You are on page 1of 3

JURNAL MINGGU KETUJUH

4 MAC 2013 8 MAC 2013

BILANGAN JURNAL : 6
MINGGU PRAKTIKUM

:7

TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN : 4 MAC 2013


TAJUK JURNAL

: MURID TERLALU BISING KETIKA MELAKUKAN AKTIVITI


BERKUMPULAN DAN TIDAK MEMBERIKAN KERJASAMA
DALAM KUMPULAN.

1 Masalah/ Peristiwa
Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah murid terlalu bising ketika aktiviti
berkumpulan diadakan. Masalah ini berlaku terhadap murid tahun 5 Cekal. Perkara ini
menjadi masalah kepada saya keranan aktiviti yang dilakukan ialah aktiviti bertulis dan
bukannya yang melibatkan kerja kayu. Jadi bagi saya ini merupakan perkara yang luar
biasa bagi murid-murid yang melakukan aktiviti dalam kumpulan. Kadangkala mereka
turut bersembang-sembang dan bergurau-senda sehingga menimbulkan kebisingan
yang melampau.
Teori Pilihan (1988, 1997) ada menyatakan bahawa Semua tingkah laku manusia
dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri manusia(diluahkan dari dalam diri kepada
tingkah laku dan perbuatan). Menurut Glasser (1984, 1996), pelajar memerlukan
empat keperluan, iaitu :
i.keperluan memiliki(memiliki kawan, terlibat dalam aktiviti kelas bersama guru)
ii.keperluan terhadap kuasa atau pengaruh(mempunyai rasa diperlukan, disedari
kehadirannya oleh orang lain, dan rasa ingin bersaing)
iii.keperluan terhadap kebebasan(pelajar bebas membuat pilihan menggunakan
kemahiran membuat keputusan mereka sendiri)
iv.keperluan untuk berseronok

2.0 Analisis Masalah


Masalah saya ini berlaku pada kelas 5 Cekal sahaja. Kelas lain yang diajar oleh
saya masih terkawal kebisingannya walaupun mereka sedang melakukan projek di
dalam bengkel. Jadi masalah murid yang terlalu bising ketika aktiviti kumpulan
dijalankan perlulah ditangani segera. Terdapat juga pelajar yang bermain dan tidak
menolong rakan mereka melakukan aktiviti dalam kumpulan. Sebahagian daripada
mereka tidak memberikan kerjasama dalam kumpulan.

Cadangan dan Tindakan Susulan


Saya memberikan amaran dengan tegas agar mereka merendahkan sedikit

penggunaan suara dan mengawal tahap kebisingan mereka.


Saya juga menggunakan system token. Jika kumpulan mana yang
melakukan kebisingan yang melampau markah kumpulan tersebut akan
ditolak.

4 Tempoh Penyelesaian
4 MAC 2013 (1 hari)
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh sehari sahaja. Saya telah
mengenakan tindakan terhadap murid tersebut.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, masalah ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi
masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya sehingga tamat. Murid-murid
adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan Negara pada masa
akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaianya.Terpulanglah
kepada guru itu sendiri untuk mengatasi dan menyelesaikannya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : .............................................

Tandatangan : .............................................

Nama

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Tarikh

: .............................................

You might also like