You are on page 1of 16

PENGGUNAAN PING PONG ABAKUS DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN

BAHAGI MURID TAHUN TIGA

Oleh
Mohd Shaharudin Bin Embok Maksah
Institut perguruan Tun Hussien Onn Batu Pahat
Bob.shaharudin@gmail.com

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu empat orang murid Tahun 3 dalam
meningkatkan kemahiran membahagi melibatkan pengumpulan semula atau tidak melalui
penggunaan ping pong abakus. Kaedah ini melibatkan penggunaan bahan manipulatif dan
aktiviti-aktiviti yang disusun secara berperingkat serta bahan bantu mengajar yang
berbeza bagi menarik minat murid. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
pemerhatian lembaran kerja. Seramai empat orang murid telah dipilih sebagai subjek
kajian berdasarkan pemerhatian lembaran kerja. Data untuk kajian diperolehi melalui
ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan temu bual. Analisis ujian pra dan ujian pasca
mendapati bahawa terdapat peningkatan skor bagi keempat empat subjek. Berdasarkan
hasil pemerhatian dan temu bual, kaedah ini didapati berkesan dalam meningkatkan
kemahiran bahagi dengan mudah. Penyelidik akan mengaplikasikan kaedah ini kepada
murid yang menghadapi masalah yang sama dalam kemahiran bahagi pada masa akan
datang.
Kata kunci : Ping Pong Abakus, bahagi dengan baki atau tidak, bahan manipulatif, Murid
Tahun 3
ABSTRACT
This study was conducted to help four students in improving their skills of division with
or without regrouping using the Ping-pong abacus methody . By using manipulative thing
and different of activities and teaching learning meterials were used to attract attention
from students. Initial survey was carried out through observation on worksheet.Four
students were selected as subject based on the observation from worksheet. Data was
collected through a pre-test, post test, observation and interview. Analysis of pre-test and
post test showed improvement in four subjects result. Based on observation and
interview, this method is found affective for easily enhancing the division with or
without regrouping skill. Hence, the researcher is intended to apply this method to other
student who have the same problems in division skill in the future.
Keywoard : Ping Pong abacus,division with or without regrouping, learning meterial

PENGENALAN
Konteks
Saya merupakan seorang guru keluaran Diploma Perguruan Maktab Perguruan Ipoh
Perak tahun 2001 dan telah ditempatkan di SK Desa Temu Jodoh sehingga kini, tempoh
berkhidmat yang menjangkau 14 tahun banyak memberi impak dari segi pengalaman
secara langsung dan tidak langsung serta memberikan motivasi diri sebagai seorang guru
yang berjuang mendidik anak bangsa.
Kumpulan sasaran kajian tertumpu kepada sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah
Kebangsaan Desa Temu Jodoh,Chaah, Segamat. Subjek kajian terdiri daripada empat
orang murid yang dipilih iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan dari 23 orang
murid kelas Tahun 3 yang berprestasi rendah melalui pemerhatian buku kerja semasa
tajuk bahagi ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan instrumen analisis dokumen, temubual dan juga
pemerhatian bagi tinjauan masalah. Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji telah
mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan dengan masalah ini;
1. Murid tidak dapat menunjukkan prosedur bahagi dalam bentuk lazim dengan betul.

2. Murid melakukan kesilapan meletakkan hasil darab nombor untuk ditolak dengan
nombor yang di bahagi walaupun sifir yang dibina telah betul.

Tinjauan literatur
Menurut Peh Kheng Sat ( 2013 ) , bahagi adalah satu proses pengumpulan sama
banyak atau perkongsian sama rata dan merupakan songsangan bagi proses pendaraban.
Hal ini jelas dibuktikan dalam konsep bahagi yang mewakili tiga perwakilan iaitu
pengkongsian ,pengumpulan sama banyak dan songsangan darab. Berdasarkan kepada
konsep bahagi tersebut , Troutman & Liehtenberg ( 2003) menyatakan ianya
menunjukkan bahawa operasi bahagi berkait rapat dengan operasi darab dan tidak akan
memisahkan kedua-dua operasi tersebut.
Oleh itu, pengkaji merasakan penggunaan alat atau kaedah yang baru harus
diperkenalkan supaya ianya akan menimbulkan minat murid dan seterusnya
menggerakkan murid-murid untuk belajar. Menurut Hayazi (2008), dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi membina
daya kreativiti dan inovasi pelajar. Sumber penting yang dinyatakan adalah penggunaan
bahan bantu belajar dalam membina kreativiti dan juga inovasi pelajar.
Tambahan lagi, Omardin Ashaari (1999) dalam Noor Azlan & Nurdalina (2010)
menyatakan bahawa bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai
masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran
zaman. Dengan menggunakan alat bantu mengajar juga, ia akan dapat membantu guruguru menerangkan sesuatu perkara dan konsep isi kandungan pembelajaran dengan lebih
tepat berbanding penerangan secara lisan.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Pong Ping
Abakus ke atas kemahiran murid Tahun 3 dalam menyelesaikan operasi bahagi.

