You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SURAU NURUL EHSAN TAMAN


ANGGERIK INDAH, SERIAN, SARAWAK.

TENTATIF
6.30 ptg

10.00 mlm

MASA

PANDUAN

TARIKH
MASA
TEMPAT

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:

30 APRIL 2015 (KHAMIS)


6.30 PTG 1-.00 MLM
SURAU NURUL EHSAN

PERARAKAN PESERTA KHATAM AL-QURAN


UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
PERSEMBAHAN
UCAPAN ALUAN GURU BESAR SKBT
PERSEMBAHAN
UCAPAN PERASMIAN
PERSEMBAHAN
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
PERSEMBAHAN
:
JAMUAN HARI RAYA

TEKS PENGACARA DISEDIAKAN OLEH : Mohd Rushdan


PENGUMUMAN

8.10
MLM

Tetamu/
perarakan
khatam al-quran
hampir sampai
ke dewan.
Tetamu / yang
diraikan
mengambil
tempat.

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Zainab binti Halip,


Pegawai Tadbir Sarawak, Pejabat Daerah Serian,
Dengan diiringi ,Al-Fadhil Ust Ideris Sarib, Pengerusi Surau Nurul Ehsan,
beserta yang diraikan peserta-peserta khatam al-Quran Surau Nurul Ehsan
Taman Anggerik Indah Serian Sarawak bagi tahun 2015.
Hadirin sekelian dipersilakan berdiri.
Hadirin sekelian dipersilakan mengambil tempat
Peserta khatam al-quran dipersilakan mengambil tempat.
Melayang serindik di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang Awal bismilah pembuka bicara.
Nuri berkicau di hujung pecan Membuat sarang di tanah rendah
Kehadiran tuan/puan kami alukan, Kecil tapak tangan dewan kami sediakan.

Bismillahirahmanirahim..
Yang Berusaha Puan Zainab binti Halip,
Pegawai Tadbir Sarawak, Pejabat Daerah Serian,
Yang Dihormati,Al-Fadhil Ust Ideris Sarib, Pengerusi Surau Nurul Ehsan, yang
diraikan peserta-peserta khatam al-Quran Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik
Indah Serian Sarawak tahun 2015,tuan tuan dan puan-puan Muslimin dan
Muslimat yang dirahmati Allah sekelian.
AssalamualaikumAlhamdulillah, Bersyukur kita kehadrat ilahi dengan limpah
kurnia-Nya dapat berhimpun dalam majlis khatam al-Quran Surau Nurul Ehsan
Taman Anggerik Indah Serian Sarawak tahun 2015.
Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung terima kasih atas kesudian Yang
Berusaha Puan Zainab binti Halip, Pegawai Tadbir Sarawak meluangkan masa

dalam kesibukanan beliau, bersama-sama kita pada majlis ini seterusnya nanti
merasmikan majlis Majlis Khatam Al-Quran pada malam ini.
Untuk makluman sidang hadirin sekelian, Majlis Khatam Al-Quran
-baca buku program

Hadiri sekelian, Peserta khatam al-Quran pada tahun ini adalah seramai 11
orang yang terdiri dari warga Taman Anggerik Indah Serian Sarawak. Hadirin
sekelian, majlis khatam al-quran pada hari ini menggunakan manhaj tradisional
iaitu setiap peserta akan membaca satu surah dan ayat yang terakhir dari
setiap surah akan dibaca secara beramai-ramai. Majlis khatam al-quran akan
dipimpin oleh al-fadil Ustaz Ziyadi bin Mohd Rasedi.
Hadirin sekelian,
Al-quran mukjizat bahasa tersusun, Indah alunan tersemat dihati,
Majlis dimula perhatian dipohon,Semoga rahmat berkat menanti .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadil Ustaz Ziyadi bin Mohd
Rasedi. Bagi memulakan majlis khatam al-Quran Surau Nurul Ehsan Taman
Anggerik Indah Serian Sarawak tahun 2015.

