You are on page 1of 12

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 2006

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMAL DALAM


43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN
SAINS TAHUN 6
MASA : 1 JAM 15 MINIT
NAMA :.. TAHUN 6 :
Bahagian A
Jawab semua soalan.
Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Antaranya,
ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Masa yang dicadangkan untuk
bahagian ini ialah 45 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan,
teruskan menjawab soalan berikutnya.

1. Antara biji benih tumbuhan berikut, yang manakah disebarkan oleh


haiwan ?
A.
B.
C.
D.

Buah kelapa
Keembung
Lalang
Mangga

2. Antara alat-alat elektrik berikut, yang manakah menukar tenaga cahaya


kepada tenaga elektrik ?
A.
B.
C.
D.

Konduktor elektrik
Sel suria
Dinamo
Sel kering

3. Bahan boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu ________________.


A. pepejal, air, udara
B. keras, lembut, lemah
C. pepejal, cecair, gas
D. pepejal, air, gas
4. Proses-proses berikut merupakan proses perkumuhan, kecuali
A. menghembus nafas
B. berpeluh
C. membuang air kecil
D. menarik nafas
2

5. Jarak ialah ukuran panjang


A. di antara dua bulatan
B. di antara dua garisan
C. di antara dua titik
D. di antara dua segi empat
6. Sumber bahan logam berasal daripada
A. tumbuhan
B. batuan dan galian
C. haiwan
D. air dan udara
7. Lapisan udara yang meliputi permukaan bumi disebut
A. atmosfera
B. awan
C. langit
D. graviti
8. Antara berikut, alat yang manakah digunakan bagi membolehkan kita
melihat objek halus seperti virus ?
A. mikroskop
B. periskop
C. teleskop
D. kamera
9. Tuala digunakan untuk mengeringkan badan selepas mandi kerana tuala
mempunyai sifat
A. mengeluarkan air
B. mengalirkan air
C. menyerap air
D. menyejatkan air

Rajah 1
10. Seorang murid diminta mengangkat sebiji baldi yang berisi air. Apakah
kesan daya yang dirasai oleh murid itu pada tangannya?
A
B
C
D

Tolakan
Tarikan
Tujahan
Tarikan dan tolakan

11. Air akan mendidih pada suhu ___________, manakala ais akan melebur
pada suhu ________.
E. 0C, 100C
F. 99C, 1C
G. 100C, 0C
H. 100C, 100C
12. Munir memelihara ikan di dalam sebuah akuarium. Antara yang berikut,
yang
manakah akan meningkatkan persaingan antara ikan di dalam
akuariumnya?
I Air ditukar
II Makanan dikurangkan
III Jumlah ikan ditambah
IV Kedudukan akuarium diubah
A
B
C
D

II sahaja
I dan IV sahaja
II dan III sahaja
I, III, dan IV

13.

Rajah 2
Haiwan pada Rajah 2 semakin pupus disebabkan
I pencemaran air akibat tumpahan minyak.
II pemburuan keterlaluan untuk mendapatkan dagingnya.
III pemasangan pukat oleh nelayan.
A . I dan II sahaja
B . I dan III sahaja
C . II dan III sahaja
D . I, II, dan III
14. Antara yang berikut, yang manakah tidak dapat meningkatkan populasi
haiwan ?
A.
B.
C.
D.

selamatkan anak daripada pemangsa


melahirkan lebih banyak anak
anak dibunuh oleh pemangsa
keadaan yang sesuai untuk membiak

15. Pembentukan pelangi adalah disebabkan oleh ___________.


A.
B.
C.
D.

pantulan cahaya
pemanasan cahaya matahari
pergerakan cahaya yang lurus
pembiasan cahaya

16. Antara berikut, yang manakah terbentuk daripada titisan air ?


A.
B.
C.
D.

awan
ais
asap
gabus

17. Bakteria mudah membiak dalam keadaan.


A. sejuk
B. sangat panas
C. panas dan lembap
D. tanpa cahaya
5

18. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar ?


