You are on page 1of 4

Refleksi Lawatan Penanda Aras ke SJKT Pamol, Kluang Johor

Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang,


memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang
mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang.
Bagi mendapat seorang guru yang berkualiti pada masa akan datang terdapat
beberapa proses yang harus dilalui dan ditempuhinya seperti seperti menghadiri
program bina insan guru. Bagi program bina insan guru fasa yang kelima, jumlah
guru pelatih yang telah menyertainya seramai 1 unit iaitu Pendidikan Pemulihan
daripada PISMP Januari 2013.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan
kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya saya dapat menyiapkan Program
Bina Insan Guru iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke SJKT Pamol, Kluang
Johor ini dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Tidak dilupakan
kepada mentor kami iaitu Encik Rosman bin Salubin yang banyak membantu kami
menyiapkan rangka program ini serta rakan sekelas.
Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk
menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini.
Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan
tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan
dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih SJKT Pamol, Kluang Johor iaitu salah
sebuah sekolah berprestasi tinggi untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan.
Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah berbincang serta memohon
kebenaran

bagi mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak

SJKT Pamol, Kluang Johor telah memberi maklum balas yang positif untuk
kedatangan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu.

Sekolah Jenis Kebangsaan Pamol. Kluang Johor merupakan sebuah sekolah


berprestasi tinggi. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan
sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) pada pada tahun 2012. Pogram Bina Insan
Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau
dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di Malaysia.
Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam
persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta
kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah
sebagai satu institusi pendidikan.
Apabila sampai di SJKT Pamol, kami telah disambut dengan penuh mesra
oleh warga SJKT Pamol. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu
selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, Puan Vsanthi. Sebelum
majlis ramah mesra dijalankan kami telah disediakan sedikit santapan dari pihak
sekolah untuk dijamu kepada kami. Selepas itu, beliau telah menerangkan tentang
sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SJKT Pamol, dan pencapaian SJKT Pamol
dalam bidang akademik mahupun sukan. SJKT Pamol telah mendapat pelbagai
anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Ini dapat
menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan
nama sekolah.
Setelah mendengar penerangan daripada guru besar sekolah maka sesi kami
disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak kami dengan pihak sekolah. Akhir
sekali kami akhiri lawatan kami dengan sesi melawat sekitar kawasan sekolah.
Antara kawasan yang dilawati ialah pusat sumber sekolah, prasekolah, bilik muzik,
sudut pembelajaran, bilik kaunseling dan bimbingan, makmal dan lain-lain lagi.
Sepanjang membuat lawatan ke sekitar sekolah saya amat tertarik dengan bilik
kaunseling di sana terdapat satu bilik penghakiman bagi menghakimi pelajar yang
membuat kesalahan disiplin terutama kesalahan yang berat.

Terdapat

beberapa

kekuatan

yang

boleh

saya

dapati

sepanjang

melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguhdalam

melaksanakan

program

ini.

Kami

telah

berganding

bahu

dalam

menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan
lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini
secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih
mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar .
Sekiranya diberi tugasan semasa di sekolah nanti secara tidak langsung
mampu menguruskan dan tidak teragak-agak untuk menolak apa sahaja kerja yang
diberikan oleh guru besar. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang,
pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri
guru itu sendiri dan dipersekitaran dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa
sekarang iaitu mampu mengendalikan dan menguruskan sesuatu perkara bermakna
pada masa akan datang tidak mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut dengan
lebih baik dan cemerlang.
Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak sekolah sendiri dalam
mentadbir sekolah tersebut. Saya dapati bahawa guru besar sekolah tersebut iaitu
Puan Vasanthi merupakan seorang guru besar yang suka merendah diri. Beliau
menyatakan bahawa, sebarang perubahan dan budaya kecemerlangan yang
diterapkan di sekolah tersebut adalah sama seperti sekolah-sekolah yang lain, tiada
banyak perbezaan dilakukan. Namun, beliau amat menekankan disiplin di sekolah
tersebut.
Bukan sahaja murid-murid perlu berdisiplin malahan guru-guru juga tidak
terkecuali. Menurut beliau sahsiah sahaja bukan datang dari murid tetapi mesti
datang dari guru barulah murid akan mengikuti. Selain itu, tema atau prinsip yang
dipegang oleh beliau dalam mentadbir sekolah ialah sahsiah cemerlang teras
kejayaan dunia dan akhirat.

Untuk menjadi seorang guru yang hebat beliau menyatakan bahawa seorang
guru perlu jadi agen perubahan iaitu yang sentiasa mengikuti peredaran semasa.
Agen perubahan yang dimaksudkan ialah boleh bercampur dengan pelbagai lapisan
masyarakat serta dapat membetulkan sentimen minda masyarakat.
Dengan limpah kurnia Tuhan, tugasan yang diberikan dapat dijalankan
dengan jayanya tanpa ada yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh
yang telah ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang
telah membantu secara langsung dan tidak langsung. Pada pendapat saya, lawatan
penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu
memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba
ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih
bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa
akan datang.
Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang
pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam
kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar
sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini
supaya terus cemerlang.Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif
BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat
diteruskan pada masaakan datang.

You might also like