MASA

PANDUAN
Ucapan
pengerusi surau

PENGUMUMAN
Amin amin ya rabbal alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Ustaz Ziyadi selaku khalifah majlis khatam al-Quran dan peserta-peserta
khatam al-quran serta sidang hadirin sekelian yang menyertai sama dalam
majlis ini.
Hadirin yang dihormati sekelian, Majlis khatam al-Quran kali ini cukup
bermakna dimana hasil kerjasama warga Jemaah Surau Nuru Ehsan dibawah
kepimpinan Ust Ideris Sarib dan hasil sokongan padu Ketua Biro Kerohanian
yang diketuai oleh En Md Rafee Sahmat dan masyarakat setempat.

SELINGAN
MUZIK
- pengerusi
surau turun
pentas

Hadirin sekelian
Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang dihormati Ust Ideris Sarib,
Pengerusi Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah Serian Sarawak untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
Terima kasih, Ust Ideris Sarib atas ucapan alu-aluan itu tadi.
Hadirin sekelian, Al-Quran bukanlah hanya untuk dibaca tetapi menjadi
panduan dalam semua aspek kehidupan. Kehidupan lebih bermakna bila mana
hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia dapat ditunaikan
dengan sempurna. Yang jelas, Silaturrahim terbina erat, kerja yang berat,
terasa mudah dibuat.

Ucapan tetamu
kehormat

Hadirin sekelian,
Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang,
Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang,
Tak lengkap acara jika tamu kehormat tidak berbicara,

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Zainab binti Halip,
Pegawai Tadbir Sarawak, PDS Untuk menyampai ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis khatam al-Quran Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah
Serian Sarawak tahun 2015.
, dipersilakan.
Pagi petang memikat belatuk, Anak ayam makan di tangan,
Takkan hilang jasamu tuan, Jadi ingatan sepanjang zaman.
SELINGAN
MUZIK
- tetamu
kehormat turun

Buah Longan beli sekati, Buat makan di atas jambatan,


Pesanmu tuan kami ingati, Jadi azimat dalam ingatan.
Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan dan
perasmian
itu tadi.

MASA

PANDUAN
Penyampaian
cenderahati

PENGUMUMAN

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati

SELINGAN
MUZIK
-tetamu
kehormat turun

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang dihormati al-Fadhil Ust


Ideris Sarib Pengerusi Quran Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah Serian
untuk mengiringi Yang Berusaha Puan Zainab binti Halip, Pegawai Tadbir
Sarawak, PDS, Naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian
cenderahati
Terima kasih kepada Puan Zainab binti Halip, Pegawai Tadbir Sarawak, PDS atas
kesudian menyampaikan cenderahati itu tadi. Sebagai tanda terima kasih,
Majlis mempersilakan dihormati al-Fadhil Ust Ideris Sarib, Quran Surau Nurul
Ehsan Taman Anggerik Indah Serian menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berusaha Puan Zainab binti Halip, Pegawai Tadbir Sarawak, PDS.
Terima kasih.

Selawat

Seterusnya dipersilakan barisan tetamu kehormat, peserta khatam al-Quran,


muslimin dan muslimat yang hadir bagi sama-sama kita berdiri untuk
mengalunkan selawat puji-pujian ke atas Baginda Nabi kita Rasulullah s.a.w.
dipersilakan.
Terima kasih.

Jamuan &
Bersurai

Dengan itu berakhirlah sudah majlis khatam al-Quran Surau Nurul Ehsan
Taman Anggerik Indah Serian Sarawak tahun 2015.
Bagi pihak majlis, kami merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada hadirin hadirat sekelian atas kesudian memeriahkan
majlis pada hari ini. Bagi pihak majlis juga, ingin memohon kemaafan jika
terdapat sebarang kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini.
Akhir kata, dipersilakan tetau kehormat dan sidang hadirin ke jamuan kita
pada malam ini . Dengan itu sekian terima kasih ..wabillahi taufik

You might also like