You are on page 1of 1

Kemahiran Memerhati

Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau
semua deria. Boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif. Pengetahuan konsep diperlukan
dalam pemilihan dan penaksiran pemerhatian yang dibuat.
Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga:

1.

Pemerhatian kualitatif melibatkan deria sahaja. Pemerhatian ini direkodkan


sebelum, semasa dan selepas aktiviti dilaksanakan. Pemerhatian berdasarkan ke
atas ciri-ciri dan sifat-sifat objek atau fenomena seperti warna, tekstur, bau,
bentuk, berat, isipadu atau suhu.

2.

3.

Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih tepat


dengan menggunakan instrumen untuk mengukur atau menyukat.
Pemerhatian perubahan pula memerhati perubahan yang berlaku khasnya berkaitan
dengan fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia. Perubahan ini boleh
diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif.

Petunjuk memerhati

Menggunakan deria rasa, penglihatan, bau, pendengaran dan sentuhan

Mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep

Mengenal ciri-ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan

Memerihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesani

Memperihal akan perubahan yang berlaku

Mengenal pasti tertib kejadian yang berlaku

Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci

You might also like