You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA

JALAN BANGKUNG
59100 BANGSAR, KUALA LUMPUR
Tel
: 03-20950162
Faks
: 03-20945740
E-mail : wba0011@1bestarinet.yes.my
Ruj Kami : 800-2 -1/2/156
Tarikh : 20 Mac 2015

Kepada :
Mohd. Zahid Bin Doi,
F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd,
Seksyen 26,
40400 Shah Alam,SELANGOR
Melalui :
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya,
Jalan Bangkung,
59100 Bangsar, KUALA LUMPUR
Tuan ,
PERMOHONAN SUMBANGAN PENAJAAN MINUMAN BERSEMPERNA
KARNIVAL 1MURID 1SUKAN SK BUKIT BANDARAYA KUALA LUMPUR
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SK Bukit
Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan julung julung kalinya Karnival
1Murid 1Sukan yang akan melibatkan lebig kurang 3000 orang ribu murid,
guru dan ibu bapa pada hari dan tarikh seperti yang berikut:
Tarikh
Tempoh
Tempat

:
:
:

17-18 April 2015


2 Hari
Padang SK Bukit Banaraya, KL

3.
Untuk pengetahuan pihak tuan, karnival kali ini akan melibatkan
seramai 1330 orang murid
dari tahun 1 hingga 6 dan 120 pegawai
kejohanan ( guru dan kakitangan ) sekolah.
Karnival yang julung kali ini diadakan akan dibahagikan kepada dua acara
iaitu 1st SKBB Kid Atheletics ( Jumaat )dan Temasya Sukan Tahunan kali ke
29 ( Sabtu ) yang mana semua murid akan memainkan peranan masing
masing pada kedua dua hari yang tersebut.
4.
Oleh yang demikian, pihak kami berharap agar pihak YB Dato dapat
membantu kami dari segi sumbangan penajaan minuman ( air mineral /
isotonik / buah buahan )
sebanyak 1450 pax bagi menampung
perbelanjaan pada hari tersebut. Bersama-sama ini disertakan Kertas Kerja
Karnival untuk rujukan pihak tuan.

5.
Pihak tuan juga boleh menghubungi nombor nombor di bawah jika
terdapat sebarang pertanyaan atau perubahan pada saat-saat akhir.
Pn. Suhaila bt Hj. Omar ( GPK Kokurikulum )

014

2230

En. Bukhari b Abd Razak ( SU Sukan SKBB )

013

283

310
3642
6
Harapan kami semoga dengan sumbangan penajaan yang dihulurkan
oleh pihak tuan dapat meningkatkan minat semua murid dalam bidang
sukan khasnya.
7.
Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan untuk sama-sama
menjayakan karnival kali ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menjalankan tugas,
.............
( SUHAILA BT HJ OMAR )
GPK Kokurikulum ,
SKBB KL

You might also like