You are on page 1of 40

Lampiran S2L2

Contoh-contoh Kesilapan Konsep Dalam Matematik


Kesilapan dalam algebra
1. (x + 3)2 = x2 + 9
2. 2(3x 1)= 6x 1

3.

4.
Kesilapan dalam Geometri
5. Titik (2,3) ditanda sebagai

x
x

Lampiran S2L3
Membuat Perwakilan & Kefahaman Konseptual
Setiap konsep matematik boleh diwakili dalam 4 bentuk yang berbeza:
(a) simbol abstrak,
(b) bahan konkrit,
(c) gambar dan
(d) bahasa.
Pelbagai perwakilan ini boleh dikaitkan seperti yang ditunjuk dalam Rajah 1
untuk memperkukuhkan kefahaman terhadap konsep berkenaan.
Konteks Dunia Sebenar:
bahan konkrit

Bahasa:
lisan & bertulis

KONSEP
MATEMATIK

Bentuk Grafik:
gambar &
rajah

Bentuk Abstrak:
simbol & tatatanda
Rajah 1: Pelbagai perwakilan konsep matematik.

Contoh 1: Pelbagai Perwakilan Konsep Kecerunan

Banting-banting bendera ini mempunyai kecerunan yang berbea

Cerita tentang motosikar naik bukit:


Bukit tinggi, jalan lebih cerun,
lebih banyak petrol dipakai.
Bukit rendah, jalan kurang
cerun, kurang petrol dipakai.

beza y

KECERUNAN

kecerunan = y2 y1..
x2 x1

beza x

Contoh 2: Pelbagai Perwakilan Konsep Ungkapan Algebra


Konteks Dunia Sebenar:
Sumber pendapatan bulanan Pn Idayu
Bantuan FAMA RM45 setiap bulan.
Jualan terung yang berharga RM3 sekilogram.
Penjelasan lisan atau bertulis:
Jumlah pendapatan Y dan
jualan terung a ialah anu.
Bantuan FAMA RM45 ialah
pemalar.
Nilai Y boleh dikira dengan
mendarab jumlah jualan terung
setiap bulan dengan harga
sekilogram, ia itu RM3,
kemudian ditambah dengan
bantuan FAMA, RM45.

Graf menunjukkan
hubungan Y dan a
Y
UNGKAPAN
ALGEBRA

Y = 3a + 45
45

a
Y = 3a + 45

Y ialah pendapatan bulanan Pn Idayu.


a ialah jumlah jualan bulanan bagi terung.

Lampiran S2L4

Kefahaman Prosedural Matematik


Contoh 1: Pembahagian Pecahan

Apabila membahagi dengan pecahan, tukar bahagi kepada darap dan


songsangkan pembahagi.
Contoh 2: Penyelesaian Persamaan

Untuk menyelesaikan persamaan, bila nombor tukar belah, tambah jadi


tolak dan sebaliknya, darab jadi bahagi dan sebaliknya.
Contoh 3: Penyelesaian Persamaan

Untuk selesaikan persamaan dalam bentuk pecahan, potong terus


penyebut dua belah itu.
Contoh 4: Bumi Sebagai Sfera
Untuk mencari beza antara dua latitud, jika kutubnya sama, tolakkan, jika
kutubnya berlainan, tambahkan.

KURSUS PEMANTATAPAN PEDAGOGI MATEMATIK


SEKOLAH MENENGAH
DIBAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS SLOT 3
Tajuk

Kefahaman Konseptual Melalui Kemahiran Proses Matematik

Topik

Kemahiran Proses Matematik

Masa

2 jam

Personel

Fasilitator

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat :
1. Menjelaskan maksud dan kepentingan kemahiran proses matematik dalam PdP.
2. Menggunakan elemen kemahiran proses matematik dalam PdP.
3. Menggunakan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam PdP
matematik.
4. Mengaplikasikan keperluan pembelajaran abad 21 dalam PdP matematik.
B. Kandungan Kursus
1. Lima kemahiran proses matematik dan kepentingannya
2. Keperluan pembelajaran abad ke 21
3. Perkaitan di antara kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan kemahiran
proses matematik dalam PdP.
C. Kaedah
1. Aktiviti rekreasi matematik: Penyelesaian masalah.
2. Perbincangan tentang kemahiran proses matematik.
3. Aktiviti hands-on : Kemahiran Proses Matematik.
4. Persembahan slaid PowerPoint.

