You are on page 1of 4

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

TAJUK DUA
TAMDUN ISLAM

A.
1. Sumber rujukan Tamadun Islam yang utama dan skunder
1.1
Rujukan utama: Al-Quran dan As-sunnah
1.2 Rujukan skunder: Ijtihad ulama dan tamadun
lampau
2. Perkara utama yang diambil perhatian dalam Maqasid alSyariah Tamadun Islam
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6

Memelihara agama
Menjaga nyawa
Memelihara kewarasan akal
Menjaga keturunan manusia
Menjaga maruah seseorang
Melindungi harta benda

3. Sifat Tamadun Islam


3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9

Rabbani
Keagamaan
Tetap dan anjal(boleh diubah-suai)
Seimbang
Bersesuaian dengan fitrah manusia
Terbuka
Toleransi
Bersifat sepanjang zaman
Global

4. Faktor kecemerlangan Tamadun Islam


4.1.
4.2.
4.3.
4.4.
4.5.
4.6.
4.7.

Keyakinan umat terhadap Ajaran Islam


Kegiatan keilmuan yang meluas
Keadilan yang menyeluruh
Ketenteraan yang kuat
Kedudukan yang strategik
Prasarana yang sempurna
Keterbukaan kepada tamadun lain

5. Faktor kemerosotan Tamadun Islam


5.1.

Pemerintah yang lemah

5.2.
Banyak berlaku penyelewengan
5.3.
Banyak gejala keruntuhan akhlak
5.4.
Kekurangan sumber ekonomi
5.5.
Kegiatan keilmuan yang tidak
berkembang
5.6.
Ancaman musuh luar
6. Penemuan saintifik yang utama oleh tokoh-tokoh berikut:
6.1.

Abu Musa Jabir Ibn Hayyan al-Tusi


a) Kaedah sejatan, penyulingan,
pemejalwapan, penghabluran, kaedah
oksida logam bakar.
b) Mencipta asid galian seperti HNO3, H2SO4
dan lain-lain.

6.2.

Al-Khawarizmi
a) Ilmu astronomi
b) Ilmu matematik

7. Tokoh perubatan dalam Islam


a) Ibn Sina
b) Ibn Rushdi

B.

1. Intipati Tamadun Islam

Islam tidak seharusnya difahami sebagai agama


dalam pengertiannya yang sempit kerana ia
merupakan satu sistem hidup yang amat lengkap
dan sempurna, bersifat rabbani serta meliputi
semua dimensi kehidupan insan.

Tamadun Islam ialah tamadun yang bersifat


keagamaan dan bermatlamatkan keredhaan Allah
SWT.

Perjalanan Tamadun Islam dibimbing oleh akidah


dan diatur oleh syariah serta diawasi oleh nilai-nilai
akhlak manusia.

Tamadun Islam merupakan peraturan hidup yang


merangkumi aspek rohaniah serta jasmaniah insan
yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai
pedomannya.

2. Matlamat Tamadun Islam.


-

Matlamat utama penghayatan Tamadun Islam


adalah untuk memperoleh kebaikan dan
kesejahteraan dalam kehidupan di dunia ini dan
juga untuk mencapai keselamatan serta
kebahagiaan hakiki di negeri akhirat.

Untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan


di akhirat, orang Islam hendaklah menjadikan
kehidupan mereka di dunia ini sebagai satu
amanah. Mereka hendaklah berusaha bersungguhsungguh melaksanakan kewajipan amar maakruf,
nahi mungkar (mengajak kearah kebaikan dan
mencegah kemungkaran). Mereka hendaklah
melaksanakan tugas khalifah di bumi ini dengan
mengikut panduan Allah SWT dan sentiasa
bertaqwa kepada-Nya.

Kehidupan yang berasaskan pengabdian diri dan


ketaqwaan kepada Allah SWT akan menyuburkan
nilai-nilai kemanusiaan insan seperti kasih sayang,
jujur, dan amanah, cintakan kedamaian,
menghormati kemuliaan insan dan lain-lain.

3. Impak Tamadun Islam kepada peradaban dunia


-

Dalam tempoh waktu yang singkat, kuasa besar


Rom dan Parsi yang dahulunya memandang remeh
terhadap bangsa Arab, kini terpaksa tunduk
dibawah kekuasaan Islam.

Mulai abad ke-7 hingga ke-18M, dunia mula


didominasi dan dicorakkan oleh Tamadun Islam.
Dalam jangka masa tersebut, khususnya pada abad
ke-9 hingga ke-13M, sejarah telah merakamkan
bagaimana Tamadun Islam telah melahirkan
sarjana-sarjana ulung dalam pelbagai bidang ilmu
pengetahuan.

Dalam jangka masa tersebut, kemajuan yang


dicapai umat Islam dalam bidang ilmu sains dan
teknologi serta ilmu-ilmu lain tidak dapat ditandingi
oleh mana-mana bangsa atau negara lain.

Di setiap ibu kota pemerintahan Islam, khusunya


kota Bahgdad (di Asia), Cordova (di Eropah) dan
Iskandariah (di Afrika), kegiatan keilmuan dan
kebudayaan berlaku dengan bersemarak serta
disertai segenap lapisan masyarakat.

Setiap kota penting yang dikuasai umat Islam


bukan sahaja menjadi pusat kegiatan kesarjanaan
dan pembelajaran masyarakat tempatan, malah
berjaya menarik minat ramai sarjana dan pelajar
dari negara luar, khususnya dari Negara-negara
Kristian Eropah yang datang untuk mempelajari dan
mendalami pelbagai bidang dan cabang ilmu
pengetahuan.

Suasana dan kemudahan pembelajaran di


Negara Islam tidak terdapat dimana-mana Negara
Eropah yang dikuasai oleh orang Kristian pada
ketika itu kerana mereka masih menganggap para
sarjana dan saintis sebagai penyebar ajaran yang
bertentangan dengan dogma gereja. Oleh sebab
itulah kegiatan mereka patut dihalang.

You might also like