You are on page 1of 22

Mesyuarat KSPPD

MINIT MESYUARAT
KETUA SEKTOR DAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
JABATAN PELAJARAN JOHOR
BIL 1/2012

TARIKH
TEMPAT

:
:

26 28 MAC 2012
HOTEL PRIME CITY, KLUANG

KEHADIRAN
1

ENCIK MOHD NOR BIN A GHANI


Pengarah Pelajaran Johor

PENGERUSI

ENCIK MD HASIDIN BIN HAJI ZAINI


Timbalan Pengarah Pelajaran Johor

TIMBALAN PENGERUSI

ENCIK ABDUL AZIZ BIN HAJI REDWAN


Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah

SETIAUSAHA

PUAN HAJAH SAADIAH BINTI SAID


Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik

ENCIK MD BUANG BIN SAIBANI


Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti

TUAN HAJI SHAHARUDIN BIN HAJI SHARIFF


Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan

ENCIK MOHD ZAMRI BIN SABRAN


Ketua Sektor, Sektor Penilaian Dan Peperiksaan

ENCIK ASARI BIN SAMSURI


Ketua Sektor, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

ENCIK MOHD AZMAN BIN MOHD YUNOS


Wakil Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

10

CIK NORBIHA BINTI BUANG


Wakil Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

11

TUAN HAJI ISHAK BIN MAHBOB


Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
1|Page

Mesyuarat KSPPD

12

PUAN BAHARIAH BINTI TEMU


Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

13

ENCIK MOHD NARAWI BIN MOHAMED ALI


Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling

14

ENCIK AB RAHIM BIN LAMIN


Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat

15

TUAN HAJI BAHROM BIN ALI


Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru

16

TUAN HAJI A MANAF BIN MUSLIMIN


Pegawai Pelajaran Daerah Kluang

17

ENCIK MD DIN BIN HUSSEIN


Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi

18

DATIN HAJAH HASNAH BINTI MD SEM


Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya

19

TUAN HAJI YASMAN BIN JAMSIR


Pegawai Pelajaran Daerah Mersing

20

TUAN HAJI AHMAD BIN OTHMAN


Pegawai Pelajaran Daerah Muar

21

PUAN HAJAH FATIMAH BINTI AHMAD


Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang

22

TUAN HAJI MSDUKI BIN HAJI SHAHRI


Pegawai Pelajaran Daerah Pontian

23

ENCIK YASIRAN BIN MASKOM


Pegawai Pelajaran Daerah Segamat

2|Page

Mesyuarat KSPPD

TAKLIMAT PENGURUSAN
Taklimat Pengurusan Oleh Tuan Haji A Manaf Bin Muslimin, Pegawai Pelajaran
Daerah Kluang dan Tayangan Video Korporat Pejabat Pelajaran Daerah Kluang
1 Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang telah memilih daerah Kluang sebagai tuan
rumah Mesyuarat KSPPD Bil 1/2012. Jawatankuasa Pengelola mesyuarat pada
kali ini telah membuat penambahbaikan dengan menggunakan kemudahan
internet secara langsung bagi mengurangkan penggunaan kertas.
2 Mempelawa ahli mesyuarat menonton tayangan video korporat PPD Kluang yang
bertemakan Senario Pendidikan Masa Kini.
3 Mendoakan semoga semua pemimpin pendidikan negeri Johor dilimpahi
kesihatan yang baik untuk terus menyumbang ke arah kecemerlangan
pendidikan di negeri ini. PPD Kluang akan terus berusaha untuk cemerlang agar
dapat turut menyumbang ke arah peningkatan pencapaian untuk negeri Johor
sekaligus merealisasikan motto Selangkah Di Hadapan.
4 Mewakili seluruh warga pendidikan daerah Kluang mengucapkan terima kasih
dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan semasa
menguruskan mesyuarat kali ini.

AGENDA 1 : PERUTUSAN PENGERUSI

Perutusan Pengerusi oleh Encik Mohd Nor bin A Ghani,


Pengarah Pelajaran Johor
1.1 Mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas atas kehadiran ahli
mesyuarat pada kali ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat KSPPD Bil 1/2012. Menyatakan
rasa bangga dan berbesar hati atas pengorbanan dan komitmen yang
diberikan oleh semua ahli mesyuarat kerana telah menyempurnakan
tanggungjawab dan tugasan sepanjang tiga bulan pertama tahun 2012.
Menyatakan harapan agar semua warga pendidikan terus berusaha dalam
menaikkan nama Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) melalui pencapaian
cemerlang dalam bidang akademik, sukan, kurikulum dan pengurusan
cemerlang di peringkat JPNJ, PPD dan sekolah. Segala yang telah dicapai
adalah hasil kerjasama sepasukan.
Makluman
3|Page

Mesyuarat KSPPD

1.2 Menjelaskan tentang Transformasi Pendidikan Negeri Johor supaya dapat


difahami oleh semua warga pendidikan negeri Johor
1.2.1

Program Transformasi merupakan satu tuntutan perubahan yang perlu


dilaksanakan oleh semua warga pendidikan negeri Johor. Analogi
Lessons of the Geese wajar dijadikan iktibar dalam mendepani tuntutan
perubahan dalam perkhidmatan.