D Bahan Pengajaran
1. Edaran :
a) Rekreasi matematik
b) Aktiviti hands-on.
c) Kemahiran proses matematik.
2. Slaid PowerPoint
E Alatan
1. Komputer riba
2. Projektor LCD
F

Penilaian
1. Pemerhatian berterusan.
2. Interaksi secara lisan.
Rumusan/Refleksi
Berdasarkan hasil analisis keputusan penilaian.

Aktiviti 1 : Rekreasi Matematik


1. Berdasarkan soalan dalam Lampiran S3L1, peserta kursus diminta
menyelesaikan secara individu dan seterusnya membandingkan jawapan
dengan pasangan mereka.
2. Peserta diminta menentukan kaedah penyelesaian sebanyak mungkin.
3. Perbincangan penyelesaian soalan Lampiran S3L1 dengan peserta
kursus.

Aktiviti 2 : Rally-Robin Reading (Kemahiran Proses Matematik)


1. Fasilitator memberi gambaran awal tentang lima kemahiran proses
matematik.
2. Peserta kursus diminta menentukan pasangan bacaan masing-masing, A
dan B. A membaca perenggan pertama dari bahan bacaan di Lampiran
S3L2 dan B mendengar bacaan tersebut. Kemudian A akan bertanya satu
soalan berkaitan perenggan tersebut, dan B menjawab soalan tersebut.
Jika jawapan tersebut salah, A perlu betulkan jawapan tersebut.
3. A dan B bertukar peranan sehingga selesai keseluruhan bacaan tersebut.
4. Perbincangan tentang lima kemahiran proses matematik

Lampiran S3L1

Arahan:
1. Selesaikan masalah berikut secara individu:

Satu longgokan rambutan dibahagi antara dengan keluarga Salina


dengan cara berikut:

Bapanya mengambil

Emaknya mengambil

Kemudian abangnya mengambil

daripada bakinya

Selepas itu kakaknya mengambil

daripada bakinya

Akhirnya Salina mengambil 12 biji rambutan yang tinggal

daripada longgokan itu

daripada bakinya

2. Bandingkan jawapan anda dengan rakan anda.

Lampiran S3L2
LIMA KEMAHIRAN PROSES MATEMATIK
Berkomunikasi
Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembelajaran
matematik yang bermakna. Melalui komunikasi, idea matematik dapat diluahkan
dan difahami dengan lebih baik. Komunikasi secara matematik, sama ada secara
lisan, penulisan atau menggunakan simbol dan perwakilan visual (dengan
menggunakan carta, graf, gambar rajah dan lain-lain), dapat membantu murid
memahami dan mengaplikasikan matematik dengan lebih efektif. Komunikasi
yang melibatkan pelbagai perspektif dan sudut pendapat dapat membantu murid
meningkatkan pemahaman matematik dengan lebih baik.
Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam matematik adalah
keupayaan untuk memberikan penerangan dengan efektif, dan memahami dan
mengaplikasi notasi matematik dengan betul. Murid perlu menggunakan laras
bahasa dan simbol matematik dengan betul bagi memastikan sesuatu idea
matematik dapat dijelaskan dengan tepat. Komunikasi secara matematik juga
melibatkan penggunaan pelbagai media seperti carta, graf, manipulatif,
kalkulator, komputer dan lain-lain. Murid seharusnya dapat menggunakan media
yang berbeza tersebut bagi menjelaskan idea matematik dan menyelesaikan
sesuatu masalah matematik. Penilaian terhadap keupayaan murid untuk
berkomunikasi secara matematik dengan berkesan perlu menunjukkan bukti
bahawa murid dapat menjana, menjelaskan dan berkongsi idea matematik
melalui pelbagai bentuk komunikasi dalam pelbagai persekitaran.
Menaakul
Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih
berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna.
Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan
intelek dan komunikasi murid. Penaakulan berupaya mengembangkan bukan
sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran

kritis yang juga merupakan asas kepada pemahaman matematik secara


mendalam dan bermakna. Bagi mencapai objektif ini, murid harus dilatih dan
dibimbing

