You are on page 1of 5

COMMUNITY SERVICES 2

(WCD 12201)
LAPORAN AKTIVITI
GOTONG ROYONG BERSIHKAN KUBUR

TARIKH
05 APRIL 2015
(SABTU)
MASA
0800 PAGI SEHINGGA 0100 PETANG
____________________________________________________________
NAMA

MUHAMMAD NAZMIN BIN CHE ZULKEEPLI

NO ID

62288212093

KUMPULAN

AC40

PENSYARAH

ENCIK MOHAMAD SHAHRIL BIN SALEH

TARIKH PENYERAHAN:

1.0 PENGENALAN

6 MEI 2015

Pada tarikh 5 April 2015 telah diadakan Kempen Program Gotong Royong
membersihkan Tanah Perkuburan Islam di kawasan Tasik Titiwangsa. Program ini dianjurkan
oleh para pelajar dari kumpulan Community Service 1 daripada Universiti Kuala Lumpur
Business School dan gabungan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Program ini
bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir secara rasminya pada pukul 1.00 Petang. Mendapat
sambutan yang amat menggalakkan iaitu seramai 83 orang pelajar menjadi sukarelawan dengan
semangat untuk membersihkan kawasan perkuburan. Aktiviti dimulakan dengan bacaan Doa dan
kata-kata aluan oleh penganjur program seterusnya membahagikan tugas. Peserta lelaki
diberikan tugasan untuk mencangkul tanah dan memindahkan ke kawasan perkuburan manakala
peserta wanita pula ditugaskan untuk mengecat dinding di sekeliling Tanah Perkuburan tersebut.
Setelah siap segala tugasan, diteruskan pula dengan bacaan doa dan tahlil dan diakhiri dengan
ucapan penutup.
2.0 TENTATIF PROGRAM
MASA
8.00 am-8.30 am
8.30 am-8.45 am

AKTIVITI
Para peserta berkumpul dan sarapan pagi
Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Diberikan taklimat and arahan

8.45 am- 11.00 am


11.00 am- 11.30 am
11.30 am- 12.00 pm

daripada ketua projek dan pembahagian kumpulan tugasan.


Membersihkan kawasan kubur dan mengecat dinding.
Majlis bacaan tahlil yg diketuai oleh Tn. Hj Zulkapli bin Hussin.
Majlis penutupan program yg dirasmikan oleh Datuk Hj Astaman bin

12.00 pm- 1.00pm


1.00 pm

3.0 OBJEKTIF

Abdul Aziz
Sesi bergambar dan makan tengah hari.
Bersurai

1. Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar yang sihat ke arah
sukarelawan.
2. Untuk memupuk semangat kerjasama.
3. Memberi pengalaman kepada pelajar tentang cara pengurusan sesebuah program dan
pada masa yang sama mengingatkan tentang hari akhirat.
4. Untuk membantu masyarakat dari segi tanggungjawab social.
5. Untuk mengeratkan silturrahim antara para pelajar universiti, wakil dari DBKL dan
menggalakkan penyertaan dari masyarakat.
4.0 GALERI
Berikut adalah antara gambar-gambar aktiviti sedang berlangsung:

3.1 Bergambar dihadapan Banner di 3.2 Selfie bersama peserta gotong royong.
program

Gotong

Royong

Tanah

Perkuburan Islam.

3.3 Cangkul tanah untuk meratakan kawasan 3.4 Para peserta mengecat dinding Tanah
perkuburan

Perkuburan Islam.

3.5 Urusetia majlis menyediakan makanan 3.6 Majlis bacaan Tahlil yang dipimpin oleh
dan minuman kepada peserta.

Tn. Haji Zulkapli bin Hussin

5.0 CADANGAN
Pada pendapat saya program Gotong Royong Tanah Perkuburan ini sangat bagus kerana selain
menggalakkan para pelajar untuk bergotong royong ianya juga sekali gus mengingatkan kita
semua tentang kematian yang setiap orang bakal tempuhi. Cadangan penambahbaikan daripada
saya ialah, sewajarnya sebagai pengurus untuk projek ini, kita menjemput para waris untuk
setiap kubur untuk turut serta jika mereka berkelapangan. Itu sahaja cadangan saya.

6.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, program gotong royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam ini
telah berjalan dengan jayanya bukan sahaja mencuci sekitar tanah perkuburan malah telah
mencatikkan kawasan tersebut dengan mengecat dinding tanah perkuburan tersebut. Saya
berharap program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

You might also like