You are on page 1of 41

SISTEM

PEREDARAN
DARAH

Sistem Peredaran Darah:


Adalah salah satu sistem yang penting di dalam
tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah
bermula dari jantung ke seluruh badan dan
masuk ke jantung semula. Sistem peredaran
darah manusia juga dikenali sebagai sistem
peredaran tertutup kerana darah mengalir di
dalam salur darah yang tertutup

Fungsi asas peredaran darah ialah


menyampaikan zat-za makanan dan oksigen
kepada sel-sel di dalam badan dan
mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang
tidak dikehendaki dari sel.
Sistem darah manusia mempunyai dua jenis
iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.

Peredaran Pulmonari
Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen
dari jantung melalui arteri pulmonari ke paruparu dan balik ke jantung melalui vena
pulmonari

Peredaran Sistemik
Peredaran ini membawa darah beroksigen dari
jantung melalui aorta ke semua bahagian badan
dan balik ke jantung

Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada


Jantung
Saluran darah
Darah

Jantung:
Jantung terletak di dalam ruangan toraks
(sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di
hadapan tulang belakang dan kedudukannya
menyendeng dari kanan ke kiri.
Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian
iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding
yang dipanggil septum.

Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan


iaitu:
Pericardium (luar)
Myocardium (tengah)
Endocardium (dalam)

Jantung mempunyai 4 ruang iaitu:


2 ruangan atas dikenali sebagai atrium
2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel

Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang


mengawal pengaliran darah di dalam jantung

Aliran darah di dalam jantung


1. Venakava membawa darah yang
mengandungi karbon dioksida ke atrium
kanan.
2. Apabila atrium kanan menguncup, darah
masuk ke ventrikel kanan melalui injap
trikuspid

3. Pengucupan ventrikel menolak darah melalui


injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan
seterusnya ke paru-paru.
4. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida
berlaku di paru-paru.
5. Seterusnya dalah mengalir melalui vena
pulmonari ke atrium kiri.
6. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan
melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke
ventrikal kiri.

7. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap


aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh
badan.

Denyutan jantung
Jantung berdenyut 60 80 kali seminit secara
automatik dan kadar denyutan ini boleh
bertambah mengikut keadaan, seperti
bersenam.

Struktur dan Fungsi Salur Darah

1.
2.
3.

Terdapat 3 jenis salur darah yang utama:


Arteri
Vena
Kapilari

Arteri
Arteri ialah salur darah yang membawa darah
keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain
badan.
Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya
ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi
disebabkan oleh denyutan jantung
Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol
Semua arteri membawa darah beroksigen
kecuali arteri pulmonari.

Arteri

Vena

Vena
Vena ialah salur darah yang membawa darah ke
jantung dari bahagian-bahagian lain badan.
Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran
yang lebih besar jika dibandingkan dengan
arteri.
Darah yang berada dalam vena mengalir pada
tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang
tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar
memberikan kurang rintangan terhadap
pengaliran darah.

Vena dilengkapi dengan injap-injap yang


menentukan darah mengalir hanya dalam satu
arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini
akan tertutup jika darah mengalir ke belakang
dalam alirannya.
Vena yang terkencil sekali dinamakan venul
Semua vena membawa darah tidak beroksigen
kecuali vena pulmonari.

Kapilari darah
Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil
sekali.
Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada
venul.
Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
Dinding-dindingnya yang nipis serta telap
memudahkan resapan bahan-bahan antara
darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

Darah
Darah terdiri daripada
Pepejal (sel darah )
Cecair (plasma)

40%
60%

Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8


10 pain (6 liter) darah.
Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah,
sel darah putih dan sel pembekuan (platelet)

Plasma
Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan
mengandungi bahan larut dalam air. Lebih kurang 90%
daripada plasma terdiri daripada air.
Bahan larut yang terkandung dalam plasma:

Garam-garam
Bahan-bahan makanan glukosa, asid amino
Protin darah fibrinogen, globulin dan albumin
Bahan-bahan kumuh terutama urea
Hormon

Sel Darah Merah (Eritrosit)


Berbentuk ceper dwicekung
Tidak mempunyai nukleus
Mengandungi pigmen hemoglobin yang
memberikan warna merahnya.
Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas
permukaan terhadap isi padu yang besar dan ini
menambahkan kecekapan sel darah merah bagi
pertukaran oksigen dengan plasma

Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia


dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh
sel-sel baru dalam sumsum tulang

Sel Darah Putih (Leukosit)


Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak
sekata
Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus
Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum
tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih
kurang 30 jam.

Terdapat pelbagai jenis sel darah putih yang


berlainan dari segi rupa dan fungsi.
Ia memainkan peranan yang penting dalam
pertahanan badan terhadap serangan bakteria.

Sel Pembeku Darah (Platelet)


Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel
lain, iaitu trombosit merupakan serpihanserpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel
ini tidak mempunyai nukleus. Ia memainkan
peranan penting dalam pembekuan darah. Sel
ini hidup selama lebih kurang 10 hari

Fungsi Darah:
1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke
seluruh sel dan tisu badan.
2. Melawan jangkitan kuman.
3. Membawa bahan buangan atau kumpulan,
hormon-hormon dan enzim-enzim.
4. Memberi warna kepada kulit
5. Mengawal suhu badan.

SALURAN
DARAH

SISTEM PEREDARAN
DARAH

PEREDARAN
PULMONARI

PEREDARAN
SISTEMATIK

You might also like