You are on page 1of 2

RPH DUNIA SAINS & TEKNOLOGI

KELAS : 2 Maju

MASA : 11.10a.m -12.10p.m

TARIKH/ HARI : 3/3/2015 , Selasa

TEMA : Sains Hayat


TOPIK : Haiwan
STANDARD KANDUNGAN : 2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.
STANDARD PEMBELAJARAN :
2.1.1Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.
2.1.2 Menjelaskan kepentingan keperluan asas kepada haiwan
2.1.3 Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Di akhir pembelajaran, murid akan dapat:
-

Menyatakan tiga daripada empat keperluan asas haiwan untuk hidup


Memberi contoh tiga haiwan dan makanan yang dimakan
Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan
AKTIVITI P&P

SET INDUKSI : Murid-murid menyanyikan lagu Sayang Ibu Ayah


PENCETUSAN IDEA : -

Guru meminta murid menceritakan mengenai haiwan peliharaan mereka. Guru meminta murid menyatakan
apakah yang diperlukan oleh haiwan peliharaan mereka untuk hidup.

PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA : - Guru bersoal jawab dengan murid mengenai keperluan asas haiwan dan
kepentingan keperluan tersebut kepada haiwan.
-

Murid-murid bermain aktiviti kotak beracun. Murid yang memegag kotak itu semasa lagu dihentikan perlu
memberi contoh nama haiwan dan juga makanan yang dimakan haiwan tersebut.

APLIKASI IDEA :.Murid menyiapkan lembaran kerja dalam buku aktiviti.

PENUTUP : Murid menyenaraikan secara lisan mengenai keperluan asas haiwan


BBM:

Buku teks, buku aktiviti, lagu, kotak

EMK: Dunia Muzik


MODEL PEMBELAJARAN & PENGAJARAN: Konstruktivisme
KEMAHIRAN PROSES SAINS : Menghubungkait, membuat inferens

You might also like