untuk

membuat

konjektur,

membuktikan

konjektur,

memberi

penerangan logikal, menganalisa, membuat pertimbangan, menilai dan memberi


justifikasi terhadap semua aktiviti matematik. Selain itu, guru perlu menyediakan
ruang dan peluang untuk perbincangan matematik yang bukan sahaja engaging
tetapi membolehkan setiap murid terlibat dengan baik.
Penaakulan boleh dilakukan secara induktif melalui aktiviti matematik yang
melibatkan pengenalpastian pola dan membuat kesimpulan berdasarkan pola
tersebut. Elemen penaakulan dalam pengajaran dan pembelajaran mengelakkan
murid dari menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur atau
algoritma yang perlu diikuti bagi mendapatkan penyelesaian, tanpa memahami
konsep matematik yang sebenarnya. Latihan sedemikian membentuk murid yang
yakin dengan diri sendiri dan tabah selaras dengan hasrat untuk membentuk
pemikir matematik yang berkeupayaan tinggi.
Membuat Kaitan
Dalam melaksanakan kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu
diwujudkan supaya murid dapat mengaitkan pengetahuan konseptual dan
prosedural serta dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan
matematik dengan bidang lain secara amnya. Ini akan meningkatkan kefahaman
murid dalam matematik dan menjadikan matematik lebih jelas, bermakna dan
menarik bagi mereka.
Kurikulum matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti
penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa
membuat kaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati
terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan. Sebaliknya, dengan
mengenali bagaimana konsep atau kemahiran dalam bidang yang berbeza
berhubung kait antara satu sama lain, matematik akan dilihat dan dipelajari
sebagai satu disiplin ilmu yang menyeluruh serta lebih mudah difahami.

Apabila idea matematik ini dikaitkan pula dengan pengalaman seharian di dalam
dan di luar sekolah, murid akan lebih menyedari kegunaan, kepentingan,
kekuatan dan keindahan matematik. Selain itu murid berpeluang menggunakan
matematik secara kontekstual dalam bidang ilmu yang lain dan dalam kehidupan
seharian mereka. Model matematik digunakan untuk menerangkan situasi
kehidupan sebenar secara matematik. Murid akan mendapati kaedah ini boleh
digunakan untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah atau untuk meramal
kemungkinan sesuatu situasi berdasarkan model matematik tersebut.
Menyelesaikan Masalah
Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan
pembelajaran
melibatkan

matematik.

kemahiran

Justeru,

penyelesaian

pengajaran

dan

masalah

secara

pembelajaran

perlu

komprehensif

dan

merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian


masalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan
pelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah
seperti berikut:

Memahami dan mentafsirkan masalah

Merancang strategi penyelesaian

Melaksanakan strategi

Menyemak semula penyelesaian

Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah,


termasuk

langkah-langkah

penggunaannya

dalam

mata

penyelesaiannya
pelajaran

ini.

harus
Dalam

diperluaskan
menjalankan

lagi
aktiviti

pembelajaran untuk membina kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan


masalah yang berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat
menggunakan matematik apabila berdepan dengan situasi yang baru dan dapat
memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang
lebih mencabar. Antara strategi-strategi penyelesaian masalah yang boleh
dipertimbangkan ialah mencuba kes lebih mudah, cuba jaya, melukis gambar
rajah, mengenal pasti pola, membuat jadual/carta atau senarai secara bersistem,

membuat simulasi, mengguna analogi, bekerja ke belakang, menaakul secara


mantik, dan mengguna algebra.

