You are on page 1of 9

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,
Maheram Ahmad, Napisah Karimah Ismail & Rabitah Mohamad Ghazali
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-62-8 (2013), http://www.ukm.my/nun/prosiding.htm

Peranan Hj. Abdullah bin Hj. Sijang dalam Menangani Masalah Ajaran Sesat
dan Khurafat di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan
Nurul Atikah Jamalludin & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Abstrak: Ulama Melayu memainkan peranan yang luas dalam menangani maslahah masyarakat Melayu agar
mereka sentiasa berada di landasan yang benar untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T dalam kehidupan di
dunia dan akhirat. Masalah yang melanda masyarakat Melayu terutamanya yang menyangkut soal akidah
sentiasa menjadi perhatian para ulama. Justeru, muncul ulama-ulama yang penting seperti Hj. Abdullah bin
Hj. Sijang yang memberi sumbangan yang besar untuk memurnikan akidah penduduk di Daerah Port Dikson,
Negeri Sembilan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menjelaskan peranan yang dilakukan oleh beliau
dalam perkembangan dakwah di daerah Port Dikson, Negeri Sembilan terutamanya yang menyangkut
persoalan penularan ajaran sesat dan khurafat dalam kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam di
daerah tersebut. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualitatif menerusi metode
kajian kepustakaan, analisis kandungan terhadap sumber primer dan sumber sekunder khususnya berkaitan
latar belakang dan peranan Hj. Abdullah bin Hj. Sijang serta temu bual yang dilakukan dengan beberapa
individu yang mempunyai kaitan dengan fokus kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Hj. Abdullah
bin Hj. Sijang merupakan seorang tokoh ulama yang meninggalkan jasa yang besar dalam menangani
masalah ajaran sesat dan khurafat yang menular di Port Dickson, Negeri Sembilan.

PENGENALAN
Fenomena kemunculan ajaran sesat dan amalan
khurafat seringkali berlaku dan merupakan satu
gejala sosial yang mengancam kesucian akidah umat
Islam dan menggugat perpaduan ummah.
Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan,
sama ada pada zaman awal peradaban Islam, zaman
pertengahan, sekarang mahupun akan datang.
Paparan isu-isu yang berkaitan dengannya
didedahkan oleh pihak media secara terbuka.
Memandangkan ia berkait rapat dengan agama,
maka perhatian terhadap isu ini wajar diberi
tumpuan. Pelbagai bentuk ajaran sesat dan khurafat
telah muncul dan menular dalam masyarakat Islam.
Gejala penyelewengan akidah ini telah berjaya
mempengaruhi bukan sahaja golongan yang cetek
ilmu pengetahuannya sahaja, malah golongan
professional termasuk mereka yang dalam bidang
agama juga turut terpengaruh. Gejala ini boleh
memesongkan akidah umat Islam yang terpengaruh
dengan golongan yang sentiasa mencari peluang
untuk menghancurkan Islam, di samping golongan
yang mahu memenuhi kepentingan mereka. Gerakan
ini ada yang dijalankan secara terang-terangan dan
ada juga yang bergerak secara halus dan
tersembunyi tanpa disedari. Di negeri-negeri
Melayu, fenomena ini berlaku di merata tempat
termasuklah di negeri Sembilan. Antara tokoh ulama

yang menyumbangkan jasa yang besar dalam


membenteras amalan-amalan yang terkeluar
daripada landasan agama ini ialah Hj. Abdullah bin
Hj. Sijang. Beliau banyak berjasa dalam
memartabatkan agama Islam di Negeri Sembilan.
Peranan yang dimainkan oleh beliau lebih tertumpu
dalam bidang pentadbiran Islam dan dakwah di
Negeri Sembilan.
Biografi Ringkas Hj. Abdullah bin Hj. Sijang:
Tokoh ini merupakan seorang tokoh ulama Negeri
Sembilan yang tidak begitu dikenali ramai di seluruh
Malaysia, akan tetapi beliau amat disegani dalam
kalangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Hal
ini disebabkan oleh sikap beliau yang tidak suka
menonjolkan diri. Namun, ilmu dan peranan yang
dimainkan oleh beliau amat besar dalam
perkembangan pentadbiran Islam dan dakwah di
Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 16 Februari
1915M di Kampung Kanchong, Rantau Negeri
Sembilan. Ayahandanya bernama Hj. Sijang bin
Kulup dan bondanya Rahmah binti Mohd Noh.
Beliau mempunyai empat orang adik beradik iaitu
dua lelaki dan dua perempuan. Mereka ialah Hj.
Mahmud bin Hj. Sijang, Itam bin Hj. Sijang, Hjh.
Fatimah bt. Hj. Sijang dan Rogayah bt. Hj. Sijang.
Namun, hanya seorang sahaja adik beradiknya yang
masih hidup sehingga sekarang iaitu Hj. Mahmud
bin Hj. Sijang yang kini tinggal di Kg. Linsum

331

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Rantau, Negeri Sembilan dan tiga lagi telah


meninggal dunia.1
Beliau merupakan seorang yang sangat
dihormati dan disegani oleh masyarakat setempat
kerana perwatakannya yang baik dan mempunyai
pekerti yang luhur, di samping memiliki ilmu
pengetahuan agama yang tinggi. Ini adalah berkat
hasil didikan yang baik dan sempurna oleh ayahanda
dan bapa saudaranya sejak kecil telah membentuk
keperibadian yang mulia, terdidik dengan didikan
agama dan adab yang tinggi di dalam dirinya. Ketika
berbicara, beliau tidak pernah meninggikan suara
atau bertindak kasar terhadap orang ramai. Beliau
juga terkenal dengan sifat ketegasan dalam hal yang
berkaitan dengan permasalahan agama. Beliau juga
dijadikan sumber rujukan dalam menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan dengan agama. Ini
menyebabkan beliau menjadi tumpuan dan sentiasa
dikunjungi orang ramai di seluruh Negeri Sembilan
termasuk ulama-ulama tempatan seperti bekas mufti
Dato Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad, Sheikh
Fuad Kamaludin al-Maliki, Dato Hj. Mustafa Hj.
Ahmad dan ramai lagi.2 Sheikh Hj. Ahmad bin
Mohd Said iaitu bekas mufti pertama Negeri
Sembilan menyatakan bahawa kehadiran Hj.
Abdullah bin Hj. Sijang merupakan rahmat bagi
masyarakat Negeri Sembilan dan beliau telah
berwasiat kepada anak-anaknya bahawa sekiranya
mereka menghadapi kebuntuan dalam menentukan
hukum maka rujuklah kepada Hj. Abdullah bin Hj.
Sijang kerana beliau adalah gedung ilmu.3
Dari aspek kekeluargaan, Hj. Abdullah bin Hj.
Sijang merupakan seorang suami yang baik dan
penyayang serta amat tegas dalam mendidik anakanak dan ahli keluarganya. Beliau merupakan
seorang yang prihatin dan sentiasa memantau setiap
gerak-geri anaknya serta sering memberikan nasihat
kepada mereka agar menjadi insan yang berguna
kepada agama, masyarakat dan negara. Ini
menjadikan anak-anak beliau sentiasa mendapat
kasih sayang serta berjaya dalam setiap lapangan
hidup mereka. Beliau turut menjadi guru al-Quran
dan guru agama kepada ahli keluarganya. Tambahan
beliau amat menitik beratkan tentang bacaan alQuran terhadap ahli keluarganya. Ini jelas
menunjukkan bahawa beliau seorang yang begitu
teliti dalam pengajaran dan penyempurnaan alQuran yang betul di kalangan ahli keluarganya. 4
Sifat-sifat ketokohan beliau dalam ilmu agama
yang dimilikinya tidak begitu ditonjolkan kerana
sikapnya yang suka merendah diri dan tidak suka
berdebat di khalayak ramai. Sifat ini juga dinyatakan
oleh Hj. Yob bin Harun iaitu merangkap anak murid,
sahabat dan pembantu tidak rasmi Hj. Abdullah bin
Hj. Sijang. Beliau menjelaskan bahawa, pendekatan
yang digunakan oleh Hj. Abdullah bin Hj. Sijang
dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku
ialah secara senyap-senyap tanpa memerlukan
perdebatan sehingga boleh mengaibkan orang lain.

