You are on page 1of 13

Alam semulajadi merupakan khazanah warisan negara.

Antara tiga unsur alam semulajadi yang


penting ialah hutan, air dan udara. Hutan berfungsi sebagai pembekal oksigen, kawasan
tadahan, sumber makanan dan tempat perlindungan habitat flora dan fauna. Berdasarkan fungsi
inilah warisan hutan perlu dikekalkan. Pembangunan bandar hanya melihat kepada
pembangunan fizikal sebagai sumber ekonomi semata-mata.
Pembukaan bandar baru seperi Bandar Muadzam Shah dan bandar-bandar baru yang lain
menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit-bukit. Ini menyebabkan hakisan tanah
semakin banyak kerana tidak dapat menampung air di permukaan bumi.
Selain itu, unsur kedua penting ialah air. Jika dilihat, air diperlukan oleh semua aktiviti bandar
seperti industri, pertanian, perkilangan, perkhidmatan dan rekreasi. Pembangunan bandar turut
meningkatkan permintaan bekalan air bersih dari semasa ke semasa. Lama kelamaan air ini
akan berkurangan. Sumber air yang sedia ada di sungai-sungai atau tasik turut tercemar apabila
hasil buangan sisa kilang, domestik dan pertanian yang tidak diolah dengan baik dibuang terus
ke dalam sungai.
Kesan daripada pembangunan bandar yang tidak seimbang juga akan menyebabkan
pencemaran udara dan peningkatan suhu. Udara segar yang dihasilkan melalui proses
fotosintesis tumbuhan penting untuk pernafasan yang menjamin kelangsungan hidup. Tetapi
akibat proses pembangunan, udara ini kini tercemar dengan bahan-bahan pencemaran seperti
karbon monoksida, plumbun, dan nitrogen hidroksida. Ini terdapat dalam udara akibat aktiviti
bandar seperti pengangkutan, asap dari industri, dan pelupusan sisa domestik.
Dengan ini jelaslah bahawa pembangunan bandar yang tidak seimbang dan terancang memberi
kesan yang buruk kepada alam sekitar yang begitu penting bagi manusia dan kehidupan lain.

Alam sekitar merupakan anugerah Allah yang amat bernilai untuk semua
makhluk di bumi ini khususnya kepada manusia. Namun, sejak kebelakangan
ini, pembangunan yang tidak terancang telah menjejaskan kualiti alam sekitar.
Persoalannya, apakah kesan-kesan pembangunan terhadap terhadap alam sekitar
di negara ini?
Pada pendapat saya, antara kesan pembangunan terhadap alam sekitar
ialah pencemaran udara. Hal ini demikian kerana bandar besar yang
membangun bagai cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan pertambahan
kenderaan bermotor di jalan raya dan hal ini secara tidak langsung
menyebabkan pencemaran udara. Buktinya, indeks pencemaran udara di
Lembah Kelang semakin membimbangkan.
Selain pencemaran udara, pembangunan yang semakin mendadak juga
menyebabkan sungai di negara ini semakin tercemar dan dasar sungai semakin
cetek . Hal ini disebabkan oleh aktiviti pembalakan yang dilakukan di hulu
sungai dan aktiviti pembuangan sampah-sarap oleh penduduk yang tinggal
berhampiran dengan sungai. Oleh itu, selain menyebabkan pencemaran sungai,
kita juga mendapati dasar sungai semakin cetek dan menyebabkan banjir kilat
berlaku apabila hujan turun dengan lebat.
Tambahan pula , kawasan bukit-bukau yang menjadi kawasan tadahan
hujan ditarah dan digondolkan untuk pembinaan rumah dan lebuh raya . Hal ini
bermaksud, kebanyakan kawasan bukit-bukau di bandar-bandar besar telah
dimajukan untuk dijadikan kawasan perumahan.. Misalnya, kawasan lereng
bukit di Banjaran Titiwangsa ditarah untuk pembinaan lebuh raya. Perbuatan ini
telah menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit
sehingga mengorbankan nyawa penduduk di kawasan itu.
Sebagai kesimpulan, pembangunan di Malaysia mestilah dilaksanakan
dengan terancang dan sistematik supaya alam sekitar kita tetap terpulihara.
Pembangunan perlu dilaksanakan, tetapi pembangunan itu janganlah sampai
menjejaskan alam sekitar.Jangan pula nanti kita menjadi seperti Pak Kaduk,
ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai dek kekhilafan sendiri!