Membuat Perwakilan
Matematik sering digunakan untuk mewakili dunia di mana kita hidup. Oleh yang
sedemikian, mesti wujud keserupaan antara aspek-aspek dunia yang diwakili
dan aspek-aspek dunia yang mewakili. Hubungan abstrak antara dua dunia ini
boleh digambarkan seperti berikut:

Perwakilan boleh didefinisikan sebagai Sebarang tatarajah huruf, imej atau


objek konkrit yang boleh melambangkan atau mewakilkan sesuatu yang lain.
Perwakilan adalah perlu bagi pemahaman konsep dan hubungan matematik
murid. Perwakilan membenarkan murid mengkomunikasikan pendekatan,
perdebatan dan pemahaman matematik kepada diri mereka sendiri dan kepada
orang lain. Perwakilan membenarkan murid untuk mengenal hubungan antara
konsep yang berkaitan dan mengaplikasikan matematik kepada masalah yang
realistik.
Perwakilan adalah satu komponen yang penting dalam perkembangan
pemahaman secara matematik dan pemikiran kuantitatif. Tanpa perwakilan,
matematik secara keseluruhannya adalah abstrak, sebahagian besarnya adalah
falsafah, dan barangkali tidak dapat didekati oleh sebahagian besar daripada
populasi. Dengan perwakilan, gagasan matematik boleh dibentuk model,

hubungan penting boleh dihuraikan, dan pemahaman dirangsang melalui satu


pembinaan dan urutan teliti bagi pengalaman dan pemerhatian yang sesuai.
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia,
2012

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH


MENENGAH
DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS SLOT 4
Tajuk

Kefahaman Konseptual Melalui Kemahiran Proses Matematik

Topik

Kefahaman Konseptual Melalui Kemahiran Proses Matematik

Masa

2 jam

Personel

Fasilitator

A. Objektif
Pada akhir sesi peserta dapat:
1. Menganalisis kemahiran-kemahiran proses matematik dalam keratan (vignette)
PdP,
2. Mereka bentuk aktiviti PdP matematik yang berfokus kepada kefahaman
konseptual melalui kemahiran proses matematik.
B. Kandungan Pengajaran
1. Contoh-contoh aktiviti PdP kefahaman konseptual melalui kemahiran proses
matematik.
2. Pelbagai cara mengaplikasikan kemahiran proses matematik untuk belajar
matematik
C. Kaedah
1. Aktviti hands-on: Mengalami aktiviti PdP kefahaman konseptual melalui

kemahiran proses matematik secara hands-on


2. Kritikan keratan (vignette) PdP: Menganalisis serta mengkritik rakaman video /

penulisan keratan (vignette) PdP


3. Rumusan: Cara-cara mengaplikasikan kemahiran proses matematik untuk PdP

matematik yang berfokus kepada kefahaman konseptual


4. Kerja kumpulan: Mereka bentuk contoh aktiviti PdP kefahaman konseptual

melalui proses matematik

D. Bahan Pengajaran
1. Edaran aktiviti hands-on.
2. Slaid PowerPoint
3. Keratan PdP (video & penulisan)
E. Alatan
1. Komputer riba berserta external speaker
2. Projektor LCD
F. Penilaian
1. Pemerhatian berterusan
2. Interaksi secara lisan
3. Analisis hasil kerja kumpulan
G. Rumusan/Refleksi
Berdasarkan hasil analisis keputusan penilaian

Aktiviti 1 : Kemahiran Proses Matematik


1. Berpandukan Lampiran S4L1, peserta kursus diminta menganalisa dan
berbincang bersama pasangan tentang respon murid berkaitan kemahiran
proses matematik.
2. Perbincangan tentang

fenomena

yang

berlaku

berkaitan

dengan

kemahiran proses matematik. Cadangan perbincangan dilakukan secara


Think-Pair-Share.

Aktiviti 2: Akhbar Dalam Bilik Darjah


1. Perbincangan tentang penggunaan akhbar dalam bilik darjah.
2. Peserta kursus menghasilkan bahan pembelajaran terarah kepada
kefahaman konseptual melalui proses matematik menggunakan akhbar
(rujuk Lampiran S4L2).
3. Setiap kumpulan membentangkan hasil kumpulan masing-masing.
Cadangan pembentangan dengan menggunakan Kaedah Gallery Walk.

Aktiviti 3: Soalan rutin dan bukan rutin


1. Fasilitator berbincang dengan peserta kursus makna soalan rutin dan
soalan bukan rutin dan peranannya dalam meningkatkan kefahaman
konseptual murid.
2. Berpandukan soalan rutin dalam Lampiran S4L3, peserta kursus
menganalisis soalan rutin dan menukarkannya ke soalan bukan rutin.
Peserta kursus diminta memberi sebanyak mungkin contoh soalan bukan
rutin.
3. Peserta

kursus

bertukar-tukar

hasil

pembentangan secara kumpulan besar.

kerja

mereka.