Menurut Hj. Yob bin Harun, Hj. Abdullah bin


Hj. Sijang merupakan seorang yang zuhud sama ada
dalam kehidupan mahupun sikapnya. Beliau
mengutamakan konsep ketuhanan dan tasawuf di
dalam majlis-majlis ilmunya. Disebabkan sifat
zuhudnya, beliau telah menolak beberapa anugerah
yang dicadangkan kepadanya seperti tokoh Maal
Hijrah dan beberapa pingat kebesaran. Penolakan ini
disebabkan beliau merasa terdapat orang lain yang
lebih layak untuk menyandang anugerah tersebut
dan beliau meminta agar diberikan terlebih dahulu
kepada rakan seperjuangannya yang lain.5 Dari
aspek kepimpinan, ketokohan Hj. Abdullah bin Hj.
Sijang dapat dilihat sejak remaja lagi. Ketika belasan
tahun lagi, beliau telah diberi kepercayaan menjadi
siak dan bilal di Masjid Kampung Kanchong, Negeri
Sembilan serta mengajar anak-anak kampung
mempelajari al-Quran. Selain itu, kewibawaan
beliau dapat dilihat ketika memegang jawatan
sebagai kadi di Port Dickson. Beliau sentiasa
berlaku adil kepada semua pihak dan menjalankan
penghakiman secara teliti dengan berpandukan alQuran, al-Hadith, ijma ulama dan kitab-kitab yang
muktabar. Beliau juga sentiasa bermuzakarah
dengan kadi besar dan mufti dalam persoalan yang
mempunyai kemusykilan.
Beliau menunjukkan sikap peramah yang
mudah didekati dan disenangi oleh semua lapisan
masyarakat ketika menjadi penasihat kepada
Jawatankuasa Masjid Jamek Dato Hj. Abdullah
Sijang, Sebagai penasihat, beliau sentiasa
mengingatkan ahli jawatankuasa masjid supaya
membelanjakan wang masjid secara amanah demi
kepentingan jemaah. Oleh itu, program-program
masjid disusun dan dirancang dengan teliti supaya
wang masjid digunakan bagi perkara yang
bermanfaat dan dapat mengimarahkan masjid. Hasil
usaha Hj. Abdullah bin Hj. Sijang bersama ahli
jawatankuasa masjid, pelbagai program dapat
dilaksanakan antaranya ialah kunjungan Muazzin
dari Masjid al-Haram pada tahun 2001 untuk
menyampaikan ceramah kepada penduduk kampung,
kunjungan dan lawatan oleh Dato Seri Abdullah bin
Hj. Ahmad Badawi serta program-program
keagamaan dan kebajikan.6
Hj. Abdullah bin Hj. Sijang seorang yang rajin
dan tidak mengenal erti putus asa. Sifat-sifat inilah
yang menjadikan beliau seorang yang cekal dan
mampu menguasai pelbagai ilmu yang diminatinya.
Keistimewaan yang dimiliki oleh beliau iaitu
pemikiran yang tajam dan ingatan yang kuat
memudahkan beliau menerima setiap yang
dipelajari. Sifat beliau yang tidak mengutamakan
kepentingan sendiri dan tidak mahu bersaing dengan
orang lain menyebabkan beliau kurang dikenali di
luar Negeri Sembilan. Namun, beliau telah
memainkan peranan yang besar dalam pentadbiran
Islam dan dakwah di Negeri Sembilan demi
memperkasakan masyarakat di Negeri Sembilan.

332

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Tokoh ulama yang disegani oleh masyarakat


Port Dickson ini meninggal dunia pada usia 89
tahun, pada 25 Mei 2003M, jam 3:55 petang di
Hospital daerah Port Dickson disebabkan kanser
pankreas.7 Beliau telah disemadikan di tanah
perkuburan berdekatan dengan Masjid Jamek Dato
Hj. Abdullah Sijang. Kehilangan Hj. Abdullah bin
Hj. Sijang sebagai seorang tokoh agama di Negeri
Sembilan amat dirasai oleh masyarakat khususnya di
Port Dickson. Segala asa dan pengorbanan yang
dicurahkan oleh beliau kepada masyarakat Negeri
Sembilan sepatutnya dapat dijadikan teladan oleh
umat Islam demi menjaga maslahah mereka dalam
menghadapi kehidupan sama ada sekarang atau pada
masa hadapan.
Latar Belakang Masyarakat Melayu di Daerah
Port Dickson, Negeri Sembilan: Masyarakat
Melayu di daerah Port Dickson dibahagikan kepada
dua kelompok berdasarkan adat amalan mereka.
Kelompok pertama ialah masyarakat Melayu Mukim
Linggi khususnya di Kampung Linggi dan
kampung-kampung sekitarnya. Mereka adalah
keturunan Bugis generasi kedua Riau yang
mengamalkan adat bernama Adat Linggi atau Adat
Muafakat dan Kebulatan.8 Pada dasarnya orang
keturunan Bugis di Linggi melandaskan kehidupan
mereka atas sistem keturunan nasab bapa atau
patrilineal yang bertentangan dengan sistem
keturunan masyarakat lain di bahagian pedalaman
atau darat Negeri Sembilan yang menjuraikan
keturunan mereka berdasarkan sistem nasab ibu atau
matrilineal. Kelompok kedua ialah masyarakat di
mukim-mukim lain di daerah Port Dickson yang
tidak mengamalkan adat spesifik. Adat mereka
hampir serupa atau bersamaan dengan adat orang
Melayu di negeri-negeri Melayu lain.
Di Port Dickson, masyarakat Melayu
mengamalkan dua bentuk budaya iaitu budaya
Melayu dan budaya Linggi. Budaya Melayu
diamalkan oleh orang Melayu di Mukim Jimah, Port
Dickson, Sirusa dan Pasir Panjang. Budaya mereka
sama dengan orang Melayu di luar Negeri Sembilan.
Bagi Mukim Linggi, masyarakatnya mengamalkan
budaya Linggi yang berasal daripada masyarakat
Melayu berketurunan Bugis. Mereka tinggal di
kampung tradisi di sekitar Pekan Linggi, Kampung
Pengkalan dan Kampung Tampin-Linggi. Hj.
Abdullah bin Hj. Sijang tidak terlibat dalam sistem
Adat Perpatih yang sering berlaku dalam kes
pengagihan harta pusaka. Ini disebabkan daerah Port
Dickson tidak mengamalkan sistem Adat Perpatih.
Maka dengan itu, beliau dapat melaksanakan hukum
faraid secara menyeluruh bagi kes-kes harta pusaka
tanpa wasiat dengan berpandukan formula faraid
daripada Kitab al-Durar al-Luluiyyah.9 Namun,
beliau berhadapan dengan masalah ajaran sesat dan
khurafat yang berpunca daripada sosio-budaya
masyarakat Melayu yang terpengaruh dengan
bomoh, pawang serta animisme yang memberi ruang

