You are on page 1of 6

CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE-40 SESI 2015/2016


TARIKH: 26 MAC 2015
TEMPAT: DEWAN SMK TUN SRI LANANG
KEHADIRAN IBU BAPA:113 ORANG

BIL

PERKARA

1.0

Ucapan Yang Dipertua PIBG, Tn. Hj. Abd Mutalib bin Md Diah
1.1
1.2
1.3

1.4
1.5
1.6

2.0

Mengucapkan salam dan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ke Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-40 bagi Sesi 2015/2016.
Mengalu-alukan kehadiran YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh (Pengerusi Sekretariat
Pendidikan Parlimen Pagoh) selaku perasmi majlis.
Mengucapkan kesyukuran kerana dapat sama-sama menjayakan majlis ini.
Mengharapkan pihak ibu bapa memberikan sokongan kepada pihak sekolah untuk
mencapai misi dan visi sekolah.
Mengingatkan ibu bapa agar memberi peluang kepada anak-anak melibatkan diri
dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Menyeru ibu bapa supaya prihatin terhadap anak-anak masing-masing.
Memohon maaf atas segala kekurangan.

Ucapan Pemangku Pengetua SMK Tun Sri Lanang, Pn. Hjh. Mariam binti Mohd
2.1
2.2
2.3
2.4

2.5

Mengucapkan salam dan ribuan terima kasih atas kehadiran semua hadirin ke
Mesyuarat Agung PIBG SMK Tun Sri Lanang kali ke-40 ini.
Memaklumkan kepada ibu bapa bahawa Majlis Graduasi Pelajar-pelajar SPM 2014
telah dijalankan dengan jayanya pada 3 Mac 2015.
Mengulas peningkatan keputusan GPS dan peratus SPM 2014. Beliau turut
memaklumkan mata pelajaran yang menyumbang kepada peningkatan tersebut.
Memaklumkan bahawa keputusan SPM tersebut sebenarnya belum mencapai sasaran
sekolah iaitu GPS sekolah ialah 5.00 manakala dari segi peratus adalah 90%. Beliau
mengharapkan sokongan dan bantuan dari semua pihak untuk sama-sama
meneingkatkan kecemerlangan sekolah dan seterusnya mencapai target sekolah.
Mengulas pencapaian sekolah. Antaranya:
2.5.1 Pelajar-pelajar telah menyertai kejohanan MSSD Ledang di Kolej Matrikulasi
Johor pada 9.3.2015 hingga 12.3.2015. Atlit-atlit sekolah berjaya memperoleh 3 pingat
emas dan 1 pingat perak.
2.5.2 Pelajar-pelajar juga telah menyertai Karnival Pendidikan Islam di SMA Lughatul
Quran. Seorang pelajar telah berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan
syarahan.

2.6
2.7

2.8

2.9

3.0

YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh Selaku Perasmi Majlis


3.1
3.2
3.3
3.4

3.5

4.0

Memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru, misi dan visi baru Kementerian
Pendidikan Malaysia. Mengulas serba sedikit mengenai PPPM.
Memaklumkan bahawa SMK Tun Sri Lanang telah terpilih sebagai sekolah abad ke-21
di Parlimen Pagoh yang memberi tumpuan kepada pembelajaran berasaskan murid
serta pembelajaran berasaskan teknologi.
Program Kelas tambahan akan dimulakan pada 29.3.2015. Beliau mengharapkan
sokongan dan kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak-anak hadir ke kelas tuisyen
mengikut jadual yang telah diedarkan. Ibu bapa digalakkan untuk menghantar bekalan
makanan jika perlu kepada anak-anak kerana para pelajar tidak dibenarkan balik
sehingga kelas tambahan tamat.
Mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu pihak sekolah
dalam segala aspek.

4.1

5.0

Mengucapkan salam kepada semua hadirin.


Mengucapkan syabas atas pencapaian sekolah. Walau bagaimanapun beliau
Mengingatkan hadirin bahawa masih terlalu banyak ruang yang harus diperbaiki untuk
menjadikan SMK Tun Sri Lanang sekolah yang cemerlang dari semua aspek.
Menekankan kunci kecemerlangan pelajar iaitu:
3.4.1 Hubungan kekeluargaan yang rapat. Beliau menerangkan perbezaan senario
kehidupan seorang pelajar pada zaman dahulu dan sekarang. Beliau mencadangkan
ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah setiap pagi agar dapat menggunakan
ruang waktu itu untuk menyelitkan nasihat kepada anak-anak.
3.4.2 Ibu bapa perlu menerangkan kepada anak-anak agar mereka menyedari bahawa
setiap perlakuan yang dilakukan termasuk belajar, merupakan ibadah. Pelajar-pelajar
juga perlu diingatkan bahawa belajar adalah suatu jihad.
3.4.3 Kepentingan menghargai masa. Beliau menggesa ibu bapa supaya
mengingatkan anak-anak supaya mengambil peluang keemasan ini untuk mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Para pelajar perlu sedar bahawa
SPM hanya sekali seumur hidup mereka.
Merasmikan majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40