Cadangan

Aktiviti 4: Vignette
1. Peserta kursus diminta menganalisis serta mengkritik vignette (situasi
PdP) mengenai aplikasi kefahaman konseptual melalui proses matematik
secara berkumpulan (rujuk Lampiran S4L4).
2. Hasil kerja kumpulan dibentangkan dan dibincangkan
3. Fasilitator

berbincang

dengan

peserta

kursus

berkaitan

rumusan

keseluruhan keseluruhan slot yang telah dijalankan. Fokus kepada aktiviti


kolaboratif yang telah dijalankan, kefahaman konseptual, kemahiran
proses matematik dan contoh-contoh aplikasi penerapan di bilik darjah.
Aktiviti 5: Reka bentuk aktiviti PdP
1. Peserta dibahagikan kumpulan yang terdiri daripada 4 orang. Setiap
kumpulan ditugaskan menghasilkan contoh aktiviti PdP Tingkatan 4 yang
menekankan kefahaman konseptual melalui proses matematik.
2. Hasil kerja kumpulan dibentangkan. Cadangan pembentangan ialah
melalui kaedah Two-Stay, Two-Stray.
3. Fasilitator membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan.

Lampiran S4L1
Arahan:
1. Berikut adalah respon murid berkaitan soalan yang diberikan. Apakah
pandangan anda tentang kemahiran proses matematik dan kefahaman
konseptual murid yang ditunjukkan dalam respon tersebut?.
Soalan:
23

15

25

20

Nombor manakah yang berbeza? Mengapa?

Antara jawapan murid :


15. The number is UGLY
15. The number does not belong to the group
15. Hanya nombor ini sahaja mempunyai bilangan 1
20. Nombor itu ganjil
23. Not same with the other numbers
23. It is an odd number
23. Apabila dibahagi dengan 5 akan ada baki, nombor-nombor lain
tidak
ada baki

Lampiran S4L2

AKHBAR DALAM BILIK DARJAH

Pembelajaran matematik melibatkan aktiviti-aktiviti yang melebihi daripada


pengetahuan asas tentang fakta, kemahiran dan prosedur. Ia memerlukan
struktur konseptual dan sikap penghargaan terhadap matematik (Noraini Idris,
2001). Aktiviti yang dirancang perlu meningkatkan minat murid dan dapat
merangsang murid terhadap proses matematik yang perlu dilalui. Penggunaan
akhbar dalam bilik darjah sering dikaitkan dengan mengajar mata pelajaran
bahasa. Bincangkan dalam kumpulan anda bagaimana akhbar boleh digunakan
sebagai bahan bantu belajar murid. Terangkan bagaimana kemahiran proses
matematik dapat dikembangkan menggunakan bahan tersebut.

Lampiran S4L3
Problems can be solved using methods familiar to students by replicating
previously learned methods in a step-by-step fashion. Routine problem
solving stresses the use of sets of known or prescribed procedures
(algorithms) to solve problems
Problems that require mathematical analysis and reasoning; many nonroutine problems can be solved in more than one way, and may have more
than one solution.
(Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2012).
Berdasarkan huraian di atas, tukarkan soalan rutin kepada soalan bukan rutin di
bawah.
SOALAN RUTIN

SOALAN BUKAN RUTIN

Contoh:
Lorekkan kawasan bagi
rajah di bawah.

A
B

bagi

Bina dan lorek sebanyak mungkin


gambarajah Venn bagi mewakilkan
. Terangkan jawapan
anda.

SOALAN RUTIN

Johan telah menjual 60 majalah dan


Chan menjual 80 majalah. Setiap
majalah dijual dengan harga RM 3.60.
Berapakah jumlah wang yang
terkumpul ?

SOALAN BUKAN RUTIN

A
20 cm

15 cm

Hitung panjang AB.