kepada pengaruh unsur spritual di dalam pemikiran


mereka.
Ajaran Sesat dan Amalan Khurafat di Daerah
Port Dickson, Negeri Sembilan: Sebelum
kedatangan Islam, manusia menganut fahaman
dinamisme dan anamisme serta menganut agama
yang penuh dengan unsur mistik seperti agama
Hindu dan Budha. Fahaman ini banyak
meninggalkan kesan dan pengaruh yang besar
kepada corak kepercayaan masyarakat Islam di
Malaysia. Pertembungan antara fahaman-fahaman
ini menyebabkan berlakunya sinkretisme 10 dalam
amalan dan keprcayaan masyarakat Islam. 11
Manakala kepercayaan tentang untung nasib dalam
kehidupan orang Melayu-Islam masih berlaku
sehingga kini. Antaranya ialah amalan memuja
semangat tanah, padi dan bertenung nasib masih
dilakukan oleh bomoh atau pawang. Kedatangan
Islam telah berjaya mengubah dalaman masyarakat
Melayu iaitu dari segi kepercayaan, pemikiran,
kebudayaan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, masih terdapat sebahagian daripada
mereka masih berpegang kepada kepercayaan
khurafat dan bidaah yang menjadi kepercayaan
tradisional mereka yang mampu menyelewengkan
akidah umat Islam.
Kewujudan ajaran sesat di Tanah Melayu
bermula sejak abad ke-15M lagi. Ajaran sesat yang
tertua yang dikenal pasti di Tanah Melayu ialah
Ajaran Taslim yang diasaskan oleh Hj. Mohammad
bin Shafie atau lebih dikenali sebagai Hj. Ahmad
Matahari pada pertengahan abad ke-19M di
Kampung Seronok, Seberang Perai, Pulau Pinang
yang wujud dalam bentuk gerakan yang tersusun.
Manakala di Kelantan wujud ajaran sesat yang
dikenali dengan ajaran Subud dan ajaran Martabat
Tujuh yang disebarkan sekitar tahun 1950M hingga
1960-an.12
Ruang lingkup ajaran sesat dan amalan
khurafat adalah luas. Ia mencakupi seluruh aspek
kehidupan manusia seperti aspek kepercayaan, adat,
budaya hidup, muamalat, ibadat, politik, ekonomi
dan sebagainya. Oleh itu, penularan dan
perkembangan ajaran sesat dan amalan khurafat
yang mempengaruhi kehidupan manusia perlu
dibendung daripada berleluasa. Berdasarkan
penyelidikan yang dijalankan oleh Bahagian
Penyelidikan Islam, JAKIM terdapat pelbagai
bentuk ajaran sesat yang tersebar di Malaysia.
Masyarakat Islam di Malaysia masih berpegang kuat
dengan kepercayaan tradisi dan adat istiadat
sehingga mencampur adukkan dengan ajaran Islam.
Ia memberi peluang kepada pendukung ajaran sesat
untuk menyebarkan ajaran mereka. Ditambah pula
dengan amalan syirik, bidaah dan khurafat yang
semakin bercambah dalam kalangan masyarakat
yang jelas bertentangan dengan konsep akidah
Islam.

333

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Masyarakat Melayu yang mendiami Daerah


Port Dickson, Negeri Sembilan juga tidak terkecuali
daripada masalah ajaran sesat dan khurafat. Sekitar
tahun 1948M hingga 1980-an Hj. Abdullah bin Hj.
Sijang berhadapan dengan masalah ini. Antara
ajaran sesat dan amalan khurafat yang dikenal pasti
bertapak di Negeri Sembilan ialah Tariqat
Mufarridiyyah (Ajaran Sheikh Makmun), Ajaran
Qadiani, Tariqat Naqsyabandiyyah, Ajaran Taslim,
Ajaran Ittiba al-Sunnah, amalan Zikir Allah, Tariqat
Nur Zaman, amalan mandi safar, perbomohan dan
amalan animisme.13 Berikut adalah beberapa ajaran
sesat dan amalan khurafat yang berlaku di Port
Dickson yang terpaksa dihadapi dan diatasi oleh Hj.
Abdullah bin Hj. Sijang sepanjang beliau bertugas
sebagai kadi daerah Port Dickson. Antaranya ialah:
(1) Tariqat Mufarridiyyah: Tariqat Mufarridiyyah
diasaskan oleh Sheikh Makmun bin Yahaya. Beliau
dilahirkan di Tanjung Pura, Langkat Sumatera Utara
Indonesia. Tariqat ini muncul pada tahun
1375H/1956M dan masuk ke Malaysia pada akhir
tahun 1960-an, setelah Sheikh Makmun kembali ke
kampungnya dari Makkah. Ada pendapat yang
mengatakan bahawa Sheikh Makmun pernah
menetap lama di Afrika Utara dan dari sanalah
beliau mendapat bahan untuk menyusun tariqat ini. 14
Tariqat Mufarridiyyah mula menular di Port
Dickson di sekitar tahun 1960-an yang dipercayai
dibawa masuk oleh guru-guru agama tentera dan
polis yang pernah berkhidmat di Singapura ketika
Sheikh Makmun melawat Singapura. Pengaruh
tariqat ini amat kuat di kalangan tentera dan polis
kerana ajaran ini boleh dijadikan perisai diri mereka
untuk menjadi kebal dan terhindar daripada sebarang
kecederaan.15 Di peringkat awal, tariqat ini tidak
mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan
Islam sama ada dari segi amalan atau kepercayaan,
namun berlakunya penyelewengan dalam ajaran ini
apabila Sheikh Makmun menggantikan semua wirid
selepas sembahyang dengan zikir Allah sahaja.
Ajaran ini menjadi lebih menyeleweng lagi apabila
Sheikh Makmun mendakwa dirinya sebagai Imam
Mahdi, mengetahui perkara-perkara ghaib, cuba
menunjukkan kebolehan luar biasa dan sebagainya.
Namun, pengaruh Tariqat Mufarridiyyah mula
merosot pada awal tahun 1970-an dan akhirnya
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan
bahawa tariqat ini bertentangan dengan ajaran Islam
pada 21 Februari 1980M.16
(2) Tariqat Nur Zaman: Tariqat Nur Zaman
diasaskan oleh Mohd Nasir Ismail. Beliau berasal
dari Kemboja dan datang ke Malaysia pada tahun
1975M, ketika pihak kerajaan memberi peluang
kepada rakyat Kampuchea yang sedang mengalami
krisis politik. Pengasas tariqat ini mengaku bahawa
dirinya ialah Imam Mahadi manakala murid yang
paling kanan adalah pengikut Nabi Isa. Antara
ajaran tariqat ini ialah tidak perlu bersembahyang