1.2.2

Semua warga pendidikan perlu bersikap positif dalam menjayakan


Transformasi Pendidikan Negeri Johor.
Kreativiti dan inovasi,
kepantasan bertindak dan membuat keputusan, nilai untuk wang dan
integriti hendaklah menjadi amalan.
Pemimpin pendidikan wajar
berperanan untuk memahami, menghayati, menyokong, menjelaskan,
menyebarluaskan dan melaksanakan transformasi tersebut.

1.2.3

Semua guru disaran menjadi pemimpin dan pengurus pendidikan yang


cemerlang dan bermaklumat dalam konteks cemerlang yang
bermaksud go beyond ( melepasi pencapaian sedia ada ) manakala
bermaklumat bermaksud dapat menganalisis data yang ada.
Tindakan : Semua Ahli Mesyuarat

1.3 Memberikan fokus kepada Agenda KPM


1.3.1

Dasar Baru - KSSM, KSSR, MBMMBI, 1M1S, PBS dan Transformasi


Pendidikan Vokasional

1.3.2

Inisiatif Baru - NKRA, Murid Tanpa Dokumen, Sekolah Amanah, Teach


For Malaysia, English Teaching Assistants (ETA) dan Sekolah dalam
Hospital
Makluman

1.4 Mengingatkan semula Fokus Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


1.4.1

Bina Upaya
a
b
c
d

1.4.2

Modal Insan Berkualiti


Program Pembelajaran Sepanjang Hayat
Peningkatan Kualiti Pendidikan
Perluasan Sistem Penyampaian Pendidikan

Pendemokrasian Kecemerlangan
a Peluang kecemerlangan untuk semua murid
b Proses PdP perlu diberikan kepada semua murid
4|Page

Mesyuarat KSPPD
c Kelas tanpa guru perlu diisikan dengan guru ganti
1.4.3

Transformasi Pendidikan Vokasional


a
b
c
d
e

1.4.4

Ke arah mencapai negara maju


Modal insan yang boleh kebekerjaan
Kemahiran Vokasional
Pengalaman Industri
Keusahawanan

Guru Penyayang
a Memiliki sifat kepedulian
b Menjiwai murid merupakan aset penting
c Membudayakan amalan penyayang sifat profesional guru

1.4.5

Gaya Pengurusan
a Client engagement
b Pendekatan memudahkan
c Prinsip keterbukaan
Makluman

1.5 Mengingatkan semua ahli mesyuarat agar sentiasa memberikan fokus kepada
Agenda JPN Johor
1.5.1
1.5.2

Selangkah di Hadapan - Positif membantu menjayakan Transformasi


Pendidikan Negeri Johor
Amalan Baik
a Bekerja dengan ikhlas untuk mencapai Visi dan Misi KPM / JPN /
PPD / Sekolah
b Bekerja dengan mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang untuk
mencapai sasaran Johor terbilang 2015
c Sentiasa menghayati, mengamal dan melaksanakan SKT dan KPI
Jabatan Pelajaran Johor
d Peka terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin
pendidikan negeri dan daerah dalam melaksanakan dasar dan
program KPM/JPN/PPD
Makluman

5|Page

Mesyuarat KSPPD

1.5.3

Penambahbaikan KPI, daripada 15 kepada 14 KPI yang perlu dihayati


dan dilaksanakan, iaitu :a KRA 1 :

Mempunyai pemimpin pendidikan yang berkualiti dan


berintegriti

i KPI 1 :

90% Pengetua dan Guru Besar melaksanakan amalan


Kepimpinan Teragih di sekolah

ii KPI 2 :

Semua 90% sekolah berada pada sekurang-kurangnya


Band 4

b KRA 2 :

Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi


keilmuan, kemahiran dan sahsiah

i KPI 3 :

Semua guru telah dipantau dan memperoleh Skor


Pemastian Standard SKPM2 melebihi 70%

ii KPI 4 :

Menyedia keperluan guru mencukupi dan mengikut


Opsyen

c KRA 3 :

Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi


keperluan global

i KPI 5 :

Mencapai tahap 98% menguasai 3M di sekolahsekolah

ii KPI 6 :

Memastikan 85% murid-murid di negeri Johor telah


melalui pendidikan Prasekolah sebelum memasuki
Tahun 1

iii KPI 7 :

