sebenar dan melihat kesan-kesan intervensi ini. Penyelidikan tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasinya dalam konteks itu. Bersifat kolaboratif di mana sepasukan penyelidik dan guru bekerjasama dalam sesuatu projek. Ia berunsur penglibatan di mana ahli pasukan mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung
Apakah penyelidikan tindakan?
Penilaian kendiri yang berbentuk perubahan
dibuat berterusan berdasarkan penilaian berterusan Mengikut Blum, penyelidikan tindakan mempunyai dua peringkat- iaitu peringkat diagnostik di mana permasalahan dikaji dan membentuk hipotesis, dan peringkat terapeutik untuk menguji hipotesis Stenhouse (1975) berkata penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guruguru lain Ia menambahkan pengetahuan praktik guru
Bagaimanakah penyelidikan tindakan dapat dibezakan
dengan penyelidikan gunaan?
Penyelidikan gunaan lebih berfokus
kepada menentukan hubungan dan menguji teori. Maka ia lebih tegaskan metod saintifik tapi penyelidikan tindakan menginterpretasikan metod saintifik dengan tidak begitu tegas. Ia tumpukan bukan kepada generalisasi tapi kepada ilmu pengetahuan yang tepat kepada satu situasi spesifik.
Apakah aspek yang boleh ditumpukan oleh penyelidik
tindakan?
Kelicinan kerja, produktiviti kerja,
motivasi dan hubungan pekerja, kebajikan keseluruhan Analisis kerja dengan tumpuan kepada ketrampilan kerja Perubahan oranganisasi yang boleh membawa kepada fungsi yang diperbaiki Perancangan dan penggubalan dasar Innovasi dan perubahan Penyelesaian masalah
KONSEP PENYELIDIKAN TINDAKAN
Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk
inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalanamalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.
McNiff (1988) mentafsirkan
penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guruguru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.
McNiff (1988) mentafsirkan
penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guruguru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.
Somekh (1989) menyatakan
penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN
Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan
penyelidikan tindakan dengan menggunakan CRASP Critical collaboration enquiry by Reflective practitioners who are Accountable in making the results of their enquiry public Self evaluative in the practice and engaged in Participative problem solving and continuing professional development
Grundy dan Kemmis (1981) menyenaraikan tiga
pra syarat
membuat kajian ke atas satu amalan sosial
yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan merefleks dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang kawalan ke atas proses penyelidikan
Henry dan Henry (1982) menyenaraikan ciri-ciri ini
Berbentuk kolaboratif di antara guru
dengan guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibubapa Berbentuk kitaran aktiviti - merancang, bertindak, memantau dan mereflek serta menjana pusingan yang berikutnya (lebih daripada satu pusingan - Elliot(1991) berkata sekurang-kurangnya 3 pusingan atau satu tahun pengkajian Menyumbang ke atas memajukan proses pengajaran pembelajaran
Penyelidikan Tindakan bercirikan
Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri
Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan Menyebarkan dan mengongsi pengalaman kepada peserta dan mereka yang berminat Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment Kolaborasi dengan mengwujudkan suatu komuniti berfikiran kritis -dilakukan oleh guru dlm konteks harian Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk meningkatkan kefahaman praktis utk memperbaiki amalan pendidikan Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran
TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
There are two essential aims of all action
research: to improve and to involve. Action research aims at improvement in these areas: firstly, the improvement of practice; secondly, the improvement of understanding of practice by practitioners; and thirdly the improvement of the situation in which the practice take place.Those involved in the practice being considered are to be involved in the action research process in all its phases of planning, acting, observing and reflecting. (Carr dan Kemmis, 1986:1)
Tujuan penyelidikan tindakan ialah untuk:
Membantu guru menghadapi cabaran
dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan profesyen perguruan Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar
Tujuan penyelidikan tindakan ialah untuk:
Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan
rutin Meningkatkan amalan-amalan professional. Dengan itu mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan. Diberikan kuasa utk membuat keputusan (empowerment) Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN :
mendapat sumber maklumat penting untuk
memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya; dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan lebih berkesan; dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri; meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
dapat menyediakan guru, sebagai
penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum; membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan ; dan merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.