jemaah dan tidak perlu menghadap kiblat. Beliau


turut mendakwa dirinya mempunyai ilmu kebal dari
ilmu dukun, pernah bercakap dengan nabi dan
malaikat serta boleh memahami pelbagai bahasa. 17
Tariqat ini bertapak di Port Dickson pada tahun
1975M. Namun, kepimpinan tariqat ini telah
berpindah ke Rancangan Felda Sungai Lui, Bahau
dan Batu Pahat apabila mendapat tekanan dan
tentangan daripada golongan agama dan masyarakat
setempat di Port Dickson. Pergerakan mereka
menjadi lebih radikal di Batu Pahat apabila mereka
telah melancarkan serangan terhadap Balai Polis
Batu Pahat pada 16 Oktober 1980M. Peristiwa ini
telah mengakibatkan 8 orang terkorban dan 7 orang
cedera di kalangan anggota kumpulan Tariqat Nur
Zaman. Manakala seramai 25 orang tercedera yang
terdiri daripada anggota polis, seorang wanita sarat
mengandung, 6 kakitangan awam balai polis,
seorang budak pejabat dan 2 orang awam yang
sedang membuat laporan.18 Peristiwa tersebut
menandakan berakhirnya Tariqat Nur Zaman pada
tahun 1980M dan ia merupakan tragedi yang akan
diingati sepanjang zaman.
(3) Persilatan Kebatinan Nasrul Haq: Persilatan
Nasrul Haq berasal dari Minangkabau, Sumatera.
Pengasasnya di Sumatera ialah Sheikh Musa
Paradik. Jurusnya ditemui oleh Hj. Johannes
Cheoldi, ketika beliau menunaikan haji di Makkah
dan dipratikkan di Gua Hira dengan seorang
temannya dari Indonesia. Manakala di Malaysia,
Persilatan Nasrul Haq diasaskan oleh Tan Sri Haji
Abdul Samad Idris. Beliau merupakan anak jati
Negeri Sembilan dan pernah menyandang jawatan
sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri
Kebudayaan dan Menteri Belia dan Sukan pada
tahun 1970-an.19 Persilatan ini dibawa masuk ke
Malaysia pada sekitar awal 1970-an. Negeri
Sembilan merupakan antara negeri terawal yang
menerima Nasrul Haq kerana pengasasnya berasal
dari Negeri Sembilan. Nasrul Haq mendapat liputan
dan ikutan yang meluas kerana Tan Sri Samad Idris
merupakan anggota kabinet ketika itu.
Bentuk amalan Nasrul Haq terbahagi kepada
dua, iaitu rohani dan jasmani. Perpaduan di antara
rohani dan jasmani inilah melahirkan perkara luar
biasa. Ilmu kebatinan yang ditonjolkan oleh
kumpulan ini amat hebat contohnya dalam ilmu
kekebalan yang mana mereka mampu mencederakan
musuh tanpa menyentuhnya dan tidak mengalami
sebarang kecederaan ketika melakukan aksi-aksi
yang merbahaya. Walau bagaimanapun, Persilatan
Nasrul Haq telah diwartakan haram oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia pada tahun 1978M.20
Nasrul Haq diharamkan kerana ajarannya
bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya seperti
amalan bersilat dengan memanggil roh, silat
kebatinan tradisional yang bercampur dengan
kepercayaan lain, silat berunsur jampi serapah yang
bertentangan dan banyak lagi.

334

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

(4) Mandi Safar: Amalan mandi safar sebenarnya


diwarisi daripada budaya Hindu. Mengikut
kepercayaan sebahagian masyarakat Melayu, bulan
Safar adalah bulan yang membawa kemudharatan
atau bencana. Mereka mengamalkan mandi safar
atau mandi beramai-ramai di sungai atau pantai yang
dianggap sebagai satu ritual menolak bala pada
bulan Safar serta menghapuskan dosa. Mereka akan
berarak ke destinasi terpilih diiringi dengan alunan
muzik, nyanyian, jampi serapah dan alunan zikir
tertentu. Setelah itu, mereka akan membaca jampi
atau menulis ayat-ayat tertentu di atas kertas lalu
memasukkannya ke dalam bekas berisi air dan
mandi dengannya. Walaupun pengamalannya
semakin terhakis dalam masyarakat Melayu, tetapi
masih ada yang melakukan pembaharuan dalam
upacara ini.21
Dalam konteks sosio-budaya, upacara mandi
safar telah berubah menjadi pesta tahunan yang
menyebabkan berlakunya pergaulan bebas di antara
lelaki dan perempuan, seterusnya menjurus kepada
perbuatan maksiat dan masalah gejala sosial.
Kepercayaan dan amalan mandi safar merupakan
perkara bidaah kerana menurut Islam bulan Safar
adalah sama seperti bulan dan hari-hari yang lain.
Keadaan geografi Port Dickson yang dikelilingi
kawasan pantai menjadikannya sebagai destinasi
peranginan bagi tumpuan orang ramai di samping
dijadikan tempat tumpuan untuk upacara mandi
safar. Oleh yang demikian, peranan golongan ulama
seperti Hj. Abdullah bin Hj. Sijang amat diperlukan
untuk menangani permasalahan yang berkaitan
dengan akidah umat Islam.
(5) Perbomohan dan Amalan Animisme: Dalam
masyarakat Melayu tradisional, institusi bomoh atau
pawang adalah di antara institusi sosial yang
dihormati dan merupakan seorang tokoh kepimpinan
desa yang disegani kerana berupaya mengawal dan
berinteraksi dengan kuasa ghaib. Sebenarnya banyak
amalan perbomohan Melayu bercampur baur dengan
kepercayaan karut dan khurafat. Ada yang
menggunakan medium makhluk ghaib seperti jin
dan mereka mendakwa boleh merawat pesakit tanpa
menggunakan bahan rawatan, atau alatan. Malah
boleh merawat pesakit dari jarak jauh melalui
telefon. Salah satu punca utama masyarakat Islam
begitu mudah terpedaya dengan rawatan tradisional
berbentuk mistik ini kerana sentuhan peribadi dan
karisma para bomoh.
Antara amalan khurafat yang terdapat di Port
Dickson ialah menurun dan serapa, memuja nombor
ekor, bertapa, santau, sihir dan sebagainya. Terdapat
beberapa lokasi yang menjadi tumpuan ramai bagi
aktiviti pemujaan nombor ekor dan menaikkan harta
karun seperti di Tanjung Tuan, Tanjung Agas dan
kuil Hindu yang berhampiran dengan Tanjung Tuan
Resort. Perkara seperti ini barangkali berpunca
daripada sifat malas berusaha dan mencari jalan
mudah mendapatkan kekayaan. Kebergantungan

