You are on page 1of 3

1.

1 PENGENALAN
Empayar khalifah Islam Uthmaniyyah wujud selepas tumbangnya empayar
Abbasiah dan berkembang kira-kira enam setengah abad di bawah pimpinan 37
orang sultan. Pada abad ke 18M, empayar Uthmaniyyah telahpun mengalami
kemunduran dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan militer ekoran daripada
keruntuhan nilai-nilai Islam. Peniruan dan pengambilan secara lansung kemajuan
dari Barat dianggap sebagai suatu alternatif yang terbaik bagi menjana semula
kekuatan kerajaan Uthmaniyyah. Sultan Salim III (1789M-1807M) dianggap
pemerintah Uthmaniyyah yang pertama melaksanakan refomasi secara serius
dan proses ini diteruskan oleh pemerintah yang seterusnya sehingga
tertubuhnya negara sekular Turki
1.2

Biadota Ringkas

Nama: Sultan Salim/Selim III bin Sultan Mustafa III (1757M-1774M)


Tarikh Lahir: 24 Disember 1761
Tempoh Pemerintahan: 1789M-1807M
Tarik akhir pemerintahan: Dipecat/digulingkan pada bulan Mei 1807
Tarikh Kematian: 29 Julai 1808 di Istanbul Turki
2.1

PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN SULTAN SALIM III

Pembaharuan yang dilaksanakan oleh Sultan Salim III bercorak menyeluruh


merangkumi aspek politik atau pentadbiran, ekonomi, sosial dan ketenteraan.
Walau bagaimanapun, pemantapan dalam bidang ketenteraan lebih diutamakan.
Sultan Salim III telah memulakan usaha-usaha pembaharuan terutama dari aspek
ketenteraan dan pemerintahan di peringkat pusat dengan bantuan khususnya
daripada Perancis. Aktiviti pembaharuan yang dilakukan banyak adaptasi idea
The New-Order yang diaplikasikan daripada Revolusi Perancis. Pembaharuannya
yang dilakukan bebas dari aspek atau sentimen keagamaan.
2.1.1 pembaharuan dlm Aspek Sosio-politik
Sultan Salim III telah memusatkan pentadbiran di seluruh negara kepada satu.
Dalam pentadbiran baginda, seramai 12 orang menteri telah dilantik bagi
mengagihkan kuasa Perdana Menteri- untuk mengelakn slh guna kuasa
Mewujudkan pelbagai jabatan dengan satu ketua di setiap jabatan. Jabatan Asaf
iaitu merupakan sebuah jabatan Perdana Menteri dan jawatan setiausaha PM
Rais Al-Khutab diwujudkan
Menetapkan jawatan Perdana Menteri hanya boleh bertukar selepas tempoh lima
tahun dan jawatan Gabenor (pasha) di peringkat wilayah dihadkan selama tiga
tahun
Baginda membuka saluran komunikasi di antara Eropah dan pemerintah Elit
Uthmaniyyah. Saluran komunikasi baru yang lebih penting ialah peningkatan
peluang untuk mencipta aliran idea-idea Barat ke dalam Empayar Uthmaniyyah.
Hubungan diplomatik dengan Barat diperluaskan dengan menghantar duta-duta
ke Eropah.

Semasa pemerintahan Sultan Salim III juga untuk pertama kalinya ditubuhkan
kedutaan Uthmaniyyah di London (1793), Vienna (1794), Berlin (1795) dan Paris
(1796).
Dalam aspek pendidikan, sekolah teknikal ditubuhkan bagi melatih para belia
dalam bidang sains dan teknik dari Barat. Contohnya Gazi Hasans Naval
Engineering School dan Engineering School of the Sultan yang telah dibina bagi
mengajar elemen-elemen arithmetik dan geometri selain mempelajari teknik
ketenteraan
2.1.2 Aspek Ekonomi
Mengubah sistem kewangan tradisi dan menghantar wakil-wakil ke luar negeri
seperti ke negara Austria untuk mengkaji tentang sistem kewangan di negara itu
Selain itu, Mengubah sistem pungutan cukai daripada pungutan oleh individu
kepada pungutan yang dikawal secara langsung oleh Pusat
Pperdagangan eksport dalam sektor pertanian dan perlombongan telah
diperluaskan dengan pihak Eropah terutama dalam perdagangan minyak
Sistem Timar atau tanah yang diberi kepada tentera Jenessari dipantau oleh
pegawai-pegawai pusat
Cukai pertanian diwujudkan bagi mengantikan sistem Timar untuk
mengurangkan penyelewangan
2.1.3 Aspek Militer/Ketenteraan