PENGENALAN
Sejak akhir-akhir ini, arus pemodenan yang semakin pesat telah mendatangkan
musibah kepada penduduk yang tinggal di kawasan Bandar mahupun kawasan luar Bandar.
Hal ini adalah disebabkan oleh berlakunya peningkatan pemodenan dan pembangunan.
Dalam usaha untuk mengecapi kemajuan dan pemodenan yang semakin pesat kini telah
menyebabkan pencemaran alam sekitar yang kritikal dan sangat berbahaya. Walaupun
pembangunan dan pemodenan yang dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf
hidup penduduk dari segi ekonomi dan sosial, namun bagi sesebuah Negara yang sedang
membangun misalnya tidak mampu mengelak dari masalah-masalah pencemaran alam yang
berpunca daripada pelaksanaan pemodenan itu sendiri. Pencemaran merupakan satu topik
yang selalu hangat diperkatakan, tetapi masalah ini tidak diambil serius oleh mereka yang
bertanggungjawab. Sewajarnya tindakan perlu diambil demi mengatasi masalah pencemaran
ini daripada terus menular dengan lebih bahaya kepada penduduk. Sebagai contoh, wujudnya
kesan negatif yang melanda alam sekitar kita yang dahulunya bersih dari bahan toksik dan
bahan tercemar. Hal ini demikian kerana sungai pada masa dahulu amat sesuai untuk
kegunaan harian tetapi kini sungai terlalu kotor dan jijik untuk dijadikan sebagai punca untuk
kegunaan harian. misalnya keadaan sungai di Klang dan di sungai Kelantan.
Pencemaran alam bermaksud sebagai pembuangan benda-benda atau bahan yang
terhasil dari perlaksanaan aktiviti pembangunan dan pemodenan ke alam sekitar yang
menyebabkan tergangunya ekosistem dan kemandirian hidupan khususnya manusia.
Pencemaran juga sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung terhadap sifat-sifat
fizikal, haba , kimia dan biologi dengan mengeluarkan dan melepaskan bahan-bahan yang
berbahaya kepada manusia dan hidupan-hidupan liar yang lain. Pencemaran alam sering
menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata mengenai
masalah ini yang semakin parah mendekati manusia. Oleh itu, kesan-kesan negatif
pencemaran alam harus ditangani dengan secepat mungkin dengan langkah-langkah yang
terbaik. Pencemaran alam yang boleh diklasifikasikan kepada empat iaitu udara, air, tanah
dan bunyi.
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM

Pencemaran udara adalah satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau
zarah-zarah yang bertoksik dalam kandungan atmosfera. Pencemaran udara juga berlaku
apabila sesuatu kandungan udara telah tercemar dengan kehadiran benda asing seperti habuk,
debu, asap dan pasir. Secara tidak langsung, pencemaran itu menggangu dan membahayakan
manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan harta benda. Pencemaran udara berlaku kerana
berpunca dari pemodenan yang pesat yang berlaku sejak dulu lagi iaitu zaman revolusi
perindustrian di Eropah yang diketuai oleh pihak Inggeris dan Amerika Syarikat pada abad
ke-18. Sejak revolusi itu berlaku sehingga sekarang banyak kilang-kilang industri dibina bagi
memenuhi keperluan revolusi perindusrian itu. Walau bagaimanapun, kemajuan pemodenan
itu dari segi pembangunan industri kilang telah menjadi punca berlakunya pencemaran udara
pada masa kini.
Hal ini demikian adalah disebabkan oleh kilang-kilang yang mengeluarkan asap-asap
yang berbahaya dan mengandungi bahan kimia seperi karbon monoksida, hidrokarbon, ozon
dan sulfur oksida. Apabila kandungan udara telah bercampur dengan asap-asap berbahaya
dari kilang perindustrian ini akan menyebabkan kandungan udara bersih telah tercemar. Di
samping iu, pencemaran udara juga berpunca dari kemajuan teknologi kenderaan seperti
kereta, motosikal dan lori. Hal ini demikian kerana kenderaan tersebut mengeluarkan asap
yang berbahaya seperti bahan kimia monoksida dan oksida nitrogen. Walaupun kemajuan
teknologi kenderaan semakin meningkat, teknologi juga tidak mampu mengelakkan dari
menjadi punca pencemaran udara yang semakin menular. Asap-asap kilang dan kenderaan
akan terkumpul di ruang udara dan menjejaskan tahap kualiti udara tersebut dan akan
memberi impak negatif terhadap penduduk di kawasan iu. Di samping iu,pembinaan
bangunan yang menyebabkan habuk-habuk dari tapak pembinaan terkumpulnya udara dan
mengancam kualiti udara.
Secara tidak langsung, kesan dari pembinaan kilang-kilang perindustrian dan
pengeluaran asap kenderaan turut menyebabkan kejadian jerebu yang telah menjejaskan
urusan harian penduduk seperti masalah untuk pergi ke tempat kerja dan membantutkan
urusan perniagaan penduduk. Di samping itu, masalah jerebu juga mendatangkan masalah
kesihatan kepada penduduk seperti sakit mata, batuk dan sesak nafas. Pencemaran udara juga

menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid yang terhasil dari kandungan bahan kimia asap
kenderaan dan pembakaran hutan. Kejadian hujan asid juga menyebabkan kemusnahan harta
benda kerana bahan kimia yang terkandung dalam air hujan asid mampu menghakiskan catcat kereta dan bangunan. Bangunan baru akan menjadi cepat rosak dan buruk yang
merugikan pihak pemilik atau masyarakat pada masa kini.
Selain itu, arus permodenan dan pembangunan yang terus dibangunkan juga
menyebabkan pencemaran air turut berlaku kerana kemajuan perindustrian itu sendiri.
Pencemaran air ialah sumber air yang tercemar dan bercampur dengan bahan kimia yang
berbahaya seperti bahan radioakif. Hal ini demikian kerana, kandungan air mengalami
perubahan dari segi warna dan bau. Ini menyebabkan sumber air iu tidak dapat digunakan
untuk keperluan harian kerana tidak sesuai kegunaan manusia dan mempunyai nilai pH atau
kandungan asid yang tinggi. Pencemaran air berpunca dari kemajuan teknologi kilang kerana
kebanyakkan pihak kilang akan membuang sisa toksik ke dalam sungai sesuka hati demi
kepentingan diri mereka. Mereka melakukan demikian kerana ingin mengurangkan kos
penyelenggaraan sisa toksik dan mengaut keuntungan tetapi risiko pencemaran akan tetap
berlaku. Apabila pengaliran sisa toksik ke dalam sungai,ini akan mendatangkan perubahan
keadaan kualiti sungai dan sumber air. Secara tidak langsung menyebabkan kandungan kimia
yang tinggi dalam air sungai menyebabkan hidupan akuatik seperti ikan akan mengalami
kepupusan.
Kemajuan pemodenan juga sering menyebabkan pencemaran air berlaku. Sebagai
contoh, kekurangan pengeahuan menyebabkan pemilik kilang tidak bertanggungjawab
kepada kualiti air. Di samping iu kemajuan teknologi pertanian juga punca berlakunya
pencemaran air. Hal ini demikian kerana pergunaan teknologi pertaniaan seperti penggunaan
racun serangga dan baja kimia untuk meningkatkan hasil pertanian akan mendatangkan
pencemaran air. Apabila hujan berlaku di kawasan tanaman ini akan mengakibatkan aliran air
hujan akan memasuki aliran tanah dan membawa bersama bahan kimia ke sungai. Secara
tidak langsung, sumber air akan tercemar dan kotor. Pemodenan terhadap teknologi pertanian
akan menjadi punca utama berlakunya pencemaran air. Selain itu, akiviti di laut yang
melibatkan teknologi perkapalan juga menjadi punca kepada pencemaran air. Hal ini

demikian kerana akiviti perindusrian petroleum akan menyebabkan berlakunya tumpahan


