You are on page 1of 10

PENGAJARAN BAHASA MELALUI KOMPUTER

1. Pendahuluan
Dewasa ini, satu ledakan teknologi maklumat telah memberikan impaknya ke atas du
nia pendidikan di Malaysia. Pengaplikasian sistem pengkomputeran yang menjadi am
alan negara-negara maju secara tidak langsung telah mencabar Malaysia untuk turu
t sama dalam arus perubahan tersebut. Inovasi teknologi diyakini boleh membina i
mej baru dan ini menjadikan pembelajaran berasaskan teknologi komputer suatu rev
olusi budaya belajar yang cekap dan interaktif. (Kuliah Dr. Hj.Ab. Rahman bin Ab
. Rashid, AMN bertarikh 24 Julai 2009).
Sejajar dengan perkembangan yang pesat ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai
projek dan program ICT dalam pendidikan seperti Projek Makmal Komputer, Program
Sekolah Bestari, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa I
nggeris dan Projek SchoolNet. Langkah ini telah berjaya menggerakkan minat warga
pendidik melibatkan diri dalam ICT.
Namun demikian kebanyakan guru di Malaysia masih mengamalkan kaedah tradisional
iaitu ‘chalk and talk’ dalam pengajaran mereka. Walaupun pengajaran tradisi menjanji
kan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan namun demikian ia juga mendatangkan
pelbagai masalah dan kekangan.

2. Latar Belakang
Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidan
g pendidikan mampu menangani kekangan yang sedia ada di dalam pembelajaran tradi
si ini. Kemunculan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer semak
in mendapat perhatian ramai dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang sem
akin pesat ini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah me
njadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna. I
a telah merubah cara seseorang belajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berba
ntukan komputer mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang lebih menarik daripad
a pengajaran tradisi.
3. Takrif Komputer
Komputer boleh ditakrifkan secara ringkas sebagai sebuah mesin elektronik yang m
enjalankan tugas mengira dan memproses data secara automatik pada kelajuan tingg
i mengikut operasi yang ditentukan. Umumnya komputer terdiri dari jenis mekanika
l, analog atau lain-lain. (Kassim Abbas, 2006)
Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, komputer ialah alat elektronik yang menyimpan
maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan dan mengeluarkan
maklumat selanjutnya apabila diperlukan.
Wikipedia Bahasa Melayu memberi takrifan komputer ialah sebarang peralatan, mesi
n atau alat yang digunakan untuk memproses maklumat, berpandukan kepada prosedur
/arahan yang ditetapkan.
3.1 Takrif Perisian Komputer
Sebelum sesebuah komputer dapat digunakan, kita memerlukan perisian. Perisian me
rupakan suatu program yang memberi arahan kepada komputer untuk melakukan tugas
tertentu. Perisian ini sama ada dibekalkan atau dibeli oleh pengguna komputer me
ngikut kesesuaian tugas mereka.
Menurut Heinich, Molenda and Russell (1993), perisian atau software bermakna:
“…..we define ‘Software’ to include both the CAL (Computer Assisted Language Learning)
course material and programs insected into the computer that tell the computer w
hat to do”.

Abdul Rahim Selamat (1989) menyatakan perisian komputer adalah:


