You are on page 1of 8

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V

5 PISMP AMBILAN JANUARI 2013 IPGKRM


SJKT PORT DICKSON,
71000 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.
(23 APRIL 2015)
LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING
Pada 23 April 2015 bersamaan dengan hari Khamis, Kami telah mengadakan
benchmarking ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson, 71000 Port
Dickson, Negeri Sembilan. Lawatan Benchmarking untuk BIG Fasa 5 ini merupakan
lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah
harapan.Program ini menekankan pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan,
iklim dan infrastruktur di sekolah tersebut.Lawatan ini amat membantu dalam
memberi pendedahan kepada kami, bakal guru, tentang gerak kerja dalam
pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal
tentang tugas guru.
Sekolah ini menjadi pilihan kami dalam menjalankan program penanda aras
kerana sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah Tamil di seluruh negara yang
menjadi perintis program I-think. Kami diberitahu pihak sekolah bahawa daripada 10
buah sekolah yang dipilih di seluruh negara, hanya sekolah ini merupakan sekolah
Tamil yang dipilih.

Kami telah menjalankan program penanda aras ini semasa

menjalani praktikum di sekolah kerana lebih mudah untuk mendapatkan maklumat


dan sesungguhnya laporan yang dinyatakan adalah autentik.
Dalam menjalankan program ini, kami telah meminta kebenaran daripada
pihak sekolah iaitu Guru Penolong Kanan 1 kami. Setelah mendapatkan kebenaran,
kami telah berjumpa dengan guru I-think, Cik.Sri Jeyanthi untuk mendapatkan
maklumat tentang program tersebut. Beliau telah banyak membantu kami dalam
menjalankan program ini dengan member penjelasan tentang program I-think dan
cara-cara I-think diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program I-think yang dijalankan di


sekolah, kami telah membuat lawatan ke beberapa kelas dan juga kawasan sekolah.
Memang wajar dikatakan sekolah tersebut merupakan sekolah perintis kerana guruguru mengaplikasikan carta-carta pemikiran seperti Bridge map, Tree Map dan
lain-lain lagi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Kebanyakan aktiviti
berkumpulan di sekolah dijalankan dengan menyerapkan elemen i-Think agar murid
tahu akan kegunaan setiap carta pemikiran . Setelah menjalankan lawatan kekelaskelas

kami

juga

telah

melawat

ke

bangunan-bangunan

sekolah

seperti

perpustakaan, bilik ICT, bilik prasekolah, bilik pemulihan, bilik BBM, bilik guru dan
akhir sekali bilik mesyuarat. Kesemua bilik di sekolah ini dipenuhi dengan carta
pemikiran I-think untuk member pendedahan kepada semua guru dan juga murid.
Kemudian, sesi penyampaian cenderamata telah diadakan bagi mengakhiri
sesi tersebut. Setelah itu, kami dibawa oleh Encik Ramasamy untuk melihat sekitar
kawasan sekolah. Walaupun sekolahnya agak kecil, fasiliti-fasiliti yang terdapat di
sekolah dapat menampung keperluan 400 orang murid. Sekolah tersebut juga
mempunyai kelas Pendidikan Khas khususnya Masalah Pembelajaran. Akhir sekali,
kami telah mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dalam menjalankan
program penanda aras ini.

ISU / MASALAH (jika ada)


Lawatan ini telah berjalan dengan lancer dan tiada sebarang gangguan atau
masalah yang berlaku.
ANALISIS SWOT
I.

KEKUATAN

Kami dapat mengetahui serba sedikit mengenai sistem pentadbiran


sekolah dan mendalami pengurusan sesebuah sekolah
secara lebih efektif dan terancang.

Guru pelatih dapat menjana idea tentang pelbagai jenis aktiviti yang boleh
dirancang untuk murid-murid.

II.

KELEMAHAN

Tidak berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada Guru Besar semasa


beliau sedang berucap.

Tidak ada kesempatan untuk bertemu dengan Guru Panel Bahasa Inggeris
dan juga murid-murid.

Tidak ada sesi soal jawab antara guru pelatih dan Guru Besar semasa beliau
berucap.

III.

PELUANG

Berpeluang untuk melawat sekolah kluster kecemerlangan dan mengetahui


pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut.

Memberi pendedahan tentang ciri-ciri kepimpinan, pengurusan dan


pentadbiran, iklim serta infrastruktur sebuah sekolah kluster.

IV.

ANCAMAN

Lawatan ini tidak memberikan sebarang ancaman yang berbahaya kepada


guru pelatih.

Refleksi kendiri
Praveen Naidu A/L Kalai Selvem
911110-01-6319
Bersyukur saya kepada Tuhan kerana saya dapat mengikuti disamping
menjalankan Bina Insan Guru Fasa 5 yang telah diadakan pada 23 April 2015
bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson. Matlamat utama kami
ialah melihat dan merasai sendiri bahagaimana pengurusan dan suasana sekolah ini
sehingga memperoleh status sekolah perintis i-think. Saya mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Guru yang
merancang program seumpama ini untuk membina insan seorang guru dalam diri
bakal pendidik. Disamping itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak sekolah yang banyak memberi tunjuk ajar berkenaan dengan
pengurusan sekolah. Tidak dilupa kepada mentor kami iaitu Puan Seethradevi dan
En Rohaizad yang memberi tunjuk ajar kepada kami untuk mengadakan program ini.
Menerusi program ini, banyak kekuatan(strength), kelemahan(weakness),
peluang penambahbaikan (oppurtunity) serta ancaman(threat) yang terpaksa
dihadapi. Antara kekuatan yang boleh saya lihat semasa menjalankan program ini
adalah kami dapat mengetahui serba sedikit mengenai sistem pentadbiran
sekolah

dan

mendalami

pengurusan

sesebuah

sekolah

secara lebih efektif dan terancang.


