You are on page 1of 2

Insaniah Hospitality Club

Rujukan Tuan

Rujukan Kami

: IHC/KHPH/KUIN/001/2014

Tarikh

: 17/6/ 2014

Kepada,
Pihak Yang Berkenaan.
Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM REWANG BUBUR LAMBUK 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


Adalah dimaklumkan bahawa Insaniah Hospitality Club di bawah naungan Kulliyyah Hospitaliti dan
Perkhidmatan Halal, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) akan menganjurkan program Rewang Bubur
Lambuk 2014.
2. Untuk makluman pihak tuan, program ini merupakan program wajib yang dianjurkan setiap tahun
oleh Insaniah Hospitality Club. Walaubagaimanapun, program ini menghadapi kekangan dari segi
peruntukan kewangan. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan
dapat memberi sumbangan kewangan bagi menjayakan program ini di mana bubur-bubur tersebut
akan diedarkan kepada pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah, rumah anak yatim dan pusat tahfiz
yang berada di kawasan Kuala Ketil.
3. Maklumat mengenai program adalah seperti berikut :
4.
Tarikh
: 20 Julai 2014 (Ahad)
Masa
Tempat

: 8.00 pagi - 5.00 petang


: Perkarangan Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal, Kolej Universiti
Insaniah, Kampus Kuala Ketil.

Sehubungan dengan itu, kami dengan rendah diri berharap sekiranya pihak tuan dapat memberi
maklumbalas dengan segera bagi memastikan program ini dapat berjalan seperti yang dirancang.
Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh menghubungi pengarah program iaitu saudari Salwana
binti A Rahman ditalian 0195083244 atau En. Syed Noor Yusoufuddin bin Syed Noor Affendi
ditalian 017-5888405 selaku pensyarah/penasihat program. Perhatian dan tindakan susulan daripada
pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih,
Yang Benar,
..
(Ain Zubaidah Binti Mohd Sobri)
Presiden, Insaniah Hospitality Club,
Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal, Kolej Universiti Insaniah.

BORANG SUMBANGAN IKHLAS PROGRAM BUBUR LAMBUK 2014


[Pihak Insaniah Hospitality Club memohon untuk membuat kutipan semula pada 26/6/2014
(Khamis), jam 11.00 pagi]

Sumbangan peribadi dari Jabatan/Unit/Kulliyyah : _________________________________________


Bil .

Nama

Jumlah (RM)

Tandatangan

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :


Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah,
atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya
(Hadis sahih riwayat Muslim)

You might also like