Memastikan 100% pelajar SPM mencapai gred


minimum C dalam Penilaian Kokurikulum Sekolah
Menengah

iv KPI 8 :

Kes disiplin murid dapat dikurangkan di bawah paras


0.01%

v KPI 9 :

Johor Memastikan 95% murid mengikut program 1


Murid 1 Sukan

d KRA 4 :

Mencapai prestasi Cemerlang dalam Pentaksiran dan


Penilaian

i KPI 10 :

Peperiksaan awam meningkat mengikut peningkatan


yang ditetapkan capaian peperiksaan awam
6|Page

Mesyuarat KSPPD

e KRA 5 :

Mempunyai kemudahan Pendidikan yang berkualiti

i KPI 11 :

f KRA 6 :

Semua sekolah dan asrama mempunyai kemudahan


bilik darjah, sukan dan penginapan yang mencukupi,
selesa dan lengkap dengan kemudahan asas (perabot,
peralatan, padang permainan dan utiliti)
Mempunyai sistem Pengurusan yang cekap, berkesan
dan berinovasi

i KPI 12 :

95% sekolah di negeri Johor memperoleh Sijil Audit


Tanpa Berteguran dalam pengurusan kewangan

ii KPI 13 :

Semua sekolah sekurang-kurangnya


satu inovasi

iii KPI 14 :

99% pengurusan aduan pelanggan di pertingkat


secara sistematik

menghasilkan

Makluman
1.5.4

Perancangan Strategik, KRA & KPI Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan
inisiatif Pengarah Pelajaran Johor merupakan instrumen yang boleh
dijadikan panduan bagi menyahut seruan dasar baru kerajaan dan
merealisasikan transformasi pendidikan di Johor kerana perancangan
tersebut seolah-olah seperti satu road map yang menggambarkan
laluan yang perlu ditempuhi untuk sampai ke satu matlamat yang
dicita-citakan.
Makluman

1.5.5

Keberkesanan Sistem Penyampaian


1.5.5.1

Keberkesanan sistem penyampaian dalam pengurusan dan


pentadbiran pendidikan di semua peringkat akan dapat
mengurangkan timbulnya aduan awam. Semua pentadbir
dan pengurus pendidikan di negeri Johor perlu sentiasa
bertanggungjawab mengurangkan berlakunya isu-isu dan
aduan. Pengurusan dan pentadbiran pendidikan masa kini
sedang berhadapan dengan cabaran utama untuk memenuhi
keperluan pelanggan.

1.5.5.2

Kelemahan mengurus keperluan pelanggan menimbulkan


pelbagai aduan awam. Jika tidak diurus dengan segera,
akan menjadi isu, seterusnya menjadi krisis yang boleh
menggugat keharmonian sistem pendidikan negara.
7|Page

Mesyuarat KSPPD

1.5.5.3

Dalam dunia perniagaan global masa kini, keperluan dan


kepuasan pelanggan menjadi fokus utama mereka. Begitu
juga pengurusan dan pentadbiran pendidikan negara, perlu
meletakkan keperluan dan kepuasan pelanggan sebagai
fokus utama dalam amalan kerja seharian.

1.5.5.4

Sistem Penyampaian yang dimaksudkan di sini melibatkan


pelaksanaan yang meletakkan sesuatu pada tempat yang
hak. Penyebaran maklumat dilakukan dengan cepat dan
sistematik. Kepimpinan berintegriti yang diamalkan akan
menentukan kejayaan dasar-dasar kerajaan
Makluman

1.5.6

Program-program Jabatan Pelajaran Negeri Johor


a
b
c
d

Headcount
Audit Akademik
PLAN J
ADaPP
Makluman

1.5.7

Kepimpinan Pendidikan
a
b
c
d
e

Managerial Leadership
Instructional Leadership
Transformational Leadership
Distributed Leadership
Sustainable Leadership
Makluman

1.5.8

Program Pengarah Turun Padang


Program PPKKPS adalah suatu program yang memberi fokus kepada
kualiti kepimpinan dan pengurusan sebuah sekolah.
a Fasa 1 ialah penarafan kendiri audit dokumen sekolah menggunakan
instrumen PPKKPS yang telah dikemaskini melibatkan semua sektor
b Fasa 2 pula melibatkan Program Pengarah Turun Padang ke
daerah- daerah. Hasil perbengkelan akan dibentang dan rumusan
program dibuat oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.
Makluman

8|Page

Mesyuarat KSPPD

1.5.9

Program Bicara Intelek Guru


Bermatlamat untuk menyatukan pemikiran patriotisme guru dan staf
Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap pembinaan sebuah negara
bangsa yang berjaya melalui penyampaian maklumat tentang isu-isu
semasa
Makluman