“bahan yang diciptakan atau bahan yang diaturcarakan sedemikian rupa supaya penggu
na dapat mengarahkan komputer melakukan kerja yang dikehendaki. Perisian juga se
ringkali diberi nama program”.
Jelasnya istilah perisian (software) membawa pengertian bahan-bahan yang terdiri
daripada program-program yang mengarahkan untuk melakukan sesuatu.
3.2 Revolusi Komputer dalam Pendidikan
Komputer telah melalui perkembangan yang pesat sejak 40 tahun yang lalu. Terdapa
t lima generasi komputer. Setiap generasi mempunyai cirinya yang tersendiri. Gen
erasi pertama menggunakan tiub vakum sebagai komponen dalaman komputer. Seterusn
ya, generasi kedua memperlihatkan transistor dicipta bagi menggantikan vakum. Ci
ptaan J. Bardeen, H.W. Brattain dan W. Shockley menjadikan saiz komputer lebih k
ecil dan menjimatkan penggunaan kos elektrik. Pada generasi ketiga, litar terkam
il yang mengandungi cip silikon dicipta. Perisian komputer menjadi semakin hebat
. Minikomputer mula muncul pada masa ini. Teknologi komputer terus berkembang de
ngan pantas dan berlipat kali ganda. Mikropemproses mula dipasarkan pada tahun 1
971.
Dengan terciptanya mikropemproses, maka lahirlah mikrokomputer yang lebih murah
dan bersaiz lebih kecil yang memudahkan alat ini dibawa masuk ke bilik darjah. S
enario ini berlaku di negara yang lebih maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Pe
rancis dan Britain. Sejak itu, para pendidik di seluruh dunia mula melaung-laung
kan kepentingan komputer untuk pelajar di alam persekolahan. Negara-negara memba
ngun seperti Malaysia turut merasakan bahangnya. (Zoraini Wati Abas, 1993)
Pada peringkat awalnya, tumpuan adalah terhadap celik komputer. Setiap pelajar p
erlu celik komputer supaya dapat berfungsi dengan sempurna dalam masyarakat apab
ila tamat persekolahan. Mulai pertengahan 1980-an, tumpuan mula beralih kepada
penggunaan komputer sebagai alat. Ini dinamai Pengajaran Berintegrasikan Kompute
r. Guru mula menggunakan komputer untuk mencapai objektif pengajaran dan pembela
jaran dan pelajar akan belajar dengan komputer bukan tentang komputer. Seterusny
a, komputer telah digunakan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran (Pengajaran B
erbantukan Komputer) manakala pelajar menggunakan komputer untuk mendapatkan pel
ajaran (Pembelajaran Berbantukan Komputer).

4. Definisi Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)


Siti Fatimah bt. Mohd. Yassin (1998), mendefinisikan PBBK sebagai perisian pendi
dikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan, pengaranga
n dan pengaturcaraan multimedia untuk mengajar dan belajar sesuatu objek. Alessi
dan Trollip (1985) juga mengaitkan PBBK dengan penggunaan komputer untuk menyam
paikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.
4.1 Istilah-Istilah Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)
Istilah PBBK bermaksud Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer. Ini merujuk kep
ada istilah yang biasanya digunakan bagi menjelaskan penggunaan komputer sebagai
sebahagian daripada kursus bahasa. Fokusnya ialah penggunaan komputer untuk mem
bantu proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah antara istilah-istilah
yang lazim digunakan apabila berbincang tentang soal PPBK.
a) Computer Assisted Instruction / Computer Aided Instruction (CAI)
CAI adalah medium pendidikan di mana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajaran
disampaikan oleh komputer. Pengguna belajar secara berinteraksi dengan komputer
. Maklumbalas dari komputer akan dikeluarkan berdasarkan respon yang diberi oleh
pengguna. Dalam proses pengajaran ini, komputer berperanan sebagai pemudahcara
yang lazimnya dilakukan oleh seorang guru. Terdapat berbagai-bagai bentuk perisi
an yang dibuat khas untuk digunakan dalam bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan te
rsebut digunakan sama ada dalam bentuk cakera liut atau cakera padat, proses pen
gajaran tersebut dianggap sebagai pengajaran bantuan komputer atau CAI.
b) Computer Assisted Learning / Computer Aided Learning (CAL)
Pembelajaran Bantuan Komputer atau CAL ialah satu bentuk pembelajaran untuk meng
galakkan pelajar mencari pengetahuan dengan kadar kendiri. Ia berbeza dengan car
a CAI yang berdasarkan kepada respon pelajar dan maklumbalas komputer.
c) Courseware / Perisian Kursus
Menurut sumber dari laman web Smart Learning System oleh MIMOS, perisian kursus
merujuk kepada kepada pengajaran sebenar meliputi kedua-dua isi kandungan dan te
knik yang yang digunakan dengan menggunakan arahan komputer. Ia merujuk kepada i
si kandungan pengajaran yang direncanakan dimasukkan ke dalam alat pengarangan s
eperti ComIL untuk dijadikan bahan dan sumber pengajaran. Dengan kata lain peris
ian kursus adalah PPBK seperti yang telah diterangkan terlebih dahulu sebelum in
i.
d) Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning)
Secara amnya, pembelajaran berasaskan web merujuk kepada pengajaran yang disampa
ikan melalui jaringan WWW di mana bahan pengajaran, kumpulan diskusi, urusan uji
an dan lain-lain adalah berlandaskan web. Menurut B.H. Khan (2001) sistem pembel
ajaran berasaskan web merupakan sistem pembelajaran yang terbuka dan fleksibel.
Sesungguhnya potensi web dalam pendidikan ini amat luas sekali.

