
merupakan adat kemuncak bagi sesuatu perkahwinan. Adat bersanding meliputi upacara
seperti menepung tawar dan menabur beras kunyit. Setelah selesai adat bersanding,
pasangan pengantin akan melalui adat berlimau sebagai menandakan penyatuan antara
suami isteri tersebut telah sempurna dan selamat. Sesudah itu, berlangsung pula adat
bertandang di mana kedua-dua pasangan pengantin akan disambut ke rumah pengantin
lelaki. Akhir sekali, keluarga pengantin akan mengadakan majlis kenduri kahwin bertujuan
untuk meraikan kehadiran pasangan suami isteri ke alam rumah tangga.
Di dalam penulisan ini, penulis turut menyatakan beberapa pengaruh luar yang sudah
terserap ke dalam adat perkahwinan orang Melayu. Antara pengaruh-pengaruh luar yang
dapat dilihat ialah pengaruh dari Hindu dan Barat. Pengaruh yang kita serap dari Hindu ialah
melalui adat bersanding manakala pengaruh dari Barat ialah melalui upacara memotong kek.
Seterusnya, penulis turut menyatakan beberapa kesan adat perkahwinan orang
Melayu dalam kehidupan seharian masyarakat. Penulis mendapati bahawa melalui adat
perkahwinan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung. Selain

itu, adat perkahwinan turut dapat memupuk rasa hormat-menghormati, saling bekerjasama
dan tolong-menolong.
Namun begitu, terdapat juga impak negatif yang dapat dikesan oleh penulis melalui
adat perkahwinan orang Melayu. Antaranya ialah mendorong kepada pembaziran di mana
pengantin mengadakan majlis kenduri secara besar-besaran sehingga berlakunya
pembaziran. Selain itu, akan wujud rasa riak dan takbur dalam diri keluarga pengantin
kerana mereka mampu melakukan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Selanjutnya,
penulis dapat mengesan bahawa terdapat unsur khurafat di dalam adat persandingan di
mana upacara menepung tawar adalah bertujuan menambahkan semangat pengantin.
Tujuan adat persandingan juga adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin.
Konsep ini telah disalah anggap oleh masyarakat kerana tidak ada salah nya sekiranya ingin
mempertontonkan pengantin kepada keluarga, namun akan timbul kontroversi sekiranya
pengantin dipamerkan di hadapan masyarakat umum. Amalan ini amat bercanggah dengan
ajaran Islam.
Tuntasnya, adat perkahwinan memberikan kita beberapa kesan yang postif dan juga
negatif. Sebagai umat Islam, kita harus tahu apakah peranan yang perlu kita mainkan untuk
menjadi muslim sejati. Islam menganjurkan perkahwinan yang mudah sebagaimana
pesanan Rasulullah S.A.W:
Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya.

You might also like