You are on page 1of 4

Kek Cheese

Bahan A :
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon - sy guna 2 sudu
besar
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
** butter & cream cheese biarkan pada suhu
bilik
Bahan B :
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecik jus lemon
Cara-cara:

Step 1
Dalam bekas, masukkan susu, butter dan
cream cheese. Cairkan ketiga2 bahan
tersebut dgn kaedah double boiler.
Bila dah cair tutup api. Biarkan sejuk
seketika sebelum di campur dgn bahan lain.
Bila dah sejuk, masukkan tepung superfine
sedikit demi sedikit.
Gaul dgn whisker sampai sebati. Bila dah
sebati, masukkan pula tepung jagung sikit
demi sedikit. Kacau lagi sampai sebati.
Kemudian, masukkan kuning telur. kuning
telur tu aku kacau2 guna garfu je sebelum
di tuang ke dalam adunan. kacau lagi
sampai sebati. Masukkan sedikit garam.
Akhir sekali masukkan jus lemon, kacau
lagi.
Step 2

Dalam bekas yg kering, sila masukkan putih


telor bersama dgn jus lemon tadi. pastikan
bekas tersebut kering tau tanpa ada kesan
minyak atau air.
Putar menggunakan mixer. putar sampai
berbuih-buih (foamy). Lepas tu masukkan
gula sikit demi sedikit sehingga habis. putar
lagi sampai adunan bertanduk (soft peak)
dan berkilat.
Akhir sekali campur adunan step1 dengan
step2 menggunakan kaedah kaup balik.
Bakar pada suhu 160 celsius mengunakan
kaedah waterbath.
Untuk Cream
250g cream cheese
120g susu pekat manis
150ml Whipping cream
Mix semua bahan dia atas hingga sebati

Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar


cheese diparut

You might also like