Lampiran S4L4
Cikgu Ahmad ingin memperkenalkan konsep kebarangkalian ujikaji kepada murid
di kelas 4 Mustari. Beliau telah memilih lima orang murid yang dilabelkan A, B,
C, D dan E untuk menjalankan aktiviti membaling 10 gumpalan bola kertas ke
dalam satu bakul sampah yang diletakkan sejauh 4 meter dari garis balingan.
Balingan hendaklah dibuat satu persatu. Seorang murid yang lain diminta
menjadi pencatat dan mencatat di papan putih jumlah

bilangan bola yang

berjaya dimasukkan ke dalam bakul sampah oleh setiap murid A, B, C, D dan E


tadi.
Ketika aktiviti balingan dijalankan oleh murid A, B, C, D dan E, pelbagai karenah
boleh dilihat di kelas 4 Mustari. Ada yang bertepuk tangan, ada yang memberi
nasihat teknik balingan yang betul dan sebagainya. Apabila bola kertas berjaya
dimasukkan ke dalam bakul sampah, ada murid yang bersorak gembira terutama

para penyokong. Ramai juga yang mengeluh kecewa kerana kejayaan murid lain
bermakna kekalahan murid yang mereka sokong.
Setelah semua murid A, B, C, D dan E selesai membuat aktiviti balingan, Cikgu
Ahmad pula melakukan aktiviti tersebut. Jumlah balingan bola kertas yang
berjaya masuk ke dalam bakul sampah hanya mampu mengatasi seorang sahaja
murid. Seluruh murid di kelas 4 Mustari ketawa melihat aksi Cikgu Ahmad.
Seterusnya Cikgu Ahmad meminta semua murid melihat catatan skor balingan di
papan putih (seperti di bawah). Murid diminta mencari peratus jumlah balingan
berjaya kepada jumlah balingan keseluruhan bagi setiap murid A, B, C, D dan E.
Murid
A
B
C
D
E

Jumlah balingan yang


berjaya
9
6
4
1
8

Kebarangkalian peristiwa
balingan yang berjaya

Cikgu Ahmad menerangkan kebarangkalian suatu peristiwa ialah bilangan


kesudahan peristiwa itu dibahagi dengan bilangan kesudahan yang mungkin.
Kebarangkalian boleh ditulis dalam bentuk pecahan, perpuluhan atau peratusan.
Berdasarkan jadual tersebut, Cikgu Ahmad bertanya apakah nilai kebarangkalian
yang paling tinggi dan mengapa? Seterusnya murid diminta berfikir apakah nilai
kebarangkalian yang paling rendah. Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan
dan dengan bertanya soalan-soalan terbuka, Cikgu Ahmad membantu pelajar
mendapatkan

rumusan

formula

kebarangkalian

serta

julat

bagi

nilai

kebarangkalian.
Di akhir pengajaran, Cikgu Ahmad memberi satu situasi peristiwa yang lain.
Andaikan semua murid kelas 4 Mustari itu pergi ke satu Pesta Ria. Seandainya
murid perempuan ingin membawa pulang satu patung beruang panda, antara
murid A, B, C, D dan E, murid manakah yang mereka akan pilih bagi melakukan
balingan bola ke dalam jaring yang disediakan.

Semua murid perempuan

menyatakan mereka akan memilih murid A kerana dia mencatatkan skor yang
paling tinggi. Seterusnya Cikgu Ahmad menerangkan kebarangkalian boleh
dikaitkan dengan kehidupan seharian murid.

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH


MENENGAH
DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS SLOT 5 DAN 6
Tajuk

Kefahaman Konseptual Melalui Kemahiran Proses Matematik

Topik

Slot 5 dan 6: Bengkel Persediaan School Trial Out

Masa

4 jam

Personel

Penceramah

A. Objektif
Pada akhir sesi peserta dapat:

Mengaitkan pemahaman konseptual dan kemahiran proses matematik dalam


menyediakan RPH matematik

2.

Menggunakan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam menyediakan


RPH matematik

3.

Menggunakan elemen pembelajaran abad ke-21 dalam menyediakan RPH


matematik

4.

Menyediakan BBM yang sesuai

B.

Kandungan Pengajaran

1.