1.6 Memaklumkan program-program lain yang perlu dijelaskan kepada warga


pendidikan negeri Johor
a
b
c
d
e

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSPK) Tahun 2012


Pelaksanaan Sistem Pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008
Program Pemantauan (berkelompok, kolaboratif dan individu)
Program PROSIDAR (Program Sifar Dadah Sekolah Rendah)
Program Berani Katakan TIDAK pada RAHSIA
Tindakan : Semua Ahli Mesyuarat

1.7 Mengingatkan ahli mesyuarat akan perlunya perkongsian bagi membina


kekuatan untuk meningkatkan kemampuan ke arah kejayaan bersama. Sikap
positif amat perlu bagi membantu menjayakan Transformasi Pendidikan Negeri
Johor.
Makluman

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Mesyuarat bersetuju untuk mengesahkan Minit Mesyuarat KSPPD Bil 4/2011 tanpa
bantahan setelah menerima cadangan dan sokongan berikut:
Cadangan

: Tuan Haji Ahmad Bin Osman


Pegawai Pelajaran Daerah Muar

Sokongan

: Tuan Haji Shaharudin Bin Haji Shariff


Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan

9|Page

Mesyuarat KSPPD

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

Mesyuarat bersetuju menerima maklumbalas tindakan daripada Minit Mesyuarat


KSPPD Bil 4/2011 kecuali perkara-perkara berikut yang memerlukan tindakan
susulan:
3.1 Perkara 3.4 : Majlis Perhubungan PPD Negeri Johor memaklumkan Ujian
Setara Negeri tidak mengikut keputusan mesyuarat KSPPD dan mesyuarat
Kurikulum Negeri. Mohon JPN Johor menyemak semula ujian setara.
Keputusan Mesyuarat : Peperiksaan setara sekolah rendah hanya untuk
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Peperiksaan
setara sekolah menengah pula dilaksanakan untuk Perperiksaan Pertengahan
Tahun tingkatan 3 dan 5, serta Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 2 dan 4
sahaja.
Tindakan : Sektor Pengurusan Akademik
3.2 Perkara 3.5 : Penggunaan Aplikasi Sistem Penempatan Murid Ke
Tingkatan Satu dan Peralihan (ST1P-J) Bagi Semua Murid Tahun 6
Sekolah Negeri Johor.
Keputusan Mesyuarat : Semua PPD diminta menggunakan kebijaksanaan
dalam menguruskan kemasukan dan penempatan murid ke sekolah baru.
Semua pegawai terlibat perlu menerapkan nilai-nilai integriti dengan
memastikan kerahsiaan maklumat berkaitan butiran dan syarat-syarat
kemasukan. Keputusan yang dibuat adalah dalam kawalan Panel Penempatan
Murid dengan mematuhi prosedur sedia ada.
Tindakan: Semua Pejabat Pelajaran Daerah
3.3 Perkara 3.8 : Cadangan Jerayawara (Roadshow) Pengantarabangsaan
Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2011/ 2012
Keputusan Mesyuarat : Sekolah-sekolah digalakkan melaksanakan program
pengantarabangsaan dengan mematuhi prosedur yang berkuatkuasa. Lawatan
pada hari persekolahan tidak dibenarkan bagi mengelakkan pentadbir
meninggalkan sekolah dalam jangka masa yang lama. Walau bagaimanapun
sebarang lawatan dalam negeri dibenarkan dijalankan pada hari persekolahan
dengan kebenaran Jabatan pelajaran Negeri Johor dan Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Tindakan: Semua Pejabat Pelajaran Daerah

10 | P a g e

Mesyuarat KSPPD
3.4 Perkara 3.15 : Kekurangan Pembantu Makmal yang sangat mendesak
(Makmal = 9, jawatan diisi 4 termasuk Ketua Pembantu Makmal)
sekolah 100% aliran Sains Kekurangan Pembantu Makmal yang sangat
mendesak
Keputusan Mesyuarat : Penempatan akan dilaksanakan pada bulan April atau
Mei
Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan
dan Pembangunan
3.5 Perkara 3.24 : PPD Pontian menerima bil elektrik sekolah dari TNB atas
nama Pengarah Pelajaran Negeri Johor dan Pegawai Pelajaran Daerah
Pontian
Keputusan Mesyuarat : Semua bil hendaklah didaftarkan atas nama Pengetua
/ Guru Besar
Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan
dan Pembangunan
3.6 Perkara 4.3 : Kertas cadangan 04(b) - Program Guru Penyayang oleh Unit
Hal Ehwal Murid. Program tersebut meliputi penggunaan Modul Anda
Diutamakan, Modul Guru Penyayang Dalam Bilik Darjah, Modul Hari
Pertama Perhimpunan, Modul Iklim Sekolah Penyayang, Modul Latihan
Dalam Perkhidmatan Guru, Modul P&P Guru Penyayang, Modul Prihatin
Guru Penyayang
Keputusan Mesyuarat : Program ini tidak dianggap satu program formal dan
memerlukan Jawatankuasa Khas dan protokol khusus tetapi harus
dilaksanakan secara semulajadi. Program ini perlu dijadikan aktiviti Unit Hal
Ehwal Murid agar tidak timbul isu penambahan beban tugas guru
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan
dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah
3.7 Perkara 4.4 : Kertas Cadangan 06(a) - Perluasan Kelas Aliran Agama
(KAA) Menengah Atas 2013 oleh Unit Institusi Pendidikan Agama, Sektor
Pendidikan Islam
Keputusan Mesyuarat : Cadangan diluluskan namun penangguhan dibuat
untuk tingkatan 4 dan 5 kerana berlaku kekurangan kemudahan asrama di
SMK Seri Lalang. Murid akan ditawarkan penempatan di SMK Simpang
Renggam.
Tindakan: Sektor Pendidikan Islam

