You are on page 1of 2

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Kampus Bahasa Melayu, 59990

Lembah Pantai, Kuala Lumpur


Bilangan
Jurnal
Minggu
Praktikum
Tarikh
Tajuk Jurnal

: Pertama
: Minggu Pertama
: 13 hingga 17 April 2015
: Minggu pertama di SJK(C) Nan Kai

Saya dan ahli kumpulan praktikum yang lain telah memilih Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Nan Kai sebagai sekolah untuk kami lakasanakan proses
praktikum seperti yang telah ditetapkan. Pada hari pertama kami berada di
sekolah ini, kami telah melaporkan diri di pejabat sekolah dan disambut oleh
Teoh Siak Kun iaitu guru penolong kanan. Kami telah memperkenalkan diri kami
telah dipelawa untuk menghadiri sesi perhimpunan mingguan yang dilaksanakan
pada setiap minggu. Sesi ini telah memberikan peluang kepada dan ruang
kepada kami untuk membuat gambaran awal mengenai sekolah ini.
Perhimpunan pagi yang dilaknsanakan juga memberikan kemudahan kepada
kami untuk mendapatkan input-input awal mengenai murid-murid yang belajar di
sekolah ini. Selain itu juga, sewaktu perhimpunan kami telah diperkenalkan
olehguru besar kepada murid-murid.
Setelah sesi perhimpunan mingguan selesai dilaksanakan, kami telah
bersedia menerima taklimat daripada Encik Teoh iaitu mengenai takwin sekolah
dan maklumat-maklumat yang dikumpulkan oleh kami untuk penyediaan
portfolio. Penerangan yang diberikan oleh beliau ini amatlah bermanfaat kepada
kami kerana maklumat yang telah diberikan berkait rapat dengan dunia
pendidikan pada masa kini. Selain itu, saya juga mendengar pengalaman dan
cabaran menjadi seorang pendidik yang pernah dilalui oleh GPK 1 bagaimana
mahu menghadapi murid-murid yang mempunyai latar belakang dan perangai.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan, dapat saya
nerumuskan bahawa murid-murid di sekolah ini terdidi daripada pelbagai kaum,
ini memberikan kelebihan kepada pihak sekolah untuk menreapkan semangat
1Malaysia dalam kalangan murid-murid. Namun kaum yang dominan di sekolah
ini merupakan murid yang berbangasa Cina.
Saya juga mendapati bahawa sekolah ini mengamalkan budaya guru
penyayanbg dimana ianya merupakan budaya baru di sekolah ini dimana guru
yang bbertugas akan mengucapkan pada perhimpunan. Tujuannya ialah

memberikan motivasi kepada murid-murid bahawa mereka disayangi oleh guru


dan menghargai kehadiran mereka ke sekolah.
Saya juga melihat bahawa sekolah ini di dalam bidang akademik cukup
baik. Hal ini dapat dibuktikan bahawa pencapaiaan murid di dalam UPSR setiap
tahun semakin meningkat. Malah sekolah ini merupakan sekolah yang berada
dalam antara kelompok sekolah baik, maka sebab ini saya tidak pelik
pencapaiaan akademiknya berpretasi baik.
Sekolah ini juga aktif dalam bidang kokurikulum di mana kokurikulum akan
dijalankan pada hari Rabu. Pengalaman menguruskan Persatuan Bahasa Cina
dan Bola Baling juga menfaatkan sepenuhnya untuk saya turunkan ilmu saya
peroleh kepada anak didik saya. Keadaan gelanggang yang baik telah menjadi
murid-murid dapat menggunakan padang dengan sebaik yang mungkin. Selain
itu juga saya dan rakan yang lain telah diamanahkan untuk menguruskan unit
beruniform Bulan Sabit Merah.
Minggu pertama ini juga sya telah bertemu dengan guru pembimbing saya
iaitu Puan Soh Sook Ping yang mengajar praseolah. Semasa berbual, beliau
telah memberi beberapa tips yang berguna kepada kami. Contohnya kita tidak
boleh sentiasan berbaik dengan murid dan kadangkala kita perlu tegas mereka
bagi mengelakkan murid hilang rasa hormat kepada kami. Selain itu saya juga
rasa amat gembira kerana guru pembimbing saa telah menyatakan bahawa jika
ada masalah boleh berhubung dengan dia. Saya dan Leon telah diamanahkan
untuk mengajar kelas prasekolah Nan Kai. Saya akan menghargai pengalaman
sepanjang saya mengajar di prasekolah ini.
Selain itu, minggu pertama saya juga telah berjumpa dengan pensyarah
pembimbing saya iaitu Puan Hjh Zairihan Bt Che Haron untuk fasa pra
penyeliaan. Beliau telah memberi sedikittaklimat menegani praktikum. Saya telah
menjelaskan kepadanya bahawa kami akan mula mengajar pada minggu
hadapan.
Kesimpulanya, pendedahan selama seminggu yang telah diterima oleh
saya memberikan ilmu pengetahuan yang boleh dipraktikkan pada masa
hadapan. Pendedahan awal ini juga memberikan kesedaran yang tinggi bahawa
menjadi seorang guru amat memerlukan pemgorbanan dan komitmen yang
cukup tinggi kerana memilih kerjaya sebagai guru ini bukan mudah.

You might also like