You are on page 1of 8

SULIT

011

011
Bahasa Melayu
Kertas 1
April 2007
50 minit

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGOH


31400 IPOH PERAK
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UJIAN BULAN APRIL 2007


BAHASA MELAYU KERTAS 1
TAHUN 6
50 minit

NAMA CALON
:_______________________________________
TAHUN 6
: S / K / J / P/ I
=====================================================================
Arahan Am:
Tiap- tiap soalan diikuti dengan tiga pilihan jawapan A , B , dan C atau empat pilihan jawapan A, B , C , dan
D. Antaranya , ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu
pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 18


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 dan Soalan 2 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1.

Penduduk Kampung Changkat Larang bergotong-royong membina ________ kayu di


kampong mereka.
A.
laluan
C.
landasan
B.
jurang
D.
jambatan

2.

Mereka sentiasa______ dalam mengekalkan kesejahteraan hidup.


A.
bersatu -padu
C.
menyatupadukan
B.
disatupadukan

3.

Enod berasa sayu apabila mendengar________ wanita tua itu.


A.
jeritan
C.
ngerangan
B.
igauan
D.
rintihan
1

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

4.

Ipin menampal notis itu ______papan kenyataan di_______ kelas.


A.
di ...... tepi
C.
pada....... tepi
B.
di ....... belakang
D.
pada....... belakang

5.

Bujal melompat __________ apabila menerima hadiah berupa basikal pada hari
lahirnya yang ke-12.
A.
kegirangan
C.
kelegaan
B.
kesyukuran
D.
kesyahduan

6.

Dia _______ wang sebanyak RM 70 bersama borang lawatan ke Kuala Lumpur.


A.
disertai
C.
penyertaan
B.
sertakan
D.
menyertai
Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

7.

Zamani itu jatuh_______ apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar.
A.
terduduk
C.
terjelepok
B.
terbaring
D.
terperosok
Soalan 8 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

8.

Opah memasukkan beberapa____ durian ke dalam bubur kacang yang dimasaknya.


A.
butir
C.
ulas
B.
buah
D.
biji
2

9.

Jikalau malas belajar ,_____ kamu akan menyesal kemudian hari.


A.
dan
C.
kecuali
B.
lalu
D.
nescaya

10.

______sudah beberapa kali ditegur oleh guru disiplin______ perangainya yang sering
datang lewat tetap tidak berubah.
A.
Kendatipun. Walhal
C.
Sungguhpun namun
B.
Walaupun. padahal
D.
Walau bagaimanapunmalahan

11.

Siti memakai ______ ketika berada di Genting Highlands .


A.
Baju panas
C.
baju kapas
B.
Baju sejuk

12.

Perasaan Farah sungguh______ ketika menanti ketibaan pengantin lelaki.


A.
bergoyang-goyang
C.
berdebar-debar
B.
berdekah-dekah
D.
bergetar-getar
Soalan 13 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5
13.

Mereka berehat di_______ padang sebelum meneruskan latihan.


A.
tepi
C.
seberang
B.
pinggir
D.
sudut

14.

Mak cik Bedah membeli ________ pucuk ubi dan enam _______ jagung madu.
A.
sejambak.... biji
C.
seikat...... biji
B.
sejambak.....tongkol
D.
seikat....... tongkol

15.

Mak Kiah_______ ubi kayu untuk dibuat kuih bingka.


A.
merebus
C.
mengukus
B.
memasak
D.
membakar
Soalan 16 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

16.

Encik Iqbal menggantungkan_______ bidai di hadapan kedainya bagi


menahan pancaran terik matahari.
A.
sehelai
C.
sekeping
3

B.

sebidang

D.

sekajang

17.

Tikus itu telah________ kain kesayangan emak di dalam almari pakaian..


A.
menggigit
C.
mengerit
B.
memakan
D.
mengorek

18.

Rajan menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Sains di sekolah.
_________,dia turut menjadi setiausaha Kelab Hoki.
A.
Selain itu
C.
Walau bagaimanapun
B.
Lebih-lebih lagi

Soalan 19
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
19.

Kita tidak boleh mencerca orang lain dengan sesuka hati.


A.
menegur
C.
mengajuk
B.
mencaci
D.
mengusik

Soalan 20
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
20.

Wajah Atirah kelihatan muram setelah menatap keputusan peperiksaannya.


A.
bertuah
C.
berkembang
B.
berseri
D.
beruntung

Soalan 21
Pilih jawapan yang betul bagi Ayat Tanya yang diberikan.
21.

Bagaimanakah keadaan Sofiah ketika kamu melawatnya kelmarin ?


A.
Ketika saya melawatnya kelmarin, dia sedang tidur.
B.
Dia sungguh gembira kerana saya sudi melawatnya.
C.
Memang saya melawatnya semalam bersama dengan Munirah.
D.
Dia semakin sihat dan mungkin akan dibenarkan keluar dari hospital esok.