11 | P a g e

Mesyuarat KSPPD
3.8 Perkara 4.9 : Kertas Cadangan () - Kesesuaian Khidmat Konsultan dalam
Pelaksanaan Perayaaan Hari Guru Peringkat Negeri oleh Pejabat Pelajaran
Daerah Kota Tinggi
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat Induk Perayaan Hari Guru Peringkat
Negeri akan dijalankan pada 4 April 2012 di JPNJ
Tindakan : PPD Kota Tinggi
3.9 Perkara 6.3 : Pengisian jawatan pegawai interim yang telah atau masih
kosong di PPD. Kekosongan sehingga 4 jawatan iaitu Penolong PPD
Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Penolong PPD Pembangunan
Profesional, Penolong PPD Bahasa Melayu (Menengah) dan Penolong
PPD Bahasa Melayu (Rendah) menyukarkan pegawai untuk menjalankan
tugas dengan cekap
Mesyuarat mengambil maklum penjelasan Ketua Sektor
Kaunseling bahawa terdapat daerah yang tidak melantik
Perhubungan. Maka kaunselor pentadbiran telah digunakan
proses penyiasatan kes. Pengisian jawatan tidak mendapat
kalangan guru.

Psikologi dan
Penolong PPD
untuk membantu
sambutan dalam

Keputusan Mesyuarat : Semua PPD diminta mengenalpasti calon dan


lantikan
rasmi akan diuruskan oleh JPN
Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah

AGENDA 4 : LAPORAN BARISAN HADAPAN

Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah membentangkan Laporan Barisan


Hadapan Pendidikan Negeri Johor
Keputusan Mesyuarat : Jika terdapat kekosongan perjawatan di peringkat sekolah
dan PPD, PPD hendaklah menubuhkan panel untuk membuat cadangan lantikan.
Kertas cadangan beserta justifikasi perlu disediakan dan dihantar ke JPNJ / KPM
berdasarkan kategori perjawatan.
Tindakan: Sektor Pengurusan Sekolah
dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah

12 | P a g e

Mesyuarat KSPPD

AGENDA 5 : ISU-ISU PENDIDIKAN

Pengerusi memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat mengemukakan isu-isu


pendidikan untuk dibincangkan
5.1 Ketua Sektor Pengurusan Maklumat
Isu : Penggunaan emel moe yang masih rendah di kalangan pegawai di PPD
dan JPN. Emel tersebut perlu digunakan untuk semua urusan rasmi sekaligus
mengurang penggunaan kertas.
Keputusan Mesyuarat : Semua pegawai di PPD dan di JPN hendaklah
mengaktifkan dan menggunakan emel moe dalam semua urusan rasmi.
Tindakan : Semua Sektor dan Semua PPD
5.2 Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan
Isu : Penolakan tugas oleh guru-guru sebagai pengawas peperiksaan awam
terutama Sijil Pelajaran Malaysia. Data menunjukkan ramai guru menolak
tanpa alasan munasabah.
Keputusan Mesyuarat : Surat lantikan wajib dipatuhi kerana surat tersebut
merupakan arahan rasmi daripada Pengarah Pelajaran Johor. Surat lantikan
perlu diperbaiki supaya lebih jelas dan guru memahami segala klausa sebagai
tugas dan tanggungjawab.
Tindakan : Sektor Penilaian dan Peperiksaan
5.3 Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya
Isu : Kepadatan murid di SMK Kangkar Pulai dan SMK Kulai Besar yang
semakin kritikal berikutan pembangunan kawasan sekitar yang sangat pesat.
Maklumbalas Mesyuarat : Ketua Sektor, Sektor Khidmat Pengurusan dan
Pembangunan memakluman bahawa KPM telah meluluskan pembinaan kabin
dalam jangkamasa terdekat. Cadangan untuk membina sekolah baru di
Bandar Putra, Pulai Perdana dan Pulai Indah, Kulaijaya bagi mengatasi
kepadatan murid di SMK Kangkar Pulai juga telah diajukan ke EPU.
Makluman