Kefahaman konseptual dalam matematik

2,

Kemahiran Proses Matematik

C. Kaedah
1. Perbincangan
Perbincangan tentang: Penyediaan rancangan pengajaran yang mengaitkan
pemahaman konseptual melalui kemahiran proses matematik (rujuk Lampiran Lampiran
S5&6L1)

D. Bahan Pengajaran
1. Modul Kefahaman Konseptual Melalui Kemahiran Proses Matematik
2. Bahan bacaan
E. Alatan
1 Komputer riba
2. Pencetak
3. CD kosong
4. Kertas A4

F. Penilaian
Pemerhatian berterusan

G. Rumusan/Refleksi

Lampiran S5&6 L1
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
KEFAHAMAN KONSEPTUAL MELALUI KEMAHIRAN PROSES MATEMATIK
Tajuk

Topik

Masa

Objektif

Hasil Pembelajaran

Kerangka Aktiviti

Fasa Aktiviti

Cadangan Aktiviti

Catatan

Set Induksi

Huraikan:
Aktiviti yang akan
dilaksanakan

Nyatakan:
Kefahaman konseptual
Kemahiran Proses
Matematik
KBAT
Soalan-soalan utama

Perkembangan

Penutup

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH


MENENGAH
DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS SLOT 7
Tajuk

Kefahaman Konseptual Melalui Kemahiran Proses Matematik

Topik

School Trial Out

Masa

2 jam

Personel

A.

Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat:


1.

Melaksanakan proses PdP di sekolah berhampiran berdasarkan RPH yang telah


disediakan

B.

Kandungan Pengajaran

1.

Kefahaman konseptual dalam matematik

2,

Kemahiran Proses Matematik

C.

Kaedah

1.

Tunjuk-cara

2.

Perbincangan

D.

Bahan Pengajaran
1. RPH
2. Modul Kefahaman Konseptual Melalui Kemahiran Proses Matematik

E. Alatan
1 BBM
2. Borang Pemerhatian PdP

F. Penilaian
Pemerhatian berterusan

G. Rumusan/Refleksi

Lampiran S7L1
INSTRUMEN PEMERHATIAN PdP
SCHOOL TRIAL OUT
KEMAHIRAN
PROSES
MATEMATIK

TINDAKAN GURU

RESPON MURID

PROSES
KEMAHIRAN
MATEMATIK

TINDAKAN GURU

RESPON MURID

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK


SEKOLAH MENENGAH
DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA

MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS SLOT 8
Tajuk

Kefahaman Konseptual Melalui Kemahiran Proses


Matematik

Topik

Anjakan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran

Masa

1 jam

Personel

Fasilitator.

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. membuat refleksi kumpulan terhadap PdP yang dilaksanakan semasa
school trial out ,
2. menghayati kepentingan pemahaman konseptual dan kemahiran proses
matematik dalam PdP,
3. membuat refleksi kendiri terhadap amalan PdP matematik abad ke 21,
4. meningkatkan nilai domain diri dan domain profesion guru matematik.
B. Kandungan Pengajaran
1. Refleksi kumpulan (school trial out) dan refleksi kendiri (anjakan amalan
PdP abad ke-21)
2. Hasil pemerhatian PdP School Trial out
3. Rakaman video School Trial out
4. Nilai profesional kompetensi guru - hubungan interpersonal dan
intrapersonal, kecintaan terhadap profesion dan budaya kerja sepasukan.

c. Kaedah
1. Perbincangan kumpulan tentang :

a) Hasil pemerhatian PdP


b) aspek kekuatan dan aspek penambahbaikan PdP school trial out.
2. Kritikan video : Analisis Pdp semasa School trial out.
3. Pembelajaran Koperatif (JIGSAW) refleksi berkaitan anjakan amalan

PdP abad ke 21
D. Bahan Pengajaran
1. Instrumen pemerhatian PdP yang telah dilengkapkan.
2. Edaran:
a) Bahan bacaan
b) Lembaran JIGSAW
3. Video PdP School Trial Out.

E. Alatan
1. Komputer riba berserta external speaker
2. Projektor LCD
3. Papan tulis
4. Marker
5. Sampul surat
F. Penilaian
1. Pemerhatian berterusan
2. Interaksi secara lisan
3. Pembentangan kumpulan

G. Rumusan / Refleksi
Berdasarkan hasil analisis keputusan penilaian

Aktiviti 1: Refleksi School Trial Out


1. Berdasarkan hasil instrument pemerhatian (rujuk Lampiran S7L1), peserta
berbincang tentang keberkesanan sesi PdP semasa School Trial Out.
Dengan memberi fokus kepada aspek kekuatan dan penambaikan.
2. Perkongsian ilmu baru secara kumpulan besar.