Soalan 22 dan Soalan 23


Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.
22.

Ho Chen dalam persimpangan sama ada hendak tinggal bersama emak atau ayahnya setelah
mereka berpisah.
A.
Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
B.
Keluar mulut harimau ,masuk mulut buaya.
C.
Berat mata memandang ,berat lagi bahu yang memikul.

23.

Anak lelaki Puan Suraya mengambil keputusan untuk menetap di kampong setelah
bertahun-tahun merantau ke luar negara.
A.
Bagai bulan jatuh ke riba
C.
Seperti langau di ekor gajah
B.
Bagai kera mendapat bunga
D.
seperti ikan pulang ke lubuk
4

Soalan 24 dan Soalan 25


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
24.

Kata
A.
B.
C.
D.

Adi,Ibu ,sayalah yang memecahkan pasu bunga kesayangan ibu itu.


Ibu Adi menegurnya kerana memecahkan pasu bunga kesayangannya.
Adi meminta maaf daripada ibunya kerana memecahkan pasu bunga kesayangannya.
Adi meminta ibunya memberitahu siapa yang memecahkan pasu bunga kesayangannya.
Adi mengaku kepada ibunya bahawa dialah yang memecahkan pasu bunga
kesayangannya itu.

25.

Kempen itu mencapai matlamatnya hasil kerjasama yang diberikan oleh semua penduduk.
A.
Semua penduduk memberikan kerjasama supaya matlamat kempen itu tercapai.
B.
Kerjasama yang diberikan oleh semua penduduk menyebabkan matlamat kempen itu
tercapai.
C.
Semua penduduk telah mencapai matlamat untuk bekerjasama menjayakan kempen
itu.
D.
Matlamat semua penduduk untuk memberikan kerjasama menyebabkan kempen itu
berjaya.

Soalan 26 hingga Soalan 27


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
26.

27.

I.
II.
III.
IV.

Suasana yang dingin menyebabkan Azimah memakai selimut ketika tidur.


Safiah tertanya-tanya punca Alia bersikap dingin terhadapnya.
Pameran kesihatan itu mendapat sambutan yang dingin daripada orang ramai.
Kami tidak dingin untuk menguris perasaannya.

A.
B.

I dan IV sahaja
II dan III sahaja

I.
II.
III.
IV.

Saya tidak dapat datang permintaan Pak Naza itu.


Muaz tidak datang ke sekolah kerana neneknya sakit tenat.
Pekerja yang datang dari Kedah itu sangat rajin.
Penyakit ganjilnya akan datang pada setiap kali bulan mengambang penuh.

A.
B.

I , dan II sahaja
III dan IV sahaja

C.
D.

III dan IV sahaja


I, II , dan III sahaja

C.
D.

I, III , dan III sahaja


II , III ,dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.
28.

I.
II.
III.
IV.

Salmi meneruskan larian walaupun kakinya agak sakit.


Keselamatan orang ramai lebih terjamin jika melintasi jalan raya menggunakan
jejantas.
Dua ekor-ekor lembu Pak Mat mati kerana dibaham harimau.
Amirah dibenarkan keluar dari hospital di petang semalam.

29.

30.

A.
B.

I dan IIsahaja
III dan IV sahaja

C.
D.

I, II , dan III sahaja


II , III , dan IV sahaja

I.
II.
III.
IV.

Kesalahan murid lelaki itu memakai stokin berbelang-belang.


Peniaga itu ditahan kerana menyorokkan bekalan gula.
Ayah mengerat pokok mangga petang semalam.
Lauk-pauk untuk makan malam telah saya hidangkan di atas meja.

A.
B.

I dan II sahaja
I dan III sahaja

I.
II.
III.
IV.

Zuan makan sepuas-puasnya ayam goreng itu.


Dia tidak dapat menjemur kasut oleh sebab hari hujan.
Di waktu petang, Yusof bermain bola sepak di padang sekolah.
Sesetengah , pemandu tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

