You are on page 1of 5

 

DUNIA SEBELUM KELAHIRAN ISLAM

         Sempena memperingati tarikh bersejarah dengan


kelahiran bayi bertuah yang dibangkit sebagai Rasulullah
perubah tamadun manusia yang roboh keinsanan mereka
maka kali ini akan dikupas serba sedikit mengenai keadaan
kuasa dan empayar yang kukuh pada masa itu iaitu sekitar
abad 6 Masihi sebelum lahirnya nabi Muhammad s.a.w.
Semoga ia mampu memberi kefahaman dan kesedaran kepada
kita bagaimana kelahiran Rasulullah s.a.w tidak dapat
dinafikan lagi sebagai perubah dan pembawa rahmat kepada
seluruh alam yang hampir hancur sifat kemanusiaannya dan
telah tergadai rasa kehambaan kepada Allah Tuhan Pencipta.

Empayar Rumawi Timur

        Kerajaan Rumawi Timur yang dikenali dengan Empayar


Byzantine dan bangsa arab menamakannya sebagai al-Rom di
mana  pada abad 6 Masihi kuasa ini telah menguasai negeri
Yunan (Greek), Balqan, Asia kecil, Syria, Palestin, seluruh
laut Mediterranean, Mesir dengan Konstantinople (Istanbul)
dijadikan pusat pemerintahan mereka. Empayar mereka
bermula pada tahun 395 Masihi lagi sebelum jatuh dan hilang
setelah diserang oleh kerajaan Islam Uthmaniah pada 1453
Masihi. Empayar ini pada abad ke 6 M mula mengenakan
cukai yang tinggi ke atas rakyat yang menyebabkan
timbulnya perasaan benci di kalangan rakyat jelata yang
membawa kepada pengharapan mereka agar adanya bangsa
asing yang mampu memerintah mereka menggantikan
kerajaan yang sedia ada. Berkesinambungan daripada
kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan telah
menimbulkan rusuhan dan pemberontakan yang berlarutan di
mana dalam rusuhan pada tahun 533 M sahaja pada masa
pemerintahan Justin 1 maka 30 000 jiwa telah terkorban di
Konstantinople. Ini disebabkan kerasukan pemerintah yang
ingin mendapatkan wang sebanyak mungkin dengan apa cara
sekali pun dan kemudiannya dibelanjakan dengan boros,
berhibur dan berpoya-poya sehingga kepada peringkat
kebinatangan.Rakyat turut terpengaruh dengan aliran batin
disamping mereka suka kepada permainan sukan yang
merbahaya sehingga menumpahkan darah seperti pertarungan
antara manusia atau dengan binatang buas dalam stadium
yang dibina khas disamping hukuman terhadap pesalah
dengan hukuman yang mengerikan.

        Mesir yang merupakan sebuah wilayah kepada empayar


ini menjadi mangsa penindasan yang paling teruk oleh
golongan agama, mangsa keganasan oleh golongan politik
sehingga memaksa rakyat Mesir berkerja kuat sebagai
memenuhi nafsu serakah golongan pemerintah. Mesir yang
merupakan sumber besar kepada kekayaan dan kemewahan
kerajaan Rom telah dijadikan seumpama kambing susu yang
diperah susunya sedangkan makanannya diabaikan.

        Syria sebuah lagi wilayah kuasa ini turut menjadi


binatang tunggangan nafsu ganas bangsa Rom sehingga ramai
rakyat Syria terpaksa menjual anak bagi menjelaskan hutang
malah rampasan serta perhambaan begitu berleluasa.

EMPAYAR IRAN PARSI

        Empayar Iran atau Parsi lebih luas tanah jajahannya dan
lebih kaya berbanding dengan Empayar Rumawi Timur yang
berpisah daripada Rome asal di Itali. Empayar Parsi ini
diasaskan oleh Ardashir pada tahun 244 Masihi di masa pada
ia telah mencapai zaman kemuncaknya ia telah menguasai
Assyria, Khuzistan, Midya, Persia, Azarbijan, Tabristan,
Sarkhas, Juzjan, Karman, Marw, Balkh, Sughd, Sistan, Harat,
Khurasan, Khawazazim, Iraq dan Yaman yang sebahagian
daripada Jazirah Arab termasuk sebahagian daripada daerah
India seperti Kach, Kathiawar dan Malwah. Ia meningkat
begitu luas sejak abad ke 4 Masihi di mana pusat
pemerintahannya pada masa itu ialah Madain atau Ctephon.