A. proses pendidihan berlaku pada setiap masa
B. proses penyejatan berlaku pada suhu 100C
C. proses pembekuan merupakan suatu proses di mana pepejal
melebur menjadi cecair
D. proses peleburan merupakan suatu proses di mana pepejal
melebur menjadi cecair
19. Apakah logam yang terdapat dalam tiub termometer ?
A.
B.
C.
D.

air tulen
gasolin
merkuri
alkohol

20. Antara berikut, yang manakah keperluan asas bagi hidupan ?


I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Udara
Air
Garam galian
Cahaya matahari

I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV

21. Haiwan memerlukan air dalam proses


I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

peredaran darah
pengawalan suhu badan
perkumuhan
respirasi

I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV

22. Antara berikut, yang mankah digunakan untuk menyukat masa ?


I
II
III

Lantunan bola
Ayunan bandul
Titisan air dari paip
6

IV
A.
B.
C.
D.

Jam pasir

I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV

23. Apakah sifat semula jadi getah yang menjadikannya sesuai dibuat tayar ?
I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Kenyal
Kegilapan
Murah
Kebolehan menyerap air

I dan III
I dan III
II dan IV
III dan IV

24. Manusia bergantung hidup kepada haiwan dan tumbuhan. Apakah


kepentingan haiwan dan tumbuhan kepada manusia yang menyebabkan
kita mesti
menguruskannya dengan baik?
I Bahan pakaian
II Sumber makanan
III Bahan ubat-ubatan
IV Digunakan untuk pengangkutan
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D I, II, III, dan IV
25. Antara alat elektrik berikut, yang manakah beroperasi berdasarkan
pemanasan ?
I
II
III
IV

Seterika
Penghawa dingin
Pembakar roti
Peti sejuk

A.II dan III


B I, II dan III
C. I dan III
D. III dan IV
7

26. Antara cara berikut, yang manakah akan menyebabkan mentol pada suatu
litar elektrik tidak menyala ?
I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Kehabisan bateri
Suis ditutup
Wayar elektrik putus
Filamen mentol putus
I, II dan III
II, III dan IV
I, III dan IV
I, II, III dan IV

27. Antara haiwan berikut, yang manakah menjaga anaknya sehingga mereka
boleh berdikari ?
I
II
III
IV
a.
b.
c.
d.

Belalang
Harimau
Tikus
Kambing

I dan III
II, III dan IV
I, II dan III
II dan IV

Rajah 3
28. Bahan makanan yang boleh mewakili X pada Rajah 3 adalah
A
B
C
D

telur.
sawi.
ikan.
beras.

Rajah 4
29. Rajah 4 menunjukkan Mahendran sedang menarik sebuah kotak kayu yang
berat.Daya geseran pada permukaan yang bersentuhan itu boleh
dikurangkan dengan cara
I
II
III
A
B
C
D

menggunakan pengguling.
meletakkan kotak di atas troli.
menolak kotak tersebut.
I sahaja
I dan II sahaja
I dan III sahaja
I, II, dan III

Rajah 5
30. Rajah 5 menunjukkan kadar pergerakan empat troli. Troli manakah yang
bergerak paling laju?
A
Troli J
B
Troli K
C
Troli L
D
Troli M

Bahagian B
Jawab semua soalan
Arahan : Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Sekiranya
kamu tidak mendapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan
berikutnya. Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan kamu dalam ruang yang
disediakan.
Belalang
Itik

