You are on page 1of 9

ASAS PENGGUNAAN INTERNET

MODUL 4

Asas Penggunaan
Internet
Disediakan Oleh:

PIDMAMS SMARTFARMING SDN BHD

Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD

ASAS PENGGUNAAN INTERNET

1.0 APA ITU INTERNET?


Perkataan Internet berasal daripada gabungan perkataan Inter dan networking. Internet
merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian komputer diantara satu
sama lain. Internet merupakan gabungan rangkaian kecil yang membentuk sebuah rangkaian yang
sangat besar dengan menggunakan protokol yang sama.

2.0 BAGAIMANA INTERNET BERMULA?


Internet bermula pada tahun 1969 dari keperluan Jabatan Pertahanan amerika Syarikat yang
pada masa itu masih lagi terasa tidak selamat kerana perang dingin dengan blok Soviet. Mereka
mahukan satu rangkaian komputer strategik tentera dimana komputer-kmputer utama yang
digunakan untuk tujuan penyelidikan dapat berhubung antara satu sama lain walaupun sebahagian
dari komputer ini mungkin dibom oleh musuh. Rangkaian terawal yang dinamakan ARPAnet ini
menghubungkan empat lokasi iaitu Stanford University, UCLA, UC Santa Barbara dan University of
Utah dimana keempat lokasi ini ditadbirkan secara nyah pusat ('decentralised'), iaitu tanpa ada
penempatan utama yang mengawal penempatan lain. Rangkaian ini kemudian berkembang dengan
banyak lagi universiti lain turut berhubung. Ini menjadi lebih rancak pada tahun 1987 apabila
Yayasan Sains Kebangsaan Amerika membina rangkaiannya NFSnet yang juga menggunakan
protokol yang sama dan dihubungkan dengan ARPAnet. NFSnet merupakan tulang belakang Internet
sehingga diakhir-akhir ini barulah ia diambil alih oleh gabungan syarikat perdagangan.

3.0 SIAPA YANG MENGAWAL INTERNET?


Tiada siapa atau badan tertinggi yang bertugas menjaga operasi harian Internet. Setiap
rangkaian yang berhubung dengan Internet hendaklah ditadbirkan sendiri oleh pentadbir rangkaian
tempatan mengikut etika dan nilai masing-masing. Peraturan-peraturan atau penunjuk dibuat
secara konsenses dimana mereka yang mempunyai buah fikiran menghantar idenya kepada badan
yang mengumpul 'request for comment ' yang kemudian mendapat maklum balas dari individu atau
kumpulan lain sehingga menjadi piawai. Walaupun ketiadaan penguasa pusat beberapa pertubuhan
yang dinamakan Kumpulan Teknikal Internet yang cuba mengadakan struktur asas Internet tanpa
mengenakan banyak kawalan. Antara badan-badan terlibat ialah IETF ('Internet Engineering Task
Force') menyelaras operasi, pengurusan dan evolusi Internet. IRTF ('Internet Research Task Force')
mengkaji masalah jangka panjang dan isu teknikal yang mungkin akan dihadapi dalam jangka masa 5
hingga 10 tahun. Badan utama dalam mengawasi IETF dn IRTF ialah IAB (Internet Architecture
Board) yang antara lain mengkaji piawai Internet, mengurus penerbitan dokumen 'Request for
Comment (RFC)' dan juga bertindak sebagai wakil masyarakat Internet di peringkat teknikal
antarabangsa. Sebuah lagi badan sukarela yang memayongi badan-badan ini ialah 'Internet Society'.

Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD

ASAS PENGGUNAAN INTERNET

4.0 BAGAIMANA INTERNET BEROPERASI?


Komputer-komputer dalam Internet ini berhubung antara satu sama lain menggunakan satu
bahasa piawai atau protokol yang dinamakan TCP/IP (singkatan dari 'Transmission Control
Protocol/Internetworking Protocol'). Ia merupa satu persetujuan cara pesanan atau maklumat
dihantar dan diterima supaya semua dapat memahaminya dengan pengertian yang sama.Setiap
komputer dalam Internet mempunyai alamat masing-masing yang unik yang dinamakan alamat IP.
Rangkaian JARING di Malaysia mempunyai alamat bermula dengan 161,142.*.* dalam bentuk
w.x.y.z dimana setiapnya nombor tertinggi adalah 255. Alamat pelayan mel kita ialah 161.142.76.3
yang mana hanya satu sahaja komputer dari berjuta yang mempunyai alamat demikian. Walaupun
komputer berkomunikasi menggunakan alamat ini, ia adalah agak sukar untuk diingati oleh manusia.
Lagi pun alamat ini bergantung kepada rangkaian fizikal komputer dan berkemungkinan akan
berubah. Contohnya dulu pelayan mel kita pada alamat 161.142.76.1. Satu lagi jenis alamat yang
lebih popular adalah alamat nama domain. Nama Domain Berkelayakan Penuh (atau 'Fully qualified
domain name FQDN') untuk pelayan mel di USMKCK adalah kb.usm.my, juga merupakan nama unik
seantaro dunia. Nama domain my adalah dikhaskan untuk Malaysia dan dikendalikan oleh MIMOS,
sementara USM dikhaskan untuk USM oleh MIMOS. Komputer-komputer dalam rangkain
dihubungkan menggunakan 'router', 'bridge', 'hub', 'modem' dan beberapa lagi perkakasan
rangkaian. Router pada masa ini merupakan perkakasan terpenting yang mengetahui alamatalamat IP rangkaian dan menghantar mesej-mesej ke rangkaian yang betul walaupun terpaksa
melalui berpuluh router lain.
5.0 APLIKASI PENGGUNAAN INTERNET

Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD

ASAS PENGGUNAAN INTERNET

6.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PELAYAR WEB (WEB BROWSER)

Web Browser ialah program yang digunakan untuk memaparkan halaman untuk berhubung.
Terdapat berbagai jenis Web Browser yang ada pada masa kini, antaranya seperti :
Mozilla Firefox

Internet Explorer

Netscape

Chrome

7.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SEARCH ENGINE

Search Engine merupakan perisian yang berbeza dengan Web Browser.


Contoh nya seperti Google, Yahoo dan sebagainya.

8.0 KEPERLUAN SAMBUNGAN KEPADA INTERNET

Sebuah komputer
Modem
Sambungan telefon bagi yang menggunakan sambungan internet seperti Streamyx, Jaring,
TMNet dan sebagainay.
Pada masa kini terdapat jenis rangkaian yang tanpa menggunakan telefon. Tetapi menggunakan
rangkaian mudah aliah seperti Broadband. Contohnya syarikat telekomunikasi yangmenawarkan
perkhidmatan Broadband seperti Celcom, Maxia dan Digi.
Satu perkara yang utama ialah peisian untuk melayari internet seperti Internet Explorer.

9.0 ISTILAH PENTING DALAM INTERNET

URL
o Ia merupakan satu format arahan yang digunakan untuk mengarahkan pelayar web
menghubungi sesuatu pelayan aplikasi yang dikehendaki.
o Ia juga merupakan alamat sesuatu laman web.
o Contohnya: www.tv3.com.my

Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD

ASAS PENGGUNAAN INTERNET

10.0

PENGGUNAAN INTERNET EXPLORER

Bar Tajuk

Kotak alamat

Bar Menu

SIMBOL DAN FUNGSINYA


Ikon ini membawa anda ke skrin sebelumnya. Jika anda telah melawat
beberapa lokasi laman web, dengan mengklik simbol ini, senarai alamat lokasi
yang telah ditunjukkan.
Ikon ini berfungsi berlawanan dengan ikon belakang.
Menghentikan laman web daripada dipaparkan sepenuhnya.
Ikon ini akan membawa anda ke muka laman yang pertama
Ikon ini memuatkan semula laman web. Kadang-kala, sesebuah muka laman
web tidak akan dipaparkan sepenuhnya, tetapi dengan mengklik ikon Refresh,
akan memuatkan semula seluruh muka laman web.
Melabelkan laman web yang menjadi kegemaran pengguna tersebut
Membenarkan pengguna melihat kembali apakah laman web yang pernah
dilawati
Ikon ini membenarkan anda untuk mencari laman web yang dikehendaki
Ikon ini untuk mencetak laman web yang dilayari
Untuk masuk ke laman e-mail

Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD

ASAS PENGGUNAAN INTERNET

11.0

MENCARI LAMAN WEB

Taipkan
Utusan disini

Apabila pengguna sudah memasukkan pekataan yang dikehendaki, tekan butang Yahoo
Search . Search Engine akan memaparkan senarai yang dikehendaki memalui percarian
perkataan Utusan

Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD

ASAS PENGGUNAAN INTERNET

12.0

PENGENALAN KEPADA E-MAIL


MENDAFTAR E-MAIL BARU
o Taipkan pada alamat http://www.mail.yahoo.com pada ruangan alamat URL di
dalam Internet Explorer. Paparan seperti di bawah akan kelihatan.

Klik pada Sign Up Now untuk membuat e-mail baru. Paparan dibawah akan keluar.

Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD

ASAS PENGGUNAAN INTERNET

o
o

Kemudian pilih Free! Sign Up for Yahoo! Mail Now


Pengguna dikehendaki megisi untuk mengisi butir-butir pengenalan diri didalam
borang pendaftaran membuka e-mail baru.

Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD

ASAS PENGGUNAAN INTERNET

o
o

Setelah itu, klik pada Submit This Form untuk menghantar boring membuka e-mail
tersebut.
Sekiranya Berjaya, dan tiada kesalahan mengisi borang, paparan dibawah akan
kelihatan.

Sekiranya pengguna tidak Berjaya, paparan seperti dibawah akan kelihatan.

Pengguna boleh menggunakan terus e-mail yang baru dibina dengan klik butang
Continue to Yahoo! Mail. Paparan seperti di bawah akan terhasil diman pengguna
boleh menghantar, membaca, membuang mesej di dalam akaun persendirian
tersebut

Disediakan oleh PIDMAMS SMART FARMING SDN BHD

You might also like