Persembahan pelajar
Penyampaian hadiah dan sijil kecemerlangan 2014
Penyampaian cenderahati AJK PIBG sesi 2014/2015

Mesyuarat Agung dimulakan


5.1

Kata-kata aluan YDP PIBG Tn. Hj. Abd Mutalib bin Md Diah selaku pengerusi majlis

6.0

Pembentangan minit mesyuarat agung PIBG yang lepas


Dibentangkan oleh En Amenudin bin Ahmad selaku setiausaha PIBG. Beliau membuat
beberapa pembetulan. Dicadang untuk disahkan oleh En. Amir Hamzah bin Yunos dan
disokong sebulat suara.
En Amenudin bin Ahmad membentangkan penyata perjalanan 2014/2015 beserta
pembetulan. Dicadang untuk disahkan oleh En. Amir Hamzah bin Yunos dan disokong
sebulat suara.

7.0

Pembentangan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2014.


Dibentangkan oleh Tn. Hj. Fakhrul Arifin bin Kambali selaku bendahari PIBG. Dicadang
untuk disahkan oleh En Jelani bin Samsuri dan disokong sebulat suara.

8.0

Pembubaran AJK PIBG 2014/2015 dan perlantikan pengerusi sementara


8.0
8.2

8.3
8.4
8.5

Sebagai YDP PIBG sesi 2014/2015, Tn. Hj. Abd Mutalib bin Md Diah membubarkan
AJK PIBG sesi 2014/2015.
Tn. Hj. Abd Mutalib bin Md Diah sebagai pengerusi sementara mencadangkan AJK
PIBG sesi 2014/2015 dikekalkan pada sesi 2015/2016 . Bagaimanapun, AJK yang tidak
lagi mempunyai anak yang bersekolah di sini digantikan dengan AJK baru.
En. Mohd Rasid bin Md Yassin tidak bersetuju .Beliau mencadangkan En.Abd Ghani
bin Molok menggantikan beliau sebagai NYDP. Disokong sebulat suara.
Mesyuarat sebulat suara memutuskan YDP dikekalkan.
JAWATAN KUASA IBUBAPA PIBG 2013/2014:
Yang DiPertua PIBG : Tn. Hj. Mutalib b. Md Diah
Naib YDP PIBG
: En. Abd. Ghani bin Molok

8.6

8.7

AJK Felda Sri Jaya:


1) En. Mohd Naim bin Sukirman
2) Pn. Harlina bte Zaman
3) Pn Salmah binti Minggin
4) Pn Zarinah binti Husein
AJK Felda Sri Ledang:
1) En.Tajudin b. Md Rosdi

2) En. Damanhuri bin Muslimin


3) Zakaria bin Ahmad dan

8.8

Kg. Durian Chondong


1) Pn. Zainon bte Osman
2) Pn Rohani bt Asmuni
3) Pn. Halimah binti Hitam
Pemeriksa kira-kira:
1) En Jailani bin Samsuri
2) En. Mohd. Fadli bin Jaafar

AJK Kg Felda Sri Jaya


Pn Rohani binti Ahmad mencadangkan Pn Salmah binti Minggin dan Pn Zarinah binti
Husein sebagai AJK baru Kg Felda Sri Jaya menggantikan Pn Rohani binti Ahmad dan
En. Abd Ghani bin Molok. En. Mohd Naim bin Sukirman dan Pn. Harlina binti Zaman
dikekalkan. Disokong sebulat suara.
AJK Kg Felda Sri Ledang
En. Abd. Aziz bin Hussin mencadangkan En. Zakaria bin Ahmad dan En. Damanhuri
bin Muslimin sebagai AJK baru Kg Felda Sri Ledang menggantikan En. Nordin bin
Jamal dan Pn Zanitah binti Kamaludin. En Rajudin bin Md Rosdi dikekalkan. Disokong
sebulat suara.
AJK Kg Durian Chondong
Pn Zainon binti Osman mencadangkan Pn. Halimah binti Hitam menggantikan En.
Zakaria bin Omar. Pn Zainon binti Osman dan Pn. Rohani binti Asmuni dikekalkan.
Disokong sebulat suara.
Pemeriksa kira-kira
En Jailani bin Samsuri menggantikan En. Abdullah bin Umar manakala En. Mohd. Fadli
bin Jaafar dikekalkan. Disokong sebulat suara.
9.0

Pembentangan usul-usul ibu bapa dan guru


9.1

AJK PIBG mengusulkan sumbangan ibu bapa kepada pihak sekolah dikekalkan seperti
tahun lepas berdasarkan jadual pada m/s 10 bagi menampung keperluan program
yang telah dirancang. Disokong sebulat suara.