terhadap bomoh oleh penduduk kampung adalah


untuk mendapatkan bantuan bagi mengubati
penyakit atau ketidaktenteraman yang mereka
hadapi. Dalam masyarakat tani dan nelayan, bomoh
bukan sahaja mengubati mereka yang uzur atau
dirasuk tetapi membantu mereka mengendalikan
upacara tertentu.22
(6) Upacara Penyembahan Menjamu Jin: Amalan
ini dikenali sebagai upacara penyembahan dengan
menyembelih binatang untuk diberikan kepada
makhluk halus. Binatang tertentu seperti kambing,
ayam dan sebagainya disembelih menurut kemahuan
jin sebagai syarat penyembuhan. Binatang berwarna
hitam adalah amat disukai oleh jin-jin dan
disembelih tanpa menyebut nama Allah (s.w.t.) dan
dagingnya diletakkan di tempat tertentu seperti
busut, kubur, telaga, rumah tinggal dan sebagainya.
Di Port Dickson, upacara ini sering diamalkan
oleh golongan nelayan. Upacara menyembah di
beberapa bahagian yang keras dilakukan secara
bermusim atau tahunan untuk memberi makan
kepada penunggu laut agar para nelayan tidak
diganggu. Antara lokasi tumpuan amalan ini ialah
sekitar Tanjung Tuan dan Batu 2 Port Dickson.
Upacara ini jelas bertentangan dengan Islam kerana
terdapat unsur pemujaan, melibatkan bantuan selain
daripada Allah kepada makhluk halus dan
mempercayai kekuatan jin yang dapat memberikan
perlindungan kepada mereka.23
Peranan Hj. Abdullah b. Hj. Sijang dalam
membenteras ajaran Sesat dan Amalan
Khurafat:
Usaha
untuk
membasmi
dan
membanteras ajaran sesat dan amalan khurafat
adalah satu usaha berterusan yang telah dipelopori
oleh generasi awal Islam, para ulama dan diteruskan
oleh pihak berkuasa agama negara dan negeri
sehingga kini. Kini undang-undang digubal bagi
membanteras penyelewengan akidah yang sedang
berlaku.
Pemikiran-pemikiran
Muktazilah,
Qadariyah dan penyelewengan akidah terdahulu
sebenarnya kini masih berleluasa di dalam
masyarakat dalam bentuk yang baru, ia perlu
ditangani dengan dakwah dan penerangan mengenai
akidah Islam yang sebenar.
Menurut Perlembagaan Persekutuan, bidang
kuasa mentadbir perkara yang berkaitan hal ehwal
agama Islam diletakkan dibawah bidang kuasa
negeri. Berlandaskan Jadual ke-9 Senarai 2 Butiran
1 Perlembagaan Persekutuan, setiap negeri
mempunyai undang-undang masing-masing yang
mentadbir hal ehwal orang Islam termasuk hal
membuat undang-undang dan hukuman bagi
mengawal penyelewengan akidah umat Islam.24
Walau bagaimanapun, perlembagaan masih menjadi
undang-undang tertinggi bagi negara berdasarkan
Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan. Ini bererti,
apa jua undang-undang yang berhubung hal ehwal

335

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Islam termasuk hukuman kesalahan jenayah Syariah


masih tertakluk pada undang-undang tertinggi.25
Bagi mentadbir hal ehwal jenayah Syariah,
setiap negeri di Malaysia mempunyai undangundang tersendiri sama ada secara seragam ataupun
tidak. Melalui undang-undang semua Enakmen
Pentadbiran Islam Negeri telah diperuntukkan kuasa
bagi mengawal dan membendung kesucian Islam
dan akidah umatnya dari tercemar atau diseleweng.
Walau bagaimanapun, tidak semua negeri dapat
melaksanakannya dengan licin kerana beberapa
sebab tertentu sama ada tidak mengandungi kuasa
yang cukup dalam menangani urusan berkaitan
kuasa menangkap, menahan atau berkaitan dengan
pengeluaran waran atau kekurangan kakitangan.
Oleh yang demikian, kerjasama daripada semua
pihak termasuk golongan ulama amat diperlukan
bagi membantu menangani permasalahan yang
berkaitan dengan akidah umat Islam ini.
Di Negeri Sembilan, kesalahan ajaran sesat
akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992,
Bahagian IV (Darihal Kesalahan Mengenai
Pencelaan Agama dan Institusinya), seksyen 52 &
53. Jika disabitkan kesalahan, mereka yang terlibat
boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun,
denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya
sekali. Segala dokumen dan peralatan yang berkaitan
dengan sabitan itu hendaklah dirampas dan
dimusnahkan
sebagaimana
diarahkan
oleh
mahkamah.26 Tindakan ini bukan sekadar untuk
memenuhi kehendak undang-undang sahaja tetapi
yang lebih penting ialah di dalam undang-undang
berkaitan dengan ajaran sesat bagaimana ia boleh
digunakan bagi memberi peluang kepada mereka
yang telah tersesat kembali ke pangkal jalan. Ini
bererti pendekatan ajaran sesat ini tidak boleh
disamakan dengan kesalahan-kesalahan jenayah
Syariah yang lain seperti zina, minum minuman
keras dan tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Selain daripada tindakan undang-undang yang
sedia ada, Hj. Abdullah bin Hj. Sijang telah
merangka dan melaksanakan beberapa strategi
pencegahan bagi membanteras fenomena ajaran
sesat dan amalan khurafat yang berlaku di Port
Dickson, Negeri Sembilan sama ada secara individu
atau berkumpulan. Antara langkah-langkah yang
diambil oleh beliau ialah dengan menyebarkan
maklumat kepada orang ramai secara terperinci
mengenai sesuatu ajaran melalui pendidikan formal
dan tidak formal, ceramah, khutbah, seminar serta
meningkatkan aktiviti dakwah bagi menjamin
keberkesanan penerangan kepada orang ramai
mengenai akidah Ahli Sunnah dan Jamaah.
Contohnya, Hj. Abdullah bin Hj. Sijang
bersama sahabat-sahabatnya iaitu Lebai Manan dan
guru-guru agama di Kolej Rejimen Askar Melayu
yang bermarkas di Port Dickson telah merangka
kurikulum agama dan moral bagi angota-anggota