minyak di laut dan sisa dari kapal-kapal besar.
Selain itu, pemodenan di kalangan penduduk juga menyebabkan pencemaran air
berlaku. Permodenan dan pembangunan di Bandar menyebabkan penduduk melakukan
transformasi cara hidup yang berbeza berbanding penduduk luar Bandar. Apabila
pembangunan semakin meningkat, penduduk terdedah dengan kesibukan kota dan
mendorong penduduk melakukan kesilapan dalam menjaga alam sekitar. Sebagai contoh,
ramai penduduk kota membuang sampah ke dalam longkang dan sungai. Secara tidak
langsung, sumber air menjadi kotor dan pembangunan yang pesat akan mendorong migrasi
penduduk. Ini akan menimbulkan masalah kepadatan penduduk dan mendorong masalah
sistem air kumbahan. Masalah air kumbahan yang tidak teratur menyebabkan air akan
tercemar kerana terkandung bahan kimia dan bakeria-bakeria berbahaya yang mengancam
kesihatan penduduk. Sebagai contoh, apabila sungai yang terlalu kotor dengan sampah sarap,
bahan kimia dan bakteria akan menyebabkan masalah penyakit taun dan malaria akan
menular dan mengancam kesihatan penduduk.
Pencemaran alam ini amat berkait rapat dengan pemodenan dan pembangunan yang
pesat dalam masa yang terdekat dan jangka masa panjang. Selain pencemaran air dan udara
yang berlaku pada masa kini terdapat juga pencemaran lain yang berpunca dari pemodenan
dan peningkatan kemajuan teknologi. Pencemaran bunyi dan tanah juga berkait rapat dengan
satu sama lain. Pencemaran tanah bermaksud tindakan manusia terhadap kawasan sehingga
berlakunya perubahan tahap kesuburan tanah, struktur tanah dan warna tanah. Hal
ini demikian kerana berpunca dari pembuangan bahan pepejal dan cecair yang berbahaya
seperti bahan kimia dari kilang. Selain itu, apabila tanah terdedah kepada bahan kimia dan
pembuangan sampah ini akan mengurangkan kesuburan tanah secara perlahan-lahan dan
menjejaskan kesesuaian untuk tumbuhan hidup dan aktiviti pertanian.
Penerokaan tanah melalui pembalakan dan pembukaan tanah untuk pembinaan
kilang-kilang perindustrian juga menjadi faktor berlakunya pencemaran tanah. Hal ini kerana
apabila tanah terdedah tanpa di halang oleh pokok-pokok, struktur tanah menjadi tidak kuat
kerana ketiadaan akar untuk memegang stuktur tanah semasa hujan lebat dan menggalakkan

berlakunya hakisan tanah. Di samping itu, kesan dari pencemaran tanah juga menyebabkan
pemanasan global dan peningkatan suhu setempat. Hal ini demikian kerana pokok-pokok
berperanan penyejuk bumi hilang apabila pembalakan haram dan penebangan pokok tanpa
had oleh pihak tidak bertanggungjawab. Selain itu, arus pemodenan dan kemajuan
pembangunan yang pesat telah menyebabkan pemcemaran bunyi berlaku. Selain itu, terdapat
juga golongan masyarakat yang menanam bahan plastik di dalam tanah dan ini akan
menyebabkan kandungan bahan asing dalam tanah akan bertambah. Kesuburan tanah akan
terjejas dan saluran pori-pori tanah akan tergangu yang mendorong aktiviti pertanian dan
habitat tumbuh-tumbuhan musnah.