Bagi kelemahan yang boleh dilihat sepanjang program ini pula, kesibukan
pihak sekolah dengan aktiviti sekolah telah mengakibatkan kami terpaksa memantau
kawasan sekolah tanpa sebarang bimbingan daripada pihak sekolah. Ini
menyebabkan

kami

tidak

dapat

melihat

aspk-aspek

yang

kecil

terhadap

pembangunan dan pengurusan sekolah yang kecil yang mana berkemungkinan


besar merupakan aspek yang penting untuk kami pelajari dari pihak sekolah. Bagi
aspek penambahbaikkan pula, saya melihat bahawa sebarang kelemahan atau
kekurangan yang pihak sekolah telah lakukan dapat dijadikan sebagi peluang untuk
ditambahbaik bagi memantapkan lagi aspek pengurusan sekolah.

Oleh yang demikian , program Bina Insan Guru ini sememangnya mampu
membantu guru pelatih untuk membentuk kependirian sebagai seorang guru yang
baik. Ini kerana segala ilmu yang diperolehi daripada program ini boleh dijadikan
sebagai teladan ketika berada di sekolah kelak bagi membawa perubahan dari
aspek pengurusan sekolah seperti apa yang dipegang oleh guru besar Sekolah
Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson yang memegang prinsip Transformasi yang
Berterusan. Saya juga berharap agar program ini akan terus dijalankan bagi
membentu guru yang berkualiti di masa hadapan.
Disediakan oleh,
________________
(Praveen Naidu)

Refleksi kendiri

KANNAH A/L SURESH


931215-14-6185

Saya Kannah A/L Suresh dari Unit TESL (SJKT) telah berjaya mengambil
bahagian dan menjalani program penanda aras dalam Bina Insan Guru di semester
5 PISMP. Pada tanggal 24 April 2015, saya dan rakan seperjuangan saya
En.Praveen Naidu telah menjalankan program penanda aras iaitu Lawatan
Benchmarking di SJKT Port Dickson. Awal mula pertama mula, ingin saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua tutor kami yang telah
membantu, mengajar dan memberi panduan sepanjang kami menjalani aktiviti ini.
SEBELUM BIG
Pertama sekali, kami telah berbincang dengan pihak sekolah SJKT Port
Dickson bagi melaksanakan aktiviti ini dengan lancar. Dalam perjumpaan dengan
GPK 1,kami menetapkan tarikh dan masa dan mengagihkan tugasan masingmasing. Tutor kami telah memberi nasihat dan bimbingan dari semasa ke semasa
supaya kami dapat menjayakan program ini dengan baik.
SEMASA BIG
Pada hari berkenaan, kami telah ke SJKT Port Dickson. Seterusnya, pihak
sekolah memberi taklimat tentang tugasan yang perlu dibuat. Guru Penolong Kanan
memberi kebenaran kepada kami untuk melawat kawasan sekolah dan bilik darjah.
Kami telah menjalankan lawatan ke bilik darjah dan juga bilik-bilik di sekolah
seperti bilik ICT, bilik pemulihan, perpustakaan dan lain-lain lagi. Semasa
menjalankan lawatan, kami juga berkesempatan mengambil gambar sebagai beban
bukti.

SELEPAS BIG
Kami sangat berharap bahawa tujuan program ini dapat dicapai dengan
sepenuhnya dan berpeluang

dalam mengetahui tentang sekolah perintis I-think.

Selepas program ini dijalankan , kami berbincang perkara yang kurang memuaskan
dan cadangan penambahbaikan bersama tutor. Kami berbincang beberapa perkara
penting.
Membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh
itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di minda agar dapat
menjalankan tugas seorang pendidik dengan jayanya. Pengalaman sesuatu
peristiwa juga menjadikan manusia

lebih berpengetahuan dan berjaya dalam

kehidupan. Ilmu dan pengalaman adalah asas bagi setiap guru melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kemahiran menyampai
(komunikasi), bekerjasama , bertolak ansur, disiplin dan nilai-niali lain juga harus ada
dalam diri seseorang guru yang ingin berjaya. Sesungguhnya, program ini telah
memberi secukup-cukup pengalaman yang agak berharga dan menerapkan nilainilai yang penting untuk menerapkan elemen I-think dalam pengajaran dan
pembelajaran kami.
Dengan mengikuti Program BIG fasa 5, saya memperoleh banyak
pengalaman dan input yang berguna. Saya sangat bersyukur dan gembira kerana
berpeluang mengikuti program ini. Segala input yang saya dapat akan saya gunakan
dalam kehidupan seharian terutamanya semasa bergelar sebagai guru kelak. Ahkir
sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh,
________________
(Kannah A/L Suresh)

You might also like