5. Perkembangan PBBK di Malaysia


Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer atau ringkasnya PBBK adalah merujuk kepad
a sebarang bentuk penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah PBBK telah lama wujud iaitu sejak tahun 1960 lagi di Amerika Syarikat de
ngan menggunakan komputer IBM. Satu projek PBBK yang dinamakan PLATO (Programme
d Logic Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan dengan kerjasama Univers
iti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk digunakan di sekolah
-sekolah.
Di Malaysia, PBBK telah mula diperkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah men
engah yang dibekalkan dengan 20 buah komputer pada tahun 1993. Suatu bahan peri
sian yang dinamakan ComiL telah diperkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kemente
rian Pendidikan Malaysia. Kaedah pengajaran menggunakan komputer juga akan semak
in berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang merupakan salah satu daripada
tujuh aplikasi MSC. (Zoraini Wati Abas, 1994)
Pada tahun 1994 pula, projek PBBK telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pend
idikan sebagai projek perintis yang melibatkan 15 buah sekolah rendah di Selango
r. Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pel
ajar melalui penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, mempelbagaik
an teknik pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan mutu pendidikan dan juga
mendedahkan pelajar kepada penggunaan komputer. (Juriah Long, 1998)
Penggunaan PBBK adalah bersifat dua hala atau bidirectional. PBBK mampu memberi
kan maklum balas dengan kadar yang segera dan sesuai dengan tahap kemampuan pela
jar. Hal ini menjadikan perisian PBBK lebih menarik dan berkesan.
Menurut Kemp dan Smelle dalam Afendi Hamat (1995), penggunaan gambar, grafik, vi
deo dan suara akan membantu pelajar memahami dan mengingati apa-apa yang dipelaj
ari dengan lebih baik. Kajian Romiszowski (1988) pula mengatakan pelajar dapat
mengingat kira-kira 20 peratus daripada apa-apa yang dilihat, 30 peratus daripad
a apa-apa yang didengar dan 60 peratus daripada apa-apa yang dibuat.
Memandangkan perisian PBBK multimedia mampu mengintegrasikan pelbagai bentuk med
ia di dalamnya, maka pelajar akan mendapatinya amat berguna dalam pembelajaran b
ahasa. Umpamanya, dalam suatu kursus bahasa yang menggunakan bahan PBBK multime
dia, seorang pelajar dapat membaca dialog perbincangan melalui keratan esei yang
diberikan, mendengar dialog dan intonasi setiap ayat yang dibualkan melalui kli
p suara dan melihat gaya pergerakan anggota badan orang yang bercakap melalui kl
ip video. Ringkasnya, dengan adanya perisian PBBK, pelajar dapat mempelajari su
atu bahasa dengan lebih berkesan dan bermakna.
6. Aplikasi Perisian Komputer dalam Pengajaran Bahasa
Berbagai-bagai jenis perisian komputer boleh dimanfaatkan untuk guru dalam penga
jaran bahasa melalui komputer. Antara perisian komputer yang boleh digunakan unt
uk tujuan di atas ialah Microsoft Word, Microsoft Access, Microsoft Excel, Micro
soft Powerpoint, Penerbitan Atas Meja (Desktop Publishing), Perisian Adobe dan b
eberapa perisian lain. (Kassim bin Abbas, 2006)
6.1 Microsoft Word
Program Microsoft Word sesuai untuk guru-guru menyediakan nota edaran, soalan uj
ian dan pepriksaan atau apa sahaja maklumat yang berguna untuk tujuan pengajaran
. Bagi pelajar pula, program ini boleh digunakan untuk membuat karangan prosa, p
uisi, sajak atau tugasan bertulis yang diberi oleh guru mereka. (Rujuk Lampiran
1)
6.2 Microsoft Access
Untuk mengumpul dan menyimpan data maklumat pelajar, maklumat keputusan peperiks
aan dan sebagainya, guru boleh menggunakan program ini. Pelajar pula boleh mengg
unakan program ini untuk menyimpan maklumat tentang kajian yang telah dijalankan
atau maklumat lain bagi menyokong tugasan yang diberi oleh guru.
6.3 Microsoft Excel
Program ini sesuai untuk membina berbagai-bagai jenis graf berdasarkan data yang
dikumpulkan dalam program Microsoft Access. Antaranya ialah Graf Bar, Graf Gari
san , Carta Pai satu dimensi atau tiga dimensi. (Rujuk Lampiran 2)
6.4 Microsoft Powerpoint
Program Microsoft Powerpoint merupakan program yang paling menarik untuk membuat
persembahan dalam bentuk slaid. Bahan pengajaran boleh dibina menggunakan seber
apa banyak slaid yang diperlukan. Bahan dalam setiap slaid dianimasikan untuk me
narik perhatian para pelajar. Begitu juga dengan cara penukaran dari satu slaid
ke slaid yang berikutnya. Untuk menambahkan suasana realisme, muzik dan kesan bu
nyi boleh juga dimasukkan dalam persembahan ini. (Rujuk Lampiran 3)
6.5 Penerbitan Atas Meja
Penerbitan Atas Meja (Desktop Publishing) adalah satu cara untuk menerbitkan bro
sur, risalah, buletin atau majalah. Melalui kaedah ‘Multi Tasking’, guru dan pelajar
boleh menggunakan bahan perisian Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Ac
cess dan Microsoft Photo Editor untuk memasukkan maklumat teks, gambar, graf, ca
rta dan sebagainya ke dalam penerbitan mereka.
6.6 Perisian Adobe
Perisian Adobe mempunyai program untuk mengedit gambar, mereka bentuk berbagai-b
agai ilustrasi, penerbitan buku, majalah dan lain-lain.
6.7 Perisian Lain
Terdapat juga perisian lain yang boleh diguna dan disesuaikan mengikut keperluan
guru dengan berbagai-bagai fungsi seperti Coral Draw, Paint Shop Pro, Design St
udio dan sebagainya. Pilihlah dengan bijak perisian yang hendak digunakan mengik
ut kesesuaian pengajaran dan pembelajaran.