Walau bagaimanapun, arus pemodenan yang semakin maju juga mnyebabkan


pencemaran bunyi dan pencemaran ini terjadi apabila berlakunya bunyi bising yang
melampau di tempat dan kawasan tertentu seperti di tapak pembinaan bangunan baru dan
kilang-kilang kayu. Pencemaran bunyi akan terjadi apabila bunyi melebihi 80dB (A) dan
berpunca dari kemajuan teknologi pengangkutan itu sendiri. Sebagai contoh, bunyi kereta api
yang begitu kuat menyebabkan pencemaran bunyi berlaku khususnya di kawasan perumahan
di tepi jalan keretapi Gemas, Negeri Sembilan. Selain itu, pertambahan kenderaan berat di
jalan raya menyebabkan pencemaran bunyi berlaku. Kenderaan berat seperti lori dan bas
menghasilkan bunyi enjin yang kuat dan menganggu pengguna jalan raya yang lain seperti
penungggang motosikal. Secara tidak langsung, berlakunya kes-kes kemalangan yang serius
melibatkan kenderaan berat di lebuhraya.
Selain itu, peningkatan pembangunan kilang perindustrian juga menghasilkan
pencemaran bunyi. Hal ini demikian kerana bunyi yang kuat dihasilkan dari mesin jentera
dan kenderaan berat menghasilkan bunyi yang melebihi tahap biasa. Oleh itu, bunyi dari
kilang-kilang perindustrian telah menganggu ketenteraman penduduk dan gangguan psikologi
kepada penduduk sekitarnya. Kawasan pembinaan bangunan baru juga menghasilkan
pencemaran bunyi kerana terhasil dari penanaman cerucuk-cerucuk besi dalam tanah.
Penanaman cerucuk besi itu akan menyebabkan gangguan terhadap kesihatan penduduk
khususnya kepada ibu yang mengandung dan kanak-kanak. Sebagai contoh, telinga kanak-

kanak sangat sensitif terhadap bunyi kuat, ini akan menyebabkan kanak-kanak menjadi pekak
di awal usia mereka. Walau bagaimanapun, kemajuan teknologi alatan muzik juga
mendorong golongan masyarakat gemar mendengar lagu dengan kuat dan akan menganggu
orang ramai khususnya jiran-jiran mereka. Sebagai contoh, alatan muzik seperti radio yang
jumlah frenkuensi tinggi berjenama Sony dan Samsung mudah di dapati di kedai alatan
muzik.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM

Di arus pemodenan dan pembangunan yang pesat di kawasan Bandar dan di luar
Bandar telah memberi impak pencemaran alam yang semakin mengancam keselesaan
kehidupan penduduk. Oleh itu, dalam menangani msalah ini haruslah mempunyai jalan
alternatif yang terbaik agar arus pemodenan dapat diteruskan tanpa menjejaskan ekosistem
dan kemandirian hidupan khususnya manusia. Antara langkah yang dapat membantu
mengatasi masalah pencemaran alam ialah melalui teknologi media cetak dan media
elektronik. Peranan media massa amat penting kerana kemajuan teknologi tersebut
menyampaikan maklumat mengenai kepentingan alam sekitar. Hal ini demikian kerana media
cetak dapat menyalurkan maklumat-maklumat yang dapat menyedarkan kepada penduduk
agar menjaga alam sekitar dengan penuh tanggungjawab dan rasional. Sebagai contoh,
pencetakan surat khabar perlu mengandungi kesedaran yang tinggi mengenai sikap cintakan
alam sekitar. Di samping itu, teknologi media cetak juga dapat menerbitkan buku-buku dan
risalah yang berkualiti mengenai alam sekitar dan kepentingan air, udara dan tanih. Hal ini
dapat membantu golongan mayarakat mendapat ilmu pengetahuan yang baru dan dapat
mengatasi masalah pencemaran alam.
Selain itu, media elektronik juga memainkan peranan penting dalam mengatasi
masalah pencemaran alam dengan lebih kreatif. Secara tidak langsung dapat menyampaikan
kesedaran untuk memeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui iklan-iklan, rancangan
televisyen dan berita. Hal ini demikian kerana, apabila kaedah media elektronik dilakukan ini
dapat menarik lebih ramai golongan lapisan masyarakat untuk melihat dan mendengar
pencemaran alam yabg berlaku. Sebagai contoh, iklan kartun yang menceritakan keburukan

