You are on page 1of 2

Ruj.

Kami: SMKAM/600/14/3 ( )
Tarikh
: 28 April 2015
Kepada
Komandan
Kem PLKN Hutan Rekreasi Air Keruh
75450 Air Keruh,
MELAKA.
Tuan,
MEMOHON PERKHIDMATAN JURULATIH DAN KEMUDAHAN BAS BAGI PROGRAM KENANGAN
BUDI CURAHAN BAKTI 2015
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa SMK Air Molek berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan
pihak tuan bagi menjayakan program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Unit Koperasi SMK Air
Molek bagi tahun 2015.
3.
Sehubungan dengan itu, bagi melancarkan lagi perjalanan dan perancangan program ini, pihak
sekolah ingin memohon perkhidmatan jurulatih tuan serta kemudahan bas bagi program ini yang
akan dilaksanakan mengikut ketentuan yang berikut :
Tarikh
Jumlah Pelajar
Jumlah Guru

: 22, 23 dan 24 Mei 2015.


: 80 orang
: 8 orang

4.
Pihak sekolah berharap agar dengan kerjasama ini, objektif bagi melahirkan pelajar yang
berdisiplin dan proaktif dengan amanah yang diberi dapat dicapai dengan baik. Segala urusan, pihak tuan
boleh menghubungi kaunselor sekolah seperti yang berikut :
Puan Rokiah bt Zainudin
Cik Zahidah bt Mustafa

012-9530292, atau
019-4477743

5.
Keprihatinan dan kesudian pihak tuan bagi menjayakan program ini amat dihargai dan
didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah

s.k

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka


PPD Melaka Tengah
Kem PLKN Air Keruh

Fail Timbul

You might also like