        Agama kuno mereka ialah Zoroaster yang merupakan


kepercayaan yang mempercayai Pertarungan antara
cahaya(Nur) dengan kegelapan(Zulmah). Kemudian
datangnya agama Mani yang merupakan reformis kepada
agama kuno tersebut di mana ia mengajak manusia untuk
hidup membujang agar dunia cepat fana apabila manusia
semakin pupus bertujuan untuk membasmi kejahatan di muka
bumi. Pada abad ke 5 Masihi muncul pula seorang yang
bernama Mazdak membawa ajaran menghalalkan harta dan
wanita dengan bebas kepada semua orang sehingga suasana
menjadi bercelaru apabila masing-masing dengan berani
menceroboh rumah orang lain dan mencabul wanita sesuka
hati. Istana turut diceroboh dan tanah diterokai sesuka hati
sehingga ia rosak tidak mengeluarkan hasil. Apa yang ada
pada mereka ialah hidup untuk makan dan mencapai
kedudukan serta kekayaan.

        Pada abad ke 6 Masihi iaitu pada masa pemerintahan


dinasti Sasani keadaan bertambah buruk apabila rakyat
bergantung kepada ihsan raja-raja yang menganggap darjat
mereka begitu tinggi daripada semua anak Adam sehingga
nama mereka dikaitkan dengan perkataan yang membawa erti
ketuhanan. Maharaja (Emperor) dianggap sebagai manusia
nombor satu di mana dia dipuja begitu tinggi sehingga tidak
boleh disebut nama asalnya dalam ucapan atau perbicaraan
malah raja dianggap daripada keturunan Tuhan. Semua
pendapatan negara merupakan milik raja dan kekayaan ini
kekal sehingga Yazdagird Raja Iran terakhir di mana ketika
beliau lari meninggalkan Madain iaitu ibukota
pemerintahannya pada masa serangan tentera Islam, beliau
telah membawa lari seribu tukang masak, seribu penyanyi,
seribu pengembala harimau, seribu pengembala binatang lain
dan sebagainya.Rakyat begitu terseksa kehidupan mereka
dibenani cukai sehingga ramai kaum tani lari menetap dikuil
kerana lari daripada cukai dan menjadi tentera kerahan.Ramai
rakyat yang terbunuh dalam peperangan antara Parsi dan Rom
yang berlanjutan begitu lama.

EMPAYAR INDIA

        India terkenal pada zaman kunonya dalam bidang sains


jiwa, falak astronomi, perubatan dan falsafah dan ahli sejarah
turut menyatakn bahawa India begitu merosot dari segi
agama, akhlak pada permulaan abad ke 6 Masihi.Agama
sudah tidak berfungsi lagi yang menyebabkan pencabulan dan
penzinaan yang berleluasa dan wanita tiada harga sehingga
dijadikan pertaruhan dalam perjudian, si balu tidak boleh
berkahwin lagi alah dibakar hidup-hidup sebagai tanda
kesetiaan. Sistem kasta begitu menebal dan kuat sehingga
wujud penindasan yang kejam. India hidup terpencil daripada
dunia luar sehingga pemikiran masyarakatnya menjadi beku.

EROPAH

        Bangsa di Eropah Barat dan Timur berada dalam zaman


kegelapan, buta huruf dan saling berperang sehingga tidak
pernah bersua dengan peradaban dan pengetahuan, tidak
berurusan dengan dunia luar malah dunia luar tidak tahu
mengenai hal mereka. Mereka diselubungi oleh dongengan
yang mengelirukan dan tidak suka kepada kebersihan dan
tidak suka kepada air untuk pembersihan sehingga ada rahib
yang keterlaluan menyiksa badan mereka atau lari
memencilkan diri daripada manusia. Mereka masih
menyelidik tentang apakah wanita itu binatang atau manusia,
wanita mempunyai ruh yang kekal atau tidak, wanita
mempunyai hak milik, menjual, membeli atau pun tidak.

        Sehubungan dengan ini Robert Briffault berkata : "


Eropah diselubungi dengan kegelapan kejahilan sejak abad ke
5 M hingga 10 M di mana kejahilan itu meningkat
kegelapannya pada abad ke 6 M dengan timbulnya keganasan
yang amat mengerikan sehingga lebih ganas daripada zaman
purba sehingga kawasan yang dahulunya pernah mencapai
peradaban paling tinggi seperti Itali dan Perancis turut
menjadi mangsa kepada kekacauan dan kejatuhan itu".

        Kelahiran Rasulullah s.a.w yang disifatkan sebagai


pembawa rahmat kepada seluruh alam telah merubah segala-
galanya di mana dunia yang dulu sempit dihimpit kezaliman
dan penindasan telah bertukar kepada keluasan dan keadilan
Islam.Dunia yang dulu tenggelam dek kegelapan dan
kepekatan dungu dan kejahilan berubah ke arah sinar cahaya
ilmu dan pengetahuan. Dunia yang dulu dipenuhi manusia
yang dirasuk nafsu kebinatangan mula kembali lembut
dengan nilai kemanusiaan. Agama yang dulu dianggap
sebagai adat mula bertukar menjadi dasar kehidupan
gemilang. 
 

You might also like