Aktiviti 2: Pembelajaran Koperatif (JIGSAW)


1. Berdasarkan soalan anjakan paradigm (rujuk S8L1), perserta kursus
berbincang secara JIGSAW (rujuk S8L2).
2. Rumusan

secara menyeluruh tentang kefahaman konseptual

kemahiran proses matematik.

melalui

Lampiran S8L1
SOALAN ANJAKAN PARADIGMA
KAD 1
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik perlu menekankan logik dan pembuktian
secara matematik berbanding PdP yang menekankan jawapan guru semata-mata?.
(Teaching and learning mathematics should emphasise logic and mathematical evidence
away from the teacher as for the right answer?)

KAD 2
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik perlu menekankan penaakulan matematik
berbanding PdP yang menekankan prosedur penghafalan?
(Teaching and learning mathematics should emphasise mathematical reasoning away
from merely memorizing procedures?)

KAD 3
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik perlu menekankan membuat konjektur,
mencipta, dan penyelesaian masalah berbanding PdP yang menekankan mencari
jawapan secara mekanikal (prosedural)?.
(Teaching and learning mathematics should emphasise conjecting, inventing, and problem
solving away from mechanical answer-finding?)

KAD 4
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik perlu menekankan perkaitan idea dan
aplikasi matematik berbanding PdP yang melihat matematik sebagai terasing dari aspek
konsep dan prosedur?
(Teaching and learning mathematics that emphasise connecting mathematics, its ideas
and its application away from viewing mathematics as isolated concepts and procedures?)

Lampiran S8L2
Kaedah JIGSAW
1. Pembentukan kumpulan asal ( 4 orang).
2. Kad soalan anjakan paradigm (rujuk S8L1) diedar kepada kumpulan asal
dan seterusnya diagihkan supaya setiap ahli mendapat sekeping kad.
3. Semua ahli yang mendapat kad soalan yang sama berkumpulan di dalam
kumpulan pakar dan membincangkannya.
4. Ahli kembali kepada kumpulan asal dan berkongsi hasil perbincangan dari
kumpulan pakar secara bergilir - gilir.

BIBLOGRAFI
Averbach, Bonnie. (1980). Mathematics: Problem solving through recreational
mathematics. San Francisco, USA: W. H. Freeman & Company.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kajian TIMSS dan PISA. Status pencapaian
Malaysia. Diperolehi dari laman sesawang pada 25 Jun 2013
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/download/HOTs/Status%20Pencapaian
%20Malaysia%20Dalam%20TIMSS%20dan%20PISA.pdf
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012).Kurikulum Standard Sekolah
Rendah: Matematik Tahun 3. Putrajaya: Pengarang
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia (2000). Kajian Antarabangsa Ketiga Matematik dan
Sains Ulangan (TIMSS R). Kuala Lumpur: Pengarang.
Bahagian Teknologi Pendidikan. Pengajaran dan pembelajarn abad ke-21. Diperolehi
dari laman sesawang pada 25 Jun 2013
http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Pengarang.
National Council of Teachers of Mathematics. (2000). Principles and Standards
for School Mathematics. Reston, VA: Author.
Noor Shah Saad & Sazeli Abdul Ghani. Teaching mathematics in secondary
schools: Theories and practices. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Noraini Idris (2006). Teaching and Learning of Mathematics. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Pimm, D. (1987). Speaking mathematically: Communication in mathematics
classrooms. London: Routledge & Kegan Paul.
Rajendran, N. S. (2013). Teaching & acquiring Higher-Order Thinking Skills:
Theory & practice. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Skemp. R. R. (1989). Mathematics in the primary school. London: Routledge
Wong, S. V. (1997). Rekreasi matematik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Zabani Darus. (2012). Status pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA:
Satu refleksi. Diperolehi dari laman sesawang pada 25 Jun 2013
http://education.um.edu.my/images/education/Kolokium%20JPMS
%202012/Sesi%201/%281%29%20Dr%20Zabani.pdf

You might also like