You are on page 1of 5

PAncake

Bahan-bahan :
1 cwn tepung gandum
1 cwn fresh milk (sy guna full cream)
1 biji telur
1 1/2 sudu gula
1 sudu kecil baking powder
2 sudu bsr minyak jagung / mentega yg dicairkan. (Sy guna minyak masak je)

Cara2 : Satukan kesemua bahan di atas. Kacau sampai sebati dan tidak berketul
atau blend. Ambik 1 senduk dan tuangkan atas kuali non stick. Bila bhg atas tu ada
kuar buih tu blh terbalikkan. Api perlahan je. Bila dh kali kedua tu api dh panas so
kena cpt2 balikkan slps tuang tu. Adunan di atas dpt dlm 8 keping pancake saiz
sederhana. Kalu nk banyak boleh double or triple kan bahan2 di atas.

Nasi Tomato dengan Brokoli

Bahan - bahan :
90 g ( cawan) nasi
45 g ( cawan) brokoli, dicincang
25 g (1 biji) tomato bersaiz sederhana, dipotong dadu
60 g ( cawan) daging ayam, dipotong dadu bersaiz kecil.

Cara memasak :

1 Rebus ayam dengan menggunakan sehingga masak.


2 Masukkan brokoli dan tomato dan masak selama 5 minit.
3 Masukan nasi dan masak selama 10 minit lagi atau sehingga
lembut.
4 Lenyek campuran tadi sehingga lembik dan hidangkan.

Apakah yang patut anak saya makan?


Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori
tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak
sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.
Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:
Nasi / bubur

Ditambah ayam / daging / minyak / marjerin

Roti

Ditambah marjerin / mentega kacang / keju

Biskut kraker

Ditambah marjerin / mentega kacang / keju

Susu

Ditambah serbuk coklat / aiskrim

Telur

Ditambah susu / minyak / marjerin / keju

Kentang dilenyek / dibakar

Ditambah susu /minyak / marjerin

Berapa banyakkah harus anak saya makan?

Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan
berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa
tidak selesa. Jangan paksa dia makan.

Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.

Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan
kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.

Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun
terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa.
Banyakkan bersabar.

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 1 - 3 Tahun


Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
1 keping roti bakar
2 sudu kecil marjerin
Minum Pagi
potong betik
2 keping biskut
1 gelas minuman bersusu
Makan Tengah hari
1 cawan nasi (tambah 1 sudu makan minyak masak / marjerin)
1 ekor ikan kembung
1 cawan sayur bayam
1 gelas air kosong
1 biji pisang
Makan Malam
1 cawan mi goreng (tambahkan 1 sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
cawan sayur
1 gelas air kosong
potong betik
Makan Lewat Malam
1 gelas susu (penuh krim)

Hidangan Nasi Tomato (Hidangan 4 orang)


Bahan-bahan

90g (1/2 cawan) beras

1 sudu makan marjerin

30ml (2 sudu makan) puri tomato

125ml (1/2 cawan) jus tomato

125ml (1/2 cawan) air

5g (1/2 sudu makan) minyak sayuran

10g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk

10g (2 cm) halia, dihancurkan

60g (1 biji) bawang besar, dihiris

100g (2 biji) tomato, dipotong dadu

125g (1/2 cawan) daging yang empuk ( contoh: striploin), dihiris nipis

Garam, gula dan lada sulah secukup rasa.

Cara memasak

Di dalam periuk nasi elektrik, tanak beras bersama puri tomato, jus tomato dan air. Tambah
1 sudu makan marjerin.

Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan.
Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak
hingga empuk. Tambah lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang
atau ayam)

Tutup api dan letakkan berasingan.

Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi
dan letakkan daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.

Telungkupkan nasi tomato berserta daging ke atas pinggan dan hidangkan.

Kandungan nutrisi setiap hidangan


Kalori (kkal)

: 173.0

Protein (g)

: 10.0

Zat Besi (mg)

: 3.5

Lemak (g)

: 2.0

Kalsium (mg)

: 25.01 - 3 Tahun

You might also like