A.
B.

I dan IV sahaja
II dan III sahaja

C.
D.

II dan IV sahaja
III , dan IV sahaja

C.
D.

I ,II , dan IV sahaja


II , III , dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca pengumuman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
BULAN BAHASA MELAYU BAKU
Sedikit Usaha Besar Ganjarannya!
Hadiah-hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan menunggu anda.
Di samping memenangi hadiah-hadiah lumayan , anda juga akan dapat mengukuhkan lagi
kebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu baku. Hadiah-hadiah merupakan sumbangan Jabatan
Perpaduan Negara.
Kementerian Pelajaran akan menganjurkan Pertandingan syarahan Perdana menggunakan
Bahasa Melayu Baku dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP). Murid-murid Tahun Enam
sekolah rendah di seluruh Negara dipelawa mengambil bahagian. Mereka yang berminat dikehendaki
mengisi borang khas yang disediakan.Borang-borang itu hendaklah disahkan oleh guru besar sekolah
masing-masing sebelum dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan. Peserta boleh
memilih tajuk yang difikrkan sesuai.
Bagi melicinkan perjalanan pertandinagn,jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan di peringkat
daerah/bahagaian, negeri dan kebangsaan.Surat berhubung dengan pertandingan di peringkat
sekolah dan zon/kawasan sebelum ke peringkat daerah/bahagian telah pun diedarkan ke sekolahsekolah.Buat pertama kali,pertandingan akhir di peringkat kebangsaan pada tahun ini akan diberi
liputan secara langsung ke seluruh Negara oleh RTM dan TV3. Johan dari setiap negeri akan
memasuki pertandingan akhir yang akan diadakan di Johor Bahru,Johor Darul Takzim.

31.

Mengapakah pertandingan syarahan itu diadakan ?


A.
untuk memilih peserta terbaik
B.
untuk menyambut Bulan Bahasa Melayu Baku
6

C.
D.

untuk menyampaikan wang tunai kepada pemenang.


untuk mewujudkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran dengan DBP.

32.

Maksud melicinkan perjalanan dalam petikan di atas ialah__________.


A.
berjalan dengan teratur
C.
berlangsung dengan lancar
B.
bergerak dengan sempurna
D.
berterusan dengan kejayaan

33.

Mengapakah pertandingan syarahan peringkat kebangsaan kali ini boleh dianggap istimewa?
A.
Disiarkan terus-menerus ke seluruh negara.
B.
Peserta merupakan jaguh setiap negeri.
C.
Hadiah wang tunai yang lumayan.
D.
melibatkan banyak pihak.

34.

Untuk menjadi juara pertandingan syarahan di peringkat kebangsaan,seseorang itu perlu


melalui_________________.
A.
dua pertandingan
C.
empat pertandingan
B.
tiga pertandingan
D.
lima pertandingan

35.

Yang
A.
B.
C.
D.

manakah antara pernyataan berikut benar tentang pertandingan syarahan itu ?


Pendaftaran peserta dibuat oleh Guru besar
Setiap peserta akan menerima hadiah.
Penyampaian syarahan dalam sebutan baku.
Tajuk syarahan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan soalan berikut.
Memancing ikan bersama Amri,
Terpancing pula serangkai kunci,
Jauhi sikap menyombong diri,
Diri disayangi tidak dibenci.
Membaca buku di ruang tamu,
Terdengar pula bunyi dentuman,
Penuhi dada dengan ilmu,
Hati baik murah senyuman.
Berkebun sayur waktu cuti,
Sayur diberi kepada Cik baba,
Hidup akan lebih beerti,
Jika kita menghormati ibu bapa.
Menanam bunga di tepi rumah,
Bunga mekar dijadikan jambangan,
Ramai kawan bersikap peramah,
Hidup indah penuh kenangan.
Pergi ke sekolah bersama Aru,
Bertembung pula dengan Pak Abu,
Menimba ilmu menghormati guru,
7
Jangan sesekali membazir
masa.

36.

Apakah yang akan berlaku jika kita bersikap sombong ?


A.
Kita akan susah untuk melemparkan senyuman.
B.
Kita tidak akan menghormati ibu bapa.
C.
Kita akan dibenci oleh orang lain.
D.
Kita sukar untuk menuntut ilmu.

37.

Cara
A.
B.
C.
D.

38.

Yang berikut ialah nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun,kecuali_____


A.
baik hati
C.
menghargai kejayaan
B.
menghargai masa
D.
menghormati ibu bapa

39.

Kebaikan bersikap peramah ialah_________________


A.
Kita akan merncapai kejayaan dalam hidup.
B.
Kita akan dihormati oleh guru-guru.
C.
Kita akan mempunyai ramai kawan.
D.
Kita mudah untuk menimba ilmu

40.

Apakah maksud menimba ilmu dalam pantun ?


A.
memperoleh maklumat
B.
mendapatkan pengetahuan
C.
meluaskan pergaulan

untuk menjadikan kehidupan kita lebih bermakna ialah _________.


Kita mencari ramai kawan.
Kita tidak membenci orang lain.
Kita sentiasa menghormati ibu bapa.
Kita sentiasa mempercayai orang lain

KERTAS SOALAN TAMAT


Kertas soalan disediakan oleh,

Kertas soalan disemak oleh,

----------------------------------(LUQMAN KAMARUDDIN)
Guru Bahasa Melayu Tahun 6
SK Jalan Pegoh, Ipoh Perak.

----------------------------------(FARIDAH HANIM BINTI HAMZAH)


Ketua Panatia Bahasa Melayu
SK Jalan Pegoh, Ipoh Perak.
Tanda tangan Ibu bapa /penjaga,
------------------------------------(

You might also like