Pembaharuan ketenteraan sangat diberi perhatian oleh Sultan Salim III.


Pentadbiran tentera dikemaskini bagi mengelakkan penyelewengan kuasa oleh
ketua-ketua tentera. Pengagihan kuasa pegawai tentera dilakukan bagi
menghadkan kuasa yang banyak dan sukar dikawal serta mengelakkan
pertindihan kuasa berlaku.
Dana tentera " Irad-I-Cedid " turut diperkenalkan ("pendapatan baru"), yang
datang dari hasil cukai yang dikenakan ke atas sumber sebelum ini untaxed dan
dari rampasan beberapa kali yang pemegang telah tidak memenuhi- dana yg
lebih efesyen
a.

Pembaharuan Tentera Janissari

Tentera yang telah lama wujud iaitu sejak abad ke 14 lagi dan kedudukan mereka
sudah lama kukuh dalam kerajaan Uthmaniyyah. Mereka juga telah diberikan
insentif timar iaitu pemberian tanah sebagai balasan setelah berkhidmat dalam
sesuatu peperangan.
Sultan Salim III membuat keputusan bagi memulihkan semula tentera Janissari
dan menilai semula intensif timar dan diberi kepada yang benar-benar layak
sahaja
Yusuf Pasha dilantik menjadi PM dan memegang tanggungjawab dalam hal-hal
ketenteraan. Pengasingan dilakukan dari segi pentadbiran dan fungsi ketenteraan
bagi setiap pasukan
Peperiksaan dijalankan bagi pemilihan pegawai, perlantikan hanya berdasarkan
keupayaan dan kenaikan pangkat adalah berdasarkan kebolehan- dsini dpt dlihat
pmbhruan drstik dlkukn dlm bdg ktntraan ini
b.

Pembentukan Nizam-i-Cedid

Pada tahun 1807M, Sultan Salim III telah memperkenalkan program baharu
ketenteraan yang digelar Nizam-i-Cedid (Peraturan Baharu) yg mna Program ini
merangkumi latihan, pendidikan, tentera, persenjataan, gaji, uniform dan
sebagainya. Jurulatih dari Britain, Perancis, Sweden dan negara Eropah yang lain
telah dilantik.
Penubuhan Nizam-I-cadid oleh Sultan Salim III ini dibentuk sebagai usaha untuk
mengubahsuai pasukan tentera lama dan mengantikan dengan tentera baru.
Baginda telah memperkenalkan peralatan persenjataan serta latihan ketenteraan
yang baru, menyeliakan sistem pembayaran gaji dan susunan sistem
ketenteraan baru.
Buku-buku Perancis banyak dicetak dan mewajibkan pegawai dan tentera
mempelajari bahasa Perancis dan bahasa asing yang lain
d.

Perubahan Armada Laut

Armada tentera laut diperbesarkan di bawah kendalian arkitek dari Perancis.


Kapal-kapal lama dipermodenkan, sejumlah besar kapal moden dibina mengikut
standard baru seni bina armada laut. Sebagai contoh, sekolah tentera laut di
Haskoy diperbesarkan dan dimodenkan.
Land Engineering School dan Navy Engineering School juga diwujudkan bagi
melatih tentera mengenai teori dan asas mengenai persenjataan. Geometri di
ajar dengan beberapa subjek berkenaan dengan ketenteraan laut
Perubatan bagi tentera laut juga diwujudkan dimana pengasingan dilakukan ke
atas mereka dengan melatih doktor dan pakar bedah bagi mengendalikan
keadaan anggota di atas kapal tentera laut.

You might also like