membuang sampah dan rancangan televisyen seperti Majalah Tiga (M3) sering memaparkan
pemasalahan pencemaran alam dan langkah mengatasi masalah tersebut.
Selain itu, penggunaan teknologi moden juga merupakan satu langkah untuk
mengatasi pencemaran alam. Sebagai contoh, tanpa kemajuan teknologi moden adalah tidak
mampu membersihkan tumpahan minyak di laut dan membersihkan sungai. Kemajuan
teknologi moden dapat mengubah cara mengekspolotasikan alam sekitar dengan terbaik dan
tanpa menjejaskan alam sekitar. Peningkatan kemajuan teknologi dapat mengurangkan
pencemaran udara dengan penciptaan alatan canggih seperti penapis asap ekzos kenderaan
dan di kilang-kilang perindustrian. Hal ini dapat mengurangkan kandungan karbon
monoksida dan sulfur oksida di ruang atmosfera dengan lebih sistematik. Selain itu, dengan
adanya teknologi rawatan air yang moden ini dapat merawat dan menapis air kumbahan atau
sisa-sisa buangan kilang sebelum di lepaskan ke dalam sungai atau laut dengan selamat dan
bersih. Peningkatan teknologi Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) semakin maju telah
mencetuskan penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api dalam
usaha mengurangkan pemcemaran alam sekitar. Hal ini dapat mengurangkan pengeluaran
asap plumbum yang menjejaskan kualiti udara yang bersih di atmosfera.
Teknologi moden dapat mengatasi masalah pencemaran alam dengan menguruskan
sisa pepejal seperti kaca, kertas, bahan plastik dan getah melalui teknologi kitar semula.
Teknologi kitar semula merupakan langkah untuk mengurangkan tempat pelupusan sampah
dan pembaziran bahan mentah kerana sisa pepejal itu dapat dijadikan bahan terpakai. Secara
tidak langsung, dapat mengelakkan pembuangan sampah dan sisa toksik ke dalam sungai
yang menyebabkan pemcemaran air berlaku. Selain itu, teknologi kitar semula juga dapat
dapat mengurangkan penggunaan sumber mentah seperti pokok kerana kertas yang dihasilkan
dari pokok telah dikitar semula. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya pemcemaran tanah
seperti hakisan tanah, pembalakan haram dan pembakaran terbuka yang menyebabkan
pencemaran udara.
KESIMPULAN
Tuntasnya, arus pemodenan semakin maju telah membawa satu perubahan luar biasa
kepada kawasan dan cara kehidupan masyarakat pada masa kini. Pemodenan yang berlaku

terhadap teknologi dan pembangunan secara meluas sememangnya memberi kesan positif
kepada negara dari segi ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, setiap perubahan positif
melalui pemodenan yang pesat sering kesan negatif terhadap kawasan dan kehidupan
masyarakat itu. Oleh itu, kesan perubahan pemodenan yang berterusan telah menyebabkan
pencemaran alam sekitar berlaku dan permasalahan itu tidak dibendung dengan rasional dan
terbaik. Rancangan pemodenan dan pembangunan teknologi sesuatu yang baik bagi
meningkatkan kemajuan sesebuah negara namun disebabkan kecuaian manusia itu sendiri
telah menyebabkan pencemaran alam sekitar sperti pencemaran udara, pencemaran air,
pencemaran tanah dan pencemaran bunyi. Kecuaian manusia menggunakan teknologi yang
moden juga menjadi faktor utama berlakunya pencemaran alam sekitar dengan meluas
melepasi sempadan atau pencemaran global.
Oleh itu, kita perlulah memikirkan langkah-langkah yang efektif agar dapat
membendung pencemaran alam sekitar dengan sistematik dan menjadi teras pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar. Tuntasnya, semua pihak yang terlibat haruslah berkerjasama
agar alam sekitar dapat dikekalkan kebersihanya dan keindahan alam ciptaan Tuhan yang Esa
ini. Di samping itu, kita tidak perlu menjadikan pemodenan dan kemajuan teknologi sebagai
alasan tegar supaya bertindak tanpa memikirkan kepentingan alam sekitar. Kita hendaklah
sedar bahawa jika alam sekitar terus tercemar, generasi akan datang kehausan signifikan alam
sekitar kepada masyarakat. Oleh itu, setiap insan yang hidup di dunia ini berperanan menjaga
alam sekitar terus bersih dan selamat untuk didiami oleh semua makhluk yang bernyawa.