7. Perisian Kursus
Perisian jenis ini dihasilkan untuk tujuan belajar dan mengajar bahasa bagi menc
apai pelbagai kemahiran, tujuan dan objektif pengajaran. Perisian kursus adalah
berbeza berdasarkan keperluan pengajaran bahasa. Program-program diselaraskan me
ngikut kesesuaian dengan mempelbagaikan teknik dan kaedah pengolahan bahasa.

Antara perisian dalam pengajaran bahasa ialah:


1. Pengajaran Karangan
2. Pengajaran Lisan dan Bacaan
3. Pengajaran Tatabahasa
4. Pengajaran Perbendaharaan Kata
7.1 Pengajaran Karangan
Kepner (1982) menyatakan bahawa pemprosesan perkataan (Word Processor) merupakan
cara yang menyeronokkan dalam kerja-kerja penulisan. Kemudahan pengeditan yang
ada pada pemprosesan perkataan membuatkan pelajar tidak berasa takut dengan kesi
lapan yang dilakukan seperti kata Clements (1985), “…this allows childrens to play w
ith written words just as freely as they play with oral language” (dalam Ismail Za
in, 2003)
Dalam penulisan karangan berpandu, guru juga dapat menyediakan alat bantu mengaj
ar (ABM) seperti bahan yang sudah dicetak ke dalam cakera atau alat perakam data
komputer. Bahan ini seterusnya boleh diedit atau disalin ke dalam beberapa cake
ra lain untuk kegunaan oleh pelajar-pelajar sama ada secara bersendirian atau me
ngikut panduan guru. Contohnya, dalam latihan memperkembangkan karangan, permula
an karangan boleh disediakan oleh guru dan kemudiannya pelajar menyambungkannya
sehingga selesai.
Satu lagi latihan yang menarik ialah latihan menulis cerita berantai. Sekiranya
makmal komputer yang digunakan mempunyai sistem rangkaian ‘network’ yang sesuai, pel
ajar boleh menyambungkan secara bergilir-gilir cerita yang sedang dibina dari te
mpatnya sendiri. Aktiviti penulisan ini boleh dipaparkan pada skrin utama yang d
apat dilihat oleh semua pelajar. Cara ini dapat menjimatkan masa berbanding kead
ah menggunakan papan hitam yang memerlukan pelajar bergerak ke hadapan kelas unt
uk melakukan sambungan cerita.
7.2 Pengajaran Lisan dan Bacaan
Dalam pengajaran pertuturan, pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Antara aktiviti
tersebut seperti aktiviti simulasi, main peranan, perbincangan dan perbahasan. A
ktiviti-aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan menjadikan bahan yang disediakan
melalui komputer sebagai asas pertuturan. Dalam pengajaran pertuturan yang penti
ng ialah reaksi oral yang dilahirkan oleh pelajar terhadap bahan yang tertera pa
da skrin. Penggunaan perisian ini dapat menggalakkan pertuturan dalam kalangan p
elajar terutamanya jika aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan.
Perisian simulasi seperti The Garden menghendaki pelajar membaca dan seterusnya
melakukan pemilihan berdasarkan teks yang telah diberi. Namun pemilihan yang dib
uat haruslah bersesuaian dengan maklumat yang telah ditetapkan.
Aktiviti pemahaman membaca juga penting dalam pengajaran yang melibatkan aktivi
ti membaca sama ada bacaan senyap atau bacaan kuat, kemudian diikuti dengan akti
viti pemahaman yang sedia ada. Guru juga boleh mereka atau mencipta perisian lat
ihan pemahaman seperti mengisi tempat kosong, pembinaan ayat dan soal jawab anek
a pilihan.
7.3 Pengajaran Tatabahasa
Satu cara untuk mengajar tatabahasa dengan memaparkan satu pelajaran tatabahasa
yang pendek dan disertakan dengan contoh-contoh yang sesuai. Seterusnya pelajar
diberi latihan tentang apa-apa yang dipelajari dan kemudiannya diuji sama ada me
reka dapat mengenal pasti ayat yang gramatis. Ujian seperti ini memberikan pelua
ng kepada pelajar untuk menerapkan sesuatu yang telah dipelajari. Penerapan rumu
s tatabahasa yang telah dipelajari melalui berbagai-bagai contoh ayat amat dite
kankan.
