You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen penting dalam sesuatu proses penyampaian
ilmu di antara guru dan murid. Bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran
,guru dan murid memainkan peranan yang sama penting . Ini bukan sekadar guru sebagai
penyampai maklumat dan murid sebagai penerima maklumat yang pasif tetapi kerjasama
antara keduanya yang menentukan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar dan berkesan.
Guru perlulah membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terlebih dahulu dan
mengikut sukatan pembelajaran bagi membentuk pengajaran tertentu agar objektif pengajaran
dan pembelajaran tercapai. Huraian bagi rancangan pengajaran dan pembelajaran seharusnya
mengikut keperluan murid, maka guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran yang lebih
berkesan.
Diakhiri pengajaran dan pembelajaran dijalankan refleksi digunakan secara intensif di
dalam proses pengajaran. Refleksi dianggap sebagai komponen yang penting di dalam
meningkatkan profesionalisme guru pelatih mahupun guru di dalam perkhidmatan. Tujuan
refleksi dibuat bagi membuat penilaian terhadap murid. Bagi memantapkan lagi pengajaran dan
pembelajaran penambahbaikkan akan dilakukan dengan pemulihan dan pengayaan sesuatu
tajuk.
Kesimpulan, pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang terancang, guru dapat
mengajar dengan lancar tanpa ganguan.
2.0 PENGAJARAN HARIAN
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran yang menjadi satu arahan yang mesti bagi
setiap orang guru di Malaysia untuk merancang dan menyediakan rancangan pengajaran bagi
setiap mata pelajaran yang diajar. Rancangan Pengajaran Harian merupakan terjemahan
Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti
objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu
tercapai. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang
munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa.

You might also like