9.2

En. Mohd Hanafi bin Saat mengusulkan pelajar-pelajar memakai kasut hitam ke
sekolah untuk memberi keseragaman semasa perhimpunan dan aktiviti kokurikulum.
Kasut hitam memberikan imej kedewasaan dan kematangan pelajar seperti Sekolah
Berasrama Penuh. Disokong sebulat suara.

9.3

Tn. Hj. Fakhrul Arifin bin Kambali mengusulkan persetujuan ibu bapa supaya bermula
tahun 2016, bayaran tambahan boleh dibuat di awal tahun semasa pendaftaran pelajar
masuk ke sekolah berbanding sekarang bayaran hanya boleh dibuat selepas
Mesyuarat Agung PIBG (seperti yang disyorkan oleh KPM).
En. Abd. Aziz bin Hussin mencadangkan bayaran dibuat semasa pembelian buku.
Beliau juga mencadangkan bantuan RM100 digunakan untuk membayar sumbangan
ibu bapa.
YDP PIBG memaklumkan KPM mengarahkan pihak sekolah agar mengagihkan secara
terus duit tersebut kepada para pelajar.
En. Abd. Aziz bin Hussin mencadangkan agar senarai bayaran termasuk sumbangan
ibu bapa diagihkan kepada para pelajar di awal tahun supaya memudahkan ibu bapa
membuat bayaran di awal tahun. Disokong sebulat suara.

9.4

Tn. Hj. Mohd Hairee bin Othman mengusulkan supaya ibu bapa sentiasa bersama
pihak sekolah secara berterusan menangani masalah disiplin pelajar. Ibu bapa dan
jawatankuasa kampung harus mengambil tindakan yang perlu jika terdapat salah laku
pelajar di luar kawasan dan masa persekolahan. Jika disiplin terkawal di rumah, maka
mudahlah pembelajaran di sekolah. Disokong sebulat suara

9.5

Tn. Hj. Mohd Shariff bin Omar memaklumkan terdapat sebilangan pelajar Felda Sri
Jaya yang menaiki motosikal mengiringi pelajar Sri Ledang selepas waktu sekolah.
Mereka akan berlumba dan menunggang motosikal secara berbahaya.
Beliau turut memaklumkan kuasa guru hanya terhad di kawasan sekolah. Disokong
sebulat suara.

9.6

En. Mohd Hanafi bin Saat memaklumkan pihak PIBG akan menubuhkan biro
Penglibatan Ibubapa dan Komuniti (PIBK) dalam program sarana sekolah. Biro ini akan
memantau pergerakan pelajar. Ini memastikan ibu bapa, masyarakat dan komuniti
untuk sama-sama terlibat dalam segala permasalahan pelajar.

10.0

Hal-hal lain

11.0

Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2015/2016


11.1

Ucapan alu-aluan kepada dif-dif kehormat , Tuan Pengetua, Guru Penolong kanan,
guru-guru , barisan AJK PIBG , Pengurus Felda, Tuan Imam, serta ibu bapa pelajar .
Beliau menyatakan rasa syukur kepada Allah dan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 ini. Beliau turut
mengalu-alukan kehadiran YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh, Pengerusi Sekretariat
Pendidikan Parlimen Pagoh. Beliau berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama dan

komitmen yang terbaik terhadap perkara atau program yang telah diatur oleh warga
pendidik. Beliau turut memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan
kesilapan.
11.2

Dengan ini mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.05 petang.

Dicatat oleh:
...........................................
(PN. MIMI SURIANI BINTI SETAPANI)

......................................
(PN. SURYANA BINTI YUSOFF)

......................................
(PN. NURMALA BINTI AHMAD OSMAN)

Disediakan oleh:

..........................................
(EN AMENUDIN BIN AHMAD)
Setiausaha PIBG STSL
Sesi 2015/2016

Disahkan oleh:

.......................................
(TN. HJ. ABD MUTALIB BIN MD DIAH)
YDP PIBG SMK Tun Sri Lanang
Sesi 2015/2016

You might also like