You are on page 1of 2

Kenali Aspek-aspek Sastera (Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa

Melayu)
Tema: Idea utama atau persoalan yang mengawal sesebuah karya sama ada
disampaikan secara langsung atau tidak langsung. Idea ialah fikiran atau sesuatu
yang menjadi persoalan bagi pengarang dan persoalan itu merupakan tunjang
kepada sesebuah karya. Tema yang ditulis akan menjadi panduan untuk memilih
bahan dalam cerita, menyusun dan memantapkan cerita. Tema dalam sesebuah
karya tidak dapat dikesan sehingga selesai cerita itu dibaca. Apa yang
terkandung di sebalik sesebuah karya itu merupakan pokok persoalan atau
tema. Tema itu lahir melalui pengalaman, imaginasi dan konflik. Persoalan:
Perkara sampingan yang ada hubungan dengan tema yang hendak diungkapkan
oleh pengarang bagi menguatkan sesuatu tema dalam sesebuah karya.
Plot: Sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sesebuah karya
yang pertaliannya dengan gerak laku fizikal dan rohani pelaku atau watak. Setiap
peristiwa dan gerak laku yang berlaku adalah berdasarkan kepada hukum sebab
dan akibat. Plot memaparkan tentang aksi dan mengapakah aksi itu terjadi. Aksi
yang ditunjukkan oleh watak akan berkembang dan berhubungan antara satu
sama lain. Kemungkinan besar plot yang disusun secara kronologi atau tidak
kronologi. Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu peristiwa
yang berlaku dahulu akan didahulukan dan kemudian akan dikemudiankan.
Sementara plot tidak kronologi ialah peristiwa yang berlaku kemudian
didahulukan sementara peristiwa yang berlaku dahulu dikemudiankan.
Watak: Pelaku atau pelakon dalam sesebuah karya. Watak tidak semestinya
manusia, tetapi boleh juga terdiri daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan unsur
alam. Perwatakan pula ialah sifat-sifat luaran dan sifat-sifat dalaman yang positif
dan negatif secara menyeluruh yang disorot melalui perasaan, tindakan,
pemikiran dan fizikal seseorang watak itu. Gambaran watak boleh disampaikan
oleh pengarang secara langsung dan tidak langsung melalui tutur kata, aksi atau
cara berfikir watak. Watak terbahagi kepada dua iaitu watak utama dan watak
sampingan: Watak utama Watak yang memainkan peranan penting dan
menggerakkan sesebuah cerita. Watak sampingan Watak yang menyokong
watak utama untuk melengkapkan cerita. Peranan watak sampingan lebih kecil
daripada watak utama.
Latar: Latar belakang bagi sesebuah cerita. Latar terbahagi kepada tiga iaitu
latar tempat, latar masa dan latar masyarakat: Latar masa Waktu atau tempoh
masa sesuatu peristiwa itu berlaku. Contohnya pagi, tengah hari, senja, malam,
zaman pendudukan Jepun, zaman moden dan sebagainya. Latar tempat Di
mana sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya dalam rumah, di Ipoh, dalam hutan
dan sebagainya. Latar masyarakat Keadaan atau gambaran masyarakat di
tempat sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya masyarakat kampung, masyarakat
bandar dan sebagainya.
Nilai Kemanusiaan: Nilai-nilai yang baik atau nilai positif yang terdapat dalam
sesebuah karya cereka. Nilai-nilai baik seharusnya dimiliki, dihayati dan
diamalkan oleh manusia. Antara nilai-nilai baik itu ialah baik hati,

bertanggungjawab, menghormati orang yang lebih tua, ikhlas, tabah, sabar,


gigih dan sebagainya.
Nilai Kemasyarakatan: Nilai yang baik (positif) dan nilai buruk (negatif) yang
terdapat dalam sesebuah masyarakat. Nilai positif dan nilai negatif ini dimiliki,
dihayati dan diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat. Nilai
kemasyarakatan merangkumi nilai yang tersenarai di atas. Sementara nilai-nilai
negatif misalnya masyarakat yang suka menyebarkan fitnah, masyarakat yang
tidak taat kepada perintah Allah dan sebagainya.
Pengajaran: Amanat yang hendak disampaikan oleh pengarang melalui
karyanya, terutama dari segi moral dan pendidikan untuk menghayati konsep
yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Pengajaran
juga dikenali sebagai mesej, amanat dan nilai moral. Dalam hal ini pengarang
mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Karya yang baik
seharusnya menyampaikan pengajaran, mesej dan amanat kepada pembaca.
Gaya bahasa: Dilihat daripada dua aspek iaitu unsur bahasa dan unsur bunyi:
Unsur bahasa dalam sesebuah karya tercipta daripada beberapa unsur
contohnya gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa perulangan, penggunaan
diksi, struktur ayat dan gaya bahasa yang mengandungi nilai estetika atau
keindahan yang mampu menarik minat pembaca.
Gaya bahasa perbandingan adalah seperti simile, personifikasi, metafora,
peribahasa, simpulan bahasa dan hiperbola.
Gaya bahasa simile bermaksud perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain
dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti bak, bagai, umpama, ibarat,
dan seperti. Contohnya bagai ranting kering.
Gaya bahasa personifikasi bermaksud memberikan maksud manusia atau unsur
perorangan kepada sesuatu objek atau perkara. Contoh, daun kelapa melambailambai di tiup angin. Metafora merupakan sejenis gaya bahasa perbandingan
yang menggabungkan unsur konkrit dan abstrak misalnya laut kasih.
Gaya bahasa hiperbola pula bermaksud membandingkan sesuatu secara
berlebih-lebihan. Misalnya marahnya berapi-api bila panggilan tidak dipedulikan.
Unsur bunyi , terdiri daripada aliterasi dan asonansi:
Aliterasi ialah pengulangan huruf konsonan, iaitu huruf-huruf selain huruf-huruf
vokal. Contohnya puisi Pasar Perasaan tulisan T. Alias Taib: yang diriuhkan
kekosongan pengulangan konsonan n.
Asonansi ialah pengulangan huruf-huruf vokal a, e, i, o dan u. Contohnya,
berdasarkan puisi Pasar Perasaan tulisan T. Alias Taib: bagai ranting kering
pengulangan vokal i. sumber: http://cikguaniza-bahasamelayu.blogspot.com/

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

You might also like