Burung
Padi
tikus
Ular

Helang

Rajah 1
1. Rajah 1 menunjukkan satu siratan makanan yang terdapat di sebuah sawah
padi.
a) Nyatakan pengeluar dalam siratan makanan di atas.
---------------------------------------------------------------------------------------------[ 1 markah]
b) Nyatakan haiwan yang merupakan haiwan omnivor dalam siratan
makanan di atas.
---------------------------------------------------------------------------------------------[1markah]
c) Haiwan yang manakah tidak perlu bersaing dengan haiwan lain untuk
mendapatkan makanan?
---------------------------------------------------------------------------------------------[1markah]
d) Jika itik dan tikus banyak yang mati, nyatakan haiwan yang akan
menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan.
---------------------------------------------------------------------------------------------[1 markah]
e) Tuliskan satu rantai makanan yang terdiri daripada lima peringkat
hidupan.
---------------------------------------------------------------------------------------------[1markah]

10

2.
Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan tiga ekor ikan pelaga dimasukkan ke dalam satu balang.
Selepas tiga hari, didapati seekor daripada ikan pelaga itu mati dengan
kesan-kesan luka pada badannya. Dua ekor ikan pelaga yang lain terus hidup.
Seekor daripadanya terdapat kecederaan pada badan, manakala yang seekor
lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
(a) Berdasarkan pemerhatian di atas ini, berikan inferens bagi
i. ikan pelaga yang mati.
______________________________________________________
______
[ 1 markah ]
ii. ikan pelaga yang terus hidup tanpa sebarang kecederaan.
________________________________________________________
____
[ 1 markah ]
(b) Apakah punca persaingan antara ikan pelaga di dalam balang itu?
___________________________________________________________
[ 1 markah ]
(c) Nyatakan dua kesan persaingan antara haiwan berdasarkan pemerhatian
di atas.
1. ________________________________________________________
[ 1 markah ]
2. ________________________________________________________
[ 1 markah ]

11

3.

Rajah 3
Rajah 3 menunjukkan sebuah kereta mainan ditolak di atas empat jenis
permukaan yang berlainan. Jarak yang dilalui oleh kereta itu ditunjukkan
dalam Jadual 2.
Permukaan
R
S
T
U

Jarak yang
dilalui/m
15
3
2.5
1.7
Jadual 2

(a) Apakah pemerhatian kamu tentang jarak yang dilalui oleh kereta pada
permukaan S ?
_______________________________________________________________
[ 1markah ]
(b) Tuliskan inferens kamu.
_______________________________________________________________
[ 1 markah ]
(c) Nyatakan pemboleh ubah yang perlu dimalarkan dalam penyiasatan ini.
_______________________________________________________________
[ 1 markah ]
(d) Ramalkan jenis permukaan U.
________________________________________________________________
[ 1 markah ]
(e) Apakah hipotesis yang diuji dalam penyiasatan ini?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
[ 1 markah ]

12

guli

kepingan plastisin

Rajah 3
4. Dalam suatu penyiasatan, seorang murid menjatuhkan sebiji guli dari
ketinggian yang berbeza ke atas
kepingan plastisin. Kemudian dia mengukur kedalaman lekukan yang
terbentuk pada plastisin itu.
Keputusan yang dicatatkan adalah seperti yang berikut.
Ketinggian jatuhan
guli (cm)
30
60
90

Kedalaman lekukan
(mm)
10
15
20
Jadual 1

(a) Apakah kesan daya yang dikaji melalui penyiasatan ini?


_____________________________________________________________
[ 1 markah ]
(b) Apakah hipotesis yang boleh diuji melalui eksperimen ini?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
[ 1 markah ]
(c) Nyatakan pemboleh ubah yang
i. dimanipulasikan:
_______________________________________________________________
[ 1 markah ]
ii. bergerak balas:
_______________________________________________________________
[ 1 markah ]
iii.dimalarkan:
________________________________________________________________
[ 1 markah ]
Disediakan oleh:

Disemak oleh

Di sahkan oleh:

.
( Azhar Bin Punandir )

.
(Pn. Norzaimah Bt.Raman)
Ketua Panitia Sains
Sk. Sungai Ramal Dalam

...
(Pn. Aini Bt. Salleho )
Guru Besar
SK. Sungai Ramal Dalam

13

You might also like