1. Menguji keberkesanan kaedah Ping Pong Abakus bagi menyelesaikan masalah bahagi
dalam bentuk lazim

2. Meningkatkan tahap penguasaan murid-murid yang berprestasi rendah dalam


memahami prosedur yang betul berkaitan operasi bahagi.
PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan kemahiran
murid Tahun 3 di dalam operasi bahagi .
2. Bagaimanakah penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan
kemahiran murid Tahun 3 di dalam operasi bahagi .

PELAN TINDAKAN
Pengkaji telah menggunakan model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggard ( 1988 )
bagi kajian tindakan ini.

Kemmis & Mc
( 1988)

Taggard

Perancangan
Pengkaji akan mengadakan satu ujian pra bagi tajuk bahagi kepada murid tahun 3 yang
terpilih. Seterusnya pengkaji akan menganalisis terhadap skrip jawapan murid-murid bagi
melihat tahap penguasaan serta mengesan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan.
Ujian pra yang dibuat merangkumi 6 soalan yang melibatkan operasi bahagi.

Tindakan
Pengkaji akan bertindak melakukan rawatan terhadap subjek yang dipilih. Rawatan
dijalankan dengan memperkenalkan kaedahPing Pong abakus kepada subjek
kajian.rawatan yang dilaksanakan terbahagi kepada 4 fasa dan menggunakan masa yang
4

agak lama serta kesesuaian tempat yang dipilih adalah tempat yang terhindar dari
ganguan
Rawatan 1 : Memperkenalkan model Ping Pong Abakus

Berkonsepkan abakus 4:1 yang mana murid-murid telah pelajari, kelebihan pada Model
Ping Pong Abakus tersedia Palang pembahagi, bola Ping Pong Oren tertulis nilai 5 dan
Ping pong Putih tertulis nilai 1, Bagaimana fungsinya petak 100 dan terdapat ruangan
bagi menulis soalan dalam ayat matematik serta hasil jawapan boleh ditulis diruangan
yang disediakan.

Subjek juga dilatih bagaimana mengaplikasikan kepada abakus 4:1 dengan diberikan
palang pembahagi

Rawatan 2 : Bahagi tanpa baki serta 6 soalan tambahan

Penerangan daripada pengkaji melalui model ping Pong Abakus untuk soalan
bahagi yang tiada berbaki. Bagi enam soalan tambahan guru membimbing subjek
dengan menggunakan abakus sebenar dan diberi palang pembahagi.
Rawatan 3 : Bahagi dengan berbaki serta 6 soalan tambahan

Semasa sesi rawatan ini , melalui penggunaan Model Ping Pong Abakus ini
penekanan guru kepada pengiraan dan penggunaan petak 100 serta baki yang
akan ditulis di ruangan jawapan, serta aplikasi ke abakus sebenar bagi 6 soalan
tambahan
Rawatan 4 : Gabungan Bahagi tanpa baki dan berbaki sebanyak 6 soalan
pada peringkat rawatan yang terakhir ini pengkaji akan memerhati subjek kajian
menyelesaikan untuk 2 soalan yang pertama dengan abakus sebenar dan palang
pembahagi manakala baki 4 soalan terakhir pengkaji akan meminta abakus 4;1
dikumpulkan, ini bertujuan supaya murid dapat menyelesaikan solan bahagi
tersebut seperti seakan-akan menggunakan abakus tersebut.

Pemerhatian

Pemerhatian merupakan salah satu cara yang digunakan untuk mengumpul data.
Saya telah meminta bantuan daripada rakan sejawat saya untuk mencatat nota pada
Borang Pemerhatian yang telah saya sediakan. Data yang diambil mengambil kira aspekaspek reaksi subjek dan tingkah laku subjek semasa rawatan dijalankan. Rajah
menunjukkan contoh Borang Pemerhatian yang telah saya laksanakan.
Bi
l
1.

Kriteria Tingkah laku

Ya

Tidak

Ulasan

Mendifisitkan kecuaian dalam


pengiraan

2.

Berkeyakinan menjawab soalan yang


diberi

3.

Menunjukkan minat dalam aktiviti


pengajaran yang dijalankan

4.

Melaksanakan tugasan yang diberi


dalam tempoh masa yang ditetapkan

Temubual
Temubual telah dijalankan bertujuan untuk mengetahui keberkesanan Kaedah
Ping Pong Abakus dalam menyelesaikan soalan bahagi. Temubual dijalankan secara
individu berbentuk soalan separa struktur. Pada masa yang sama, soalan tambahan
dirangka mengikut respons subjek kajian seperti yang ditunjukkan pada rajah 8 di bawah.