Perisian kursus ESL (Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) contohnya, memberi pe
luang kepada pelajar menentukan kadar pembelajarannya. Perisian ini juga mengan
dungi pelbagai format soalannya. Kepelbagaian format ini memberikan variasi dala
m soalan dan contoh-contoh yang diberikan. Selain itu, perisian ini juga meneran
gkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Gabungan pengajaran dan pengujian da
lam satu perisian seperti ini menjadikannya satu ABM yang penting dalam proses p
embelajaran bahasa.
7.4 Pengajaran Perbendaharaan Kata
Pengajaran perbendaharaan kata merupakan aspek bahasa yang sering diabaikan di s
ekolah. Masalah kekangan masa menyebabkan guru menggunakan masa untuk mengajar k
emahiran bahasa yang difikirkan lebih penting seperti aspek tatabahasa dan menul
is. (Abdul Rasid Jamian, 2001)
Salah satu pendekatan yang digunakan dalam buku teks dan buku latihan ialah lati
han padanan yang menghendaki pelajar memadankan sesuatu perkataan dengan maknany
a. Pendekatan ini dapat diaturcarakan dalam komputer dengan mudah. Antara contoh
perisian perbendaharaan kata ialah perisian BET. Setiap pelajaran mengandungi s
atu petikan. Dalam petikan tersebut, satu perkataan dalam setiap baris dikosongk
an dan semua perkataan yang ditiadakan itu dipaparkan secara rawak di bawah peti
kan tersebut. Pelajar dikehendaki memilih perkataan yang sesuai untuk diletakkan
pada ruang kosong. Jika pelajar menjawab dengan betul, perkataan tersebut akan
muncul dalam ruang kosong itu tadi.
Selain itu, terdapat juga perisian yang menggunakan format permainan seperti Ana
grams untuk memberikan motivasi kepada pelajar yang ingin belajar perbendaharaan
kata. Perisian ini memerlukan pelajar menyusun huruf-huruf berdasarkan petunjuk
yang diberi oleh komputer sehingga terbentuk perkataan yang sesuai. Penggunaan
perisian jenis ini dapat membantu pelajar memahami makna perkataan, mengenal eja
an dan konteks penggunaan yang betul bagi sesuatu perkataan.
8. Ciri-Ciri Bahan Perisian Kursus Yang Baik
Menurut Douglass E. Wolfgram dalam Sharifah Rafidah Wan Masra (2003), ciri-ciri
bahan perisian kursus yang baik ialah:
a) Isi kandungan yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap
kognitif pelajar.
b) Arahan yang mudah digunakan dan jelas.
c) Penggunaan grafik yang menarik.
d) Terdapat selitan audio untuk menimbulkan rangsangan dan motivasi.
e) Terdapat interaksi antara komputer dengan pelajar di mana maklum balas dapat
diberi secara serta merta.
Menurut Norhashim Abu Samah, Mazenah Youb, Rose Alinda; dalam ‘Pengajaran Bahasa B
antuan Komputer’ (1996), mereka menggariskan beberapa kriteria pemilihan bahan PBB
K yang berkesan berdasarkan aspek berikut:
a) Keanjalan
Menyediakan banyak titik kemasukan atau tempat untuk memulakan perisian kerana a
kan digunakan oleh ramai pelajar yang berlainan tahap keupayaan. Keanjalan juga
diperlukan bagi menggalakkan pelbagai kumpulan pengguna. Secara umumnya sesuatu
perisian mesti bersikap terbuka dan boleh memberi peluang kepada pelajar-pelajar
untuk memilih dan membuat keputusan sendiri.
b) Mudah Diubahsuai
Sesebuah perisian harus boleh diubahsuai dari semasa ke semasa dalam menghadapi
keadaan yang berlainan. Pengubahsuaian lebih mudah dilakukan jika perisian itu d
ibina menggunakan bahasa pengarangan.
c) Kandungan Bahan Yang Berkaitan
Perisian yang dipilih mestilah berkaitan dengan kurikulum yang diikuti. Skop pem
belajaran mesti ditakrifkan dengan tepat supaya penyampaian bahan selari dengan
pembelajaran di dalam kelas.
d) Kesahihan
Kandungan fakta mestilah benar dan diakui oleh pakar bidang berkaitan. Kandungan
fakta juga haruslah dipersembahkan melalui komputer dengan menggunakan keupayaa
n teknologi sepenuhnya.