tentera
yang
menjadi
pengikut
Tariqat
Mufarridiyyah. Mereka telah mengadakan kelaskelas agama secara berterusan dengan penekanan
diberikan kepada aspek tauhid dan fiqh bagi
memperkuatkan aqidah anggota tentera. Programprogram keagamaan seperti sambutan Maal Hijrah,
Maulid Nabi, tilawah al-Quran, aqiqah telah
dirangka dan dilaksanakan.27 Beliau juga dijadikan
sebagai rujukan dan kaunselor oleh anggota-anggota
tentera atau polis dalam menangani permasalahan
ajaran sesat dan khurafat.
Hasil kerjasama antara Hj. Abdullah bin Hj.
Sijang dan Lebai Manan, akhirnya pihak tentera
telah mengeluarkan pekeliling, No. KP/JAWAT
CPA(4)/5062/(45) pada 19 Februari 1975, yang
melarang penyebaran ajaran, zikir, tariqat yang baru
dan luar biasa tanpa kebenaran Jabatan Nazir Agama
Tentera. Perjuangan beliau menentang ajaran ini
berakhir dengan kejayaan dan Majlis Raja-raja
Melayu kali ke-117 yang bersidang pada 21 Februari
1980 telah bersetuju dengan pendapat Jawatankuasa
Fatwa. Maka Majlis Kebangsaan telah memutuskan
bahawa Tariqat Mufarridiyyah adalah bertentangan
dengan ajaran Islam dan mereka yang terlibat
dengan ajaran ini hendaklah bertaubat.28
Selain itu, dalam menangani isu persilatan
kebatinan Nasrul Haq, Hj. Abdullah bin Hj. Sijang
telah menggunakan metode atau pendekatan secara
diplomasi dan berhemah. Menurut Hj. Omar bin
Hassan, dalam menentang isu Nasrul Haq, Hj.
Abdullah bin Hj. Sijang telah mengutuskan surat
peribadi kepada pengasas Nasrul Haq iaitu Tan Sri
Samad dan secara tegas beliau menyatakan bahawa
Nasrul Haq adalah haram kerana ajaran dan
amalannya bertentangan dengan ajaran Islam. 29
Peristiwa beliau menghantar surat kepada Tan Sri
Samad yang merupakan seorang menteri Kabinet
yang berpengaruh adalah bukti ketegasan beliau
dalam persoalan akidah. Akhirnya, atas desakan
golongan ulama Majlis Fatwa Kebangsaan
memutuskan bahawa Nasrul Haq diharamkan.
Dalam bidang persilatan, Hj. Abdullah bin Hj.
Sijang turut memperjuangkan seni persilatan
Melayu. Beliau pernah dilantik menjadi penaung
Persatuan Seni Silat Gayung Port Dickson yang
diterajui oleh Hj. Omar Hassan. Beliau juga aktif
dalam kegiatan kebudayaan seperti kompang,
qasidah dan berzanji. Beliau amat menggalakkan
golongan muda menyertainya bagi tujuan riadah dan
kemasyarakatan. Jika terdapat majlis-majlis keraian
di kampung atau Bandar, kumpulan ini akan
dijemput membuat persembahan.30
Di samping itu, kawalan melalui pentadbiran
telah dilakukan dengan menyusun langkah-langkah
pengawalan dan pengawasan yang berkaitan dengan
ajaran sesat dan amalan khurafat iaitu melalui
kajian, penerangan dan dakwah, membentuk
jawatankuasa-jawatankuasa atau pasukan petugas
tertentu serta menyediakan garis panduan untuk guru
agama dan pendakwah bagi langkah pemulihan

336

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

kepada guru dan pengikut ajaran sesat. Oleh itu, Hj.


Abdullah bin Hj. Sijang mengambil inisiatif dengan
membentuk Ahli Jawatankuasa Pencegah Maksiat di
peringkat kampung bagi menangani permasalahan
ini. Jawatankuasa Pencegah Maksiat ini turut
berperanan dalam mencegah perkara khurafat seperti
mandi safar, upacara penyembahan menjamu jin dan
lokasi-lokasi yang dikenalpasti sebagai tempat
upacara pemujaan telah dipantau dan mereka yang
terlibat telah diberi bimbingan agama. Antara lokasi
yang menjadi tumpuan pemujaan ialah di Tanjung
Tuan, Tanjung Agas dan kuil Hindu yang
berhampiran dengan Tanjung Tuan Resort.31
Masjid dan surau memainkan peranan yang
sangat penting dalam membangunkan umat Islam
dan menegakkan tamadun kehidupan mereka. Selain
menjalin rasa persaudaraan sesama Islam, kedua-dua
institusi ini dapat menjamin dan mengekalkan
perpaduan yang menimbulkan rasa tanggungjawab
bersama kepada penduduk setempat. Masjid bukan
sahaja dijadikan tempat beribadat, tetapi juga
sebagai pusat pendidikan, pengajian keagamaan,
ketenteraan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh
itu, Hj. Abdullah bin Hj. Sijang bersama-sama Ahli
Jawatankuasa Masjid Jamek Port Dickson telah
menyusun
strategi
pencegahan
dengan
menggerakkan institusi masjid dan surau dengan
program-program
yang
bermanfaat
seperti
mengadakan muafakat, sembahyang hajat, kenduri
kesyukuran dan sebagainya. Melalui program
tersebut mesej dakwah dapat disampaikan dan nilai
perpaduan ummah di kalangan masyarakat dapat
dipupuk.
Hj. Abdullah bin Hj. Sijang telah memberikan
pemahaman dan penjelasan kepada masyarakat
melalui pelbagai platform bagi memberi kesedaran
dan melakukan perang psikologi kepada pengikut
ajaran sesat melalui pendekatan secara bimbingan
dan kaunseling agar mereka sentiasa berhati-hati
dalam menghadapi pujukan dan pengaruh setiap
usaha yang merosakkan iman. Contohnya, beliau
menjadikan masjid-masjid, surau-surau dan pejabat
agama daerah Port Dickson sebagai tempat untuk
menghimpunkan para pengikut ajaran sesat dan
mereka diberikan nasihat dan bimbingan agama
yang sempurna.
Segala usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh
Hj. Abdullah bin Hj. Sijang bersama-sama ahli
jawatankuasa masjid akhirnya membuahkan
kejayaan apabila masalah ajaran sesat dan khurafat
di Port Dickson, Negeri Sembilan dapat diatasi dan
dikekang dengan jayanya. Usaha yang dilakukan ini
merupakan sokongan kepada undang-undang yang
sedia ada. Kebolehan dan kemampuan beliau
menyusun strategi pencegahan melalui program
penggayaan dakwah yang konsisten jelas
membuktikan bahawa beliau seorang yang
berkaliber dan mempunyai ketinggian ilmu dan budi.
Beliau sentiasa berpegang kepada falsafahnya iaitu
mencegah lebih baik dari memulihkan.

