You are on page 1of 4

Isu-isu semasa

Kajian Mikrostruktur, Ciri-ciri Tegangan, dan Analisis Kegagalan terhadap Pelbagai


Serat Sisa Buangan Agrikultur melalui Fractography Mikroskop Imbasan Elektron

Karbon dioksida berlebihan yang dilepaskan ke dalam udara semasa penghasilan


produk dari industri telah mendatangkan kerisauan terhadap pemanasan global. Ini telah
mendorong penyelidikan dalam menggantikan bahan mentah petrol dengan bahan mentah
produk semula jadi.
Serat semula jadi merupakan kompaun tumbuh-tumbuhan yang boleh didapatkan
daripada sisa-sisa agrikultur dan adalah sumber tenaga yang alternative. Kelimpahan serat
semula jadi yang tinggi, kepadatan yang rendah, ketidaktoksikan, dan kos yang rendah telah
menarik perhatian para penyelidik untuk menyiasat tentang sifat-sifat mekanik dan
ketegangan supaya dapat dijadikan sebagai sumber alternatif kepada serat kaca.
Hasil buangan agrikultur seperti kulit nanas (PALF), batang pokok pisang (BPS),
batang tebu (SCB) dan kulit buah kelapa (COIR) telah digunakan dalam kajian ini. Ujian
pemanjangan telah dijalankan terhadap 4 jenis serat masing-masing menggunakan Mesin
Penguji Teganga. Bukan itu sahaja, pemerhatian atas struktur serat-serat dilakukan melalui
Mikroskop Imbasan Elektron untuk mengetahui retakan yang ada pada PALF, BPS, SCB dan
COIR masing-masing.

Daripada ukuran di atas, serat COIR telah menunjukkan 37% pemanjangan maxima
waktu pecah. Faktor utama yang menyumbang kepada kekuatan serat COIR adalah
kandungan selulosa yang rendah dan juga sudut serat mikro COIR yang tinggi berbanding
dengan yang lain.

Gambar rajah 5 telah menunjukkan kekuatan serat tidak bergantung kepada garis
pusat ikatan serat, tetapi pada spesies, cara pengekstrakan, sudut mikrofibril dan juga
ketumpatan mata rantai.

Gambar rajah di atas telah membuktikan bahawa semakin panjang serat tersebut,
semakin tinggi kandungan lignin dan ini menyumbangkan dalam keupayaan serat dalam
menahan tekanan luaran.

Keputusan daripada sinaran SEM telah menunjukkan retakan serat selepas ujian
dijalankan. Serat COIR dan SCB menunjukkan susunan mikrofibril yang teratur dan lebih
sikit keserabutan boleh dijumpai berbanding dengan BPS dan PALF. Serat yang lebih tebal
mungkin mengandungi lebih banyak kecacatan dan kelemahan berbanding dengan serat yang
lebih nipis.
Kesimpulannya, COIR telah menunjukkan kekuatan dalam menahan pemanjangan
manakala PALF menunjukkan kekuatan dalam menahan tegangan. Kajian ini menunjukkan
analisis yang sistematik yang menyenangkan pemilihan serat-serat daripada sisa buangan
agrikultur untuk aplikasi dalam pelbagai komposit.

You might also like