You are on page 1of 4

KAJIAN RINTIS

GRU6014
(Q)

NO 50. KAJIAN RINTIS


GRU 6014 (Q)
SEMESTER I (2014/2015)
TUGASAN INDIVIDU

NAMA

: MOHD KHAFIZ BIN KARIM

NO. MATRIK

: M20141000632

PENSYARAH

: DR. ABDUL KADIR ARIFFIN

FAKULTI

: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


(FPPM)

KAJIAN RINTIS

TAJUK

GRU6014
(Q)

: KAJIAN RINTIS

DEFINASI
-Kajian rintis hendaklah dijalankan terhadap instrument yang telah dibina
- Merupakan fasa terakhir tinjauan sebelum pengumpulan data bermula

Tujuan Kajian Rintis


-menguji tempoh yang diperlukan untuk menjawab soalselidik
-menyemak semua item dan arahan dengan jelas
-menggugurkan item-item yang tidak menghasilkan data yang diperlukan

Matlamat Kajian Rintis


-mencari masalah dalam soal selidik termasuk soalan yang lemah,
- arahan yang tidak lengkap
- item yang sukar dijawab.

Perkara-perkara yang diambil kira dalam melaksanakan kajian rintis:


- Responden mewakili sample sebenar kajian
- Jumlah Responden tidak ditentukan dengan tepat. Dicadangkan sekurang-kurangnya
25 orang lebih baik antara 50-75 orang
- Data Kajian rintis digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrument
- Untuk ujian baharu, lakukan dua kali kajian rintis

Soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada responden kajian rintis


termasuk:
-Berapa lamakan anda perlukan untuk menjawab soalselidik?
- Adakah arahan jelas?
- Adakah terdapat item-item yang kabur? Jika ada nyatakan item mana dan kenapa?
- Adakah terdapat mana-mana item anda tidak ingin menjawab?
- Pada pandangan anda, adakah terdapat topik utama yang ditinggalkan?
- Adakah keseluruhan (layout) soalselidik jelas dan menarik?

KAJIAN RINTIS

GRU6014
(Q)

- Adakah komen-komen lain yang anda ingin kemukakan?

Kebolehpercayaan Instrumen Kajian


-Setelah Kajian rintis dijalankan, ujian kebolehpercayaan hendaklah dilaksanakan
keatas instrument yang dibina. Kebolehpercayaan Instrumen bermaksud bahawa alat
yang digunakan itu mampu member jawapan yang konsisten. Jika alat itu mengukur
seseorang dalam dua masa yang berlainan, maka jawapan yang didapati adalah sama.
Kebolehpercayaan di sini merujuk kepada kebolehpercayaan item-item stability
instrument. Konsistensi dalaman pula merujuk kepada kebolehpercayaan item-item
dalam sesuatu instrument mengukur sesuatu konstrak yang sama. Kaedah menguji
kebolehpercayaan adalah berikut.
Kaedah menguji kebolehpercayaan dari segi stability-Test-retest
iaitumentadbirkan ujian dua kali (biasanya tempoh masa antara ujian kali
pertamadan kedua ialah 2 minggu) kepada sempel yang sama gunakan pekali
korelasi untuk melihat sejauh manakah terdapat kolerasi yang tinggi. Kolerasi
yang tinggi bermakna stability yang tinggi .
Kaedah menguji kebolegpercayaan dalaman- Ujian Cronbach Alpa.
Berdasarkan keputusan ujian Cronbach Alpa, pertimbangan hendaklah dibuat
terhadap item-item instrument iaitu sama ada untuk :
Mengekalkan Item
Mengekalkan item dengan sedikit perubahan
Mengekalkan item dengan membuat banyak perubahan
Menggugurkan item

Kesahan Ujian
Soalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga mestilah
seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk kandungan yang diajar. Justeru,
soalan yang dibina mestilah menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus.
Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai
contoh, jika pensyarah memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman
membaca berasaskan petikan rencana, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur
kefahaman membaca. Isu kesahan boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu kesahan kandungan,
kesahan gagasan dan kesahan berkaitan criteria

KAJIAN RINTIS

GRU6014
(Q)

KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur.
Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah
mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah
biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai
pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan
pemeringkatan individu dalam kumpulannya.
Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak
sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang
dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep
boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan
pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak
sistematik.

You might also like