You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 6, 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN


Sepanjang program dijalankan yang bermula pada 28 Jun 2012 (Isnin)
dengan sesi pendaftaran murid-murid pada pukul 7.30 hingga 8.00 pagi. Selepas
sesi pendaftaran murid-murid bergerak ke kelas masing-masing. Pada program
teknik kali ini hanya terdapat 4 kelas sahaja. Disebabkan itu
Pada hari pertama ini, murid-murid telah didedahkan dengan teknik-teknik
menjawab soalan bagi mata pelajaran bahasa Inggeris oleh Puan Rosni Binti
Hussein. Hari Selasa pula murid-murid telah mengikuti teknik menjawab soalan bagi
mata pelajaran Matematik yang telah dibimbing oleh Encik Bahaudin Bokhari Bin
Manaf. Manakala hari Rabu pula, murid-murid telah didedahkan dengan teknikteknik menjawab soalan bagi mata pelajaran bahasa Malaysia oleh Encik Mohd.
Zamri Bin Ahmad. Hari terakhir iaitu hari Khamis, murid-murid telah mengikuti teknik
menjawab soalan bagi mata pelajaran Sains yang dibimbing oleh Encik Sulaiman
Bin Mohd Said. Program ini telah dibimbing oleh penceramah jemputan yang
berpengalaman dalam menanda kertas jawapan mengikut mata pelajaran teras.
Sesi pendedahan teknik-teknik tersebut berjalan selama 2 jam bagi setiap mata
pelajaran.
Setelah itu, pada setiap hari murid-murid berehat selama 30 minit untuk makan dan
minum yang telah disediakan di kantin. Kemudian, program disambung semula di
dalam kelas masing-masing bersama dengan guru-guru bagi mata pelajaran teras
selama 2 jam lagi. Murid-murid telah membuat latihan menjawab soalan-soalan yang
telah disediakan serta berbincang dengan guru mata pelajaran.
Semoga Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6, 2011 yang telah
diadakan dapat membantu murid-murid mendapat gambaran yang tepat bagaimana
menyediakan jawapan mengikut format sebenar soalan peperiksaan UPSR bagi
semua mata pelajaran dengan menggunakan teknik-teknik serta sistem

pemarkahan yang betul dan terkini.


Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,

______________________________
(SITI AMINAH BT MD ZIN)

You might also like