Kesimpulannya, berdasarkan usaha-usaha dan


pendekatan yang telah dilaksanakan oleh Hj.
Abdullah bin Hj. Sijang bersama-sama Ahli
Jawatankuasa Masjid Jamek Port Dickson akhirnya
mencapai kejayaan apabila fenomena ajaran sesat
dan amalan khurafat dapat dibanteras daripada
berleluasa
di
Negeri
Sembilan.
Walau
bagaimanapun, masalah penyelewengan akidah ini
tidaklah dapat dihapuskan dari akar umbinya, namun
langkah-langkah pengawalan dan pelaksanaan yang
dilakukan berjaya membendung masalah ini
daripada
merebak.
Semua
pihak
yang
bertanggungjawab perlu bekerjasama dalam
memantau kemunculan dan pergerakan mereka dari
semasa ke semasa. Selain itu, pemerintah perlu
bertindak dan mendakwa mereka yang terlibat
dengan ajaran sesat serta dikenakan hukuman yang
sewajarnya mengikut bidang kesalahan yang telah
dilakukan. Sama ada pesalah dikenakan hukuman
hudud, qisas atau tazir. Bentuk hukuman seperti ini
adalah perlu bagi menyelamatkan nyawa, aqidah,
harta benda, maruah dan keturunan seseorang.
Memandangkan ketentuan ini dari Allah (s.w.t.),
maka kita perlu yakin dengan Allah (s.w.t.) bagi
melaksanakan
perundangan
yang
telah
ditetapkannya.
Di samping itu, sejauh mana pihak berkuasa
agama dan ketegasan golongan cendekiawan Islam
berani menyanggah anutan sesat fahaman-fahaman
baru atau dikenali sebagai 'isme-isme' yang telah
diserasikan dalam amalan moden ini. Walaupun
terdapat sesetengah ulama yang mengatakan bahawa
haram terhadap fahaman baru tetapi apabila
penganutnya terdiri daripada para pemerintah lalu
berlakunya ketidakadilan. Oleh itu, keberanian dan
ketegasan yang ditunjukkan oleh Hj. Abdullah bin
Hj. Sijang dalam menyanggah gejala syirik dan
khurafat yang melanda fahaman para pemimpin
politik dan amalan Adat Perpatih perlu dijadikan
contoh demi memartabatkan akidah umat Islam.
KESIMPULAN
Kebimbangan kita sebagai umat Islam di negara ini
tentang prospek perkembangan ajaran sesat yang
semakin menular sebenarnya mempunyai asas yang
sangat kukuh. Ia akan membawa kepada suatu
implikasi yang amat besar sekiranya usaha
memerangi ajaran sesat ini dilakukan secara
bermusim. Kesan daripada perkembangan jaran
sesat ini akan membawa kepada terhakisnya iman
dari sanubari umat Islam melalui amalan yang
bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam.
Selain itu ia juga boleh membawa kepada punca
masalah yang lebih besar seperti eksploitasi seks,
penipuan atau pemerasan. Tindakan tegas mesti
dilakukan oleh pihak berkuasa, golongan agama
untuk membendung ajaran sesat daripada sampai ke
tengah masyarakat.

337

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Memandangkan ancaman dan bahaya gerakan


kumpulan ajaran sesat itu, maka pihak berkuasa
agama negara dan negeri perlu melakukan pelbagai
usaha untuk menyelesaikan masalah yang besar ini.
Di samping itu, golongan ulama juga perlu bersamasama dalam menangani masalah ini. Ini dapat dilihat
bagaimana Hj. Abdullah bin Hj. Sijang membanteras
dan mengekang permasalahan ini daripada
berleluasa akhirnya mencapai kejayaan hasil
daripada strategi-strategi pencegahan yang berkesan
dan efisien yang telah diambil. Sumbangan
sebeginilah yang diperlukan demi membantu semua
lapisan masyarakat bagi memberi kesedaran dan
peringatan tentang akidah ahli Sunnah dan Jamaah.
Pendekatan dan langkah pencegahan melalui
pelbagai platform program penggayaan dakwah
merupakan pendekatan yang berkesan dan boleh
diaplikasikan oleh jabatan-jabatan agama.

12

13

14

15
16

NOTA HUJUNG
1

10

11

Anon, Pameran Tokoh Negeri Sembilan


Sempena Sambutan ke-50 Kemerdekaan Negara,
Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Negeri
Sembilan, t.th, hlm. 25.
Temu bual bersama, Mohd Fauzi Abdullah, pada
29 Oktober 2011, Port Dickson, Negeri
Sembilan.
Temu bual bersama, Mohd Murtadza Hj. Ahmad,
Bekas Mufti Negeri Sembilan, pada 14 Mac
2011, Masjid Jamek Dato Bandar Haji Ahmad
Rasah, Seremban.
Temu bual bersama, Siti Tijah Sani, pada 29
Oktober 2011, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Temu bual bersama, Hj. Yob Harun, pada 29
Oktober 2011, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Temu bual bersama, Hj. Zainal Bahari, Nazir
Masjid Jamek Port Dickson, pada 29 Oktober
2011, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Temu bual bersama, Latifah Abdullah, pada 19
Oktober 2011, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Norhalim Hj. Ibrahim, Sejarah Linggi Pintu
Gerbang
Sejarah
Pembangunan
Negeri
Sembilan, Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 1998,
hlm. 3.
Wan Ahmad Arshad, Tokoh Ulama Silam Dato
Haji Abdullah bin Haji Sijang, Jabatan Mufti
Kerajaan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan,
2007, hlm. 28.
Sinkretisme bermaksud fahaman yang dihasilkan
oleh perpaduan atau pemaduan dua aliran atau
agama yang bertujuan memperoleh keserasian,
keseimbangan dan kesesuaian sehingga sukar
untuk memisah dan membeza-bezakannya. Lihat
Badudu & Sultan Mohammad Zain, Kamus
Umum Bahasa Indonesia, Pustaka Sinar
Harapan, Jakarta, 1994, hlm. 1331.
Mahayuddin Hj. Yahaya, Sejarah Perkembangan
Pemikiran Islam dalam Konteks Alam Melayu:

17

18

19

20

21

22

23

24

25
26

27
28

29

30

338

Iktibar untuk Abad Akan Datang, Jurnal


Usuluddin 1, 1993, hlm. 65-66.
Khadijah Mohd Khambali, Analisis Fatwa-fatwa
Usuluddin: Tumpuan Kepada Ajaran Salah, Dlm.
Ahmad Hidayat Buang (pnyt.), Fatwa di
Malaysia, Jabatan Syariah dan Undang-undang
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, 2004, hlm. 189.
Temu bual bersama, Mohd Murtadza Hj. Ahmad,
Bekas Mufti Negeri Sembilan, pada 14 Mac
2011, Masjid Jamek Dato Bandar Haji Ahmad
Rasah, Seremban.
Burhanuddin Abd. Jalal, Ajaran Sesat Satu
Ancaman Terhadap Keselamatan Negara, Kor
Agama
Angkatan
Tentera
Kementerian
Pertahanan, Kuala Lumpur, 1995, hlm. 96.
Wan Ahmad Arshad, 2007, hlm. 41.
Anon, Ajaran Sesat Tarikat Mufarridiah: Ajaran
Syeikh Makmun, Majlis Kebangsaan Bahagian
Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia, Kuala
Lumpur, 1981, hlm. 13-14.
Kamal Amir, Tragedi Batu Pahat, Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur, 1980, hlm. 69-70.
Kamal Amir, Tragedi Batu Pahat. Utusan
Publications &
Distributors Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur, 1980, hlm. 42-43.
Dharmala N.S., Biografi Tan Sri Abdul Samad
Idris. Penyelidikan Budaya Muzium Negeri
Sembilan, Negeri Sembilan, 2003, hlm. 5.
Temu bual bersama, Hj. Yob Harun, pada 3
Februari 2012, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Che Yusoff Che Mamat, Memahami Bidaah dari
Perspektif Islam (Pengenalan, Ancaman dan
Kawalan). Jabatan Pengajian Dakwah dan
Kepimpinan, Bangi, 1999, hlm. 77.
Temu bual bersama, Hj. Yob Harun, pada 3
Februari 2012, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Temu bual bersama, Hj. Yob Harun, pada 3
Februari 2012, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Federal Constitution, International Law Book
Services, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 262-272.
Federal Constitution, 2002, hlm. 21.
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan
1992, Seksyen 52 & 53.
Wan Ahmad Arshad, 2007, hlm. 41.
Anon, Ajaran Sesat Tarikat Mufarridiyyah:
Ajaran Syeikh Makmun, Majlis Kebangsaan
Bahagian Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia,
Kuala Lumpur, 1981, hlm. 14-15.
Temu bual bersama, Hj. Omar Hassan, AJK
Masjid Jamek Port Dickson, pada 3 Februari
2012, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Temu bual bersama, Hj. Omar Hassan, pada 3
Februari 2012, AJK Masjid Jamek Port Dickson,
pada 3 Februari 2012, Port Dickson, Negeri
Sembilan.

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

31

Temu bual bersama, Hj. Zainal Bahari, Nazir


Masjid Jamek Port Dickson, pada 3 Februari
2012, Port Dickson, Negeri Sembilan.
RUJUKAN

Anon. 1980. Buku Cenderamata Perasmian


Bangunan JHEAINS. Seremban: Percetakan
Negeri Sdn. Bhd.
Anon. 1981. Ajaran Sesat Tarikat Mufarridiyyah:
Ajaran Sheikh Makmun. Kuala Lumpur: Majlis
Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia.
Badudu & Sultan Mohammad Zain. 1994. Kamus
Umum Bahasa Indonesia. Jakarta: Pustaka Sinar
Harapan.
Burhanuddin Abd. Jalal (pnyt.). 1995. Ajaran Sesat
Satu Ancaman Terhadap Keselamatan Negara
Kuala Lumpur: Kor Agama Angkatan Tentera
Kementerian Pertahanan.
Che Yusoff Che Mamat. 1999. Memahami Bidaah
dari Perspektif Islam (Pengenalan, Ancaman dan
Kawalan). Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan
Kepimpinan.
Dewan Undangan Negeri Sembilan. 2003. Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan.
Warta erajaan Negeri Sembilan 52 & 53.
Dharmala, N.S. 2003. Biografi Tan Sri Abdul Samad
Idris. Negeri Sembilan: Penyelidikan Budaya
Muzium Negeri Sembilan.
Federal Constitution. 2002. Kuala Lumpur:
International Law Book Services.
Kamal Amir. 1980. Tragedi Batu Pahat. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Khadijah Mohd Khambali. 2004. Analisis Fatwafatwa Usuluddin: Tumpuan Kepada Ajaran
Salah. Dlm. Ahmad Hidayat Buang (pnyt.).
Fatwa di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan
Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya.

Latifah Hj. Abdullah, Anak Hj. Abdullah bin Hj.


Sijang. 2011. Biografi Hj. Abdullah bin Hj.
Sijang, Negeri Sembilan. Temu bual, 19
Disember.
Mahayuddin
Hj.
Yahaya.
1993.
Sejarah
Perkembangan Pemikiran Islam dalam Konteks
Alam Melayu: Iktibar untuk Abad Akan Datang.
Dlm. Jurnal Usuluddin. Jil. 1, Oktober 1993.
Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin, Akademi
Islam Universiti Malaya.
Mohamad Fauzi Hj. Abdullah, Anak Hj. Abdullah
bin Hj. Sijang. 2011. Biografi Hj. Abdullah bin
Hj. Sijang, Negeri Sembilan. Temu bual, 29
Oktober.
Mohd Murtadza Hj. Ahmad, Bekas Mufti Negeri
Sembilan. 2011. Biografi dan Peranan
Hj.
Abdullah bin Hj. Sijang dalam Pentadbiran dan
Dakwah, Negeri Sembilan. Temu bual, 14 Mac.
Norhalim Hj. Ibrahim. 1998. Sejarah Linggi Pintu
Gerbang
Sejarah
Pembangunan
Negeri
Sembilan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Omar Hassan. AJK Masjid Jamek Port Dickson.
2012. Sumbangan Hj. Abdullah bin Hj. Sijang
di Port Dickson, Negeri Sembilan. Temu bual, 3
Februari.
Siti Tijah Sani, Isteri Hj. Abdullah bin Hj. Sijang.
2011. Keperibadian Hj. Abdullah bin Hj. Sijang,
Negeri Sembilan. Temu bual, 29 Oktober.
Wan Ahmad Arshad. 2007. Tokoh Ulama Silam
Dato Haji Abdullah bin Haji Sijang. Negeri
Sembilan: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri
Sembilan.
Yob Harun, Sahabat Hj. Abdullah bin Hj. Sijang.
2011. Pemikiran Hj. Abdullah bin Hj. Sijang,
Negeri Sembilan. Temu bual, 29 Oktober.
Zainal Bahari, Nazir Masjid Jamek Dato Hj.
Abdullah Sijang. 2011. Sumbangan Hj. Abdullah
bin Hj. Sijang Sebagai Kadi Port Dickson,
Negeri Sembilan. Temu bual, 29 Oktober dan 3
Februari

339

You might also like