Adakah kamu suka matapelajaran Matematik?


berbanding abacus 4:1 yang biasa digunakan dengan Ping Pong Abakus,
anda lebih suka
yang mana?
Adakah kamu faham penggunaannya?
Dengan penggunaan Ping Pong Abakus , adakah kamu yakin untuk
menjawab soalan bahagi?

Ujian Pasca
Ujian Pasca dirangka berdasarkan kemahiran yang telah diajar. Ia digunakan
untuk melihat kesan kaedah Ping Pong Abakus. Kertas Ujian ini mengandungi 6 soalan.
Data akan dikumpul untuk proses analisis dan perbandingan dibuat di antara keputusan
Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Analisis Dokumen
Analisis dokumen saya adalah dalam bentuk artifak, iaitu melalui pengumpulan
hasil lembaran kerja 1 pada sesi rawatan kedua dan lembaran kerja 2 pada sesi rawatan
ketiga. Lembaran kerja ini dijadikan rujukan semasa membuat analisis data dan
mengetahui perkembangan mereka dengan menggunakan kaedah ini.
Senarai Semak

Nama murid :
Tarikh

Masa

Bi
l
1.

Kriteria Tingkah laku

Ya

Mendifisitkan kecuaian dalam


pengiraan

2.

Berkeyakinan menjawab soalan yang


diberi

3.

Menunjukkan minat dalam aktiviti


pengajaran yang dijalankan

4.

Melaksanakan tugasan yang diberi


dalam tempoh masa yang ditetapkan

5.

Apabila tidak faham sedia untuk


bertanya

Tidak

Ulasan

Refleksi
Pengkaji telah membuat refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran lalu bagi
mengenal pasti masalah masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Pengkaji telah
membuat pemerhatian, analisis dokumen dan juga temubual
Kesilapan utama yang dilakukan oleh murid-murid ialah mereka tidak mengetahui
prosedur yang betul untuk melakukan pembahagian dalam bentuk lazim. Selain itu
kesilapan meletakkan hasil darab di tempat yang salah untuk di tolak dengan nombor ang
dibahagi. Dengan itu penkaji telah merancang satu rancangan bagi mengatasi masalah
ini.

ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA


Adakah penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan kemahiran
murid murid di dalam operasi bahagi
Kaedah Ping Pong Abakus berkesan dalam membantu murid-murid yang lemah
memahami prosedur untuk menyelesaikan masalah operasi bahagi dalam bentuk lazim.
Jadual 1 : Perbandingan Pencapaian ujian pra dan ujian pasca
BI
L
1
2
3
4

SUBJEK UJIAN PRA


A
B
C
D

2/6
1/6
3/6
1/6

PERATUS UJIAN PASCA PERATUS


34%
6/6
100%
16%
5/6
84%
50%
6/6
100%
16%
6/6
100%

10

3
UJIAN PRA
UJIAN PASCA

Jadual 1 menunjukkan analisis ujian pra berbanding ujian pasca bagi ke-empat subjek
kajian. Berdasarkan jadual tersebut semasa ujian pra dijalankan subjek kajian telah
menjawab soalan tersebut dan min jawapan yang betul bagi setiap subjek kajian adalah 1
daripada 6 soalan yang diberi . Manakala bagi ujian pasca yang diberi selepas rawatan
subjek kajian dapat menjawab semua jawapan dengan betul kecuali subjek B tersilap
kerana kecuaian.

. Bagaimanakah penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan


kemahiran murid murid di dalam operasi bahagi .

11

Pengkaji telah menemubual kesemua subjek kajian dan hasil dapatan daripada temubual
tersebut dianalisis. Pengkaji juga telah menyenaraikan beberapa tema yang terlibat dalam
temu bual yang dijalankan. Berikut merupakan tema yang telah diringkaskan dalam
jadual di bawah
Jadual 2 : kod temubual
BI
L
1

TEMA

KOD

KEKERAPAN

Tahu selesaikan soalan bahagi dalam bentuk Th


4
lazim
2
Terangkan bagaimana selesaikan soalan bahagi
Tr
4
3
Ping Pong Abakus membantu menyelesaikan Bt
4
soalan bahagi
4
Mudah untuk menggunakan kaedah Ping Pong Md
4
Abakus
Panduan
Th= Tahu Tr= Terangkan Bt = Bantu Md = Mudah