e) Motivasi
Perisian pilihan perlulah memenuhi ciri-ciri yang dapat meningkatkan motivasi. P
enggunaan warna, animasi, unsur suspen dan sebagainya yang boleh menimbulkan sem
angat bersaing dan peluang untuk memulakan perisian semula tanpa had adalah pent
ing.
f) Mesra Pengguna
Perisian yang menarik minat dan mudah dikendalikan akan menjadi tumpuan pengguna
dan membuatnya berasa selesa dan suka untuk menggunakan perisian tanpa paksaan.
g) Penggunaan Teks
Skrin yang terlalu banyak teks akan kelihatan bercelaru dan mengurangkan minat p
elajar untuk menggunakannya. Justeru, pastikan hanya fakta penting sahaja dipapa
rkan. Jenis dan saiz teks juga harus bersesuaian berdasarkan peringkat umur peng
guna.
h) Persembahan
Persembahan perisian perlulah menitikberatkan aspek penggunaan warna yang minimu
m. Pakar PBBK menyarankan selain gambar grafik bagi menerangkan sesuatu dengan j
elas, elakkan penggunaan lebih daripada empat warna bagi mengelakkan kesan negat
if kepada pelajar. Selain itu, penggunaan bunyi juga dapat menghidupkan persemba
han sesuatu perisian.
i) Objektif Pedagogi
Objektif pedagogi hendaklah ditentukan pada peringkat awal dalam pemilihan peris
ian. Antara objektif yang perlu diberi perhatian ialah aspek arahan yang ringkas
dan jelas, tahap penggunaan bahasa yang bersesuaian, kaedah penggunaan secara k
elas atau berkumpulan, aspek bahasa hendaklah betul mengikut struktur ayat dan
ejaan, mudah guna dan mudah diulang dan berbagai-bagai aspek lain yang menjurus
kepada perisian yang mesra pengguna.
Jelasnya, pemilihan perisian komputer perlu dilakukan secara rapi dan para guru
perlu membuat penilaian terhadap perisian komputer yang telah digunakan dalam pr
oses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Tindakan menilai perisian-perisi
an yang digunakan akan memudahkan pengguna membuat pilihan yang tepat pada masa
akan datang.
9. Keistimewaan Pengajaran Bahasa Melalui Komputer
Menurut Gagne dan Briggs dalam Sharifah Rafidah Wan Masra (2003) pula, kemasyhur
an komputer menjadi popular sebagai media pengajaran dan pembelajaran kerana kom
puter memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lai
n sebelum zaman komputer. Di antara keistimewaan tersebut ialah:
i) Hubungan Interaktif.
Keistimewaan yang pertama ialah komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara
rangsangan dengan jawapan. Bahkan menurut Dublin (1984, 1996) komputer dapat m
enumbuhkan inspirasi dan meningkatkan minat.
ii) Pengulangan
Keistimewaan kedua ialah pengulangan, iaitu komputer membolehkan pengguna mengul
angi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki lagi in
gatan.
iii) Maklum Balas dan Peneguhan
Keistimewaan yang ketiga ialah maklum balas dan peneguhan. Media komputer membo
lehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pelajaran serta merta dan boleh
memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar membe
rikan jawapan.
Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengukur keberkesanan komputer sebagai me
dia pembelajaran. Dari hasil kajian lepas, ada yang mengatakan bahawa PBBK tela
h menunjukkan kesan positif terhadap pembelajaran dan ada juga yang mengatakan P
BBK menunjukkan kesan negatif. Namun secara keseluruhannya, lebih banyak kajian
yang mengatakan bahawa PBBK memberi kesan yang positif berbanding dengan pembel
ajaran yang menggunakan kaedah tradisional (Wang dan Sleeman, 1994).
10. Masalah Pengajaran Bahasa Melalui Komputer
Terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan kompute
r. Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pen
gajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunk
an pengajaran yang berbantukan komputer. Di samping itu terdapat juga permasalah
an dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru,pentadbir, latihan, gala
kan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan da
lam bilik darjah (Moersch, 1995).
Dalam permasalahan ini, Norhashim Abu Samah, Mazenah Youb, Rose Alinda; dalam ‘Pen
gajaran Bahasa Bantuan Komputer’ (1996), secara ringkasnya merumuskan terdapat emp
at aspek utama yang perlu diberi perhatian iaitu masalah pelajar, masalah guru,
aspek prasarana/peralatan dan aspek Kementerian Pelajaran Malaysia.
10.1 Masalah Pelajar
Ada dalam kalangan pelajar yang masih belum mendapat pendedahan secukupnya dari
aspek kemudahan peralatan dan pengetahuan tentang komputer. Pengetahuan tentang
literasi komputer juga masih baru terutama pelajar luar bandar. Walaupun kemudah
an telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), namun perbezaan k
emudahan berdasarkan gred sekolah sedikit sebanyak memberi impak kepada usaha me
lahirkan generasi yang mahir dan celik komputer.
Ekoran kurang kemahiran dalam pengetahuan mengendalikan komputer, ada pelajar ya
ng berasa bosan dan kurang minat untuk belajar kerana beranggapan PBBK sesuatu y