.0 PENGENALAN PEMBANGUNAN
Apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan pembangunan. Apakah anda
faham??. Pembangunan mempunyai makna yang pelbagai ia boleh di ibaratkan
sebagai satu ungkapan yang universal. Universal disini adalah pembangunan
bukan hanya merujuk kepada pembangunan bangunan-bangunan sahaja ia juga
membawa makdu pembangunan dari segi sosial, ekonomi dan juga politik.
Sehingga kini tiada satu pun istilah yang dapat mendefinisikannya secara tepat apa
itu maksud pembangunan ini kerana ia mempunyai istilah tersirat yang banyak.
Maka dalam perbincangan ini saya akan menerangkan apa itu pembangunan
mengikut

pandangan

saya

dan

juga

beberapa

ahli

falsafah

yang

aktif

memperkatakan tentang apa itu pembangunan.


Saya juga akan menyelitkan beberapa teori dan konsep dalam perbincangan
ini. Ini bertujuan agar perbincangan saya ini mengikut landasan akademik dan juga
agar perbincangan ini tidak terpesong dari topik yang ingin diperkatakan.
Selain itu, perbincangan ini juga akan membincangkan perkembangan tahaptahap pendidikan dan juga perubahan dalam sistem pendidikan yang terdapat
dalam pendidikan negara kita pada masa kini dan masa lepas.
Seterusnya, cabaran-cabaran berkaitan dengan kemiskinan, perindutrian dan
juga pertanian juga akan dibincangan dengan lebih terpeinci dalam perbincangan
ini. Ini adalah bertujuan agar segala permasalahan dikenalpasti dan dapat diatasi
dengan menggunakan konsep dan teori yang saya pelajari.
Pada akhir sekali dalam perbincangan ini saya akan membuat kesimpulan
mengikut pandangan saya dan mengemukakan beberapa cadangan dalam
membangunkan negara kita sebagai sebuah negara maju.

2.0 PEMBANGUNAN
Tiada makna yang khas yang dapat menerangkan maksud pembangunan walapun
terdapat banyak usaha telah dilakukan oleh ahli ekonomi dan ahli sains sosial dalam
usaha untuk menerangkan konsep pembangunan dan cuba mendapatkan satu

definisi pembangunan yang tepat. Walaupun teori ini banyak dibincangkan oleh para
ahli falsafah seperti Todaro (1977), Seers(1979) dan juga Syed Husin Ali (1976).
(Rahimah Aziz 1989: 197).
Menurut

Laporan

Suruhanjaya

Selatan

(1990),

pembangunan

boleh

didefinisikan sebagai satu proses yang mana membolehkan kehidupan manusia


merealisasikan potensi, membina keyakinan serta membawa kehidupan ke arah
kemuliaan dan penuh bermakna yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk
meminta dan dieksploitasi. Ia merupakan pergerakan yang menjauhkan dari
penindasan politik, ekonomi dan juga sosial. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2)
Todaro

(1977)

berpendapat

bahawa

pembangunan

melibatkan

prose

menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan social. Ini bermakna
bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan
dan pengeluaran, bahkan juga mengambil kira perubahan institusi social, struktur
pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. (Rahimah Aziz 1989:
3).
Syed Husin Ali (1976) pula menyatakan bahawa pembangunan ekonomi
bertujuan untuk menaikkan taraf hidup ekonomi sebahagian besar masyarakat.
Bahawa pencapaian yang tinggi dalam bidang ekonomi boleh menjadi asas yang
kukuh bagi memajukan atau membangunkan bidang-bidang lain seperti pelajaran,
kemasyarakatan dan kebudayaan. Maka, pembangunan tidak boleh terbatas
kepada hal-hal ekonomi sahaja. Sebaliknya, meliputi semua bidang kehidupan
masyarakat. (Rahimah Aziz 1989: 3).
Seers

(1979)

pembangunan

boleh

ditunjukkan

dengan

terhapusnya

kemiskinan, kurangnya jumlah pengguran serta rapatnya jurang ketaksamaan.


Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan
ketaksamaan ini biasanya mencirikan negara-negara Dunia Ketiga. Beliau
berpendapat bahawa pembangunan bermaksud pengurangan pergantungan
budaya kepada satu atau lebih kuasa besar dan ini dapat dilakukan misalnya,
dengan meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan, memperuntukkan lebih
banyak masa siaran televisyen untuk rancangan tempatan dan meningkatkan mutu
pendidikan tempatan. (Rahimah Aziz 1989: 3).

You might also like