13 | P a g e

Mesyuarat KSPPD

5.4 Pegawai Pelajaran Daerah Muar


Isu : Kebanyakan aduan pelanggan awam tidak berasas dan mencadangkan
aduan-aduan yang tidak berasas ini tidak perlu dilayan.
Keputusan Mesyuarat : Semua aduan awam hendaklah disiasat mengikut
prosedur.
Tindakan: Semua Sektor dan Semua PPD

AGENDA 6 : KERTAS CADANGAN

Pengerusi memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat membentangkan kertas


cadangan yang telah didaftarkan kepada urusetia untuk dibahaskan
6.1 Kertas Cadangan 01(A)
PROSES REDEPLOYMEN GURU BERKEMAHIRAN KOMUNIKASI BAHASA
CINA DARI SK KE SJKC
Keputusan Mesyuarat : Kertas cadangan diterima. Tindakan yang perlu
diambil ialah melaksanakan Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan untuk
mengenalpasti jumlah guru yang sanggup kembali ke SJKC. Kajian dan
perbandingan terhadap guru-guru yang ditempatkan di SJKC sama ada
mengajar sepenuhnya mata pelajaran Bahasa Melayu atau gabungan dengan
mata pelajaran lain seperti Pendidikan Jasmani perlu juga dijalankan.
Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah
6.2 Kertas Cadangan 03(A)
PELAKSANAAN PENINGKATAN BUDAYA INOVASI DALAM
PERKHIDMATAN
Keputusan Mesyuarat : Kertas cadangan diluluskan kerana program ini
berkaitan dengan star rating. SJQ diminta melaksanakan program ini untuk
meningkatkan kualiti pengurusan. Inovasi harus memberi penekanan untuk
memudahkan PdP di sekolah. Sijil diberikan sebagai tanda pengiktirafan .
Tindakan : Sektor Jaminan Kualiti
dan Sektor Pengurusan Akademik

14 | P a g e

Mesyuarat KSPPD

6.3 Kertas Cadangan 04(A)


SISTEM PENGURUSAN REKOD KES PELAJAR DIBUANG SEKOLAH
eR PELAJAR )

Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan cadangan diterima. Pihak


pelaksana perlu membuat penambahbaikan dan memastikan agar program ini
tidak menambah beban kerja guru. Kertas cadangan ini dilihat baik kerana
mempunyai akses dengan data SSDM dan membolehkan pegawai
perhubungan polis mengakses data dengan mudah. Tindak ikut kepada
analisis boleh diteruskan dengan memberi cadangan program program
pembangunan insan.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan
dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah
6.4 Kertas Cadangan 04(b)
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
(SMPPD)
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan agar cadangan tersebut
diluluskan. Juga dicadangkan supaya aplikasi ini digabungkan dengan data
eRPelajar. Secara tidak langsung ia akan meminimumkan jumlah sistem
aplikasi dalam talian. Kawalan dan kerahsiaan maklumat perlu diambil kira.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan
6.5 Kertas Cadangan 08(A)
PELAKSANAAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA PEMIMPIN-PEMIMPIN
PELAJAR 2012 ( JOHOR INTERNATIONAL STUDENT LEADERS
CONFERENCE )
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan agar cadangan diluluskan
tetapi permohonan rasmi perlu dibuat dan dimaklumkan secara bertulis kepada
KPM. Kertas kerja terperinci perlu disediakan agar maklumat dan masalah
pengisian markah tahap antarabangsa ke dalam sistem akan dibawa ke
peringkat KPM oleh pihak pengurusan tertinggi JPNJ.
Tindakan : Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

15 | P a g e

Mesyuarat KSPPD

6.6 Kertas Cadangan 08(C)


PENUBUHAN INSTITUT LATIHAN (ANTARABANGSA) KEPIMPINAN
PELAJAR, JOHOR ( JOHOR INTERNATIONAL INSTITUTE OF
LEADERSHIP JIISL )
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan agar cadangan diterima
sepenuhnya.
Tindakan : Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
6.7 Kertas Cadangan 10(A)
SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN JOHOR (SPPJ)
Keputusan Mesyuarat : Kertas cadangan diluluskan dan semua aplikasi di
bawah JPNJ hendaklah menggunakan satu sumber data, tetapi aplikasi yang di
bawah kendalian KPM hendaklah dirujuk kepada pihak EPRD.
Tindakan : Sektor Pengurusan Maklumat
6.8 Kertas Cadangan 12(A)
PENGINAPAN SEMENTERA PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5 DI KUARTERS
INSTITUSI PENDIDIKAN (KIP) SMK DATUK MENTERI
Keputusan Mesyuarat : Kertas cadangan tidak diterima kerana terdapat
pelbagai kekangan seperti pengurusan sumber manusia, perjawatan dan
peruntukan.
Tindakan : PPD Batu Pahat
6.9 Kertas Cadangan 15(A)
PENGHEBAHAN BAHAN MUAT TURUN BERPUSAT
Keputusan Mesyuarat : Kertas cadangan diluluskan.
Tindakan : Sektor Pengurusan Maklumat
dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah

16 | P a g e

Mesyuarat KSPPD

6.10 Kertas Cadangan 16(A)


MEMPERUNTUKKAN SEBUAH RUMAH GURU YANG TIDAK DIDUDUKI DI
SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA KEPADA PERSATUAN PESARA
GURU DAERAH KULAIJAYA
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan supaya cadangan diterima
sepenuhnya. Permohonan rasmi oleh persatuan tersebut perlu dibuat melalui
PPD dan perlu diajukan ke JPNJ. Namun, persatuan harus bertanggungjawab
terhadap beberapa terma dan syarat seperti bayaran utiliti, kawalan
keselamatan dan pelbagai tawaran menarik sebagai sokongan permohonan.
Tindakan : PPD Kulaijaya
6.11 Kertas Cadangan 20(A)
PERUNTUKAN TAMBAHAN BAGI KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN
PENCEGAHAN UNGGAS
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan agar kertas cadangan yang
lebih terperinci dimajukan seperti nama sekolah dan tahap kritikal kes terhadap
kesihatan dan keselamatan murid. Dokumen bergambar perlu dilampirkan.
Tindakan : PPD Pontian
6.12 Kertas Cadangan 21(B)
PERMOHONAN PENURUNAN KUASA KELULUSAN PUNGUTAN WANG
DARI KUMPULAN WANG SEKOLAH ( KHUSUS BAGI GURU-GURU
BERKEPENTINGAN KEPADA MURID )
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan kertas cadangan ini perlu
ditangguhkan dan akan dirujuk kepada unit kewangan untuk mendapatkan
pandangan yang lebih jelas.
Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
dan PPD Segamat

17 | P a g e

Mesyuarat KSPPD

AGENDA 7 : KERTAS MAKLUMAN

Pengerusi memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat membentangkan kertas


makluman yang telah didaftarkan kepada urusetia untuk dibahaskan
7.1 Kertas makluman 01(A)
MAKLUMAT PENGURUSAN SEKOLAH
Mesyuarat mengambil maklum
7.2 Kertas Makluman 01(B)
MAKLUMAT PROGRAM RINTIS REHAT AWAL BAGI MURID TAHUN 1
NEGERI JOHOR 2012
Mesyuarat mengambil maklum
7.3 Kertas Makluman 02(A)
PERLAKSANAAN PROGRAM ENGLISH TEACHING ASSISTANT (ETA) 2012
Mesyuarat mengambil maklum
7.4 Kertas Makluman 02(B)
LINUS : KEPUTUSAN SARINGAN 6 DAN 3 SARINGAN KHAS
Keputusan Mesyuarat : Semua PPD mesti bertanggung jawab terhadap
ketepatan dan kesahihan maklumat yang dikemukakan
Tindakan : Sektor Pengurusan Akademik
dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah
7.5 Kertas Makluman 03(A)
LAPORAN PENCAPAIAN ANUGERAH TAWARAN BARU GURU BESAR
NEGERI JOHOR 2011
Keputusan Mesyuarat : Pengerusi memutuskan semua yang layak
menerima imbuhan tawaran baru telah menerimanya sebelum program Pengarah
Turun
Padang
Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

18 | P a g e

Mesyuarat KSPPD
7.6 Kertas Makluman 04(A)
PELAPORAN PROGRAM RAHSIA UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN HINGGA 09 MAC 2012
Mesyuarat mengambil maklum
7.7 Kertas Makluman 04(B)
PELAPORAN PROGRAM TASK FORCE MENANGANI GEJALA SALAH
LAKU SOSIAL REMAJA UNIT HEM, SPK SEHINGGA 09 MAC 2012
Mesyuarat mengambil maklum
7.8 Kertas Makluman 05(A)
PENGGUNAAN REKOD SPPBS DALAM PENAMBAHBAIKAN PBS MULAI
TAHUN 2012
Keputusan Mesyuarat : Sektor Penilaian dan Peperiksaan diarahkan supaya
mengambil tindakan sewajarnya agar tiada perkara berbangkit pada masa
depan
Tindakan : Sektor Penilaian dan Peperiksaan
7.9 Kertas Makluman KM 05(B)
KERTAS PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012
Keputusan Mesyuarat : Semua guru yang dilantik wajib patuh arahan, guru
boleh dipanggil bertugas sepertiga daripada cuti, jika enggan beri surat tunjuk
sebab.
Tindakan: Sektor Penilaian dan Peperiksaan
7.10 Kertas Makluman KM 07(A)
ARAHAN BERTUGAS BAGI MENGGANTIKAN GURU BEREDAR DENGAN
PENGWUJUDAN JAWATAN GURU TAMBAHAN PENDIDIKAN ISLAM
Keputusan Mesyuarat : Semua PPD diminta mengeluarkan surat arahan
bertugas kepada guru Pendidikan Islam ke SJK demi kepentingan murid.
Tindakan: Semua Pejabat Pelajaran Daerah