ang membebankan dan menyusahkan mereka. Bagi pelajar yang mahir pula, pemantauan
semasa proses pembelajaran perlu bagi mengelakkan penyelewengan agar tidak ters
ilap langkah.
Bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas di samping masalah komp
uter yang tidak mencukupi menyebabkan pelajar kurang dapat menumpukan perhatian.
Di samping itu, PBBK juga akan menghasilkan pelajar yang terlalu lurus pemikiran
. Walaupun penggunaan komputer membolehkan mereka berfikir secara kreatif, tetap
i ada kalanya mereka bertindak sebagai robot. Lebih merisaukan jika komputer men
jadi penyebab pelajar mengasingkan diri dan tidak berperikemanusiaan.
10.2 Masalah Guru
Dalam permasalahan guru, tidak dapat dinafikan bahawa ada segelintir guru yang m
asih belum ‘celik komputer’. Malahan ada yang berfikiran negatif dan mengatakan deng
an adanya komputer, maka guru tidak lagi diperlukan untuk mengajar murid-murid.
Hal ini adalah bertentangan dengan prinsip peranan komputer yang berfungsi sebag
ai pembantu atau tutor kepada guru dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pem
belajaran.
Masalah ketidaksediaan guru untuk menggunakan bahan perisian sewaktu mengajar me
ngakibatkan objektif pembelajaran tidak tercapai. Guru perlu merancang dengan te
liti dan meluangkan masa untuk mencari perisian-perisian baru. Akibat kekangan m
asa dan kepayahan mendapatkan perisian yang sesuai, ini menjejaskan proses peng
ajaran dan pembelajaran berlangsung.
Ada kalanya kegagalan guru memilih dan menyaring perisian yang sesuai untuk akti
viti pengajarannya akan menyebabkan pelajar mempertikaikan kredibiliti guru mere
ka. Secara tidak langsung, masalah ketidakmahiran guru turut menjejaskan keberke
sanan sistem PBBK bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
10.3 Prasarana/Peralatan
Kekurangan komputer turut memberi impak kepada aktiviti pengajaran dan pembelaja
ran kerana pelajar tidak mempunyai kepuasan maksima dan kebebasan untuk belajar.
Hal ini mungkin disebabkan kos pembelian dan penyelenggaraan yang tinggi.
Perisian kursus yang tidak berkualiti memberi kesan terhadap usaha untuk melahi
rkan pelajar yang bersifat analitikal dan kritis. Perisian kursus yang bermutu t
inggi juga amat susah untuk dihasilkan. Tenaga mahir bagi tujuan ini sukar diper
oleh.
Perisian kursus pengajaran bahasa berbantukan komputer juga banyak dihasilkan di
luar negara dan lebih sesuai untuk pengajaran bahasa Inggeris. Perisian untuk p
engajaran bahasa Melayu amat kurang di pasaran.
10.4 Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia turut menghadapi tekanan dalam usaha meningkatkan
kualiti dan mutu bahan perisian komputer bagi tujuan pengajaran bahasa berbantu
kan komputer. Namun begitu, usaha tanpa jemu diteruskan bagi memastikan pengapli
kasian penggunaan perisian komputer di sekolah-sekolah terus berlangsung.
11. Langkah-Langkah Mengatasi Masalah PBBK
Dalam konteks ini, semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu demi memast
ikan pengaplikasian komputer dalam pengajaran bahasa membawa impak positif dan b
ukan sebaliknya.
11.1 Pelajar
Sikap positif pelajar yang menyokong usaha pembaharuan dalam pendidikan dengan r
ajin bertanya dan sentiasa meneroka bagi menjawab persoalan dan rasa ingin tahu
mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah sangat diperlukan.
11.2 Guru
Para guru perlu memantapkan pengetahuan tentang cara mengendalikan komputer dan
perisian komputer dengan menghadiri berbagai-bagai jenis kursus dalam usaha ment
erjemahkannya di dalam kelas. Guru harus sentiasa bersifat fleksibel dan kreatif
demi menjanjikan sesuatu yang terbaik buat para pelajarnya.
Di samping itu, guru bahasa harus mempermodenkan teknik pengajarannya ke arah ya
ng lebih canggih dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Hal ini
kerana komputer sebagai alat yang berperanan penting dalam keberkesanan proses
pendidikan bahasa.
11.3 Prasarana / Peralatan
Perisian komputer dalam bahasa Melayu haruslah diperbanyakkan lagi. Pakar-pakar
yang mahir harus dilantik untuk menghasilkan perisian tersebut. Ini kerana keban
yakan perisian bertumpukan kepada pengajaran bahasa Inggeris.
Kualiti bahan perisian juga perlu dipertingkatkan bertujuan melahirkan pelajar y
ang bersifat analitikal. Harga perisian dan komputer juga merupakan satu aspek y
ang perlu diberi perhataian dalam usaha mampu milik pelajar dan agensi yang berk
aitan.
11.4 Kerajaan
Selaku pihak yang bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu pendidikan negara, ma
ka pemantauan terhadap perisian yang terkini perlu diberi perhatian. Usaha unt
uk mengumpulkan pakar-pakar dalam bidang perisian komputer juga amat perlu bagi
memastikan kita dapat mencipta perisian yang sesuai dengan negara kita. Peruntu
kan perbelanjaan membuat perisian yang dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pe
mbelajaran hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarna.

