You are on page 1of 2

TALAM TOKYO

Lapisan Bawah
60 g sohon (direndam hingga lembut dan dipotong)
250 g sagu biji (dibasuh dan ditoskan)
100 g kelapa parut putih
400 ml santan perahan kedua
1 tsp garam halus
Cara-cara
Satukan bahan-bahan diatas dan kukus selama 20 minit atau masak dalam loyang (10X10)" yang dialas
kertas plastik (14X14)".
Lapisan atas
113 g tepung kastard
20 g tepung gandum
20 g tepung green pea
700 ml santan (perahan dicampur dengan jus pandan)
250 g gula pasir
4 biji telur
1/4 tsp air abu/air alkali
1/2 tbsp garam halus
1 tsp perasa pandan
pewarna hijau (jika suka)
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan, kacau rata dan tapis
2. Masak diatas api sederhana hingga naik wap
3. Tuang ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 20 minit.

TALAM KELADI
Lapisan Bawah
150 g tepung beras
6 tsp gula pasir
1 tsp garam
700 ml santan (200 ml santan pekat + 500 ml air)
250 g keladi (selepas dikupas)
1 tbs tepung ubi
Cara-cara
1. Keladi dipotong dadu, direbus, dan ditoskan airnya.
2. Tepung beras, tepung ubi, gula pasir, garam dan santan dibancuh rata.
3. Kacay atas api hingga agak pekat, tutpapi dan masukkan keladi kiub tadi.
4. Tuang dan kukus dalam loyang (10X10)" dialas kertas plastik (14X14)"

Lapisan Atas
700 ml santan (perahan pertama) (300 ml santan pekat + 400 ml air)
2 biji telur
150 g tepung gandum
2 helai daun pandan
180 g gula pasir
1/2 tsp garam
1/2 tsp perasa keladi
2 helai daun pandan
sedikit warna ungu
Cara-cara
1. Panaskan sebahagian santan dengan gula, garam dan daun pandan. Keluarkan daun pandan.
2. Sebahagian santan lagi, kisar bersama bahan-bahan lain, masukkan (1)
3. Kacau hingga naik wap atas api sederhana dan tuangkan atas lapisan bawah tadi.
4. Kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.

You might also like