19 | P a g e

Mesyuarat KSPPD
7.11 Kertas Makluman 08(A)
INOVASI : PERMOHONAN SECARA ON-LINE BANTUAN YURAN MURID
PRASEKOLAH SWASTA 2012
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat telah meluluskan Inovasi yang dibuat
dan diminta dipanjangkan ke Sektor Pengurusan Maklumat untuk didaftarkan di
KPM.
Tindakan : Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
7.12 Kertas Makluman 10(A)
PERLAKSANAAN PROJEK 1 BESTARINET SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI
JOHOR
Mesyuarat mengambil maklum
7.13 Kertas Makluman 11(A)
FOKUS UTAMA PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 2012
Mesyuarat mengambil maklum
7.14 Kertas Makluman 12(A)
PUSAT LATIHAN DAN KEPIMPINAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH
BATU PAHAT PLK PPDBP
Mesyuarat mengambil maklum
7.15 Kertas makluman 13(A)
PROGRAM LESTARI KECEMERLANGAN UPSR TAHUN 2012 PEJABAT
PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
Mesyuarat mengambil maklum
7.16 Kertas makluman 16(A)
KANTIN 1 MALAYSIA
Keputusan Mesyuarat : Beri sokongan kepada dasar kerajaan dan pastikan
logo 1 Malaysia diubahsuai dan kualiti makan dikekalkan
Tindakan : PPD Kulaijaya

20 | P a g e

Mesyuarat KSPPD
7.17 Kertas Makluman 18(A)
ONE STOP DATA CENTER ON-LINE PPD MUAR
Mesyuarat mengambil maklum
7.18 Kertas makluman 19(A)
PROGRAM GENGGAM STRAIGHT A SEKOLAH KAWALAN DAN KELAS
RANCANGAN KHAS PPD PASIR GUDANG
Mesyuarat mengambil maklum
7.19 Kertas Makluman 20(A)
SMK DATO' PENGGAWA BARAT PONTIAN DIANUGERAH SEKOLAH
CEMERLANG KELAB PELABURAN BIJAK PNB
Mesyuarat mengambil maklum.

AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN

8.1 Timbalan Pengarah memaklumkan bahawa PPD Pasir Gudang dan PPD
Kulaijaya telah berjaya mencapai Lonjakan Saujana dalam pendidikan.
Makluman
8.2 Sektor Pengurusan Akademik memaklumkan tiada peruntukan khas untuk
Program English Teaching Assistent (ETA) 2012
Makluman
8.3 Sektor Pengurusan Sekolah memaklumkan bahawa SM Sains Batu Pahat akan
mula beroperasi pada bulan Jun 2012
Makluman
8.4 PPD Kota Tinggi membangkitkan status perkhidmatan pegawai interim yang
berkhidmat di PPD
Keputusan Mesyuarat : Rekod perkhidmatan pegawai yang dipinjamkan
perlu dicatatkan ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan negeri
Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
21 | P a g e

Mesyuarat KSPPD
dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah

AGENDA 9 : UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi menyampaikan ucapan penangguhan mesyuarat KSPPD Bil 1/2012


9.1 Merakamkan ucapan terima kasih kepada Urusetia JPNJ, Warga Pejabat
Pelajaran Daerah Kluang, PUSPANITA PPD Kluang dan semua pegawai dari
Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang dapat melaksanakan tugas dengan
lancar dan cemerlang. Cadangan mesyuarat KSPPD Bil 2/2012 ialah di Johor
Bahru.
9.2 Merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada PPD Kluang kerana
berjaya mengelola perjalanan mesyuarat dengan amat cemerlang.
Pengurusan mesyuarat kali ini boleh dijadikan penanda aras kepada PPD yang
lain.
9.3 Menangguhkan Mesyuarat KSPPD Bil 1/2012, jam 11.00 malam, 27 Mac 2012.

22 | P a g e

You might also like