Rumusan
Meskipun keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa masih terlalu
awal untuk dinilai, namun beberapa hasil penyelidikan yang telah dijalankan memb
uktikan bahawa pengajaran bahasa berbantukan komputer telah memberi impak positi
f dalam pengajaran bahasa.
Abdul Rashid Jamian dan Arba’ei Sujud dalam buku ‘Integrasi Media Pengajaran Bahasa
dan Sastera’ menyebut antara penyelidikan yang telah dijalankan ialah penyelidikan
oleh Supyan Hussin (1994) yang menyatakan bahawa penggunaan komputer dapat men
ingkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris, manakala
kajian-kajian lain seperti Zuwati Hasim (1998), Afendi Hamat (1995), Hazline M
ahmood (1998) dan Supyan Hussin (1994) turut berpendapat bahawa penggunaan kompu
ter dalam pengajaran bahasa berkesan jika ianya selari dengan sukatan mata pelaj
aran tersebut.
Namun, walau apapun kemajuan yang tercapai dalam bidang elektronik ini, peranan
guru sebagai sumber ilmu semula jadi tidak akan boleh diganti sama sekali. Gurul
ah yang akan mengajar keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur,
membaca dan menulis sehingga pelajar-pelajar mampu menguasai bahasa yang dipelaj
arinya. Alat bantu elektronik ini hanya berperanan sebagai pengantara di dalam
proses komunikasi di antara pengajar dengan pelajar. Ia tidak dapat menandingi
pengajar dan tidak akan dapat mengambil alih tugas-tugasnya sampai bila-bila ke
rana tanpa sumber tidak mungkin akan wujud yang lain-lainnya.

You might also like