12

Berdasarkan jadual 2 , dapat diperhatikan keempat-empat subjek kajian telah tahu


menyelesaikan soalan bahagi secara bentuk lazim, dapat menerangkan bagaimana
menyelesaikan soalan bahagi , tahu bagaimana Kaedah Ping Pong Abakus digunakan
serta mudah difahami.
Skrip jawapan hasil temubual
Subjek A
001 : Adakah anda meminati mata pelajaran Matematik?
002 : Ya ( jawab dengan penuh keyakinan)
003 ; berbanding abacus 4:1 yang biasa digunakan dengan Ping Pong Abakus, anda lebih
suka yang mana?
004 : Ping Pong Abakus( jawab dengan senyuman)
005 : Kenapa? berikan sebabnya
006 : Cantik, ada palang bahagi serta ping pong ada tertulis nilai
007 : Adakah kamu faham penggunaannya?
008 : Sikit-sikit dan perlu berlatih lagi ( berkeyakinan)
009 : Dengan penggunaan Ping Pong Abakus , adakah kamu yakin untuk menjawab soalan
bahagi?
010 : Sudah Tentu ( berminat )

13

Borang pemerhatian yang telah dilakukan oleh rakan sejawat semasa sesi rawatan yang
telah dilaksanakan murid benar-benar memahami penggunaan Model Ping Pong Abakus
bagi menyelesaikan soalan bahagi, serta menunjukkan minat serta keyakinan bagi
menjawab solan bahagi.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DATA
Penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan kemahiran murid murid
di dalam operasi bahagi cepat.berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan kajian ini
telah berjaya meningkatkan kefahaman prosedur operasi bahagi .
Bagaimanakah penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan kemahiran
murid murid di dalam operasi bahagi cepat. Apabila kefahaman yang lebih terperinci
dengan menggunakan model Ping Pong Abakus ini, akhirnya apabila sudah mahir apabila
dilakukan dalam bentuk lazim ia dapat diaplikasi serta penggunaan sehingga tahap maya.

14

IMPLIKASI KAJIAN&CADANGAN
Murid-murid
Menarik minat dalam pembelajaran bahagi melalui warna pada ping pong abakus
serta mudah cara.Dengan bantuan petak 100 operasi bahagi dengan ping pong abakus
lebih mudah difahami.Meningkatkan daya psikomotor melalui pergerakan jari seiring
dengan daya pemikiran semasa mengira.
Guru
Melalui penggunaan ping pong abakus ini menunjukkan kreativiti dan keyakinan guru
semasa pengajaran Kefahaman melalui ping pong atas yang berwarna oren dan nilai
bersamaan 5 dan ping pong bawah berwarna putih serta nilai 1 adalah lebih
jelas.Perkongsian bahan bantu mengajar kepada guru-guru lain.
Ibu bapa
Menggalakkan serta memberi dorongan kepada anak-anak menggunakan abakus di
rumah. Menghargai usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak sekolah bagi
meningkatkan pengetahuan.
Pihak sekolah
Memberi galakan serta dorongan kepada pendidikan yang berteraskan alaf 21.
Menggalakkan guru supaya menghasilkan inovasi yang berkualiti untuk meningkatkan
kefahaman murid dalam pengajaran. Sebagai pengukur ke arah kecemerlangan serta
menuju kearah kelestarian sekolah.

REFLEKSI & CADANGAN

Kesimpulan dapatan kajian penggunaan Ping Pong Abakus dapat meningkatkan


kefahaman tentang operasi bahagi dengan cepat. Cadangan penambahbaik Ping Pong
abakus hendaklah disertakan sekali Kawan Kecil 5 dan Kawan besar 10 apabila
berlaku sesuatu situasi dalam operasi bahagi serta penggunaan masa akan datang lebih
kearah teknologi digital.

RUJUKAN
Peh Kheng Suat. (2013). Express Revision Mathematics UPSR ( Year 4, 5, 6). Penerbit
Ilmu Bakti Sdn. Bhd.Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Lau Yuan Yuan. (2012). Refleksi Pembelajaran Teknik Menganalisis Data Tentang
Penggunaan Teknik CRA Dalam Membantu Murid Tahun 5 Menguasai Pembahagian
Fakta Asas. Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2012, Jilid 6, 1-8.
15

Farah Liyana Bt Ramli. (2010). Double division method: An alternative method to help
year five pupils to solve division by two digits. Jurnal penyelidikan muallim, 84- 103
Hayazi Bin Mohd Yasin (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan
Guru-guru Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, 1-94.
Leffingwell, R. (2006). Sharing and dividing. Chicago: Heinemann Library. Maryann
wickett, Susan ohanian,
Marilyn Burns. (2002). Lessons for introducing division. Sausalito, CA 94965: Math
Solutions Publications.
Troutman , A.P., & litchtenberg, B.K. (2003), Mathematics A Good Beginning, Sixth
Edition, United States : Thomson/Wadsortf Publishing.

16

You might also like